Kenaikan Harga Barang Naik : Kuasa Beli Rakyat Akan Terus Jatuh? Simpanan Rakyat Bakal Menyusut?

Kenaikan Harga Barang Naik : Kuasa Beli Rakyat Akan Terus Jatuh? Simpanan Rakyat Bakal Menyusut?

Selepas seluruh tubuh badan rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kenaikan harga minyak naik 20 sen, rakyat Malaysia mula sedar mereka sedang berpijak pada bunyi yang nyata.

harga barang naik

Kurang lagi kedengaran berita-berita gembira ibarat tinggal di “syurga dunia” seperti mana yang acapkali kedengaran sekitar penghujung tahun 2012 dan sehingga pertengahan tahun 2013.

Semunya indah-indah belaka pada masa itu…..Sekarang?

Sekarang tidak lagi…..Rakyat Malaysia sudah mula menerimanya “dalam keadaan terpaksa” inilah realitinya yang perlu ditempuhi sekarang dan tempoh-tempoh yang mendatang termasuk tahun 2015 kelak.

Walaupun jaminan sudah kedengaran bahawa tiada kesan besar terhadap kenaikan harga minyak di Malaysia serta dikatakan inflasi masih akan terkawal. Tetapi hakikat dan realitinya?

kenaikan harga barang

Banyak syarikat dan industri telah merasainya bahangnya yang mana mereka pastinya tidak mahu menghadapi gelombang kos terlalu lama, akhirnya bahang tersebut terpaksa juga dipulangkan bebannya kepada anda, anda dan anda semua sebagai pembeli dan pengguna mereka.

  • Kos gula naik 14% Oktober 2013
  • Kenaikan harga minyak 11% September 2013
  • Kenaikan tarif elektrik 16.9% Januari 2014

Kenaikan Harga Barang Naik VS Perbelanjaan Boleh Guna Rakyat?

Hakikatnya kenaikan harga minyak contohnya telah menyebabkan kos perbelanjaan harian rakyat marhaen terutamanya telah bertambah sekaligus menyekat pertumbuhan bagi perbelanjaan boleh guna rakyat Malaysia selepas ini. Akhirnya kuasa beli rakyat Malaysia akan semakin berkurang selepas ini. Ini kerana paras harga minyak sangat dekat dengan hampir setiap apek kehidupan rakyat Malaysia selama ini.

Bersama-sama di bawah ini Berita Semasa sertakan trend kenaikan harga makanan di Malaysia sejak kenaikan harga minyak 20 sen September 2013. Berapa pula kenaikan selepas kenaikan harga minyak 20 sen 2014. Bersama-sama kita nantikan…

Senarai Kenaikan Harga Barang di Kuala Lumpur 2013 – 2014
Harga Cili merah (setiap KG) : RM6 (2013) naik kepada RM12 (2014) – Kenaikan 100%
Harga Ikan kembung (setiap KG) : RM14.90 (2013) naik kepada RM16.90 (2014) – Kenaikan 13.4%
Harga Bawang Merah (setiap KG) : RM3.50 – RM4.00 @ RM4.20 – Kenaikan antara 14.3% dan 20%

Senarai Kenaikan Harga Barang di Sarawak 2013 – 2014
Harga Ikan kembung (setiap KG) : RM9-RM10 (2013) naik kepada RM11 ke RM13 (2014) – Kenaikan 22%-30%

Senarai Kenaikan Harga Barang di Terengganu 2013 – 2014
Harga Cili merah (setiap KG) : RM8 (2013) naik kepada RM10 (2014) – Kenaikan 25%
Harga Ikan kembung (setiap KG) : RM10 (2013) naik kepada RM10-Rm15 (2014) – Kenaikan 50%

Persoalannya, siapa yang menjadi mangsa terbesar di sebalik beberapa siri pengumuman harga barang di Malaysia? Sudah pastinya golongan berpendapatan rendah dan serdahana yang terpalit kesan domino ini. Dan kesan tersebut akan terus menimpa golongan ini apabila bermulanya Malaysia GST 2015 6%

Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap laporan Alliance Financial Group Bhd dan Malaysian Rating Corporation meletakkan jutaan kelas pertengahan rakyat Malaysia sedang bergelut dengan bahang gelombang kenaikan harga barang dan kos sara hidup di Malaysia sejak kerajaan Malaysia bertindak melancarkan pemotongan subsidi demi subsidi barangan atas nama yang cukup indah “rasionalisasi subsidi” & “pelarasan harga”. Ini disebabkan….

