[HOT] Konsep 1Malaysia VS One Israel? Benarkah?

[HOT] Konsep 1Malaysia VS One Israel? Benarkah?

Saya rasa dah ramai yang mengetahui konsep 1Malaysia yang sering diwarwarkan oleh Perdana Menteri kita yang keenam ini, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa menyerupai slogan yang pernah digembar-gemburkan oleh Perdana Menteri Israel sebelum ini, Ehud Barak menerusi One Israel yang bertujuan untuk meraih kembali sokongan daripada rakyatnya ketika itu.

1malaysia one israel

Jika sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Hj Badawi melaungkan slogan “Islam Hadhari”.

Sekarang ini? Apa sudah jadi? Mana perkampungan Hadharinya? Semuanya sudah hanyut “ditelan bumi”. Erm……

Konsep 1Malaysia VS One Israel

Bukannya niat Berita Semasa untuk memperlekahkan hasrat dan wawasan Perdana Menteri kita. Bagus, siapa kata tak bagus. Perubahan yang ingin dilakukan mesti disertai dengan tindakan. Siapa yang tak nak negara yang kaya dengan budaya pelbagai kaumnya hidup  bersatu padu, aman dan damai untuk tahun-tahun yang akan datang seiiring dengan konsep 1Malaysia yang ingin diterapkan. 

Dan sepatutnya perkara sudah dicanang sejak dahulu lagi. Tapi adalah lebih elok, slogan itu disertai dengan “tindakan profesional” yang ingin dilihat oleh rakyat. Beberapa konsep 1Malaysia yang telah dikembangkan kepada 1 Pengguna 1 Suara sebagai contoh. Slogannya agak cantik, tetapi apa gunanya jika harga barang semakin melambung ketika ini disebabkan tindakan kerajaan yang menaikkan harga minyak baru-baru ini.

Kalau yang mana belum mengetahuinya, konsep One Israel pertama kali diumum dan dimulakan oleh seorang tokoh politik Israel Yitzhak Yitzhaky pada 14 Oktober 1980 dan kemudiannya diperkukuh oleh pemimpin Parti Buruh, Ehud barak sebagai strategi politik dalam pilihanraya Israel 1999 dan menggunakan slogan “One Israel” bagi meraih sokongan kembali kepada partinya dahulu.

Ini kerana Parti Labor dikatakan tidak disokong oleh rakyat Israel laknatullah sendiri kerana parti itu dilihat agak elitis(elit) dan snobbish(bongkak). Maka satu kaedah dan konsep perlu diperkenalkan untuk meraih semula sokongan kepada parti yang dipinggirkan ini.

Sasterawan dan aktivis politik, Azizi Abdullah pernah berkata yang mana menyifatkan slogan itu jika benar ditiru dari konsep One Israel menunjukkan pemimpin Barisan Nasional (BN), khususnya Najib sebagai pemimpin tiada maruah

Barak telah memilih untuk menggunakan “One Israel” dalam kempennya dengan menggambarkan “perpaduan”. “Perpaduan” yang dibawa oleh Barak masih lagi menzalimi rakyat Palestin. Kenyataan penuh konsep One Israel yang pernah digunapakai ooleh Israel sebelum ini boleh dirujuk semula di sini.

Kerajaan sekarang ini perlu bertindak segera dan drastik, bukannya hanya melaungkan konsep 1Malaysia semata. Ini kerana, pelabur luar semakin hilang kepercayaan kepada negara kita. Mengapa tidak? Jika dahulu negara kita untuk pasaran saham, pelaburan asing, begitu juga persaingan kompetitif indeks begitu baik dikalangan negara Asia lain termasuk Korea Selatan Taiwan dan begitu juga dengan Singapura pada era 90an.

Sepatutnya, pencapaian negara semakin baik daripada tahun ke tahun, tetapi berlaku sebaliknya. Pelabur mana berani mengambil risiko jika tahap keselamatan dan undang-undang kita diragui. Saya cakap terus terus terang sahajala ye.

Kes pembunuhan Altantuya yang mendapat liputan meluas antarabangsa, masih diragui keputusannya dan nampak berat sebelah. Ini kerana beberapa persoalan yang masih belum terjawab,

  1. mengapa terdapat VVIP yang dikatakan mempunyai hubungkait dengan pembunuhan Altantuya tidak dipanggil membantu siasatan,
  2. siapa arahkan laporan keluar masuk Altantuya ke Malaysia di Imigresen dipadamkan,
  3. siapa yang berikan kebenaran mengeluarkan bom C4 sehingga boleh senang-senang dikeluarkan dari simpanan Kementerian Pertahanan Malaysia untuk tujuan meletupkan mayat Altantuya dan terlalu banyak  lagi persoalan yang masih belum terjawab sehingga kini.

Begitu juga skandah rasuah PKFZ, skandal VK Lingam, dakwaan komisen yang diperolehi VVIP atas pembelian kapal selam Scorpene dan jet Sukhoi. Tiada niat untuk menuduh sesiapa.  Ada dakwaan besar sebegini, kerajaan mesti jawab dan menyelesaikan dengan baik. Rakyat hanya hendak tahu jawapan dan kebenarannya nya. Ini semua harta, duit serta hak rakyat untuk mengetahui kisah sebenarnya. Yang salah tetap salah. Yang hitam tidak akan menjadi putih.

P/S : Kerajaan yang bagus ialah kerajaan yang sedia menerima teguran dan pandangan rakyatnya dan sentiasa berusaha untuk memperbaikinya. Jikalau konsep 1Malaysia kena pada caranya menagapa tidak untuk diterima kan?

PP/S : Perdebatan konsep 1Malaysia dengan One Israel yang dibangikitkan dan dibahas di dewan Rakyat boleh anda pertarungan mereka seperti video di bawah ini

Sambung Baca Lagi Artikel Terbaik Yang Ini Pula. Ada Kaitan Dengan Yang Di Atas :

Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia Dibuka Kepada Rakyat Malaysia? Satu Lagi Produk 1Mal... Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia Dibuka Kepada Rakyat Malaysia? Satu Lagi Produk 1Malaysia!! Selepas Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Restoran Rakyat 1Malaysia sekarang ini akan dibuka pula Kedai...
139 Komen Bernas di Berita Semasa… add one
  • 1 Mat Nuat 9:30 am

