Lokasi AES Malaysia? Di Mana Boleh Kena Saman?
Adakah pada bulan Mac nanti, AES dan Kejara akan dilaksanakan?

Jawapannya adalah YA, AES akan dilaksanakan semula oleh Kerajaan dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalanraya ataupun dikenali sebagai Sistem KEJARA akan dijalankan secara serentak selewat-lewatnya Mac ini.
Objektifnya adalah bertujuan bagi mengurangkan kemalangan jalanraya atau kadar nahas yang saban hari kian meningkat.
Sistem Saman AES Dan KEJARA
Berikut mypt3 akan kongsikan informasi penting yang diperolehi dari Berita Harian Online berkenaan dengan pelaksanaan Sistem saman AES dan Sistem KEJARA
- Keputusan pelaksanaan saman AES dan KEJARA akan dibawa ke Kabinet dan akan dimasukkan ke dalam perbincangan buat masa terdekat ini sebelum dilaksanakan.
- Untuk pengurangan nahas jalan raya, AES dan KEJARA adalah langkah yang berkesan dan effektif.
- Pada tarikh 18 Disember 2012, pelaksanann AES telah diputuskan oleh Peguam Negara untuk dikaji semula susulan daripada tentangan dan bantahan hebat daripada rakyat.
- Terdapat 14 kamera AES yang masih lagi berfungsi di atas jalan-jalan raya.
Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan telah berkata bahawa keputusan pelaksanaan dua skim iaitu AES dan KEJARA itu akan dibawa ke kabinet dan akan dibincangkan perihal ini dalam masa terdekat sebelum pelaksanaan dijalankan.
“Dalam isu dan perihal keselamatan, kita tidak boleh lagi berdolak dalik mengenai hai ini. Penguatkuasaan semula AES terpaksa diambil oleh Kerajaan sebagai satu langkah dan inisiatif yang serius dan tegas.
“Kita akan menolak mata demerit seorang pemandu, menerusi sistem KEJARA. Kita akan menolak mata bergantung kepada kesalahan yang dilakukan oleh pemandu apabila disaman. Lesen pemandu akan digantung apabila sudah sampai 20 mata,”katanya kepada sidang media ketika mengadakan lawatan rasmi di Sri Pentas, sebentar tadi.
Kata Liow lagi, pengurangan nahas kemalangan jalan raya dapat dikurangkan dengan langkah dan insiatif sistem saman AES Malaysia dan KEJARA.
Senarai Lokasi AES Malaysia?
Berikut di bawah ini kami akan kongsikan kepada semua 14 lokasi AES bagi mengikut negeri yang tersedia sebagai rujukan dan panduan pengguna jalan raya :
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butiran
Lokasi AES Perak,1. KM 375.9 Lebuhraya PLUS – Slim River (Arah Utara)
,2. KM 26 Jalan Ipoh – Kuala Kangsar (Persimpangan Kg Kerdah)
,3. 7. Jalan Pasir Putih – Ipoh (Persimpangan Jalan Temenggung; Jalan King)
,4. KM 7 Jalan Maharajalela – Teluk Intan (Arah ke Bagan Datoh)
,5. KM 204.6 Lebuhraya PLUS – Taiping (Arah ke Utara)
Lokasi AES Pulau Pinang,6. KM 91 Jalan Ipoh – Butterworth (Arah ke Selatan)
Lokasi AES Kuala Lumpur,7. KM 85.5 Jalan Ipoh – Kuala Lumpur (Arah ke Selatan)
,8. Jalan Klang Lama; Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Sepadu)
,9. KM D7.9; Sungai Besi; Kuala Lumpur (Arah ke Selatan)
,10. Jalan Ipoh; Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Perhentian; Sentul)
Lokasi AES Putrajaya,11. Jalan Lebuh Sentosa; Putrajaya (Kajang menuju ke PICC)
,12. Jalan Persiaran Timur; Putrajaya (PICC menuju ke Kajang)
Lokasi AES Selangor,13. KM 6.6 SKVE (Puchong ke Kajang)
,14. KM 301.6 Lebuhraya PLUS – Kajang (Arah ke Utara)
[/table]
Bagaimana pula lokasi aes Malaysia di Melaka, Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Kelantan, Sabah, Sarawak, Pahang, Terengganu, Langkawi Perlis? Akan Berita Semasa kemaskini daripada masa ke semasa apabila sudah tersedia.
Sistem KEJARA Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya
Berikut di bawah adalah merupakan antara kesalahan dalam KEJARA :
- Memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol atau dadah
- Memandu kenderaan secara membahayakan dan melulu
- Lampu isyarat gagal dipatuhi
- Had laju yang ditetapkan dilebihi oleh pemandu
- Laluan kepada kereta bomba, ambulans atau kenderaan Polis gagal diberikan
Semoga perkongsian lokasi AES di seluruh Malaysia ini memberi manfaat kepada anda semua. Diharapkan kita semua sebagai pengguna jalan raya memandu secara berhemah dan berhati-hati dan sentiasa mengawal had laju kenderaan anda bukan sahaja di lokasi AES malahan di mana-mana jalan raya seluruh Malaysia.