Sejak ledakan ekonomi yang melanda Malaysia sejak tahun 1990, golongan pertengahan :

  • Berhadapan kenaikan harga barang di Malaysia yang semakin tinggi dan tinggi setiap tahun
  • Pinjaman isi rumah yang tinggi
  • Walaubagaimanapun, kenaikan gaji naik di Malaysia agak menyedihkan

Ketua ekonomi Maybank Investment Bank, Suhaimi Allias mengatakan :

Kenaikan inflasi naik di Malaysia yang lebih cepat berbanding kenaikan gaji naik di Malaysia telah menghakis secara diam kuasa beli rakyat Malaysia sekaligus memberikan kesan besar kepada perbelanjaan boleh guna daripada GDP Malaysia.

Bagaiamna pula dengan trend kenaikan harga barang naik di tempat anda pula?

{ 98 Komen Bernas di Berita Semasa… add one }
  • 1 comel Oct 16, 2014, 11:27 am

    Asyik2 harga barang naik je.gaji x naik2 .tempat aku roti canai kosong naik seringgit dua puluh sen.

  • 2 aku no 2 komen Oct 16, 2014, 11:48 am

    Rega barang naik.. Yg paling penting k### # mesti naik hahahahahaha

  • 3 no 3 Oct 16, 2014, 12:10 pm

    masalahnye.. dh tak ternaik dh derr bile tgk rega brg dh mcmni.. hahahaha

  • 4 Anonymous Oct 16, 2014, 1:01 pm

    Ekonomi negara tak diurus dgn betul.
    Harga barang naik pdaptan rakyat
    kekal.
    Takat rbrim rm 900 ++ berapa sangat boleh cover.
    Sebenarnya kenaikan petrol diesel 20 sen menyebabkan purata kos satu keluarga meningkat lingkungan rm 3- 4 000 setahun.
    Sekarang masa sembelih rakyat.
    Dekat dekat pru turunlah seposen.

  • 5 AMIN Oct 16, 2014, 1:22 pm

    Sepatutnya pihak yang berkuasa turun padang untuk melihat harga makanan dipasar2 malam, kedai makan yg golongan bawahan sprt kami ni selalu lepak naik berganda. Takanlah cokodok yg tak seberapa rasanya dari rm 2.00 1set (7 biji) selps. harga minyak naik 20 sen makanan itu naik jadi rm 3.00 ape punya harga ni. Hasan Malek cubalah minum kat pakar paroi tu dtg sbgai org awam biasa duduk dan lihat. Itu yg Nampak jelas, belum lagi harga tersembunyi yg lain kita tak sedar. Dipasar-pasar malam dan pasar tani, katanya harga murah tapi cekik darah. Baik pergi pasar besar baru dikatakan murah. Inilah gelagat org meniaga ikut law sendiri. Melayu cekik melayu, pucuk ubi, paku dpt free jual dgn harga mahal apa yg pihak fama buat, sbb yg dijual oleh fama sendiri mahal dari kedai biasa. Tlnglah kami dah tak larat nak ikut rentak yg tak sekata ni……..

  • 6 Anonymous Oct 16, 2014, 1:28 pm

    Daripada datang pantau harga kat pasar bagus hassan malek gi astro tengok maharaja lawak.
    Tak kena panas terik.
    Kalau berpeluh pun sebab ketawa terbahak bahak.

  • 7 lisa Oct 16, 2014, 1:33 pm

    Pcuk paku kt tmpt sya rm6 skilo dkdai aceh.pemntauan apanye.balik2 kajian tk habis2.

