Keputusan Pilihanraya Permatang Pauh (PRK) : Wan Azizah (PKR) atau Suhaimi Sabudin (BN). Siapa Pilihan Anda 7 Mei 2015?

111


Keputusan Pilihanraya Permatang Pauh (PRK) : Wan Azizah (PKR) atau Suhaimi Sabudin (BN). Siapa Pilihan Anda 7 Mei 2015? : Nah….figura ini tampil sekali menjadi “penyelamat” sebagai calon Pilihanraya Kecil dan pilihanraya umum. Kali ini giliran Pilihanraya PRK Permatang Pauh pula. Mengapa Berita Semasa berkata begitu?

Letakkan nama kemungkinan calon Pilihanraya Kecil contohnya sekalipun daripada kalangan ahli parti ini sendiri tetapi sudahnya nama ia ada kaitan dengan Anwar Ibrahim pastinya ia tetap akan jatuh kepada Presiden PKR aka isteri Anwar Ibrahim sendiri.

pilihanraya permatang pauh

BACA BERITA INI : Keputusan PRK Kajang (Pilihanraya) 23 Mac 2014 : Wan Azizah (PKR) VS Mei Fun (BN). PKR Menang Tetapi Majoriti Merosot! [UPDATE]

Kata dalam PKR itu ramai yang muda-mudi yang bepotensi? Di mana mereka sekarang?



Berita Semasa sama sekali tiada masalah di situ, tetapi Berita Semasa ada sedikit tidak berpuas hati cara parti ini mengendalikan pentas pilihanraya yang mana apabila rakyat telah menjalankan tanggungjawab keluar mengundi, akhirnya apabila sudah menang diserahkan pula kepada orang lain? Permainan apakah ini?

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Wan Ismail akhirnya sekali dipilih calon Permatang Pauh Election mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihanRaya Kecil (PRK Permatang pauh) pada 7 Mei 2015

Keputusan Pilihanraya Permatang Pauh (PRK) : PKR VS BN?

  • Calon Permatang Pauh PKR : Wan Azizah
  • Calon Permatang Pauh BN : Suhaimi Sabudin
  • Tarikh Mengundi : 7 Mei 2015 (Khamis)
  • Tarikh Penamaan : 25 April 2015
  • Parlimen : Permatang Pauh Election

Berdasarkan rekod, Parlimen Permatang Pauh adalah kubu kuat Anwar ibrahim sejak tahun 1982, adakah kali ini kubu tersebut bakal roboh pada Keputusan Pilihanraya Permatang Pauh (PRK Permatang Pauh) kali ini?

Semuanya akan berbalik kepada permainan isu dan keyakinan kepada calon Permatang Pauh kali ini bersama-sama dengan isu GST, 1MDB, kos sara hidup, nasib dan pembelaan rakyat di Permatang Pauh.

P/S : Berdasarkan keputusan Pilihanraya Permatang Pauh Election, siapa yang menjadi pilihan anda? Wan Azizah atau Suhaimi Sabudin?

PP/S : SERTAI UNDIAN di BERITA SEMASA PRK Permatang Pauh : KLIK SINI


Sambung Baca Lagi Artikel Terbaik Yang Ini Pula. Ada Kaitan Dengan Yang Di Atas :

Keputusan Pilihanraya Kuala Kangsar PRK P67? Keputusan Pilihanraya Kuala Kangsar PRK P67? Sepertimana yang kita sedia maklum, pada 18 Jun 2016 akan diadakan Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar (P67) bagi merebut kerusi Parlimen berikutan keper...
SEBARKAN

111 Komen Bernas

  1. kebarangkalian besar pkr tapi majoriti agak kurang la ,ramai yg hendak berjimat pasai gst maka kurang yang mengundi nanti..

  2. BN kat cuba dulu..tapi kalau tengok BN tadbir negara sekarang banyak isu yang membuat rakyat marah. Tunjukkan dr sekarang semua tolak umno bn. Klu bn menang memang tempat tu dia akan majukan, tapi tempat yg dah berpuluh2 tahun dipegang bn banyak lagi yang tak dimajukan. Sama2 tolak BN korup.

