Kenaikan Harga Makanan Malaysia Naik vs Harga Dunia Turun? Dr Muhammed Abdul Khalid Pelik!

46

Kenaikan Harga Makanan Malaysia Naik vs Harga Dunia Turun? Dr Muhammed Abdul Khalid Pelik!

Sekarang ini boleh dikatakan inflasi di Malaysia berada di paras yang rendah. Siapa yang kata?

harga makanan malaysia

Dr Muhammed Abdul Khalid dari Khazanah Research KRI yang kata. Tetapi angka ini ada bersebab. Inflasi Malaysia berada pada angka yang rendah ada disebabkan permintaan yang lemah dan kos pengangkutan di Malaysia yang menunjukkan kos menurun.

Ini  adalah disebabkan yang kita sudah sedia maklum di mana sekarang ini harga minyak dunia masih lagi berada di paras yang rendah sekaligus mempengaruhi tawaran harga minyak di Malaysia.

Tetapi…

Tetapi jikalau kita buang kategori pengangkutan dalam mengunjurkan inflasi di Malaysia sebenarnya inflasi negara Malaysia adalah di paras yang tinggi iaitu 4.6 peratus.

Pada Mac 2016 telah pun dicatatkan inflasi di Malaysia paling tinggi sejak tahun 2009. Jadi apa yang menyebabkan kenaikan inflasi Malaysia? Sebenarnya sekarang ini kenaikan harga makanan Malaysia naik adalah penumbang terbesar kepada lonjakan inflasi.

inflasi negara

Apa mesej yang ingin disampaikan di sini? Ini menunjukkan inflasi harga makanan di Malaysia sangat-sangat tinggi lonjakkannya.

Untuk kategori makanan terbahagi kepada tiga. Iaitu daging, ikan dan hidupan laut dan juga produk tenusu. Untuk harga produk tenusu Dr Muhammed Abdul Khalid sendiri pelik dan hairan. Mengapa?

Ini kerana kajian dan semakan harga makanan di dunia bagi produk tenusu menunjukkan trend menurun sekarang ini bagi 3 tahun terakhir. Faktanya, Malaysia import hampir 90 peratus produk tenusu. Tetapi realitinya di Malaysia produk tenusu terus melonjak naik dari masa ke semasa. Pelik bukan?

Trend Harga Makanan Dunia (Produk Tenusu)

harga makanan naik

Kata Dr Muhammed Abdul Khalid, mungkin ada yang mengatakan lonjakan ini adalah disebabkan harga produk tenusu di Australia dan New Zealand yang meningkat. Jawapan Dr Muhammed Abdul Khalid, tidak sama sekali. Harga di Australia dan New Zealand juga menurun pada ketika ini.

P/S : Faktanya 9 daripada 10 perbelanjaan rakyat Malaysia adalah untuk makanan berbanding produk dan barangan lain. Ini memberikan kesan besar kepada perbelanjaan boleh guna rakyat Malaysia melihatkan kenaikan harga makanan naik di Malaysia. Apa respon anda pula?

Sambung Baca Lagi Artikel Terbaik Yang Ini Pula. Ada Kaitan Dengan Yang Di Atas :

Ekonomi Malaysia 2016 Mencabar Buat Rakyat Malaysia. Khazanah Research Jangka Le... Ekonomi Malaysia 2016 Mencabar Buat Rakyat Malaysia. Kajian Khazanah Research Institute KRI Jangka Lebih Banyak Subsidi Ditarik! Sekejap masa berlalu sekarang, pejam celik pejam celik Malaysia sudah ...

SEBARKAN

46 Komen Bernas

  1. Msia kena jadi negara yg pertaniannya menjadi keutamaan.Barangsiapa yg menanam tanaman dn kemudian dimakan olh burung atau manusia akn mendapat ganjaran pahala.Sesiapa yg menceburi bidang pertanaian takkn rugi selamanya……utg dunia untung akhirat

  2. Dgn teknolgi terkini dn pembangunan industri tenusu alaf baru adalah diyakini blh dilakukn olh Msia utk mengurangkn impot hasil2 tenusu nei yg blh dikatakn acapkali naik terutama susu bayi dn kanak2.Kenapa kenaikan yg acap kali ni sentiasa berlaku? Bagi yg ada anak2 kecil mmg terasa lainlah yg anak2nya mengenjak dewasa

  3. Katakn diperuntukkan 200 juta utk peringkat awal mmg blh mencukupi minta maaf klu ada org terasa pulak ….

  4. ..pembelian semua kos overhead dn perlatan,ternakan dsbginya blh cukup ttp pengurusan krn berwibawa dn berintegritilh…..klu asyik nk komisyen dn utg sendiri jika berlaku mmglh takkn cukup.Beri yg pakar lakukn dn berintegriri ……bukan nk kata sapa2 ttp utk beringat

  5. Setiap tahun kjaan buat bajet dn duit akn ada.Setiap jabatan kjaan diberi geran dn sebenar duit di park di ag/pej akauntan.Dgn segala invoice/inden,dokumen2 berkaitan dsbginya dihantar kpd mereka (ag) tetap akan bayar.Minta semuanya ok (tiada penipuan/palsu dsbginya)….so tiada tirisan berlaku…Alhamdulillah..

  6. Duit pembelian /kerja/upah akan dibayar melalui bank dn akan dimaklumkan melalui e-maklum kjaan .Biasanya sekitar 2 minggu shj

  7. Antara asbab kadar kelahiran skrg menurun (dh ditakdirkn) ialah harga susu bayi yg mahal sementalah dgn senario hari nei

  8. Bagaimana nak tingkat kadar pertumbuhan ekonomi yg tinggi klu kadar kelahiran jatuh dan penduduk tak ramai .Utk apa dn siapa pembangunan dibuat?Takkn saja nak buat atau nak habiskn bajet yg diuntkkn?

