≡ Menu

KWAP Pencen. Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan Tukar Ke Mirip Skim KWSP? Setuju?

KWAP Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan Tukar Ke Mirip Skim KWSP? Setuju?

Ekonomi Malaysia dunia umumnya dan ekonomi Malaysia tidak serancak dahulu. Malah ia dikatakan akan berlanjutan sehingga tahun 2018. Perbelanjaan kerajaan tidak setara dengan pendapatan yang diterima.

kwap pencen

Pasti akan ada yang terpaksa yang dikorbankan walaupun ia sudah menjadi kelaziman pelaksanaannya selama ini. Jumlah kakitangan awam di Malaysia yang sudah pun menjangkau 1.6 juta jumlah penjawat awam belum masuk lagi deretan 700,000 pesara kerajaan yang perlu ditanggung bertahun-tahun lamanya.

Semak jadual bayaran pencen hari ini :

Akhirnya berita terkini yang Berita Semasa terima sudah kedengaran ura-ura yang KWAP Pencen hanya akan memberikan pilihan seperti yang Berita Semasa senaraikan di bawah pada masa akan datang :

Butiran Awal Rombakan Skim Pembayaran KWAP Pencen Pesara Kerajaan?

  1. kakitangan awam perlu membuat sumbangan sendiri untuk dana persaraan mereka kelak
  2. Model yang akan digunapakai kelak adalah serupa dengan KWSP seperti yang dinikmati kakitangan swasta. Cuma, untuk kakitangan kerajaan akan diuruskan KWAP pencen

Apa maksud semua ini? Ini bermakna secara halusnya kerajaan Malaysia boleh mula sedikit demi sedikit melepaskan apa yang dirasakan mereka sebagai bebanan besar untuk mereka tanggung ditambah pula kos tanggungan pembayaran pencen untuk kalangan pesara kerajaan semakin melonjak tinggi.

Walaubagaimanapun, butiran lengkap akan kerajaan umumkan tidak lama lagi untuk mekanisnes terbaru membabitkan bayaran pencen kerajaan. Kerajaan sudah mula dengan pelaksanaan disebalik cadangan rombakan bayaran pencen pesara kerajaan. Persoalannya adalah kakitangan awam yang bakal dilantik kelak sudah bersedia untuk menyediakan dana mereka sendiri selepas ini?

Langkah-langkah awal sudah tampak dimulakan. IINM, KWAP Pencen telah ditubuhkan untuk mengambil alih pembayaran pencen kerajaan. 2 bulan lepas dilaporkan kerajaan Malaysia telah pun memindahkan operasi pencen kepada KWAP seperti yang tertera pada laporan berita di bawah ini.

P/S : Tertanya-tanya juga Berita Semasa apa perkembangan dengan duit pinjaman KWAP kepada SRC International anak syarikat kepada 1MDB berjumlah RM4 bilion seperti pada laporan berita di atas (rujuk gambar)