  3. Wan Azizah tetap bayangan Anwar Ibrahim…tiada bezanya kalau Wan Azizah menang…maknanya Anwar Ibrahim jugak yang masih berkuasa disebalik kain Wan Azizah…seolah2 Permatang Pauh tu tiada manusia lain yang lebih layak…sila pilih muka2 baru yang tiada ‘sejarah kotor’…

  4. Kak Ton tak pilih parti pencuri lembu yg disertai oleh Kak Jat lembu bibir tebal yang keji anak beranak yang mencuri duit lembu 250 juta itu.

  5. Pematang pauh dan rompin ujian gst,jika bn menang maka rakyat menerima gst,jika bn kalah buang dan hapuskan gst,mungkin rakyat maluat kot.

  6. 545 Pemilih Undi Awal PRK Rompin Mengundi Esok (30 April 2014). Good luck PAS!! Good luck UMNO!!

  7. bagilah contoh apa yg belum dimajukan bro… dan apa yg sepatutnya perlu dimajukan dan diadakan dkt tempat tu…kwn2 nak tau gak tuu…

  8. Mahathir pernah jadi ahli parlimen bagi kawasan Kubang Pasu. Setakat ini, apa pembangunan di Kubang Pasu? Bapa Permodenan Negara biarkan saja Kubang Pasu mundur begitu. Penduduk Kubang Pasu pun berhijrah ke tempat yang lebih baik.

  9. Sejarah sentiasa berulang, melaka pernah menjadi negara maju dizamannya. Negara yang kaya dan merdeka.
    Tetapi kerana raja yang tidak pandai mentadbir , ditambah dgn sifat tamak pembesar pembesar. yg ada sifat iri hati hasrat dengki. Yg menabur fitnah utuk menjatuhkan sekutunya, bg merebut kawasan yg dpt memberi keuntungan lumayan.

  10. Sekarang yg mmentadbir malysia pm. Pembesar pembesar malaysia ketua ketua menteri, yb yb.
    Jika hendak malysia ini jatuh seperti jatuhnya kerajan melaka, teruskan lah.
    Tapi jika Sayang negara tercinta ini perubahan perlu di lakukan.

  11. Melaka hilang raja, yg di banggakan kebanyakan orang punya. Portugis punya, belanda punya, mana istana raja melayu melaka. Mana?
    Adakah kita hendak malaysia ini seperti negara melaka dulu. Bangsa dengan kemajuan, tapi hakikat kebanyakan org punya, singapura punya korea punya jepun punya amerika punya, mana yang kita punya…. Mana???

  12. Bila negara sudah hancur, mereka lari. Yg tinggal rakyat yang menderita, tinggalan dari tangan tangan mereka yang tamak tadi. Mereka ada tanah rumah disana di sini. Rakyat nak lari mana?
    Kita nak lari mana? Kita juga lah yg merasa penderitaan nya..

  13. Hahaha….
    Pkr mesti menang baik kurang atau lebih undi sebab rakyat lebih benci saraan hidup yg tinggi dari pendapatan kalau dibandingkan jemu dgn pilihan calon pkr.
    Adakah akan pilih bn sebab jemu dgn kak zah??? Kalau anda undi siapa??? Kalau sebab benci atau marah maka undi bn siapa yg rugi??? Kak zah rugi malu rugi dendam tetapi rakyat juga rugi sama dgn saraan hidup yg tinggi siapa yg bela nasib mrk…..harapkan bn???

  14. Sy harapkan pkr menang dgn majoriti lebih tinggi supaya bantahan gst dan saraan hidup rakyat boleh mendebarkan umno yg cuba nak merogol seluruh negara . Rakyat merana tiada yg bela maka rakyat belalah diri sdr dan buktikan kuasa dan hak rakyat dikembalikan.

  15. Wan Azizah kalah di Permatang Pauh = Wan Azizah perlu letak jawatan sebagai Presiden PKR. fullstop

  16. Saya harap BN menang supaya PKR sedar cubaan untuk jaja cerita Anwar Ibrahim TAK LAKU dan OUTDATED. ingat pengundi nak terpengaruh dengan slogan Ingat Anwar, Pangkahlah PKR?

    Dalam PKR, berlambak lagi calon yang layak untuk dipertimbangkan mewakili PKR di Permatang Pauh. Tengoklah nanti pasti orang PKR sendiri akan sabotaj calon parti dia sendiri. Lebih berbaloi pangkah calon bebas atau calon BN untuk mewakili suara pengundi Permatang Pauh di Parlimen.