    Memang satu isu yang cukup HOT pada masa kini. :tepuk
    Sebenarya,di negara Malaysia cukup banyak dengan isu “Penjenamaan Semula”,sebab itulah negara kita tidak pernah berubah.Contoh isu penjenamaan semula ialah konsert-konsert ditukarkan kepada Jom Heboh,Sua Rasa,Majlis Menyanyi sambil beramal dan mcm2 lagi.Contoh kedua ialah riba ditukar nama kepada interest/faedah.Apakah perubahan yang kita dapat lihat dari penubuhan ISLAM HADHARI? ISLAM pada asalnya sudah lengkap dan teratur peraturannya,kenapa perlu tukar nama?adakah ISLAM HADHARI ini lebih baik dari ISLAM sebenar?ONE malaysia?apa sebenar tujuan penubuhan ONE malaysia?mengutamakan tuntutan rakyat?oh,nampaknya sebelum ini memang kerajaan tidak mengutamakan tuntutan rakyat la ye? :ejek

  • 2 Muhasabah Trading 11:20 am

    Konsep yangbaik diterapkan untuk memupuk perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

    walau bagaimanapun, isu-isu yang dibangkitkan Berita Semasa dalam perenggan-perenggan terakhir banyak betulnya dan amat pahit untuk ditelan sesetengah pihak.

    ps – rakyat Malaysia semakin bijak dan semakin matang, fikir-fikirkanlah wahai pemimpinku..

  • 3 HAPIZI84 12:34 pm

    Yang pasti,slogan tu hanya lah ucapan di mulut semata-mata.Tidak pada perlaksanaannya..Kenapa hanya 1Malaysia sahaja yang begitu popular di ungkapkan?Ke mana pergi rakyat di dahulukan..Lihat bagaimana isu PKFZ tu sendiri banyak melibatkan org2 kerajaan tapi kenapa masih tiada sebarang tindakan di ambil..Jadi ke mana pergi nya pencapaian di utamakan..

    1Malaysia hanya ungkapan tidak pada perlaksanaan..

  • 4 Mat Nuat 1:47 pm

    samolah aja dengan ISLE HADORI :tepuk

  • 5 HAPIZI84 1:51 pm

    Ntah kemana laa pergi dah Islam Hadhari Pak Lah tu..Lesap terus dgn Pak Lah sekali..Kesian kat Pak Lah..Punya laa penat jaja slogan tu. :senyumkambing

  • 6 Mat Nuat 1:55 pm

    tu yang aku heran tu..bila naik ja pemimpin baru..ada saja slogan2 baru…bila da retired…mana pi slogan2 tu aku pun x tau..tinggal nama saja….ish ish

  • 7 HAPIZI84 2:02 pm

    Tu yg jadi masalah tu,lepas ni siapa yg nak jadi PM mesti pecah kepala nak pikir..Bukan pikir pasal rakyat tapi pikir pasal nak cari slogan yang mantap-mantap..Baru boleh popular slogan tu nanti.. :senyumkambing

  • 8 Mat Nuat 2:06 pm

    hahah..ko ni memang banyak idea la…macam pantun plak…aku post,kau balas,kau post aku balas…hmm aku pun da kering idea ni..da la x makan malam lagi :ketawa :ketawa

  • 9 MuNsYi~SaMa 2:25 pm

    dulu wawasan 2020, islam hadhari dsb…hmm..sokong ayat last, “Kerajaan yang bagus ialah kerajaan yang sedia menerima teguran dan pandangan rakyatnya dan sentiasa berusaha untuk memperbaikinya.”

    masalahnye, ramai lg rakyat yg xsedar atau dh tau tp buat2 xnmpak hal ni…kononnye kena sokong kjaan yg tungkus lumus bg kemerdekaan kt negara..pdhal perjuangan ulama2 pas mase tu pon byk..

    cmne agaknye nk ubah kpd negara yg lebih baik?undang2, politik, ekonomi dsb?? ikut Alquran dan sunnah, undang2 islam, as simple as that.

  • 10 HAPIZI84 2:31 pm

    Haha..tiba-tiba rasa seronok pulak mengomen.Tu yang aku balas je.. :ketawa ..Yg jadi persoalan pasal slogan ni,kenapa hanya 1 Malaysia je yg popular..Yg rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan tak popular pulak..Dulu masa mula-mula slogan ni keluar punya laa si Najib tu boleh cakap slogan ni panjang-panjang.. :berangan

  • 11 zualliz 2:50 pm

    slogan 1 Malaysia x salah. mungkin kebetulan je ngan 1 Israel.. tapi yang masalahnya pelaksanaannya..harap slogan je mantap.. :sedih
    setiap pemimpin kena ada slogan tersendiri..tapi, sepatutnya pemimpin lepas tu kena teruskan slogan pemimpin sebelum tu..
    last2, banyak pemimpin, banyak slogan..tapi pemimpin masuk kubur ngan slogan tu sekali.. :gelak

  • 12 HAPIZI84 3:05 pm

    Betul tu,sepatutnya slogan tu di gerakkan bersama-sama dengan perlaksanaan.Ni tak yang di gerak dan sibuk di canangkan hanya slogan.Perlaksanaan entah ke mana.

    Slogan 1Malaysia hanya jadi sandiwara politik semata-mata..Rakyat masih lagi merana..Berapa ramai lagi yang hidup susah.Kat KL sendiri masih ada yang bergelandangan tidur di jalanan dan di kaki 5..Kebanyakannya org Malaysia sendiri.Buktikan rakyat di dahulukan dulu baru di susuli dengan 1 Malaysia.

  • 13 danzaimar 3:08 pm

    betul tu..rakyat kini dh pandai menilai mana yang baik dah buruk..yang hak dan bathil.. :senyumkambing

  • 14 danzaimar 3:10 pm

    baik WAWASAN 2020, ISLAM HADHARI, sekarang ni plak..1MALAYSIA..hum..adakah akan terkubur dan jadi sebahagian angan-angan sajer?? :curiga

  • 15 danzaimar 3:12 pm

    PM sekarang duk penat pikir slogan…pastu slogan tah ke mana kepimpinan huru hara..huhuhuhu..apa yang dilaungkan tak seperti yang di tadbirkan..hum.. :curiga

  • 16 danzaimar 3:13 pm

    betul tu Zualiz…jangan hanya pandai reka slogan tetapi pelaksanaan ntahape2..yang penting impak dari slogan yang dicanang-canang…kan?? :ejek

  • 17 HAPIZI84 3:22 pm

    Dengan slogan mantap tu dia pikir boleh tipu rakyat,di tambah lagi dengan menggunakan mediamassa..Lagi bertambah yg suka dgn slogan je..Perlaksanaan tak dibuat pun takpe..Memang betul omong kosong punya slogan.. :senyumkambing

