Usaha Kurang Kakitangan Awam di Malaysia Daripada 1.6 Juta Penjawat Awam Kepada Hanya Tinggal?
Kepada kakitangan awam dan penjawat awam di Malaysia yang menunjukkan komitmen dan dedikasi yang tinggi terhadap kerja yang diberikan, Berita Semasa ucapkan terima kasih dan tahniah kepada anda. Andalah aset yang besar kepada negara dalam usaha memajukan negara.

Walaubagaimanapun, yang Berita Semasa sedia maklum, kakitangan awam yang “sudah confirm”, sangat sukar untuk dibuang kelompok seperti ini walaupun kakitangan tersebut bermasalah dan menjadi nanah dalam sektor awam sehingga memberikan persepsi yang cukup buruk.
Paling teruk pun, hanyalah tukar jabatan, tukar daerah, tukar negeri. Buang kakitangan awam yang bermasalah sangat-sangat mustahil. Ada kes kakitangan awam yang ponteng sampai 3 bulan tidak dikenakan tindakan buang kerja!!!
Jikalau sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam Mengumumkan pembekuan pengambilan pekerja untuk mengawal saiz perkhidmatan awam. Berita Semasa dimaklumkan situasi di sektor awam hari ini, sekarang ini pun memang kerajaan sedang optimumkan kakitangan kerajaan.
- tempat orang pencen tidak diganti
- maka beban kerja staff pencen itu diambil alih secara sama rata oleh penjawat awam yang lain
- kerajaan tidak buang pekerja tapi cuma melalui staff pencen seperti pencen 5 orang ganti 2 kakitangan awam yang baru sahaja sehingga optimum
Masakan tidak sehingga ke hari ini, jumlah kakitangan awam di Malaysia sudah pun berjumlah 1.6 juta kakitangan awam untuk jumlah penduduk hanya 30 juta orang. Greece yang menuju muflis pun, tumbang antara salah satu faktor adalah disebabkan jumlah kakitangan awam terlalu ramai, paling tinggi dalam negara Kesatuan Eropah.
Transformasi Usaha Kurang Jumlah Penjawat Awam di Malaysia?
Harapan Berita Semasa selepas ini kakitangan awam dalam sektor
- dikurangkan kakitangan awam yang bermasalah
- mengurangkan lambakan kakitangan awam di Jabatan Perdana menteri kerana ia tidak menjalankan tugas mana-mana Kementerian
- menambah skop kerja
- menetapkan KPI
- meningkatkan bilangan jumlah guru dan doktor di Malaysia
Ini pula, respon Cuepacs selepas DAP menyusulkan usaha kurangkan jumlah kakitangan awam di Malaysia pada ketika sekitar 4 tahun lepas?
Keratan Laporan Akhbar Berita Usul DAP
P/S : Bagi Berita Semasa sendiri bab pengurusan memang sudah tiba masa dan ketikanya untuk dikurangkan. Tetapi bab-bab penguatkuasaan memang perlu ditambah. Ada komen dan respon tambahan daripada anda mengenai isu terkini ini?
PP/S : Selain buang kakitangan awam yang bermasalah, sila kecilkan segera saiz kabinet Malaysia yang ada hari ini, singkirkan menteri yang seringkali menjadi bahan jenaka rakyat Malaysia hari ini. Rakyat Malaysia tidak perlukan pemimpin seperti ini.