  17. Kalau BN lawan Bebas pun aku tetap akan pilih bebas, selagi bukan BN. BN patut ditolak. Sekarang semua luahan rakyat tak dipedulikan, malah beban semakin hari semakin ditambah. Jadi sekaranglah tunjukkan kuasa rakyat pada BN.

  18. haramjadah !!! ni la jenis yang TAKSUB dengan parti. Apa punya bodoh. Nak tukar parti macam nak tukar agama. Tengok ni… Lu pikir UMNO/BN je yang boleh jadi Pemerintah MALAYSIA !!! Rmai lagi manusia yang baik lagi jujur yang boleh dijadikan pemimpin dan mentadbir negara. Bukak fikiran sikit… Jangan sokong membabi buta sampai menyusahkan orang lain. Musibat tul lu ni…

  19. Calon Bebas di PRK Permatang Pauh tu layak ke jadi wakil rakyat di Parlimen? Entah-entah nanti calon bebas yang menang jadi lalang masuk BN ataupun PKR?

  20. jangan jadi bodoh ! Kalau sokong UMNO/BN bemakna anda SETUJU dengan apa yang KERAJAAN UMNO/BN lakukan pada RAKYAT MALAYSIA. Kena berani, kena protes, kena berubah. Bila pengundi PERMATANG PAUH mengundi PKR dan ROMPIN mengundi PAS, barulah KERAJAAN UMNO/BN tahu RAKYAT LEBIH BERKUASA dan UMNO/BN akan SEDAR dasar2 yang menyusahkan dan membebankan, PASTI akan ditolak RAKYAT !!!

  21. #AsalkanBukanBN. BN HILANG WANG PERTARUHAN DI ROMPIN DAN PERMATANG PAUH. TAKBIR! ALLAHUAKBAR!

  22. #AsalkanBukanBN. BARISAN NASIONAL HILANG WANG PERTARUHAN DI ROMPIN DAN PERMATANG PAUH.

    TAKBIR! ALLAHUAKBAR! LAWAN BN SAMPAI TUMBANG! UMNO HANCUR!

  23. 627 Pemilih Undi Awal PRK Permatang Pauh Mengundi Lusa (3 Mei 2015). Selamat Mengundi.

  24. jangan berangan umno nak menang di permatang pauh. Rompin tu jaga baik2, nanti melepas. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Nanti puak dalam umno minta Najib letak jawatan, tak ke haru.

  25. Suhaimi Sabudin kalah di Permatang Pauh = Ahmad Zahid Hamidi letak jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri
    Wan Azizah kalah di Permatang Pauh = Wan Azizah letak jawatan sebagai Presiden PKR
    Hasan Arifin kalah di Rompin = Hishamuddin Hussein letak jawatan sebagai Menteri Pertahanan
    Nazri Ahmad kalah di Rompin = Abdul Hadi Awang letak jawatan sebagai Presiden PAS

    Suhaimi Sabudin dan Hasan Arifin dua calon BN kalah = Muhyiddin Yassin letak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia

  26. Mengapakah hanya Wan Azizah sahaja yang tercalun?…setiapa musim hanya nama perempuan ni2 saja yang dicalun…x adakah orang2 lain yang lebih layak dimata PKR?…memang nampak sangat PKR adalah parti hanya untuk kepentingan keluarga beliau sahaja…PKR hanyalah sebuah parti politik untuk menyelamatkan Nuar Berahim seorang sahaja…adakah anda2 sedar?…

  27. …sebab dizaman itu terlalu ramai melayu2 berperasaan hasad dengki dan ramai yang menjadi tali barut pada penjajah2…penjajah pun tahu kelemahan orang2 melayu…boleh dibeli dengan wang…pantang aje manpak duit…dan ‘penyakit’ tersebut pun masih menular sampailah kezaman sekarang ni…

  28. …yang tamak, hasad dengki dan menabur fitnah pada zaman itu adalah orang2 dalam istana jugak…

  29. ingatkan rosmah mansor nak jadi calon BN di permatang pauh? kenapa rosmah mansor tak bertanding di permatang pauh? sila jawab.