  • 18 JohnJimat 9:15 pm

    klu xsilap Islam Hadhari ni bermaksud Islam mengikut zaman yer? betulkan sy klu silap.. tp lebey kurang cmtula.. perkara ni sampai gado dgn mmb, org ckp kt die da hukum tetap cmtu xkn nk wt hukum ikut zaman lak?bekas dak skola agama tu.. ape da :serabut

  • 19 JohnJimat 9:19 pm

    betul tu rakyat kte semakin bijak menilai yg mane baik dan yg mane buruk cume byk yg lebey suke menutup mate ble ade keburukan yg dpt dihidu :tepuk

  • 20 JohnJimat 9:24 pm

    jwp die sng je bro, hanya yg berkuasa ke ats negara ni je mampu menukar undang2 semua tu.. jadi mknenyer selagi pemerintah tidak sedar maknya selagi itula undang2 ni akan kekal dan mungkin akan bertambah serius :phwitt

  • 21 JohnJimat 9:29 pm

    klu najib tu duk ckp ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’ susah la die nk wt f1 malaysia tu.. da tentu2 F1 tu membuat rakyat di ketepikan :peace

  • 22 JohnJimat 9:33 pm

    lagi satu 1 malaysia ni berkesan ker? tgk bangsa cina, melayu dan india makin berpecah je. semua duduk dlm kroni je.. terutama dak2 mude skrng.. mane nk campur2, klu ikut cerita org tua2 dulu klu time raye melayu, cina dan india same beraya. saling bertukar2 kuih. klu org melayu gi beraya, org cine gn india pun beraya juga.. skrng cm da xde ek… :sedih

  • 23 Fatin Pauzi 9:55 pm

    Mungkin dulu sebab pemerintahan lagi, meaning pemimpin lain yang tak mengutamakan tuntutan rakyat.

  • 24 Fatin Pauzi 9:59 pm

    Erm, yang pasal SAKTI tu, aku dah lupa nama dia, mungkin tu salah satu perlaksanaan die. Slow2 la kot. Huhu. Well, kalau kita tak menyokong kerajaan kita sendiri, sape lagi kan? Jangan la jadi huru hara macam negara lain. Mintak jauh ler… :doa

  • 25 Fatin Pauzi 10:00 pm

    Eh, mungkin tak de kat tempat awak kot. :ejek

  • 26 lobak masin 3:16 am

    Alaa.. kalau ckp pasal parti ni dah muak dah nak cakap.. hehehe.. sapa yang ada cable hidup confirm senang.. orang susah tetap susah.. tak kira lah parti apa pun, semua sama… lepas tekak masing2 dulu… memang betul kalau nak senang kena usaha.. tapi macam mana nak usaha kalau bab bisnes jer org yang ada kepentingan di utamakan…. CAKAP TAK SERUPA BIKIN (CTS BN)…

  • 27 Mat Nuat 3:31 am

    hahaha…cam iklan je aku dengar…btul jugak cakap fatin 2..sebenarnya memang ada kaum cina india melayu yang berbaik-baik..tapi x banyak…yang banyak pun sebenarnya cuma dalam Iklan…. Surat Kabar lama!!!! apa khabar!!! apa khabar!!! :gelak :gelak :gelak :ketawa

  • 28 Pak Awang 3:51 am

    Memang tak patut diwujudkan Islam hadhari
    Islam itu sudah cukup cantik
    apa yang nak diubahnya lagi……siapa kita nak ubah
    yang ada pun tak terikut :marah

  • 29 Pak Awang 3:55 am

    Biasala…BN ini kereta tua
    kalau direpair macam mana pun tak boleh even overhaul pun
    tu yang dah rasuh pun disumbatnya balik :phwitt

  • 30 Pak Awang 3:57 am

    Mereka ini yang masih menyokong bulat kerajaan
    dah tak kisah
    tentang rasuah ker apa
    yang penting Melayu mesti dijaga
    sampai sekarang pun ekonomi orang melayu macam itu juga
    yang kaya bertambah kaya
    yang miskin……………(ulang dan smbung) :senyumkambing

  • 31 Pak Awang 3:58 am

    SAKTI, apa kebenda tu? :curiga

  • 32 Pak Awang 4:00 am

    Haha… :ketawa :gelak iklan turun temurun
    biasala…BN itulah modalnya apikan semnagt perkauman
    dalam masa sama PM dok sibuk dengan syair satu malaysianya

  • 33 Mat Nuat 4:09 am

    parti bn ni dah x bole direpair-repair…2 la sebabnya kerajaan Malaysia perlukan satu pemerintahan baru…sapa lg klau bukan PAS

  • 34 Mat Nuat 4:31 am

    -Syair Satu Malaysia Yang Ditelan Waktu-

    satu malaysia,
    engkau 1 malaysia,
    engkau bukan 2,3 atau 4 malaysia

    satu malaysia,
    rakyat didahulukan,
    pencapaian diutamakan

    satu malaysia,
    rakyat bersatu
    negara bertambah maju

    satu malaysia,
    engkau jangan pergi,
    jika PM kami retired lagi

    satu malaysia,
    engkau omongan saja,
    akhirnya tinggal nama

    satu malaysia,
    masa itu penting,
    habis Najib ,naiklah Muhidin

    satu malaysia,
    engkau akan pergi berlalu,
    digantikan dengan slogan baru

    :tepuk :ketawa :gelak

    amacam?ok x pantun aku.

  • 35 Mat Nuat 4:33 am

    aku search ja google dapat menda ni:

    Najib lancar parti Makkal Sakti Malaysia…apekebenda nya 2 ..x pernah dengar la plak

  • 36 Pak Awang 8:09 am

    Haiya…sudah terang lagi bersuluh
    lu pas ka bro
    kira kroni la kita :senyumkambing
    jom join the club

  • 37 Mat Nuat 8:52 am

    Bru tahun ni nak daftar kat SPR..baru ja nak masuk 21…bulan november ni…heheh :senyumkambing

  • 38 HAPIZI84 9:05 am

    Makkal Sakti Malaysia tu satu penubuhan parti politik berteraskan kaum India yang kebanyakan ahlinya terdiri dari pada HINDRAF..Najib nak ambik hati org India kembali sebab dia tahu Org INdia dan Cina tak menyokong kerajaan..

  • 39 HAPIZI84 9:12 am

    Tak salah gunakan slogan tu cuma hanya slogan yg sibuk di canang tapi tiada pendekatan utk pastikan apa yg di harapkan dari slogan tu direalisasikan..Mungkin dengan menubuhkan team F1 Malaysia dah cukup membuktikan 1Malaysia?

