KWAP Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan Tukar Ke Mirip Skim KWSP? Setuju?

KWAP Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan Tukar Ke Mirip Skim KWSP? Setuju?

Ekonomi Malaysia dunia umumnya dan ekonomi Malaysia tidak serancak dahulu. Malah ia dikatakan akan berlanjutan sehingga tahun 2018. Perbelanjaan kerajaan tidak setara dengan pendapatan yang diterima.

Pasti akan ada yang terpaksa yang dikorbankan walaupun ia sudah menjadi kelaziman pelaksanaannya selama ini. Jumlah kakitangan awam di Malaysia yang sudah pun menjangkau 1.6 juta penjawat awam belum masuk lagi deretan 700,000 pesara kerajaan yang perlu ditanggung bertahun-tahun lamanya.



pembayaran pencen

Akhirnya berita terkini yang Berita Semasa terima sudah kedengaran ura-ura yang KWAP hanya akan memberikan pilihan seperti yang Berita Semasa senaraikan di bawah pada masa akan datang :

Butiran Awal Rombakan Skim Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan?

  1. kakitangan awam perlu membuat sumbangan sendiri untuk dana persaraan mereka kelak
  2. Model yang akan digunapakai kelak adalah serupa dengan KWSP seperti yang dinikmati kakitangan swasta. Cuma, untuk kakitangan kerajaan akan diuruskan KWAP

Apa maksud semua ini? Ini bermakna secara halusnya kerajaan Malaysia boleh mula sedikit demi sedikit melepaskan apa yang dirasakan mereka sebagai bebanan besar untuk mereka tanggung ditambah pula kos tanggungan pembayaran pencen untuk kalangan pesara kerajaan semakin melonjak tinggi.

Walaubagaimanapun, butiran lengkap akan kerajaan umumkan tidak lama lagi untuk mekanisnes terbaru membabitkan pembayaran pencen kerajaan. Kerajaan sudah mula dengan pelaksanaan disebalik cadangan rombakan bayaran pencen pesara kerajaan. Persoalannya adalah kakitangan awam yang bakal dilantik kelak sudah bersedia untuk menyediakan dana mereka sendiri selepas ini?

Langkah-langkah awal sudah tampak dimulakan. IINM, KWAP telah ditubuhkan untuk mengambil alih pembayaran pencen kerajaan. 2 bulan lepas dilaporkan kerajaan Malaysia telah pun memindahkan operasi pencen kepada KWAP seperti yang tertera pada laporan berita di bawah ini.

berita

P/S : Tertanya-tanya juga Berita Semasa apa perkembangan dengan duit pinjaman KWAP kepada SRC International anak syarikat kepada 1MDB berjumlah RM4 bilion seperti pada laporan berita di atas (rujuk gambar)


Kongsi dan Viralkan!

Sambung Baca Lagi Artikel Terbaik Yang Ini Pula. Ada Kaitan Dengan Yang Di Atas :

Skim JPA Pencen : Berita Terkini Jabatan Perkhidmatan Awam Tawar Pencen Awal Kak... Skim JPA Pencen : Berita Terkini Jabatan Perkhidmatan Awam Tawar Pencen Awal Kakitangan Kerajaan? Mulai 1 Februari 2010 ini, iaitu hari ini la kan? Bermula hari ini semua skim pencen kakitangan aw...
{ 18 Komen Bernas di Berita Semasa… add one }
  • kris Aug 1, 2016, 2:05 pm

    ini semua karut, sapa punya cadangan bodh pun tak tahu, kalau saya pencen 60 dan kemungkinan boleh hidup sampai usia 75 tahun wang pencen RM 3,230×180 bulan = RM581,400.
    Kalau ambik pencen dari masuk gomen sampai 60 baru dalam 400 lebih, mana lebih tinggi, dah tentu pencen. So, lebih baik ambik pencen!