  30. SEMOGA BARISAN NASIONAL HILANG WANG PERTARUHAN SETARAF DENGAN CALON BEBAS. TAKBIR! ALLAHUAKBAR!

  31. SEMOGA CALON BARISAN NASIONAL HILANG WANG PERTARUHAN DI ROMPIN DAN PERMATANG PAUH.

  32. Kalau isteri tpm mahyudin tu nmpaklah sikit kemelayuannya, sopan santun, akhlaknya…. Takut dah jadi mcm bonsai nti lupa dulu makan belacan

  33. aku pilih DSWA jadi menang & jadi wakil rakyat untuk menjaga kepentingan penduduk esp remaja & kaum wanita di permatang pauh. Tapi kesian pulak kt Suhaimi Shahabudin tu…. bagi la peluang dia berkuasa di p/pauh tu sepenggal dua….. klau dia sempat kumpul 3,4 puluh juta, buat bglo 3,4 biji, pakai keta mewah pun bukan org lain….. Melayu kita jugak…. Biar kaya seorang

  34. Tapi klau suhaimi menang kt penang apa dia boleh buat kat rakyat prmatang pauh? Nanti Lee Guan Eng tekan x boleh nak angkat kepala

  35. ribuan orang umno sendiri akan sabotaj calon umno di rompin. kita tengok nanti umno boleh dapat berapa undi. ingat umno mustahil hilang wang deposit? hey umno padan muka kau hilang wang pertaruhan.

  36. Hasan Arifin tak layak jadi MP Rompin. Hasan Arifin berangan nak dapat jawatan Timbalan Menteri? HAHAHA kauorang semua boleh expect taraf ucapan dia macam Ahmad Maslan. Hasan Arifin tak bodoh sangat kan, silalah defend diri anda macam Ahmad Maslan. UPDATE TWITTER STATUS DAPAT BERAPA CGPA? AHMAD MASLAN CGPA 3.85. KAU HASAN ARIFIN CGPA BERAPA?

  37. ada tak ibu bapa yang baru beranak nak namakan bayi mereka yang baru lahir, Najib? Rosmah? Zahid? Muhyiddin? Mahathir? ada ke ibu bapa sekarang yang namakan bayi mereka sempena nama pemimpin umno?

  38. jika muhyiddin yassin mati adakah norainee akan bertanding sebagai calon ahli parlimen?

  39. isteri jamaluddin jarjis tak bertanding sebagai calon BN di parlimen Rompin? kenapa? takut hilang wang pertaruhan? tak popular? tak reti berbahas di parlimen?

  40. …manusia mudah lupa…kalau dulu makan sambal belacan mesti wajib ada…bila dah lupa diri…sambal belacan digantikan dengan cheese…lihatlah keluarga2 melayu kaya yang digambar2kan dalam drama murahan di TV…mesti diatas meja ada roti, mentega dan cheese…siap dengan pisau roti sekali…tetapi cekodok jangan haraplah nak ada sama diatas meja…kononnya melayu ala2 mat salleh lah tu…itulah dia mentaliti orang2 kaya melayu yang selalu digambarkan oleh pengarah2 melayu yang x berilmu…

  41. …sebab mereka orang2 melayu lebih percayakan dan undi Lee Guan Eng…Guan Eng berdehem pun orang melayu dah kecut perut…hina2 Islam dan memandang rendah orang melayu pun x mengapalah…

  42. Saya ingin mengulangi penegasan saya pada 10 Februari 2015 dalam Mahkamah Persekutuan:

    a. Saya tidak bersalah atas tuduhan palsu dan fitnah ini tidak pernah berlaku.

    b. Fitnah ini satu rekayasa yang jahat datang dari satu konspirasi politik untuk menamatkan karier politik saya.

    c. Tidak menjadi satu kebetulan bagaimana Pejabat Perdana Menteri boleh mengeluarkan kenyataan rasmi bertulis mengenai keputusan yang cuma selang beberapa minit selepas penghakiman dikemukakan, malah sebelum hukuman dijatuhkan.

    d. Dalam tunduk akur kepada kehendak telunjuk tuan-tuan politik, hakim-hakim itu menjadi rakan jenayah pembunuhan kebebasan dan integriti badan kehakiman. Mereka telah menjual diri mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani mereka demi pulangan kebendaan, kedudukan dan jaminan jawatan.

    e. Mereka diberi peluang untuk menebus diri mereka dengan bertindak membetulkan kesilapan badan kehakiman yang lampau, mengembalikan kemuliaan dan mengukir nama baik mereka sebagai pembela sebenar keadilan.

    f. Sebaliknya mereka memilih untuk kekal dalam kegelapan, merosakkan akhlak sendiri dan menenggelamkan diri dalam lautan kebatilan. Mereka tenggelam dalam kehinaan diri dan menjerumuskan diri dalam hapak bangkai najis kezaliman menerusi apa yang disebutkan ‘Istana Kehakiman’.

    g. Saya menerima pengorbanan ke penjara demi rakyat dan negara. Saya bersedia ke penjara dan apa jua akibat demi rakyat.

    h. Allah SWT adalah saksi saya dan saya bersumpah demi Allah, saya tidak akan mendiamkan diri. Saya akan terus berjuang melawan demi kebebasan dan keadilan. Saya tidak akan menyerah kalah!