  • 8 Anonymous Oct 16, 2014, 1:48 pm

    Harga mnyk terus menjunam turun tp kenapa mnyk kat sni tak turun2?

  • 9 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Oct 16, 2014, 1:53 pm

    Kerajaan akan pulangkan cukai yang kamu bayar dalam bentuk BR1M 4.0. Ucap terima kasih pada kerajaan.

  • 10 Anonymous Oct 16, 2014, 2:05 pm

    Itulah bukti kebodohan pemimpin. Yang turun
    ron 97. Ron 95 patut turun sama.

  • 11 Hai lisa? Oct 16, 2014, 2:13 pm

    Hai Lisa………..

  • 12 kok gini Oct 16, 2014, 2:29 pm

    kan najib dah turunkan subsidi minyak.. kira turun jgk tu..

  • 13 Amran Fans Oct 16, 2014, 2:36 pm

    Meran rasa, satu je yang meran suka kalau dia naik…

  • 14 comel Oct 16, 2014, 2:39 pm

    Lagi satu.aku baru makan tengah hari tadi kedai biasa.ambil nasi lauk daging sikit dgn tauhu sekali milo ais.rm10.50 lps ni aku nk puasa.makan mlm je.

  • 15 comel Oct 16, 2014, 2:47 pm

    Amran fans, satu je yg meran suka klu dia naik apa?brlm ke?

  • 16 mma Oct 16, 2014, 2:59 pm

    ini salah satu strategi ala yahudi ………….

  • 17 no 4 Oct 16, 2014, 3:12 pm

    hilang stress aku baca komen no 2 dgn no 3
    lps baca aku stress balik

  • 18 pop Oct 16, 2014, 3:15 pm

    Tak boleh nak buat apa dah. Kerajaan dan 47% rakyat sama-sama jahananmkan negara.

    Tunggulah Tahun 2020….
    Masa itu keluarlah dalam akhbar dan berita,

    “Malaysia Masih Aman” walaupun kos hidup tinggi.

    nak cover sebab tak mampu capai status negara maju. Puii lahanat.

  • 19 aku manusia biasa Oct 16, 2014, 3:25 pm

    Inginkan negara maju tp gaji masih di takuk lama.. rakyat da x de keistimewaan lg.semua rakyat kene bayar.

  • 20 ANANDA Oct 16, 2014, 3:47 pm

    Hhahaha.. stuju.. Masih lagi nak suh menteri bodho ni memantau.. menteri sudah lama mati la bro.. ko jumpa menteri ni mana2 kau sepak laju2

  • 21 temulawak Oct 16, 2014, 4:03 pm

    mkn kt kantin jabatan kerajaan..mkn pagi mee goreng cedok (kosong je…) rm2.50 spinggan…WTF..!!!??tu belum GST lg…parah.. parah…parah poket gua..mn pemantauan nye..??

  • 22 SambalBelacan Oct 16, 2014, 4:24 pm

    Peduli hapa menteri2 ni nak menyibuk susahkan diri!…lebih baik diorang ni goyang2 kaki kat rumah macam istana tu…

  • 23 Anonymous Oct 16, 2014, 4:41 pm

    terima kasih kerana brim
    tetapi wang selebihnya menteri akan gunakan beli jam tangan jenama, lamboghini untuk anak, bina rumah besar, joli merata sedangkan rakyat harus menderita

  • 24 Ali Oct 16, 2014, 5:01 pm

    Good news! More 100% please.

  • 25 Anonymous Oct 16, 2014, 5:19 pm

    ko pulau je peniaga yg cekik darah,, takat sarapan pagi baik bawa bekal roti sandwich buat sendiri 2 set n air,, kena ajar ckit jenis peniaga gampang lagi ke pa rat cekik darah,, kasi dia punye bisnes mati.. dah kalo mee bodoh 2 hengget setengah,, ada plak lg nasi campur ngan daging n tauhu sampai 10 hengget,, . sepsis lintah gampang segelintir peniaga kt Malaysia nih.. tuihh..