    Rakyat Malaysia vs F1 Malaysia mana lagi penting?

    Mana pergi suntikan dana yg berbillion2 tu pergi?

  • 40 Mat Nuat 9:14 am

    hahah…geng2 hindraf pun nak dibelanya? geng hindraf ni memang patut kita perangi habis-habisan…boleh dikira jihad ni..dah duduk negara orang x sedar diri…

  • 41 Mat Nuat 9:18 am

    mana perginya slogan “Rakyat Didahulukan”?

    F1 MALAYSIA ialah satu pencapaian…so klau diikutkan slogan asal
    “Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan”..Pencapaian kan disebut selepas rakyat…so…sepatutnya kerajaan utamakan RAKYAT :joget

  • 42 HAPIZI84 11:09 am

    Pencapaian pun ntah kemana..Dulu najib ckp nak buat KPI(penilaian prestasi) utk semua kementerian..Last2 senyap je..KPI tu ntah mana pergi..

    Kan banyak dh rakyat di dahulukan..antaranya kenaikan harga minyak..Rakyat di dahulukan untuk beli minyak yg mahal.. :ketawa

  • 43 Mat Nuat 11:11 am

    wah KPI…diri sendiri pun belum dinilai nak menilai prestasi orang lain

  • 44 HAPIZI84 11:26 am

    KPI pun ntah2 jadi mcm slogan 1Malaysia je..Just pada slogan tidak pada perlaksanaan..1Malaysia+KPI=Hanya slogan..:)

  • 45 danzaimar 3:06 pm

    bro John, Islam tu ad-din (gaya hidup) dah lengkap dah ISlam tu sebenarnya…tak perlu ditukar atau ditambah..hum… :curiga

  • 46 danzaimar 3:08 pm

    betul tu Pak awang..ISlam tu dah lengkap sebagai panduan hidup kita..InsyaAllah kalau kita sentiasa amalkan, kita selamat duni akhirat..amin… :doa

  • 47 danzaimar 3:09 pm

    bolehla Mat Nuat mengundi nanti..huhuhu..buatlah pilihan bijak ye??huhuhu :senyumkambing

  • 48 danzaimar 3:13 pm

    saya cuba selesaikan…yang miskin bertambah miskin..ye tak pak awang??huhuhu.. :gelak

  • 49 danzaimar 3:16 pm

    huhuhu..betul tu John..jangan karang pas rakyat rasa diketepikan, Najib pulak disisihkan..hahahaha..parah Najib… :gelak

  • 50 danzaimar 3:19 pm

    Makkhal Sakhti..parti komponen baru dalam BN..dh lebih kurang macam MICla…huhu..khas untuk kaum India…nape??ko nk join ke Mat Nuat?? :ejek

  • 51 danzaimar 3:21 pm

    amboi..siap berpantun Mat Nuat!!bakat terpendam la ko ni Mat..huhuuhu..esok boleh reka sajak plak ye tak?? :curiga

  • 52 Mat Nuat 3:35 pm

    seriusly aku dulu memang nak jadi penulis novel…tapi dah x da jalan kearah tu nak wat cam na…aku dulu memmang minat create syair/pantun sendiri…Syukurla Allah yang bagi bakat tu kat aku.. :senyum

  • 53 Mat Nuat 3:36 pm

    lol…100% aku menolak makkah sakti tu..nanti kena jampi ngan diorang mampus aku..kan diorang ada kuasa sakti la kononya…

  • 54 Mat Nuat 3:39 pm

    depa dok kira melayu ja mesti dijaga…habis tu IsLam sapa nak jaga? PAS jugak….

  • 55 Mat Nuat 3:39 pm

    Mesti pilihan bijak punyalah….x kan nak ngundi yang suka makan rasuah plak :gila

  • 56 Mat Nuat 3:42 pm

    Islam hadhari Islam mengkikut zaman?? sebenarnya Islam yang original pun memang sesuai sepanjang zaman..islam hadari 2 ISlam cetak rompak atau pirate edition

  • 57 HAPIZI84 3:44 pm

    Kau create laa satu novel pasal 1Malaysia Mat Nuat,pastu jual..Mesti laku punya..Tajuk novel tu kau tulis di inspirasikan oleh PM Malaysia..Berebut2 nanti rakyat Malaysia beli.. :senyum

  • 58 HAPIZI84 3:48 pm

    Makin bertambah parti politik makin bercelaru laa nanti..Semua berebut2 nak dapatkan jawatan presiden..Nasib rakyat tak terbela-bela pun.. :senyumkambing ..

  • 59 HAPIZI84 3:57 pm

    Tulah diorg tak fikir betul2.. Dengan Menjadi melayu tak menjamin masuk ke syurga..Sepatutnya penekanan patut di berikan dari sudut Islam..Aku bangga di lahirkan sebagai seorg Islam.. :senyumkambing

  • 60 HAPIZI84 4:05 pm

    Last2 Islam Hadhari hilang mcm tu je..Kabur terus dengan Pak Lah sekali..Kesian Pak Lah,penat pikir nak buat slogan “Islam Hadhari” tu.

  • 61 Mat Nuat 4:11 pm

    masa penjajahan british dulu lagi banyak parti ada tambah2 kat sabah ngn sarawak…nama parti pelik2 sungguh

  • 62 Mat Nuat 4:12 pm

    hahah..nak cari mampus guna nama PM…nanti silap silap aku kna buang negara…x pun depa tahan aku kat pulau jerjak..x nak aku. :lambai

  • 63 JohnJimat 5:35 pm

    tu la, ni klu zaman moden cmni, hukum cmni2.. nanti ble anak cucu kte nanti.. ble tangkap khalwat tah2 diberi amaran je.. yelah mengikut zaman.. :sedih

  • 64 JohnJimat 5:37 pm

    betul tu mmg xpatut, hukum Allah da tersedia indah dan adil, nk ubah ape lagi. kte xde kuasa nk ubah. kte ni hanyalah hamba Allah.. :sedih

  • 65 JohnJimat 5:38 pm

    mmg setuju bro.. skrng ni nk wt bisnes pun klu ade cabel sng la. nk keja pun kabel… klu xde kabel jgn harap la nk dpt sume tu.. mmg payah la.. :ketawamanja

  • 66 JohnJimat 5:42 pm

    betul tu bro.. klu kte lihat skrng bangsa cina makin lame makin kaye sume.. tgk klu dorng bukak kedai ke bisnes ke ape mane de sape nk kacau.. secara haram ke xharam ker, xde pun penguatkuasa nk jejak.. klu ade pun terpkse la tu.. klu org melayu baru je niaga tepi jln da serbu :marah

