Kes Altantuya Shaariibuu. Ninja Malaysia (Sirul Azhar & Azilah Hadri) Bebas! Razak Baginda di UK, Najib Tiada Kaitan!
Seperti menonton cerita Samarinda yang beratus-ratus episod yang mana pengakhirannya “cliche” dan plot jalan cerita sudah dijangka.
Akhirnya semua yang terlibat sudah terlepas.
Hati kecil kami berkata atas nama kemanusian, tidak mengapalah bagus juga kedua-dua anggota UTK ini terlepas sebab apa motif mereka membunuh untuk kes Altantuya ini.
Kenal pun tidak si mangsa aka Altantuya Shaariibuu. Jikalau digantung sekalipun hanyalah sebagai kambing hitam sahaja. Apa perasaan keluarga mereka apabila anak mereka diperlakukan begini. Tetapi….
“Undang-undang tetap undang”
Hanya di Malaysia seorang yang mengaku membunuh & bersalah di kandang mahkamah boleh terlepas.
- Pembunuhan itu telah dilakukan, pembunuh telah mengaku = INNOCENT
- Sama ada niat DENGAN ATAU Tanpa niat, perbuatan membunuh telah dilakukan. Hukuman walaupun berbeza pasti ada. Jadi di mana yang tidak bersalahnya?
Kes Altantuya Shaariibuu : Azilah Hadri (“Saya Jadi Kambing Hitam”)
Indah bumi bernama Malaysia ini. Sejak daripada awal perbicaraan diberikan layanan istimewa seperti balaclava atau “custom made” punya mask ala-ala ninja. Jikalau OKT untuk kes -kes lain boleh tutup dengan surat khabar, biasanya hanya tutup muka atau tertunduk malu tetapi untuk tertuduh kes berprofil tinggi bagi kes Altantuya Shariibuu layanan istimewa diberikan.
“Hanya di Malaysia, curi milo setin muka dipapar serata alam tetapi letupkan orang muka ditutup setutup tutupnya”
Tersalah arah? Hakim boleh tersalah arah?
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata pihaknya akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan atas alasan yang diberikan oleh mahkamah ketika membebaskan kedua tertuduh tidak mempunyai kaitan.
“Tentang DSP Musa Safri, kami menegaskan keterangan beliau tidak ada kaitan dengan keseluruhan perbicaraan yang telah dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Tiga anggota panel hakim Mahkamah Rayuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan rayuan terhadap pensabitan dan hukuman.
Dalam rumusan penghakiman empat muka surat itu, mahkamah memutuskan bahawa hakim Mahkamah Tinggi telah tersalah arah dalam mensabitkan mereka.
Hakim Tengku Maimun yang membacakan penghakiman itu berkata hakim perbicaraan telah tersalah arah dirinya dengan cara tanpa arah gagal mempertimbangkan diari stesen dan gagal membuat dapatan sama ada pihak pembelaan telah menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan bahawa Azilah, yang merupakan tertuduh pertama dalam kes ini, berada di tempat kejadian jenayah.
Kes Altantuya : Koleksi Pengakuan Rasmi Sirul Azhar & Gambar Azilah Hadri
Semak bagaimana kes Altantuya ini boleh berlaku yang mana diceritakan sendiri oleh Sirul Azhar sehingga apa yang berlaku pada malam kejadian…
Adakah Berita Semasa sedang membaca mitos atau cerita dongeng dahulu kala? Teruk sangatkah sistem kehakiman Malaysia yang ada sekarang ini
- Kes seksyen 302 Penal Code untuk pembunuhan sangat jarang pembunuh dapat dilepaskan dan dibebaskan (DNA) kecuali ada keraguan yang sangat-sangat munasabah. Contohnya?
- Contohnya, kes pembunuhan Norita Samsudin, suspek utama Hanif Basri juga DNA disebabkan ada keraguan siapa lelaki asing yang diakwa turut berada dengan mangsa tetapi gagal dicari dan diheret ke muka pengadilan.
- Jelas ada keraguan dalam kes itu, bukan Hanif Basri orang terakhir yang berada di situ
- Tetapi dalam kes Altantuya Shaariibuu, keraguan yang munasabah apakah yang berlaku hingga kedua-dua tertuduh utama juga dapat DNA (discharged and acquittal)
Menariknya, pihak pendakwa tidak pernah memfailkan rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak Baginda. Tetapi, hari ini pihak pendakwaan berkata, mereka akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Azilah dan Sirul, kedua-dua tertuduh yang `disembunyikan’ daripada masyarakat awam sepanjang 159 hari perbicaraan kes itu.
Kes sudah 7 tahun berlalu, tetapi tiada penyelesaian. Apa sudah jadi kepada institusi kehakiman kita?
Sedarkah kita institusi kehakiman yang tempang, boleh memberikan kesan kepada pelbagai faktor termasuklah keyakinan pelabur untuk melabur di Malaysia, kedatang pelancong apabila mereka merasakan hak dan keadilan mereka dirompak.
Mahkamah adalah satu lambang keadilan dan kebijaksanaan tetapi apabila ianya sudah bercampur gaul dengan politik, yang bijak akan nampak sangat dangkal. Kez pembunuhan gadis Mongolia Altantuya Shaariibuu adalah kes yang berprofil tinggi dan membabitkan rakyat negara asing yang mana ianya sedikit sebanyak akan memberi kesan terhadap pandangan negara luar terhadap negara kita.
Berita Semasa pula yang ragu-ragu sekarang ini. Anda pula selepas mendegar keputusan penghakiman bagi kes Altantuya Shariibuu?