  • 26 jacki Oct 16, 2014, 9:30 pm

    salam,
    harga barangan memang dah lama naik dari dulu lagi, cuma rakyat sj tak tahu sebab ada peniaga tak berani naik harga tetapi keuntungan mrk turun sedikit demi sedikit. namun 2 tahun kebelakangan ini kenaikkan harga barangan secara mendadak telah belaku, dgn sebab itu rakyat tak bisa menerima kenyataan harga naik bukan bermaksud rakyat tak menerima kenaikkan tetapi sebab kenaikkan yg mendadak menyebabkan rakyat bising dan hampa.

  • 27 jacki Oct 16, 2014, 9:40 pm

    salam,
    rakyat tak salah kerana rakyat tak faham apa itu ekonomi …… pendapatan rakyat dah lama naik cuma kenaikkannya terlalu lambat malah tak seimbang diantara pa dan ps.
    kenaikkan harga barang memang sudah lama naik cuma rakyat tak perasan disebabkan peniaga tak berani naikkan harga malah bersaing diantara peniaga maka sebab itulah rakyat rasa harga tak naik selama ini tetapi naik mendadak kebelakang ini. maka rakyat tak bisa menerima kerana dulu harga barangan tak naik mendatar sj namun rakyat tak tahu peniaga untung kurang makin kurang sehinggakan mrk tak mampu nak teruskan peniagaan disebabkan cost semakin tinggi dan perbelanjaan juga tinggi.

  • 28 jacki Oct 16, 2014, 9:50 pm

    maka sebab itulah harga barangan naik mendadak kalau tidak ramai peniaga kena golong tikar , maka disebabkan kenaik minyak dan bahan malah kesusutan nilai wang rm ,cost semakin tinggi menyebabkan peniaga terpaksa naik malah ada yg mengurangkan perkerja bagi meneruskan peniaga. bermula 2015 sy pasti byk peniaga akan tutup kedai sebab tak mampu bersaing diantara peniaga yg lebih mampu bertahan dalam kegawatan ekonomi malaysia masa kini, malah perubahan yg kerajaan laksanakan utk menuju negara maju makin memberi tekanan pada semua pihak walaupun mahu tak mahu kita terpaksa menempuhi keadaan ini.

  • 29 jacki Oct 16, 2014, 9:58 pm

    ya! memang ada peniaga yg mengambil kesempatan dari kenaikkan hrga minyak dan gula. majoriti ini peniagaan restoran makanan dan kuih muih dan sebagainya, yg selalu sesukahati menaikkan harga mrk dgn alasan harga gula dan minyak naik tetapi mrk fikir kita bodoh sgt sehingga tak tahu ke kita , segelass air berapa sudu gula dan berapa liter kegunaan minyak utk buat air dan makanan!!! sehingga boleh mrk naik 20sen setiap kali??? maka kalau dah tahu semua ini jangan makan di kedai kopi lagi lebih jimat kita makan dirumah malah kalau boleh bawalah bekal.

  • 30 matlan Oct 16, 2014, 10:44 pm

    Dpt BRIM ngn Bonus jgn beli IPhone 6…nnt mslan marah…sbb harga mahal…

  • 31 abu Oct 16, 2014, 11:12 pm

    ahhhhh!!! biasalah naik harga saban tahun sedikit demi sedikit. Jangan bising-bising sangatlah kat laman nii!!!

  • 32 saje je Oct 17, 2014, 12:22 am

    x yah nak bising2,terima ajelah apa yang KERAjaan BN lakukan.lain kali sume rakyat malaysia undi lah DACING maka rakyat malaysia pasti kaya xpun kayap.hehe..