  • 67 JohnJimat 6:01 pm

    klu sami vellu tu turun mungkin sokongan akan bertambah cket kot.. si sami vellu tu xmng kerusi pun pru lps kan?yg siap nangis2 gi kt blkng tu?agaknyer la kot :peace

  • 68 JohnJimat 6:05 pm

    mmg bg kte rakyat mesti diutamakan.. tp lain pula halnya dengan penyokong2 bn kerana mereka lebey maukan pembagunan. tgk sendiri klu dlm brita klu interview mesti dorng ckp pembangunan xde, kire klu buat f1 ni mate org tua2 nmpk la malaysia ni membangun da ade F1 da :gelak :gila

  • 69 Mat Nuat 6:11 pm

    cina lain bro..depa banyak main no ekor…duit no ekor tu la depa wat bisnes…ada sorang cina cakap sendiri kat kawan saya yang bangsa dia memang ramai penipu….cina 2 kata lagi…”klau u mau berjaya,u kena brani tipu ma”.”klau u x brani,u kena tinggal ma”

  • 70 JohnJimat 6:15 pm

    xkisa la no eko ke xde no eko.. tp cube tgk ble cine buat bisnes tp kedai melayu pun ade sebelah ade penguat kuasa nk dtg cek?xde bro.. asl kedai melayu baru bukak ade je dorng serbu..

    lagipun bro, no eko ni melayu pun byk main ape :ketawamanja

  • 71 zualliz 6:47 pm

    melayu dengki sama melayu..xleh tengok sama bangsa lagi untung, maju..sebab tu report macam2..penguatkuasa datang serbu..pastu cina mesra pelanggan..melayu masam je memanjang..

  • 72 JohnJimat 7:10 pm

    ya betul tu bro.. mmg sifat ni xleh nk lari.. org cine ni dlm kroni die mmg die tlg.. xreti die ajar.. klu melayu alahai asik main bom2 je.. :sedih

  • 73 HAPIZI84 7:07 am

    Lepas2 menang kat bagan penang,terus di jaja slogan 1Malaysia..Ada ke patut org2 BN ckp rakyat dah mula terima konsep 1Malaysia ni..Buta betul diorg ni,BN menang bukan pasal 1Malaysia tapi pasal Isa Samad..Yg rakyat terima bukan konsep 1Malaysia tapi hanya slogan sebab hari2 di momokkan di mediamassa.. :curiga

  • 74 danzaimar 4:02 pm

    huhuhu..betul tu John…last-last saman je..huhu..pastu mula la segala sosial problem berleluasa..huhuhu..mintak simpangla.. :lambai

  • 75 danzaimar 4:04 pm

    betul tu John, sebagai hambaNya yang lemah patutnya kita sentiasa lah muhasabah diri…agar kita sedar kedudukan kita di sisi Nya.. :ejek

  • 76 danzaimar 4:12 pm

    huhuuhu..kita tolak pemimpin rasuah..insyaAllah selamat dunia akhirat!!amin… :doa

  • 77 danzaimar 4:14 pm

    betul tu bro..Melayu kena tolong sma Melayu..baru Melayu boleh maju..kalau tak tolong sama Melayu, siapa lagi?humm.. :phwitt

  • 78 Mat Nuat 4:39 pm

    memang setuju sangat dengn pendapat kau…setengah orang tu kalau tengok link affliate ada referal link..dia sanggup buang nama contoh ref=zainaldogol ….bukan apa dengki sebab takut dia dapat duit.

  • 79 Mat Nuat 4:41 pm

    yang paling sedih ialah kes kecurian kabel yang semakin menjadi-jadi terutamnya di taman tempat tinggalku…dah la curi cabel link internet…nak men tenet pun kadang2 x le …waaaaaaaaaa :nangis :nangis :nangis

  • 80 JohnJimat 6:43 pm

    oh bgs la klu nk daftar sebagai pengundi.. sy yg 22 ni pun belum mendaftarkan diri lagi haha.. agaknyer ble la nk daftar ni :senyumkambing

  • 81 JohnJimat 6:44 pm

    wah teruk tu.. xde rukun tetangga ronda ker? huh camtu susah la nk main tenet.. hhmm agak2 kerja sape yg curi tu?mat pet ka? :curiga

  • 82 JohnJimat 6:48 pm

    berkemungkinan akan terkubur, klu kerajaan masih memerintah ble PRU akan datang mungkin slogan ni tidak akan terkubur. tp ble PM undur diri maybe akan terkubur.. maklumla setiap PM mesti ada slogan yg tersendiri :hormat

  • 83 JohnJimat 6:51 pm

    betul gak tu Fatin.. klu kte xmenyokong sape lagi nk sokong ye x.. klu kte tak sokong tolak hukum sape lagi nk sokong.. kte jugak la kan :phwitt

  • 84 JohnJimat 6:53 pm

    ala bro, biasa la tu.. ble mng sume bende die nk ckp asl boleh celah die celah .. cara dorng cmtu pun kdg2 bole mempengaruhi rakyat terutama yg berada di ‘atas pagar’.. :senyum

  • 85 JohnJimat 7:03 pm

    klu saman tu yg susah tu.. xyah da bwk gi balai ke pejabat jais ker, trus je amik borang saman tulis lps tu bg kertas saman tu :ketawa lps tu dorng wt projek blk :phwitt

  • 86 Mat Nuat 7:20 pm

    haha..hari ni depa dok wat perhimpunan kat PWTC…dok bangga pasai menang semalam..padahal bukanya PRU… :senyumkambing

  • 87 JohnJimat 8:49 pm

    uik ya ka?baru mng had ni da kecoh2 satu malaya.. bangga betui depa ni.. buang duit lagi tu wt jamuan2, duit raye lagi ker :curiga

  • 88 zualliz 3:05 am

    hadhari dari ‘hadharah’, bermaksud kemajuan..kalau secara ringkas, Islam Hadhari bererti Islam yang maju..memang masa Pak Lah perkenal Islam Hadhari dulu, ramai yang x setuju, termasuk aku..
    sepatutnya kita yang patut pelajari Islam dan sesuaikan diri ngan Islam, bukan Islam yang disesuaikan dengan kita.. :ketawa

  • 89 Daus 3:41 am

    Bila perdana menteri baru, mestilah dibuat slogan baru.
    Time paklah dulu, slogan Islam Hadhari boleh dilihat dimana2 saja, sekrang zaman Najib, so oNE MaLAYSIA dilaungkan dimana2 je…
    Tunggu perdana menteri ketujuh pulak, masih ada x lagi One Malaysia nanti, tunggu jer la…