  43. Dalam tunduk akur kepada kehendak telunjuk tuan-tuan politik, hakim-hakim itu menjadi rakan jenayah pembunuhan kebebasan dan integriti badan kehakiman. Mereka telah menjual diri mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani mereka demi pulangan kebendaan, kedudukan dan jaminan jawatan.

    Mereka diberi peluang untuk menebus diri mereka dengan bertindak membetulkan kesilapan badan kehakiman yang lampau, mengembalikan kemuliaan dan mengukir nama baik mereka sebagai pembela sebenar keadilan.

    Sebaliknya mereka memilih untuk kekal dalam kegelapan, merosakkan akhlak sendiri dan menenggelamkan diri dalam lautan kebatilan. Mereka tenggelam dalam kehinaan diri dan menjerumuskan diri dalam hapak bangkai najis kezaliman menerusi apa yang disebutkan ‘Istana Kehakiman’.

  44. bayangkan pembunuh, perogol, pengedar dadah, perompak, pengkhianat(traitor) hafal skrip di atas bagi mencabar keputusan hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati, penjara seumur hidup, penjara 20 tahun? memang patut anwar ibrahim dipenjara supaya muhasabah kesilapan lampau sejak kecil. berani mati nurul izzah galakkan orang mencabar institusi kehakiman negara dengan ucapan provokasi yang patut dikecam.

  45. adakah anwar ibrahim maksum? adakah zahid hamidi maksum?

    Pertama-tamanya, saya ingin merakamkan rasa kesal yang tidak terkata ke atas penganiayaan, fitnah, kezaliman serta pengenepian keadilan yang telah dilakukan ke atas saya. Saya mengutuk dengan sekeras-kerasnya segala usaha mengaib dan memfitnahkan saya yang terus berlarutan walaupun saya kini terpenjara.

    Saya tidak bersalah atas tuduhan palsu dan fitnah ini tidak pernah berlaku.

    Fitnah ini satu rekayasa yang jahat datang dari satu konspirasi politik untuk menamatkan karier politik saya.

    Saya menerima pengorbanan ke penjara demi rakyat dan negara. Saya bersedia ke penjara dan apa jua akibat demi rakyat.

    Allah SWT adalah saksi saya dan saya bersumpah demi Allah, saya tidak akan mendiamkan diri. Saya akan terus berjuang melawan demi kebebasan dan keadilan. Saya tidak akan menyerah kalah!

    Kepada para konspirator, saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah gentar dengan permainan politik kotor, jijik dan amat terkutuk. Saya yakin dan percaya rakyat tidak akan mudah terpedaya dengan politik murahan yang dicanangkan selama ini untuk memusnahkan karier politik saya dan menghalang kemaraan Pakatan Rakyat membebaskan Putrajaya daripada kebobrokan, kebejatan, kegelojohan dan kerakusan kuasa Barisan Nasional.

    Saya boleh dipenjarakan untuk lima tahun lagi. Saya sudah melalui dua tahun tahanan ISA. Saya sudah melalui ujian fitnah sehingga merengkok di dalam penjara selama enam tahun. Jika tindakan Barisan Nasional ini bertujuan untuk melemahkan dokongan rakyat terhadap agenda reformasi, saya pertegaskan pada hari ini, dalam Dewan yang mulia ini, kebangkitan rakyat akan merobohkan tembok kepalsuan, fitnah, kezaliman dan rasuah Kerajaan Barisan Nasional.

    Saya kini dipenjarakan. Mungkin ramai lagi rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang akan terhukum. Namun, saya yakin dan percaya kerakusan kuasa Barisan Nasional ini tidak mungkin berupaya memadamkan bara, api dan obor perjuangan rakyat.

