Masalah Pengangkutan Awam di Malaysia. Bila Nak Pulih?
Tempoh hari Datuk Sri Nazri Aziz telah “meletup” dengan mengatakan Teksi Malaysia “lebih busuk” daripada jamban.

Ini adalah kerana perkhidmatan teksi tidak memberi khidmat yang baik kepada pelancong-pelancong asing.
Malah bertambah buruk lagi ada yang menunjukkan persepsi yang tidak baik dengan kepada pelancong di mana ada kalangan yang bersiakp kasar masalah ada juga yang menipu.
Bila Nak Pulih Masalah Pengangkutan Awam di Malaysia?
Kalau lihat sekarang ini, terlalu banyak kenderaan teksi yang enggan memakai meter. Kalau pakai pun di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Kalau negeri-negeri lain, sebahagian besarnya tidak memakai meter supaya mereka dapat mengenakan caj yang melampau-lampau.
Kalau pakai meter contohnya kena RM5 tetapi jikalau tidak memakai meter mereka boleh mark-up sehingga RM15-M20. Bila dah ramai mula kantoi, mulalah salahkan minyak dah mahal. Tidak munasabah langsung. Sekarang ini 90 peratus bilangan teksi yang ada sudah mula memakai NGV.
Dengan kerenah pemandu teksi yang suka ambil kesempatan terhadap pelancong dengan mengenakan bayaran terlampau, ditambah lagi dengan toilet kotor dan lambakan pengemis yang ada sekarang ini, ditakuti Malaysia akan kehilangan ramai pelancong jia tiada sebarang tindakan drastik dan tegas daripada pihak berkuasa bermula daripada sekarang. Silap-silap nanti Indonesia dan Thailand akan jadi pilihan pelancong dan kita pula “nganga” sehingga rugi berjuta-juta RM…Perbetulkan daripada sekarang sebelum terlambat. Masalah teksi ini sudah berlarutan lama sangat. Tidak nampak usaha yang betul dan bersungguh sungguh untuk selesaikan masalah penumpang teksi.
Apabila bercerita mengenai perkhidmatan saya suka untuk bercerita tentang janji kerajaan terhadap masalah pengangkutan awam di Malaysia secara keseluruhannnya. Pengangkutan awam oh sistem pengangkutan awam di Malaysia. Mungkin kerajaan Malaysia terlupa agaknya dengan janjinya sendiri. Itu sebabnya tahap keberkesanan sistem pengangkutan awam di Malaysia masih ditakuk lama.
Harapan Rakyat Malaysia : Masalah Pengangkutan Awam di Malaysia?
Tidak mengapa rakyat sendiri berbesar hati mengingatkan janji kerajaan Malaysia untuk menaiktaraf mutu dan memperbaiki masalah pengangkutan awam di Malaysiay. Janjinya bila? Tu………masa tahun 2006 lagi.
Masa itu di bawah pemerintahan Pak Lah, kerajaan telah menaikkan sebanyak 30 sen untuk harga minyak ketika itu dan kerajaan berjaya menjimatkan sehingga RM4.3 billion. Malangnya kerajaan hanya berbelanja sekitar RM834.75 juta.
Manakala tahun lepas, ketika harga minyak dinaikkan sehingga 70 sen, kerajaan sekali lagi dapat menjimatkan perbelanjaan negara sehingga RM13 bilion. Duit itu di mana dan apakah langkah kerajaan untuk “overhaul” semula masalah pengangkutan awam di Malaysia?
Perlu lagikah tempoh dalam 5 tahun lagi atau 10 tahun atau 50 tahun lagikah?
P/S : Antara kelakukan dan sikap pemandu teksi apabila ditegur pihak berkuasa boleh anda saksi melalui video di bawah ini