Senarai 5 Kereta Second Hand Terbaik di Malaysia
Dalam membuat keputusan untuk membeli kereta, terdapat beberapa faktor-faktor utama yang dipertimbangkan dan dititikberatkan.
Contohnya, seperti harga semasa, tujuan penggunaan dan penggunaan minyak oleh kereta tersebut.
Namun, masih ada lagi satu perkara yang harus dititikberatkan sebelum sebarang keputusan dilakukan, iaitu nilai dan harga kereta tersebut selepas beberapa tahun.
Ini sangat penting kerana anda boleh menjangka nilai sesebuah kereta pada masa hadapan. Anda pasti akan mengalami kerugian dalam beberapa tahun kemudian apabila anda mahu menjual semula kereta itu jika anda membeli kereta yang mempunyai nilai susutan yang tinggi.
Kereta Second Hand Terbaik Pilihan Berita Semasa
Berikut di bawah kami akan berkongsi 5 model kereta second hand terbaik di Malaysia yang mempunyai nilai susutan terendah.
Anggaran ini dibuat berdasarkan kereta yang banyak digunakan di Malaysia (purata harga bawah RM 100,000) dan bergantung kepada keadaan sesebuah kereta itu sendiri.
5. Kereta Second Hand Terbaik : Proton Persona
Anggaran nilai selepas 5 tahun : 45% – 47%
Proton Persona disenaraikan di tangga kelima dalam senarai ini. Ia merupakan antara salah satu model keluaran Malaysia yang banyak didapati di atas jalan raya. Disebabkan ruangan dalam yang agak luas dan bentuk badannya yang padat, ia menjadi tarikan ramai untuk memilikinya. Pada tahun 2012, model ini boleh didapati pada harga RM 45,000 dan kini, harga Proton Persona terpakai adalah RM 21,000.
4. Kereta Second hand Terbaik : Honda City
Anggaran nilai selepas 5 tahun : 55% – 58%
Honda City menjadi pilihan golongan muda masa kini kerana reka bentuknya yang sangat sporty dan futuristik. Honda City terkenal dengan penjimatan minyak yang digunakan dan berbaloi untuk dimiliki. Pdaa tahun 2013, dengan harga anggaran RM85,00, Honda City ini boleh dimilki dan kini kereta Honda City terpakai boleh dibeli dengan anggaran RM 47,600.
3. Kereta Second Hand Terbaik : Nissan Grand Livina
Anggaran nilai selepas 5 tahun : 60%
Kereta MPV ini mendapat perhatian ramai ketika dilancarkan pada tahun 2007 di Malaysia kerana harganya yang berpatutan dan sesuai dijadikan kereta keluarga. Ruang di dalam MPV agak luas iaitu dilengkapi dengan 5 tempat duduk dewasa dan 2 untuk kanak-kanak dan boleh diubahsuai supaya mendapat lebih ruang.
Bagi kereta bersaiz besar ini, penggunaan minyaknya juga tidak terlalu kuat. Grand Livina ini boleh dimiliki dengan harga RM90,000 dan hanya 40% bagi anggaran penyusutan nilainya yang membuatkan harganya kini dalam lingkungan RM 54,000.
2. Kereta Second Hand Terbaik : Toyota Vios
Anggaran nilai selepas 5 tahun : 62% – 65%
Boleh dikatakan Toyota Vios adalah musuh tradisi Honda City, model kereta ini juga antara yang paling banyak digunakan di atas jalan raya. Ia menjadi pilihan semua bangsa dan lapisan masyarakat di Malaysia kerana rekabentuk yang unik serta ketahanannya yang mantap.
Dijual dengan harga tidak kurang seperti Honda City, pada tahun 2013, ia dijual dengan anggaran RM 85,000 dan kini kereta Toyota Vios terpakai boleh dibeli dengan harga RM 54,000.
1. Kereta Second Hand Terbaik : Perodua Myvi
Anggaran nilai selepas 5 tahun : 65%
Perodua Myvi adalah kereta yang dianggarkan paling banyak di atas jalan raya di Malaysia dan seperti yang sudah dijangkakan kereta ini memenangi tangga pertama carta ini. Sejak diperkenalkan pada tahun 2005, dianggarkan sebanyak 500,000 buah Perodua Myvi berada di atas jalan raya dan seterusnya menjadikan ia sebagai model keluaran Malaysia yang paling berjaya. Ia boleh dibuktikan apabila anda selalu melihat model ini di persekitaran anda.
Disebabkan ruang dalaman yang agak luas, reka bentuk yang comel dan futuristik dan harga yang mampu milik menjadikannya sebagai pilihan dan tarikan bagi mereka yang berpendapatan sederhana.
Pada tahun 2013, ia dijual dengan harga purata RM 45,000 dan kini harganya menurun menjadu RM 29,000 bagi Myvi berenjin 1.3 liter dan mengikut keadaan kereta itu sendiri. Harganya tidak turun begitu ketara kerana reka bentuknya yang tidak luput dek zaman.
Jadi, itu sahaja artikel mengenai 5 kereta second hand terbaik di Malaysia yang mempunyai nilai pasaran tertinggi.
Diharapkan dengan perkongsian ini akan membantu anda dalam membuat keputusan bijak untuk membeli dan memilih kereta second hand terbaik berdasarkan keperluan, bajet dan anggaran susutan nilai sesebuah kereta selepas 5 tahun. Semoga ianya bermanfaat buat anda semua.