≡ Menu

Keputusan Piala Thomas 2016 Malaysia : Live Streaming dan Jadual Carta

Keputusan Piala Thomas 2016 Malaysia : Live Streaming dan Jadual Carta

Bermula 15 Mei sehingga 22 Mei berlangsung Piala Thomas 2016.

keputusan piala thomas

Piala ini bakal menjadi rebutan bagi mencari negara yang bakal diangkat sebagai jaguh badminton dunia di mana disertai 16 negara terkuat dunia termasuklah Korea selatan, Indonesiaa, Denmark dan juga pasukan kita Malaysia.

Di bawah ini merupakan senarai pemain yang bakal menggalas tanggungjawab memberikan tentangan kepada pasukan lawanan bagi edisi Piala Thomas 2016 kali ini

[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butirannya
Perseorangan,Datuk Lee Chong Wei
,Iskandar Zulkarnain Zainuddin
,Chong Wei Feng
,Goh Soon Huat
Beregu,Goh V Shem / Tan Wee Kiong
,Koo Kien Keat / Tan Boon Heong
,Ong Yew Sin / Teo Ee Yi
[/table]

Di bawah ini anda boleh lihat bagaimana perjalanan pasukan Piala Thomas 2016 Malaysia daripada peringkat kumpulan yang berjaya mendapatkan keputusan Piala Thomas yang memberangsangkan apabila memenangi ketiga-tiga perlawanan di peringkat kumpulan sehingga diangkat menjadi jura kumpulan C Piala Thomas 2016.

Jadual Carta dan Keputusan Piala Thomas 2016

Di peringkat suku akhir Malaysia terus menunjukkan  aksi yang cemerlang apabila berjaya menumbangkan Chinese Taipei dengan bergayanya.

Terkini, live streaming Malaysia vs Denmark sedang berlangsung dalam peringkat separuh akhir bagi menentukan pasukan mana yang bakal bertemu dengan Indonesia di perlawanan akhir kelak sekaligus diangkat jura Piala Thomas 2016.

Siaran Langsung Malaysia Vs Denmark ada dibawakan melalui saluran sukan Astro Arena 801 bermula 7 malam 20 Mei 2016.

Live streaming Malaysia VS Denmark ada Berita Semasa kongsikan seperti paparan di bawah ini yang boleh tonton terus dari telefon pintar ataupun komputer anda :