Manifesto Barisan Nasional BN 2018 : BR1M RM1200 Harga Kereta Turun
Seperti biasa menjelang Pilihanraya Umum Malaysia parti politik akan menawarkan pelbagai janji dan tawaran kepada rakyat Malaysia.

Ini semua dilakukan bagi menambat hati kalangan bakal pengundi PRU ke 14 kali ini.
Samada sesuatu manifesto atau janji atau tawaran itu direalisasikan atau tidak untuk perkara kedua. Yang pentingnya adakah tawaran itu dirasakan boleh membantu menyelesaikan beberapa masalah yang terus membelengu rakyat Malaysia untuk tempoh 5 tahun sebelum menjelang Pilihanraya Umum Malaysia kali ini.
Manifesto Barisan Nasional tidak terkecuali untuk dibentangkan dan dipersembahkan kepada rakyat Malaysia. Berdasarkan semakan Berita Semasa ada beberapa aspek yang telah ditekankan kepada rakyat Malaysia untuk aku janji kali ini.
Antaranyalah :
Apa Tawaran Manifesto Barisan Nasional
Manifesto Barisan Nasional: Perkhidmatan Awam
- Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam – termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak 3 peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji dilakukan.
- Melanjutkan tempoh kontrak para pegawai dan menyerap kakitangan yang cekap ke dalam perkhidmatan tetap.
- Memperluaskan Pusat Transformasi Bandar ke semua bandar dan pekan utama.
Manifesto Barisan nasional : Kos Sara Hidup
- BR1M dinaikkan kepada RM1,200 untuk isi rumah; RM600 untuk orang bujang secara berperingkat-peringkat
- Baucar Buku 1Malaysia dinaikkan sehingga RM300; Bantuan Persekolahan dinaikkan kepada RM150.
- Harga kereta akan diturunkan antara 20 hingga 30 peratus secara berperingkat dengan menyemak semula Dasar Automotif Nasional.
- Kedai Rakyat 1Malaysia akan ditambah.
- Klinik 1Malaysia akan dibuka dalam kawasan padat penduduk.
- Pusat Jagaan Harian 1Malaysia akan ditambah untuk ibu bapa bekerja.
- Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20 peratus dengan jaminan bandwidth internet
- Dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas akan dibentuk.
Manifesto Barisan Nasional : Pembangunan Bandar
- Mewujudkan Kementerian baharu untuk menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar.
- Menambah perwakilan NGO dan masyarakat awam dalam kerajaan tempatan.
- Menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja.
- Membina kemudahan dan kawasan rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar.
- Memastikan kemudahan pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan mencukupi.
- Membuka lebih banyak Anjung Singgah (pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan) di kawasan yang diperlukan.
Manifesto Barisan Nasional secara sehala sudah pun diumumkan dan disuapkan terus kepada rakyat. Kali ini harapan kami sekali lagi ingin mengajak kedua-dua parti politik yang bakal berentap dalam Pilihanraya Umum kali ini untuk diadakan pembentangan dan perbahasan bermanifesto secara dua hala pula untuk dinilai oleh jutaan bakal pengundi yang berkelayakan.
Apa pandangan anda dengan intipati Manifesto Barisan Nasional menjelang Pilihanraya Umum ke kali ini?
Yang mana satu antara intipati manifesto Barisan nasional (BN) yang mendapat perhatian anda semua?