  • Anonymous Aug 1, 2016, 2:59 pm

    Itulah masalah kjaan sepatutnya klu kjaan ada masalh kewangan wujudkn sistem pembayaran pencen lps bersara yg win2 situation dlm ruanglingkup sbgai sorg yg bernama pesara

    • Anonymous Aug 1, 2016, 3:01 pm

      Mungkin satu sistem wang pencen terbaik dpt diwujudkn lbh baik dr sistem ala epf itu yg dah ditinggalkan sdgkn negara menuju negara maju acuan sendiri

  • Anonymous Aug 1, 2016, 3:02 pm

    lagi satu dgn wujudnya badan2 tambahan mengurus dana pencen ini dikhuatiri berlaku lgi ketirisan atas nama penjimatan dn kos2 tambhan lain sbb setiap sistem baru tak dpt tidak akn menambahkn kos

  • Anonymous Aug 1, 2016, 3:04 pm

    kita khuatiri kurangnya ketelusan akn menjadikn pesara ini mangsa kali ini atau mangsa keadaan

  • Anonymous Aug 1, 2016, 3:06 pm

    Di mana cukai gst yg dikutip selama ini disalur dn dibelanjakan. Jgn pandang remeh isu ini ianya blh menjatuhkn kredibiliti kjaan yg dikatakn kukuh dn maju ekonominya

  • Anonymous Aug 1, 2016, 3:11 pm

    Isu wang pencen ini jika merugikn pesara/tak ditangani sewajarnya/baik akn memberi kesan pada bn dlm pru14 nanti dan markah tambahan kpd parti sebelah sana

  • Anonymous Aug 1, 2016, 3:29 pm

    klu ada wang pencen baru berilah opsyen pd kakitangan kjaan tersebut terlebih dahulu atau mulakn dgn pengambilan pa baru /lantikan baru

    • Anonymous Aug 1, 2016, 3:30 pm

      Akhir kata mohon maaf dr saya dunia akhirat natijah dr apa yg saya telah sampaikan

  • kojiKOG Aug 1, 2016, 3:33 pm

    kerajaan akan buat apa yang mengurangkan beban mereka. sudah pasti iya tidak menguntungkan rakyat.

  • pemerhati Aug 1, 2016, 3:37 pm

    masalahnya ramai PA tidak bijak mengurus keuwangan jika perlu menyimpan wang seperti pekerja swasta. kebanyakkan PA banyak menghabiskan wang untuk bayar lons peribadi.

  • Anonymous Aug 1, 2016, 3:44 pm

    Bagi saya klu dtawarkn kejawatan baru/baru bekerja saya nak opsyen jugak diberikan krn bnyk sbb salah satu org akn kelabu mata bila dapat duit bnyk sekaligus akn terlupa berbelnja tak beringat dn boros serta blh berlaku pelaburan yg merugikn dn hilang wang sekelip mata Nauzubillah

    • Anonymous Aug 1, 2016, 3:50 pm

      Btultu jika berlaku demikian yg rugi org melayu jugak sbb ramai pa orang melayu bangsa lain tak nak msk gomen /tak ramai. Mereka ramai berniaga.Fikirkamlah………

  • Kak Ton Aug 4, 2016, 12:40 pm

    Hadiah pencen sepatutnya diberi sekumpulan lembu utk dibela kemudian akan berkembang biak dan menjadikan tuan lembu jutawan seperti Kak Jat Lembu bibir tebal

  • Manusia Aug 9, 2016, 10:06 pm

    Negaraku oh negaraku..apa sudah jadi?

  • sang kelembai Aug 30, 2016, 7:07 am

    pada saya duit pencen perlu diselaraskan samaada pencen buruh, pegawai rendah ke atau JUSA / menteri sekalipun… berikan hanya RM 1-1.5K shj atas sumbangan mhargai jasa perkhidmatan. Taraf mereka sama shj slps bersara iaitu ‘PESARA’ knp perlu dibezakan. keperluan mereka juga sama…roti canai, teh tarik itu pon jika masih sihat…yg pasti keperluan kesihatan itu yg lebih diperlukan oleh pesara…

  • KAK JAT BIBIR TEBAL Sep 15, 2016, 11:54 am

    saya sudah kaya apa kisah

  • Anonymous Oct 6, 2016, 9:20 pm

    mereka lupa bahawa yang kuat mentekedarah duit pencen adalah ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri. ramai asyik hentam pesara dari kalangan penjawat awam, tetapi ramai tidak sedar, ahli politik lagi banyak pencennya. dahla pencen mereka dibayar mengikut penggal. kalau seseorang ahli politik boleh hidup sampai 10 penggal?

Tinggal Komen Bernas Bagi Topik Ini

shares