  • 90 JohnJimat 11:32 am

    ye betul tu, ajaran Islam yg sebenar dah lengkap dan cukup indah jika diamalkan.. klu negara mengamalkan ajaran Islam yg betul nescaya negara akan sentiasa aman dan damai hendaknya :hormat

  • 91 nonon 5:04 am

    betul tu bro, jika ikut semua ajaran Islam memang akan aman dan damai tapi tak semua yang ikut…so, berlaku la jenayah, murtad dan sebagainya… bukan umat Nabi Muhammad SAW saja yang buat kesalahan, umat lain pun buat juga…tapi yang membezakan semua tu adalah taubat…

  • 92 nonon 5:07 am

    ya..tak perlu dibuat istilah baru…islam hadhari la plak… hal ini akan menglirukan ramai orang tambah lagi yang baru nak kenal Islam sepenuhnya… senang citer guna saja nama Islam dan terus sebarkan dakwah supaya orang ramai faham Islam sebenar…

  • 93 nonon 5:14 am

    amin…
    tapi kadang-kadang terbuat juga kesalahan
    walaupun dah tahu itu salah ini salah…
    terbuat juga…
    itulah manusia
    sering lupa
    dan perlukan
    peringatan sentiasa..

  • 94 nonon 5:19 am

    betul tu..
    kita kena sentiasa muhasabah diri
    tapi muhasabah diri ni jarang dibuat
    sepatutnya setiap hari kita
    perlu muhasabah..
    mungkin terlalu busy dengan hidup
    tak ingat nak muhasabah…
    biasanya bila ditimpa musibah
    barulah kita muhasabah

  • 95 nonon 5:22 am

    rasanya kalau nak repair pun ambil masa yang agak lama…
    sebab dari akar umbi lagi bn ni ada ‘penyakit’
    then berjangkit pula pada kroni-kroni mereka…
    dan memang payah untuk ‘berubat’…
    sebab ‘penyakit’ ni dan lama…

  • 96 nonon 5:26 am

    ini memang kes naye..
    dan antara punca kita jalankan hukum qisas…
    kalau ada kan senang..
    potong je tangan pencuri tu
    nanti takde lagi yang berani
    nak mencuri…

  • 97 nonon 5:30 am

    bangga dan syukur sekali bro…
    jangan bangga je tau…
    dan ajak sekali kawan-kawan
    yang tak kenal Islam sepenuhnya
    belajar ilmu agama Islam…
    walaupun diorang muslim
    tak semestinya diorang ikut
    apa yang Islam ajarkan

  • 98 nonon 5:35 am

    yer..apa plak PM ke-7 nak laungkan…
    macam-macam diorang reka…
    kan senang kalau diorang bersatu
    laungkan ‘hidup untuk Islam’
    or something like that…
    maksudnya apa yang berkaitan
    dengan Islam la…

  • 99 nonon 5:39 am

    itu dah jadi satu kemestian buat diorang…
    menang satu pun jadilah
    sebab sekarang tengah nazak…
    banyak dah kecundang…
    kesian diorang…

  • 100 nonon 5:43 am

    saya sokong Master G….
    Kerajaan yang bagus ialah kerajaan yang sedia menerima teguran dan pandangan rakyatnya dan sentiasa berusaha untuk memperbaikinya.
    p/s: jangan mengaku bahawa kita sentiasa betul, sebab manusia sentiasa buat salah…
    cara terbaik amalkan muhasabah baik rakyat dan kerajaan…

  • 101 Mat Nuat 7:23 am

    btul jugak tu nononononno ….orang muallaf yang baru ja memeluk Islam akan keliru…Islam mana satu ni?Islam atau Islam hadari..jngn jadi macam agama Kritian plak yang berpecah2… :phwitt

  • 102 Mat Nuat 7:52 am

    ahahah..kau x mendaftar lagi ke spr? mengundi tu wajib woo..kalu x undi berdosa sbb kitalah yang menentukan nasib negara…aku pun x daftar lagi..hehhe

  • 103 Mat Nuat 7:54 am

    aku rasa slogan perdana menteri ketujuh ialah>>

    “Rakyat Dikasihi,Islam Dijunjung tinggi,” sebab masa tu Pas dah kuasai negara… :senyumkambing

  • 104 Mat Nuat 7:55 am

    orang tua-tua kita ada berkata:

    “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”

    klau dah tua bangka susah nak debentuk lagi,kena insafi diri sendiri dan cuba baiki kelemahan diri..

  • 105 Mat Nuat 7:58 am

    ada rukun tetangga..tapi dah jadi cam tangga buruk :gelak

    siap tulis signboard kat taman aku:

    “Anda telah memasuki kawasan rondaaan polis”

    siap letak logo polis ngn logo rukun tetangga…tapi kes kecurian tetap berlaku kat taman aku/….agaknya depa ingat dah bubuh signboard tu x payah ronda lagi kot…aku tengok polis kat taman aku asyik berhenti kat gerai tepi jalan ja…

  • 106 Mat Nuat 8:03 am

    selagi hudud dan qisas x dilaksanakan,kerajaan pasti x kan berani laungkan slogan yang berunsurkan Islam…sebab depa sedar depa x buat lagi hukum2 Islam 2…

  • 107 zualliz 3:10 pm

    bagus la..aku dah nak 23 tahun, masuk bulan Nov ni pun x daftar lagi :ejek
    selamat mengundi (awal sangat la plak..) :phwitt

  • 108 JohnJimat 5:58 pm

    eh boleh report tu klu dorng duk lepak x wt keja.. dorng tu curi tulang mase time keje la tu.. haiz makan gaji butakah ? :kejut

  • 109 JohnJimat 6:01 pm

    sbrnyer mls nk gi daftar, klu terus undi xpela.. ni nk kene daftar leceh la plak hahaha.. xpela nanti thn dpn daftar :senyumkambing

  • 110 Pak Awang 4:34 am

    yang ada pun tak terbuat, kita pulak nak pandai ubah suai ikut sedap anak tekak kita aja. :ejek

  • 111 nonon 6:07 am

    itulah dunia akhir zaman…masing-masing cipta rules sendiri dan ikut rules sendiri…itu pasal timbul ajaran sesat….

  • 112 zualliz 7:23 pm

    aku daftar pas habis blaja la..tengok bila agak2 PRU seterusnya..
    dah daftar, xtau la nak undi ke x..
    ikut mood..huhu.. :kacak

  • 113 safar 8:58 am

    Sudah nampak sangat meniru Israel.gunalah slogan yang lama.ini nak satu patukan dengan slogan baru.rakyat jadi keliru.