  46. Politik malaysia……bila kempen semua jadi malaikat…..bila menang jadi #^@^&@^#…………Apa pun selamat mengundi…sokonglah mana-mana pun kerana mengundi adalah hak dan tanggungjawab anda……Kepada SPR jangan tipu….anda akan ditanya diakhirat kelak

  47. Malaysia wajib mncontohi & mnjadikan kepimpinan Lee Guan Eng di P.Pinang & PM Singapura yg bawa kemajuan kpda rakyat esp bangsa cina. Pemimpin2 Melayu di Malaysia perlu bersungguh2 mahu memajukan nasib & masa depan org Melayu

  48. Pemimpin2 Melayu mestilah dipilih dari kalangan mereka yg berjiwa besar, kuat asas agama & melayunya, mpunyai latarbelakang sejarah nasionalisma yg teguh, jati diri Melayu yg kental, berwibawa, keluarga yg beriman dan beramal soleh, ada amanah dan faham selok belok geografi dan politik negara ini…… Pemimpin yg lemah akan rebah dgn tuntutan nafsu syahawat, harta duniawi, pangkat dan megah dgn pujian

  49. Pemimpin2 di kalangan org Cina biasanya adalah mereka yg well selected…. Mereka mesti melalui pelbagai tapisan di peringkat komuniti lgi…. Pemimpin2 ini biasanya mempunyai semangat, jati diri, asas kepimpinan, etika dan nilai perjuangan yg padu….. Pemimpin2 MCA & DAP boleh duduk semeja untuk menangni isu2 berkait kepentingan org Cina… Pemimpin Melayu mestilah melalui tapisan komuniti & masyarakat asas org Melayu dan mempunyai latarbelakang sosio budaya berteras Melayu Islam yg teguh…. sudah tiba masanya pemilihan pucuk pimpinan di root itu sendiri mestilah dari kalangan mereka yg beriman & beramal soleh…. Sudah tiba masanya soal pemilihan kepimpinan politik Melayu mngenepikan faktor2 warisan dan kroniisma yg sempit

  50. Pemimpin2 masyarakat Cina tanpa mengira parti pembangkang atau kerajaan akan duduk semeja utk selesaikan masalah2 berkaitan masyarakat Tionghua di Malaysia. Dari isu sekecil longkang tersumbat, anak kena buang sekolah, lot parking kereta tak cukup, kesesakan lalu lintas hinggalah ke isu2 yg lbih besar melibatkan peluang2 ekonomi dan penguasaan politik di Malaysia…. Pemimpin2 Melayu jarang turun padang utk selesaikan kes2 yg berbangkit di peringkat komuniti, mereka sibuk dgn agihan kekayaan & peluang2 utk direbut…. Tapi mereka datang kpda komuniti asas bila musim PRU & PRK untuk meraih sokongan & undi…. Inilah masalahnya kepimpinan Melayu hari ini

  51. Kita kadang2 rasa tertipu & ditipu oleh pemimpin kita sendiri. Pemimpin2 Melayu turun padang dgn semangat & janji manis serta lakonan drama bertemakan pilihanraya (hulur bantuan beras gula kopi, kain sarung, kasut sekolah, wheel chair, derma envelope koko, sesi kunjungan ibu tunggal, oku & org tua, sign borang itu ini, doktor bergerak, rasmi mesyuarat kampong & cawangan) dll. Lepas PRK & PRU 5 tahun pulak baru nak nampak muka…..

  52. Pemimpin2 Melayu kekadang seperti “Si Tanggang”, bila dah senang lenang dah mula lupa org tua dan asal usulnya….

  53. Kekadang kita lihat pemimpin2 Melayu seperti pelakon atau artis….. 5 tahun sekali di musim PRU mereka kelam kabut balik ke kampong & cawangan2 sebagai Pemimpin Melayu sejati dgn berpakaian Melayu ala tahun 1946. Di sini tutur kata, slogan dan semangat juangnya hanyalah untuk bangsa keramat ini. Tapi selepas menang pikihanraya, dah balik ke kL mereka berubah mnjadi org lain….

