Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim? Anwar Tidak Bersalah dan DIBEBAS!! [UPDATE]
Masih lagi menjadi tanda tanya dan teka-teki dikalangan permerhati politik & orang ramai, apakah pengakhiran disebalik keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim yang akan dibacakan oleh hakim Mahkamah Tinggi pada hari ini.
Bersalah atau tidak bersalah?
Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim (9 Januari 2012) : Info Ringkas
- Datuk Seri biodata anwar ibrahim (defenden)
- Mohd Saiful Bukhari (plaintif)
- Tuduhan : Anwar Ibrahim, 64, mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos, 2008, meliwat Mohd Saiful, 26, di unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
- Hakim Mahkamah Tinggi : Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah (akan membacakan keputusan kes liwat Anwar Ibrahim pada pagi ini selepas meneliti dan mempertimbangkan hujah kedua-dua belah pihak di akhir pembelaan sama ada akan membebaskan Anwar atau mensabitkan Ketua Pembangkang itu bersalah
- Jika Sabit Kesalahan : Hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan
- Rayuan boleh dilakukan : Membuat rayuan di Mahkamah Rayuan
- Nota : Ini pertuduhan liwat kedua yang dihadapi Anwar. Pada tahun 2000, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa meliwat pemandu Azizan Abu Bakar
- Barisan Pembelaan : Diketuai Karpal Singh
- Barisan Pendakwaan : Diketuai Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden
[UPDATE] Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim – Pukul 9.30 pagi
Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan kes liwat Anwar Ibrahim memutuskan Anwar Ibrahim tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan.
Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.
P/S : Apakah pendapat & reaksi anda dengan keputusan kes liwat Anwar Ibrahim sebentar tadi? Yang mana didapati Anwar Ibrahim tidak bersalah & dibebaskan.
UPDATE (Rayuan Keputusan Kes Anwar Ibrahim) :
Akhirnya jam 4.15 petang (20 Januari 2012), Peguam Negara telah memfailkan rayuan Saiful Bukhari Azlan ke atas keputusan kes Anwar Ibrahim yang diumumkan baru-baru ini (kes liwat 2).
Peguam Negara menfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat pada jam 4.15 petang.
P/S : Nampaknya kes Anwar Ibrahim (Kes liwat 2) tidak terhenti setakat ini sahaja kerana sekarang Saiful Bukhari sedang berjuang habis-habisan memperjuangkan “haknya”.