  • 114 fadli 1:11 am

    satu malaysia merupkan slogan tetapi tindakan untuk memajukan negara malaysia hanya diambil daripada beberapa aspek sahaja.tidak menyeluruh.Jika satu malaysia melaysia kene perihatin terhadapat semua aspek agama,sosail dan sebagainya.tetapi apa yang dilihat maksiat dan sebagainya masih banyak berlaku,,tiada pendekatan dan masalh ini langsung tidak dibincangkan di parlimen.Malaysia dalam kehancuran,ermmm….bngkitlah dalam menuju kejayaan

  • 115 PERANTAU 4:37 pm

    Salam, semoga semua dilimpahi rahmat dan kelembutan ilahi..
    wahai saudara2ku layarilah majelisrasulullah.org semoga menberi manfaat kepada kalian semua…AMIN

  • 116 mas x 4:53 pm

    :ketawa :ketawa huahahhahahhahahaaaa,,,,dah biasalah tuh pandainya jiplak dah tak heran lagi one malaysia ,,one israel wkwkkwkwkkwkkwkw,,jiplak kan dah jadi budaya malaysia jadi bukan sesuatu yg pelik slogan one malaysia :tembak :tembak jiplakan

  • 117 unn ichi 8:08 pm

    yg tulis etikal ni org pas ke atau pkr
    tak pyahlah nak buruk2 kn or
    padahal ape yg anda tulis tu
    dengar dari mulut org je
    tak ade bukti pon
    tak pyah la nk kelirukn org ramai
    sya sebagai org mlaysia
    sangt2 syang kn malaysia
    adakh anda sebaliknya…..???????????

  • 118 jinggo 10:25 am

    Sebagai rakyat yg punya akal..celiklah seluas-luasnya..jangan terus di cucuk hidung oleh para bajingan yang bertopengkan manusia..sebenarnya mereka itulah perosak dan pengkhianat bangsa dan negara..jual Malaysia pada Yahudi laknatullah!! Ayuh !! kita bangun..kita robahhhhhhh!!!!!

  • 119 jinggo 10:32 am

    satu Malaysia ha ha rakyat didahulukan…pencapaian diutamakan ha ha…..satu Malaysia…rakyat ditipu ha ha pencapaian di poketkan ha ha ha..padan muka ha ha….undilah penipu….undilah lagi…pi mai pi mai tang tu jugak ha ha…UMNO APCO la katakan…dah lama Yahudi bertapak dalam UMNO/BN sapa pun tak sedar…mujurlah pembangkang kuat kat Parlimen kalau tidak….khayal lah..layu lah wahai Melayu ku…Melayu UMNO yg tak sedar-sedar diri…apa susah sangat kah hangpa nak tukar…lu pk lah ngong..ha ha ha

  • 120 jinggo 10:50 am

    unn ichi…semua rakyat sayangkan negara wey…lu x payah sebut la bab keliru dan mengelirukan…sebenarnya BN yang banyak mengelirukan rakyat…lu tgk la media arus perdana…sering putar belitkan berita….ada tv 1..tv 2..tv 3 cerita bab APCO ha ha lu jangan nak burukkan pembangkang saja…kalau tak de pembangkang segala tipu muslihat BN tak kan kita ketahui..guna akai la sikit…kalau BN buat betul kita org pun sokong…begitulah juga kalau pembangkang buat betul kita org sokong juga sebab semua tu untuk negara..tapi BN ni banyak bohong rakyat…yang senang kroni dia org saja beb…pk la sendiri.

  • 121 TERMINATOR JACK 12:40 pm

    SY TAK BERMINAT DGN ORIGIN SLOGAN ITU TP YANG LEBIH PENTING IALAH KONSEP DAN PERLAKSANAAN.APA SHJ NIAT DAN TINDAKAN YG MENJURUS KPD KEBAIKAN KITA TERIMA. KITA NEGARA BERBILANG KAUM. KALAU KONSEP TAK D JELASKAN DGN BAIK BOLEH MENIMBULKAN MASALAH D TRAGEDI KEMUDIAN HARI. INI BUKAN PERKARA KECIL DAN PERLU PADA PENELITIAN YG AMAT SERIUS. SEKARANG LAIN DULU LAIN.SLOGAN BUKAN IKUT SEDAP DENGAR ATAU SYOK SENDIRI.JANGAN LUPA NEGARA INI BERTUAN. KONSEP MESTILAH D JELASKAN DGN TERPERINCI UNTUK MENGELAKKAN PERSEPSI YG BERBEZA DR PELBAGAI PIHAK ( TERANCAM-MENGANCAM-D ANCAM-UNTUNG-RUGI-MENIPU-TERTIPU…).DISINI SY NAMPAK ADA RUANG UNTUK BACKFIRE & D MANUPULATE OLEH ANASIR D MASA DEPAN…..

  • 122 reform 11:06 pm

    :tembak politik nie mmg mbabit kan sluruh dunia tapi jgn lah dgn israel…..kt kn yg beragma islam mmg xbersetuju dgn perkara tersebut

  • 123 ram 3:45 am

    pelik…slogan’rakyat didahulukan’ tapi di lembah klang masih ade orang makan gaji bawah 500 ratus s/bln.slogan ‘rakyat didahulukan tapi cukai GST nak stat tahun depan , subsidi pun akan dipotong sikit demi sikit.mane pemimpin yang melaung laungkan ‘hidup melayu’,’ketuanan melayu’.pikir nak kembungkan purut sendiri je.

  • 124 FrankRose 11:48 am

    masa aku sekolah rendah, gaji ayah aku 900 ringgit je, adik beradik masa tu 4 orang, mak suri rumah full time, tapi hidup kami sempurna, makan pakai cukup. Tak mewah, tapi cukup dan kami sekeluarga harmoni. Makan tengahari & makan malam satu keluarga. Tapi sekarang dengan 900 ringgit tu, apa kita boleh buat, sewa rumah sekarang dah berapa, petrol dah berapa, tambang bas, komuter, ERL, harga keperluan asas (beras, ikan, daging etc…) gaji 2000 pun tak cukup lagi bro. Kos hidup naik terlalu tinggi dan terlalu cepat sedang pendapatan merangkak. Kalau “rakyat didahulukan”, aku rasa inilah agenda nombor UNO yang mesti di tangani…. Kupas tengok cara kerajaan buat bisness. Degan mark-up harga yang tak masuk akal (menghalalkan rasuah). Dengan buka tender yang mengarut. Pada hujung harinya, rakyat yang terpaksa menanggung. So bab subsidi tu okay, rakyat USA pun subsidi bro…. tapi kerjaan kita yang tidak berhemah, cuba fikir betapa kalau ketirisan yang dilaporkan ber BILLION (dilaporkan), setahun… bayangkan kalau yang tiris ni di tampung dan digunakan dgn cara yang betul…. subsidi boleh on lagi bro… tu je… sekadar pandangan