  54. “Teratakku ini terlalu sepi, rumput di laman mnjalar ke celah2 lantai papan rumahku, aku dah x mampu brjalan, makanku disapa & disupport jiran tetangga…. Aku hanya berseronok suka 2 kali setahun iaitu raya puasa & raya haji…Tapi kekadang disulam 5 tahun sekali dgn 1 kali lgi raya iaitu “pilihanraya”…. Raya inilah paling meriah, aku diberi mcm2 brg & wang… aku tengok ada org yg selalu keluar tv datang memelukku… dia seperti anak kandungku, orgnya hensem, berbaju melayu, bersamping & memakai kopiah hitam mahal…agak2 siapakah lelaki budiman itu yg ke rumahku 5 tahun sekali

  55. aku tak kenal org tua tu…. perg ke situ pun x penah….. tu tentulah calon2 yb kt kmpong tu…. biaselah bkempen 5 tahun sekali….. he2

  56. Jemputan kenduri dan memangkah X di lot P044 Permatang Pauh. Tuan Majlis DS Wan Azizah dan Suhaimi Shahabudin pada 7hb Mei 2015…. Datanglah beramai ramai…. Datang jgn x datang

  57. Ahh ini semua POYO!………Gaji ahli parlimen naik rakyat kena gst….mana ahli politik masa tu?

  58. Itu startergi politik……….Gerombolan nak padam Anwar Ibrahim….Pakatan nak pertahankan Anwar Ibrahim….Sebab tu PKR pilih kak wan…….Lagi satu ada lagi tak melayu yang lebih layak dari PM sekarang ni? Ke dah x dak orang melayu lain?

  59. Daripada kena tipu dengan BN, baik aku undi PKR….Bertahun-tahun kena kencing dengan BN…

  60. PKR pilih Kak Wan sebab Anwar Ibrahim………ini startergi……UMNO pilih anak Tun M jadi calon sebab apa? Sebab Tun M…..ini stratergi…..supaya dikenang dan menang

  61. itulah politik hanya nak kuasa bukan nak jadi wakil kepada suara rakyat. sebab tulah kadang2 bila ada pilihanraya baru jumpa org sakit dah bebelas tahun telantar baru mereka nampak. Pemimpin malaysia belum sampai tahap dekat dengan rakyat, hnya beramah mesra bila nak dpt undi. Sepatutnya yg menang atau kalah sentiasalh turun jumpa rakyat tak payah tunggu pilihanraya..

  62. akak sangat yakin kemenangan berpihak pada Barisan. kempen yang dijalankan mendapat sambtan hangat, akak gembira menyumbang tenaga sedarkan rakyat mengenai jasa Barisan Nasional

  63. asas apa lagi nak pegang. sampaikan top up jadi isu nasional. kena capurtangan PM. sekejap GST sekejap tk. Dsh macam biskut. jangan memalukan diri sendiri.

  64. Dah macam Pak Pandir. Benda remeh temeh seperti TOP UP jadi isu NASIONAL. Sebelum pilihanraya UMUM 3 tahun lagi, pengundi ROMPIN & PERMATANG PAUH kena TOLAK kerajaan UMNO/BN yang memalukan ini.

  65. Pemimpin2 Melayu jujurlah kpda org Melayu, janganlah kami dijenguk 5 tahun sekali…. Janganlah tamak mengaut harta kekayaan & wang ringgit. Mujurlah ada PRK & PRU, dapatlah jugak kawasan2 yg terlibat menerima peruntukan & pembangunan ala Mee Segera

  66. Org Melayu memang pakar buat KERJA LAST MINUTES & KERJA2 MEE SEGERA…. kalau x ada PRK & PRU, tentu pemimpin kita x nampak org2 tua uzur ibu tunggal, oku, drop out study anak2 Melayu, jambatan reput, surau nak reban, balairaya dah nk jdi bangsal kambing , minum air perigi, guna pelita minyak tanah,,jalan kot denai,,lorong2 kmpung yg gelap gelita , org2 muda kt kmpung yg melanus kt kedai2 kopi harga getah yg drop kt kmpung2 dan mcm2

  67. di musim PRK & PRU klau ada org pandai & ada tuah boleh dapat wang banyak sehingga mampu beli sebuah kereta baru @ beli sebuah rumah.. klau dapat kontrak memasak makanan utk markas2 DUN, supply transport utk penyokong, jadi juru kempen, berniaga kat warung2 / gerai2 tempat ceramah, jadi ejen @ runner utk parti akan bgi ruang & peluang utk buat banyak duit…. Ada sebuah keluarga kt Malaysia mnjadikan bazaar & warung2 sempena PRK & MUSIM PRU sebagai sumber pendapatan utama keluarga…. Mereka sanggup bergerak dgn lori & van untuk sertai kumpulan peniaga2 kat tempat ceramah di seluruh Semenanjung

  68. kalau kena gayanya….sebulan brniaga di musim PRU + PRK hasilnya boleh makan setahun + settle cost GST….

