≡ Menu

Skim Khairat Kematian BRIM : Cara Terbaik Menuntut Duit


Skim Khairat Kematian BRIM. Cara Terbaik Menuntut Duit

Bermula pada tahun 2014, kerajaan menyedari yang mana skim pemberian dan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia perlu diperkemaskan dan diperbaiki mekanismenya.

khairat kematian brim

Oleh sebab itu, kerajaan telah mula memperkenakan apa yang dipanggil sebagai skim khairat kematian BRIM sekaligus mengantikkan skim lagi iaitu skim insurans takaful berkelompok (i-BR1M)

Merujuk laporan berita mypt3, bayaran bantuan sara hidup untuk skim khairat kematian BRIM atau khairat bantuan sara hidup ini, penerima seperti anda yang layak sebagai waris akan menerima wang dan duit sejumlah RM1,000 yang akan aktif bermula 1 Januari hingga penghung tahun 31 Disember.

Sebelum itu, pastikan anda merupakan kalangan yang tergolong dalam kategori penerima pembayaran BR1M iaitu kategori warga emas, ekasih ataupun kategori isi rumah.

Persoalannya, yang menjadi pertanyaan ramai kalangan pembaca Berita Semasa, bagaiaman cara mehu melakukan tuntutan skim khairat kematian BRIM ini? Nah…mari lihat dan semak prosedur yang dikongsikan seperti di bawah ini :

Jikalau anda dinamakan sebagai waris bagi penerima BR1M yang telah pun mati dan meninggal dunia, anda boleh pergi berjumpa dengan mana-mana pegawai di cawangan Bank Simpanan Nasional BSN yang berdekatan dengan anda.

Maklumkan kepada mereka yang anda mahu menuntut duit bagi pihak yang telah meninggal dunia atas nama skim khairat kematian BRIM yang berjumlah RM1,000 dan juga baki terkini bayaran BRIm yang belum disalurkan kepada si mati sebelum itu
Jelas?

Apa dokumen yang perlu anda bawa sekali pada ketika berjumpa dengan pegawai BSN yang bertugas adalah seperti berikut :

Skim Khairat Kematian BRIM : Dokumen Perlu Bawa Tuntut

  • Sijil kematian asal
  • Kad pengenalan (waris)
  • Jikalau anda merupakan ibu bapa si mati, anda sebagai waris sila bawa bersama sijil lahir
  • Jikalau anda merupakan pasangan si mati, anda sebagai waris sila bawa bersama sijil nikah
  • Jikalau anda merupakan anak si mati, anda sebagai waris sila bawa bersama sijil lahir anda
  • Jikalau anda merupakan adik berasik si mati, anda sebagai waris sila bawa bersama sijil lahir anda dan juga sijil lahir si mati