  • 125 Sentap 12:29 pm

    haha.. aku sokong sangat tu frankrose.. kalau untuk membuncitkan perut mereka yang dah sedia busung tu semua nya SATU.. tapi kalau untuk rakyat macam Haremm.. kalau boleh semua subsidi nak tarik.. semua nak kena cukai.. boleh blahhhh.. :tembak

  • 126 Kodok Hijau 2:03 pm

    Bagus semangat tu tapi implementasinya sangat sukar.
    1. Indonesia dibawah Sukarno terpaksa melakukan pemerintahan kuku besi lantaran rakyatnya yang berbilang kaum, bangsa, agama, bahasa dan kebudayaan sehingga tercapai nasionalisme Indonesia yang bersatu dibawah pancasila.
    2. Iraq dibawah Saddam Hussein yang rakyatnya terpisah antara mazhab, ideologi dan suku kaum terpaksa membunuh, berperang dan menjalankan pemerintahan zalim untuk menyatukan rakyatnya menjadi satu Iraq.
    3. Ideologi komunis dicipta untuk menyatukan pemikiran dan rakyat dibawah naungan politik dan kecintaan pada ideologi diperjuangkan dengan peperangan.
    4. Islam yang dianugerahkan ALLAH kepada manusia sebagai ilmu, ideologi dan agama untuk menyatukan umat manusia kepada kecintaan kepada ALLAH dan Nabi Muhammad juga terpaksa diperjuangkan dengan pedang. Hanya 30% wilayah kekuasaan empayar Islam satu ketika dulu, ditakluk tanpa peperangan.
    5. Untuk menyatukan semangat kebangsaan kepada semangat kenegaraan adalah satu kerja yang sukar dan besar.
    a. pendidikan perlu diselaraskan.
    b. pemimpin perlu disatu, dilembut dan ditundukkan.
    c. kecintaan kepada negara perlu dijadikan semangat yang utama.
    6. syarat-syarat perang Khalid Al Walid kepada pemimpin negara yang bakal ditaklukinya.
    1. memeluk Islam dan bernaung dibawah pemerintahan Khalifah.
    2. kalau tidak mahu memeluk islam, membayar jizyah atau cukai . muslim tidak perlu membayar cukai hanya bayar zakat.
    3. Berperang
    7. Untuk menyatukan rakyat malaysia ini, ketegasan dan keberanian adalah perlu lantaran rakyat malaysia sudah menjadi rakyat yang berpendidikan lalu menjadi rakyat yang banyak songeh, suka mengkritik dan takut dengan kesusahan.
    8. toleransi dan persefahaman adalah the key factors.

    kesimpulan, sekurang-kurangnya, ada usaha dan idea untuk menyatukan rakyat Malaysia semoga ianya berhasil kalau tidak sekarang, di masa hadapan.

  • 127 khairul env 11:36 am

    aku sokong 101%

  • 128 puak lalang 2:52 pm

    israel for all! :tembak

  • 129 nabi unta 11:22 pm

    KAMU tinggal di hutan lah jika nak hidup harmoni, bahlul…

  • 130 mamase 1:10 pm

    wah….bukti kalo MALAYSIA dan ISRAEL ITU SAUDARA…
    ISRAEL MENJAJAH PALESTINE
    MALESIA MENJAJAH ORANG ASLI
    PENDATANG MENDZALIMI ORANG BUMIPUTERA

  • 131 amilism 3:04 pm

    hahaha..lawak la ko ni..mamat indon mane plak ni..shuuhhh22..takde org layan syko murah ko tu..mainan budak2 je

  • 132 pondok robek 1:47 pm

    Slm.aku rasa nabi unta layak duduk digurun sahara…pakai baik sikit nama tu ‘Nabi” x pandai hormat …jika tulis Unta Nabi pun x berapa elok,jika pakai TAIK KUCING ke xdelah aku nk komen.

  • 133 GILA 1:59 pm

    mcm x support 1malaysia jer..aku join..hehehe..RACIST 4 EVER! ! !RACIST 4 LIFE! ! !

  • 134 Daily File 12:50 pm

    That is probably among the best articles I’ve learn in a long time, I simply wish there have been extra goodies on the web these days, thanks and may God Bless you my child. LOL

  • 135 zol 3:54 pm

    xdehal ceduk idea israel. bukan pesong akidah pon. ibarat buang keruh, amik jernih. budak2 kt cni rmai minat Einstein tp diorg xtau ke mamat ni penyokong setia Zionist?

  • 136 Tempeyek 4:03 pm

    Sayang jer tapi tak tau apa yang dah berlaku disekeliling tak guna gak. Rajin2 lah buat tinjauan dan penyisatan sendiri apa betul ke tidak apa yang orang duk kecam pada segala kepincangan yang berlaku di negara ini. jangan la asyik duk meleleh ayaq liyoq ja duk mengadap tv3 – rtm & hanya baca paper utusan, berita harian than puas hati dengan segala berita pengampu n pembodek tu. Oleh kerana massih ramai lagi rakyat di Malaysia ini yang bebal macam hang la maka UMNO terus dapat menguasai pemerintahan negara dan memperbodohkan rakyat. (Rakyat yang terus bodoh macam hang tau tak?)

  • 137 Belia Sayang Malaysia 7:05 pm

    kahkah…. aku sayang malaysia… aku sayang negara malaysia… tapi bukan kita wat mulut… memang kerajaan banyak bedolak dalih… kta kena bukak minda kita luas-luas….

  • 138 sang kancil 2:58 pm

    hmmm… kita da nampak.. kite bole tahu… kite ade kuasa… jadi PR 13 nanti kite undi dgn bijak….. islam for all…

  • 139 Abe 11:29 pm

    KAU NI BAPAK SEGALA BEBAL LAH AKU RASA , KAU PUN TAHU BN DAN UMNO MASIH LAGI PERINTAH MALAYSIA NI MAKNA NYA RAMAI LAGI ORANG SETUJU CARA UMNO DAN KERAJAAN BN.TU LAH KAU TAK NAK PELBAGAIKAN MAKLUMAT.

Tinggal Komen Bernas Bagi Topik Ini