  69. Calon2 parti yg bertanding dlm pilihanraya kalau kena gaya dan menang jdi wakil rakyat…. Hanya bermodalkan air liur akhirnya sauk duit & projek juta2

  70. Begitulah nasib & tuah org…. kalau kena gaya lagangnya “asal apa barangpun akan jadi duit”….

  71. Ada org kerja pulun macam nak mampos…. tapi bintangnya gelap, x ada sapapun nak pandang, duitpun dapat ciput…. Orn yg bintangnya cerah, rezekinya murah…. namanya gah…. klau ada projek besar2 /juta2 org x nmpak org lain dah, simalaun tulah yg dioffer & diajak berprojek

  72. Kat Malaysia ni…. “JUTAWAN MEE SEGERA” banyak dicipta dlm bidang politik…. asal tukang kebun sekolah boleh jdi jutawan asalnya cikgu sekolah boleh buat banglo setaraf istana, dulunya penjual ikan kini menjadi billionair 7,8 keturunannya boleh tidur dalam tilam wang….. duluny ulat tiket bas tapi sekarang dah mampu beli syarikat2 bas ekspres kat Malaysia….. Malaysia adalah lubuk emas dan ample of destiny

  73. Dibimbangi ruang dan peluang dalam politik yg sepatutnya untuk membela nasib rakyat dan mempertahankan negara disalahgunakan untuk kepentungan membuat keuntungan dan mencipta “KEKAYAAN MEE SEGERA” oleh golongan tertentu

  74. Keadaan ini tidak sesuai dlm sebuah negara demokrasi berbilang kaum seperti Malaysia…. Kerana ia menjurus kepada pembentukan SISTEM KASTA…. Amalan demokrasi tidak mnyekat peluang utk kaya, tetapi amalan sistem ekonomi kapitalis yg buruk perlu dikawal…..

  75. Kini telah wujud 3 strata ekonomi masyarakat yg semakin jelas di Malaysia, walaupun ia belum diertikan sebagai kasta.
    Strata A – Golongan pemimpin, CEO GLC, korporat2 & pegawai2 kerajaan yg rasuah.Mereka ini jdi jutawan bilionair yg kaya melana
    Strata B – Golongan Penjawat Awam & peniaga2
    Strata C – Golongan marhaen spt buruh, pemandu, pekerja gaji/upah harian, penagih dadah, pekerja rumah judi/maksiat dll

  76. Bila golongan dlm Strata A semakin ramai dan golongan dlm Strata C juga berkembang dan “gap pendapatan” antara keduanya terlalu amatlah besar tidak mustahil sistem kasta & amalan buruk ” sistem hamba” boleh wujud. Malaysia mungkin belum menjurus ke arah itu…

  77. Di Malaysia peluang ekonomi & sosial bahkan politik tidak disekat. Dalam Sistem Kasta peluang & ruang disekat dan terbatas walaupun ianya tidak ada hitam putih yg jelas, tetapi ianya diamalkan dlm subculture sesuatu masyarakat itu tanpa disedari

  78. Dlm sistem Kasta ruang & peluang disekat, dlm beberapa aspek tertentu ia turut berupa sempadan/sekatan fizikal yg jelas. Dlm erti kata lain ia tidak terhad dlm bidang ekonomi & subkultur tertentu sahaja

  79. Di Malaysia sesiapa sahaja diberi ruang & peluang utk mejadi apa saja saja (kecuali mjadi raja & YDP Agung). Bahkan sebenarnya nasib atau destiny kita yg x mnyebelahi kita

  80. Di Malaysia kita boleh berkongsi coach keretapi, makan di warung yg sama,, shopping dgn bebas di semua tingkat pasaraya One Utama, the Globe etc dgn syarat kita mampu !! Bahkan kita boleh berkahwin dgn sesiapa sahaja asalkan seagama & bukan sejantina

  81. Bila jurang pendapatan golongan kaya & miskin jadi sangat besar….. dia jadi mcm cerita org kaya makan isi, org miskin makan kuah atau org kaya yg kentut tapi org miskin yg dikeji

Kongsikan Pandangan Bernas Bersama Kami Di Sini. Bincangkan..

Please enter your comment!
Please enter your name here