Pembentangan Manifesto Pakatan Harapan sempena kempen Pilihanraya Umum
Jikalau pemilihan Presiden Amerika sebelum ini, cukup meriah.
Masing-masing, baik daripada kalangan penyokong parti Republikan & juga Parti Demokrat berpuas hati apabila diberikan ruang dan tempat yang hampir 99 peratus samarata termasuklah siaran langsung di televisyen yang dapat ditonton beratus juta rakyat Amerika.
Termasuklah berlangsungnya pertembungan debat antara Hillary Clinton dengan Donald Trump. Kalah menang adat permainan dalam politik asalkan bertanding dan berlawan di atas padang yang sama rata di mana demokrasi yang dilaungkan terbukti berjalan dengan lancar. Bagaimana dengan Malaysia?
Begitu juga, suasana sebenar semasa berlangsungnya Pilihanraya di Britain. Jikalau kita meletakkan sasaran untuk menjadi negara maju dan moden pada tahun 2020, pemikiran kita berpolitik juga haruslah berada pada paras yang sepatutnya.
Mungkin Berita Semasa meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap Malaysia jika mahu dibandingkan dengan Britain & Amerika yang dikategorikan sebagai negara yang bebas daripada sudut kebebasan medianya.
Jadi, kami cuba melihat negara Kenya pula. Kenya? Ya…sebuah negara yang agak mundur di benua Afrika jikalau dibandingkan dengan Malaysia. Bezanya, mereka berani mengadakan debat antara calon Presiden semasa berlangsungnya Pilihanraya di Kenya yang disiarkan secara langsung. Bagaimana pula dengan Malaysia yang terkenal dengan sistem demokrasi raja berperlembagaan?
Jikalau mahu jadi pemimpin politik buat sekadar tahu buat kerja tetapi seorang pemimpin politik perlu berdepan samada dengan rakyat mahupun pihak lawan. Contohnya jikalau di Malaysia, pihak pembangkang seperti Pakatan Rakyat.
Sakit kepala kami meneliti satu-persatu ranking kebebasan media dikalangan negara-negara yang tersenarai :
- Melihatkan senarai teras bagi negara yang begitu bebas melalui media mereka, Malaysia tidak tersenarai
- Melihatkan senarai di pertengahan ranking bagi negara yang mengamalkan kebebasan media yang agak seimbang, Malaysia juga tidak tersenarai
- Akhirnya melihatkan di kedudukan di bawah, Malaysia diletakkan sebagai sebuah negara yang tidak bebas dalam kebebasan media
Tawaran Manifesto Pakatan Harapan Kepada Rakyat
Terbaru Pakatan harapan baru sahaja membentangkan manifesto Pakatan Harapan sebagai tawaran kepada rakyat sempena Pilihanraya Umum 2018 kali ini.
Dan Berita Semasa telah kemaskini beberapa tawaran yang agak menarik untuk diperhatikan kalangan pengundi pada Pilihanraya Umum kali ini
Pecahan Manifesto Pakatan Harapan : Kekang Kenaikan Harga Barang
- GST dihapuskan
- Hapus Monopoli Bernas dan Astro
- Duit Eksais bagi harga kereta bawah RM1600 dikurangkan
- Tol dihapuskan
- Bayaran BRIM diteruskan
Pecahan Manifesto Pakatan Harapan : Bantu Rakyat Miliki Rumah Mampu Milik
- Bina 1 juta rumah mampu milik
- Mengawal lonjakan kenaiakn harga rumah naik di Malaysia
Pecahan Manifesto Pakatan Harapan : Bantuan Untuk Orang Muda
- Peminjam PTPTN hanya perlu bayar jika gaji lepas RM4,000 sebulan
- Harga internet di Malaysia dikurangkan
- Insentif dan bantuan perkahwinan bagi pasangan muda yang berkahwin
Pecahan Manifesto Pakatan Harapan : Mengurangkan Kos Pengangkutan
- Subsidi minyak diberikan kepada pemilik motosikal bawah 125 cc
- Subsidi minyak dibeirkan kepada pemilik kereta bawah 1300 cc
- Pas bulanan Rm100 dikenakan untuk semua kemudahan pengangkutan awam di Malaysia
Pecahan Manifesto Pakatan Harapan : Tingkat Kualiti Kesihatan Rakyat
- bantuan RM500 diberikan untuk menikmati rawatan kesihatan asas
Pecahan Manifesto Pakatan Harapan : Kawal Kuasa Eksekutif
- Jawatan Perdana Menteri Malaysia hanya boleh dipegang maksimum 2 penggal sahaja
- Perdana Menteri tidak dibenarkan pegang jawatan selain PM
- Menteri Jabatan Perdana Mneteri hanya perlu 3 sahaja
Pecahan Manifesto Pakatan Harapan : Banteras Skandal di Malaysia
- Skandal 1MDb akan disiasat
- Skandal Felda akan disiasat
- Skandal MARA akan disiasat
- Skandal Tabung Haji akan disiasat