≡ Menu

Pendapatan GST Malaysia Melonjak RM27 Bilion. Syaratnya Cukai GST di Malaysia Mesti 7 Peratus

Pendapatan GST Malaysia Melonjak RM27 Bilion. Syaratnya Cukai GST di Malaysia Mesti 7 Peratus

Kalau dahulu semasa blok-blok Eropah mula-mula melaksanakan GST di negara mereka, kedudukan politik mereka dan sokongan rakyat begitu goyah dan goncang sekali. Semak no cukai pendapatan.

gst di malaysia

Walaubagaimanapun jikalau di Malaysia pun, kurang kedengaran untuk 2-3 bulan terakhir ini pelaksanaan GST Malaysia. Dan….

Terkini beza GST dan SST boleh anda semak pada laporan berita mypt3

Dan selepas tarikh Pilihanraya Umum (PRU) melabuhkan tirainya, “kebaikan” dan “faedah” yang membawa keuntungan besar kepada kerajaan mula dihebahkan di media-media arus perdana termasuklah peluang kerajaan untuk menambah sekurang-kurangnya antara RM20 bilion hingga RM27 bilion setahun….

gst

KLIK gambar di bawah ini: Untuk paparan yang lebih jelas

Terus terang Berita Semasa katakan di sini, yang mana kami bersetuju pelaksanaan GST di Malaysia ini, tetapi dengan bersyarat. Apa syaratnya, untuk laksanakan kurangkan cukai pendapatan aka lhdn e filing yang dikenakan di Malaysia.

Sebenarnya  memang ada “loophole” dengan sistem percukaian kita sekarang ini. Sememangnya, ia merupakan satu penambahbaikkan kepada loophole tersebut. Masalah cukai berganda yang memang ramai pembeli tidak sedar.

Apa yang kami paham memang pengguna iaitu anda semua di sini adalah orang yang menanggung cukai keseluruhannya. Pengilang, pemborong, peruncit adalah sebagai medium memungut dan membayar cukai kepada pihak kastam. Kastam pula memungut hasil cukai dari pengilang, pemborong dan peruncit yang sebenarnya di tanggung oleh pengguna.

Kami tidak membantah cukai GST di Malaysia ini dilaksanakan, tetapi seperti yang kami katakan adalah bersyarat :

  • pendapatan perkapita rakyat Malaysia mestilah dinaikkan ada kadar yang stabil bukan sahaja kepada kalangan kakitangan awam tetapi termasuk juga kakitangan di sektor swasta dengan dasar yang memenangkan seluruh rakyat malaysia bukannya satu dua kelompok sahaja.
  • Dan pada ketika itu, adalah sangat sesuai dilaksanakan cukai GST ini

Satu lagi sebelum kami terlupa, kami merasakan perlu ada penstrukturan semula kadar pembayaran cukai pendapatan individu.

Bayangkan taikun-taikun utama di Malaysia seperti kerabat Kumpulan Genting, Syed Mokhtar, Ananda Krishnan, Robert Kuok, Yeoh Tiong Lay bayar pada kadar yang sama dengan rakyat Malaysia biasa yang memiliki pendapatan bersih tahunan sejumlah lebih RM100,000. Logik atau tidak?

Patut atau tidak dirombak semula?

gst malaysia

Dan Malaysia inilah antara masalah yang kami perhatikan. Acapkali membuat perbandingan yang terpilih sahaja.

Apabila mahu dilaksanakan cukai GST di Malaysia mahu sama kadarnya seperti yang dipraktikkan oleh negara jiran kita Singapura. Tetapi hakikatnya cuba kita bandingkan sejenak pendapatan perkapita rakyat Singapore dengan pendapatan perkapita rakyat Malaysia sendiri?

Kadar GST di Malaysia Yang Sepatutnya?

Kami jangkakan cukai GST di Malaysia bakal dikenakan sekitar 4%. Setakat itu sahaja. Janganlah sampai mahu mengenakan cukai GST di Malaysia sehingga 7%. Sebelum mahu meniru kadar cukai GST Singapura di Malaysia, bandingkan dahulu pendapatan rakyat Singapura dan kadar cukai pendapatan yang dikenakan di sana….

malaysia gst

  • Cukai GST : Lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak cukai yang anda perlu bayar (menghukum siapa yang terlalu boros berbelanja). Sukar untuk mengelak.
  • Cukai pendapatan : Lebih banyak pendapatan anda, lebih banyak yang perlu anda bayar. (menghukum siapa yang berusaha lebih).

Ramai yang terlepas tanggungjawab membayar cukai.

  • pencarum aktif KWSP Malaysia = 12.5 juta.
  • pencarum perkeso = 8 juta.
  • pembayar cukai individu = 2 juta. Logikkah? Kurang daripada 10 juta daripada rakyat Malaysia yang membayar cukai pendapatan. Menampakkan ramai yang mempunyai pendapatan tinggi lari daripada tanggungjawab membayar cukai
  • pembayar cukai individu top bracket (bayar 26%) = 40,000 orang. Satu angka yang tidak munasabah. Mana pergi beribu-ribu VVIP, Dato’ + Tan Sri dan kelompok-kelompok kaya-raya di Malaysia? Takkanlah 40,000 sahaja yang bayar cukai untuk top bracket? Mustahil?

Bagi kami sebarang perubahan/kenaikan kena ambil kira semua faktor. Dari segi ekonomi negara mungkin membantu tetapi takkan mahu diketepaikan aspek sosial rakyat begitu sahaja?

Sekarang ini apa yang perlu difokuskan kerajaan sekarang ini macam mana cara tingkatkan taraf hidup rakyat, macam mana nak lahirkan generasi (apa bangsa sekalipun) yang bijak dan berdaya saing, macam mana nak pulihkan ekonomi yang benar-benar “nikmat kekayaan negara yang bernama Malaysia” dirasai rakyat diperingkat bawah.

  • Kesan jangka pendek memanglah nampak OK sebab tambah pendapatan(katanya) negara.
  • Bagaimana pula kesan jangka panjang kepada rakyat di kemudian hari apabila “asasnya” tidak kuat?

P/S : Mungkin kita akan melihat lebih banyak tajuk-tajuk di media arus perdana selepas ini termasuklah, tajuk utama akhbar, ‘Rakyat sambut baik GST di Malaysia’ bla…bla…..bala….dan lain-lain lagi.