Live Streaming Suzuki AFF Malaysia. Tonton Secara Online
Esok, merupakan malam penentuan bagi kedua-dua negara berentap bagi final Piala Suzuki AFF.

Walaupun baru pusingan pertama, tetapi perlawanan esok sangat penting sebagai bekalan untuk dibawa ke pusingan kedua nanti.
Melihatkan jadual aff suzuki, Adakah negara kita Malaysia ataupun Indonesia bakal jadi juara. Belum pun sepak bola bermula, Presiden Indonesia bakal bikin gempak sekiranya Indonesia jadi juara pada esok malam.
Presiden Indonesia, Susilo B Yudhoyono akan buat announcement serta-merta untuk menukar nama Indonesia kepada INDONGUAY, jika pasukan Indonesia, menang dalam pertemuan di final bertemu Malaysia..dikhabarkan, penukaran nama itu untuk mengenang jasa pemain Uruguay yg membantu Indonesia menjuarai Piala Suzuki AFF. Difahamkan, dalam usaha menjuarai Piala Asia, Indonesia akan menaturalisasi 11 pemain Uruguay dan pemain asal Indonesia cuma akan beraksi memanaskan kaki pemain-pemain Uruguay tersebut
Sebelum ini pun Indoguay pun menang besar kerana dibantu pemain asing. Jika tiada mereka-mereka ini? Jadi mungkin itu sebabnya Presiden Indonesia sangat-sangat terhutang budi pada ini pemain Uruguay.
Kalau di Indonesia, mereka merasakan perlawanan final Piala Suzuki AFF kali ini melibatkan maruah negara. Kepada penyokong bolasepak Malaysia yang mana berkesempatan turun ke stadium esok ayuh turun beramai-ramai memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia.
- Tiket berharga RM30 bagi perlawanan akhir pusingan pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Indonesia pada Ahad ini masih boleh dibeli di Stadium Nasional Bukit Jalil dekat sini.
- 40,000 tiket RM30 bagi tempat duduk terbuka masih ada.
- Tiket berharga RM50 bagi tempat duduk VIP pula sudah habis dijual
- FAM memperuntukkan 70,000 keping tiket berharga RM30 dan 2,500 tiket berharga RM50 kepada penyokong Malaysia, dan 15,000 tiket berharga RM30 dan 500 tiket berharga RM50 kepada penyokong Indonesia
- Tiket-tiket turut dijual di kaunter khas yang dibuka dari 9 pagi hingga 5 petang di Kedutaan Indonesia di Jalan Tun Razak
- Kaunter tiket di Stadium Nasional akan dibuka sehingga Ahad ini, dari 10 pagi hingga 7 petang
P/S : Dengar cerita ramai komplen masa beli tiket tak perlu tunjuk IC benarkah begitu. Harap-harap dakwaan seperti ini tidak benar. Kalau betullah, FAM sendiri cari masalah. Jangan bila timbul masalah nanti, baru kelam-kabut nak cari jalan penyelesaian