  9. Jgn pulak ada yg melulus dan ada hadiah pulak utk pihak lain dpt projek dsbginya ….klu ok Alhamdulillah mmg cun dn berintegriti

  10. So dasar kjaan berhubung dgn demografi penduduk hendaklah yg terbaik dgn langkah2 yg sewajarnya

  11. Masalah kenaikn harga barang di Msia nei yg kadang2 dunia turun adalah disebabkn kadang2/kemungkinan jangkamasa dn harga kontrek yg dipersetuji itu lama.contoh harga kuatkuasa selama3/4/5 tahun.,Bila tempoh ini blum berakhir harga impot itu yg dkenakn jugak jadi disini kerugian sebelah Msia sebaliknya juga berlaku Msia utg jika harga naik …ttp siapa tahu?.Mungkin maklumat harga perlu dikaji/teliti.Cth lain perjanjian bekalan air dgn Singapura.harga itu jugak utk tempoh yg lama sdgkn Singapura proses air dn jual lbh utg

  12. Sbb yg monopoli tends to up the price, seldomly the company decrease the price down unless this company is generous enough

  13. Kat Msia ini yg agak naik nama ialah spt Tuan Syed Bukhari.Blh dikatakn byk Srkt miliknya.Salam Tuan Syed semuga sihat walaafiat

  14. Siapa tuan Syed Bukhari ? Ramai yg nama yg sama kt msia.Nk jbpn tak pe ,tk nak jbpun tak pe

  15. Impot dn ekspot Msia nei dgn negara luar tu secra perniagaan barter/pertukaran barangan/pertukaran brg dgn barang pun berlaku.contoh Msia Impot jentera tertentu dn kemudian dibayar degn barangan tertentu spt hasil komoditi utk tempoh tertentu.Klu harganya mahal mungkin hingga 10 tahun.Bayangkn harga berapa?

  16. Pak Man malaih nak komen banyak… sebenaqnya harga nasi goreng, mee goreng, lauk berasaskan ayam kat kedai makan tu based atas harga ayam RM9. lebih sekilo tak lama dulu. La ni harga ayam dah turun balik ka RM 4.50 – RM6.00 pun, harga makan kat kedai dok lagu tu la jugak. Cakap banyak pun tak guna.

  17. Maaflh ckp, itulah betul pak man bila sekali naik klu nak turun ho susah/liat btul nk turun harga tu.Agak dah jadi budaya?Jgnlh begitu. KPDNKK?

  18. Rohani mantap/baik akn lahirkn perkerja yg penuh berintegriti dn ikhlas dn ingat Khaliqnya yg Maha Melihat dn Maha Mendengar

  19. Rohani mantap/baik akn lahirkn perkerja yg penuh berintegriti dn ikhlas dn ingat Khaliqnya yg Maha Melihat dn Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

  20. Rezki ,ajal/maut/mati,jodoh dn tanah perkuburan mmg telah ditentukan Tuhan Rabbul’alamin Berdoalh kpdNya yg baik2 dn sejahtera/bahagia dunia dn akhirat.Buatlh amal krn dunia adalah jambatan ke negeri akhirat jua

  21. Kat Malaysia ni harga makanan dengan pakaian mahal2. Tapi ramai je makan kat luar dan pakai pakaian mahal. Harga kereta pulak mahal sebab cukai melampau, tapi aku tengok dah ramai boleh beli kereta import bermula 80k sebuah berbanding era 80an-90an yang mana harga barangan murah tapi rakyat tak mewah berbelanja mcm skrg

  22. Tiada kerjasama dari pengilang,pembuat,pemborong dan peruncit tak mau menurunkan harga barang penyebab utamanya. Wlupun ada GST dan ia bakal menaik..belum di campur kos buatan seperti Bahan2 mentah dari luar dan dalam negara. di campur pula dengan pemintaan gaji2 pekerja yg high demand..kahkahkah jgn kecam…

  23. UNTUK SELAMAT EKONOMI DOMESTIK MALAYSIA TURUNKAN HARGA KEPERLUAN BAHAN MENTAH,TURUNKAN KADAR BAYARAN PINJAMAN PERUMAHAN, KENDERAAN PINJAMAN PERIBADI YANG PENTING SEKALI LETAKKAN BAYARAN INSURAN PALING RENDAH SEKALI SEBAB INSURAN TARAK KASI APA-APA SUMBANGAN PADA MASYARAKAT MALAYSIA SEJAK DULU HINGGA SEKARANG-DALAM SEJARAH BAJET MALAYSIA TIDAK PERNAH SENTUH KADAR PENURUNAN INSURAN ????????

  24. Kita beruntung sebab ada kerajaan BN, wlupun rakyat dalam kegelisahan dan tekanan kos sara hidup kini tapi menteri2 pandai menghiburkan hati rakyat dengan lawak jenaka. Kerajaan BN diakui bnyak melahirkn pelawak2 profesional, sebab tulah BN selalu menang undi. Tapi lepas ni dgn kebanjiran pelawak2 ni harap rakyat jemulah dgn lawak mereka. Sedang2 pelawak no1 mereka pun dah tersingkir, tp hilang 1, berduyun2 mengisi kerusi lawak mereka. Sampai yang tak terpilih jd wakil rakyat pun cuba buat lawak wlupun lawak otak ikan bakar.

  25. Ini semua Najib punya angkara… inilah contoh pemimpin UMNO yang lemah dan lemah… kalau Najib ni aku bagi markah 1/10… kalau Mahathir dulu tu aku bagi markah 9/10…

Kongsikan Pandangan Bernas Bersama Kami Di Sini. Bincangkan..

Please enter your comment!
Please enter your name here