  • 33 songlap Oct 17, 2014, 5:35 am

    kita wajjib mnentang inflasi, akhirnya pniaga juga yg buat untung besar, rkyat miskin jd mderita

  • 34 sitisiti Oct 17, 2014, 5:40 am

    walaupun harga brg2 naik tapi zaman skrg kita ada bnyak pilihan…krana produk yg plbagai jenis

  • 35 siti Oct 17, 2014, 5:49 am

    klau GST dilaksanakan tentu. harga brg2 akn naik…?

  • 36 kak jat Oct 17, 2014, 5:53 am

    skrg pun harga brg2. dah. naik… tapi gaji & bonus x naik2 pun !!!

  • 37 kak pidah Oct 17, 2014, 5:56 am

    nasib korang lah… masa muda korg x nak kumpul harta banyak2

  • 38 kak jat Oct 17, 2014, 6:07 am

    ala harta bnyak pun nk buat apa….. nti bila ko mpus anak2 yg brebut. & tlong habiiskan

  • 39 buduh Oct 17, 2014, 6:19 am

    nti bila korg mmpus…… pakaian korg adalah kain kapan. kereta mrcedez korg adalah van mayat, bilik tdo korg adalah keranda & rumah korg adalah kubur… moga korg dpat sgala balasan jahat & pganiayaan yg korg buat kt dunia

  • 40 wani. Oct 17, 2014, 6:22 am

    wani nk kubur sbelah kubur abg

  • 41 Anonymous Oct 17, 2014, 6:31 am

    kat dunia bleh la ko tipu & aniaya org…. bila nk mmpus baru ko sdar & insaf…. masa tu ko dh x laku kulit muka pun dh bkedut mcm. kulit uncang telur…. puiii

  • 42 buduh Oct 17, 2014, 6:40 am

    kat dunia ni ko tipu sana tipu sini….. mentekedaqah duit org serupa hak mak bapak ko punya, ckap. brbelit2 … ko ingat org suke ko mcm tu…..

  • 43 oh i see Oct 17, 2014, 6:44 am

    marah….. nmpak..!!!!!!

  • 44 NA-sihat Oct 17, 2014, 6:49 am

    puiiii….

  • 45 asma Oct 17, 2014, 7:02 am

    jaga2 doa org yg dizalimi Allah akn makbul….

  • 46 ayat cantik nak menang politik Oct 17, 2014, 8:00 am

    we do not forgive,
    we do not forget,
    we are legion,
    free speech.. 5th nov 2014 #capitalism

    makan duit rakyat sebelum bersara..ada pula kelam kabut nak buat ssm..pastu berkempen mesti ada suara..”saya umumkan bla3″ dengan penuh sukacitanya..siap2 dengan ayat bidas jawab dan soal balik
    ..apa2 kerajaan buat kami tidak buta…jangan kata nama seorang membentuk malaysia..terang2 rakyat hina pun ada sumbangannya..hormatlah kami seperti kamu menjaga anak bini kamu disana..gaji puluh ribu sebulan tapi masih fikir bayar hutang yang diambilnya..siapakah yang sangat bijak dikalangan kamu memerlukan hutang2 itu…ooo br1m pun sebenarnya bukan keperluan..jika kamu yang bijak pandai berucap mengulas menyokong buta dengan kelulusan tak berguna itu …tidak memadai buat kami..sangat mudah jawapannya jika tanpa media kamu bertanya apa rakyat miskin mahu dan apa jawapan mereka..tanya budak2 yang pintar dekat kampung lagi tepat jawapannya daripada tukang kipas koperasi,bank2, dan syarikat serta anak beranak dato,pakcik,yang terlebih hormat..ingat satu sen itu dalam poket kamu adalah “DUIT RAKYAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

  • 47 Anonymous Oct 17, 2014, 8:23 am

    Lepas ni najib dgn bn pula turun.

  • 48 spounge bob Oct 17, 2014, 4:58 pm

    harga brg naik, gaji & bonus x naik2

  • 49 April 2015 Oct 17, 2014, 5:04 pm

    satu sejarah…. GST 6% akan dipraktikkan di seluruh Malaysia

  • 50 Anonymous Oct 17, 2014, 8:02 pm

    kera jaan beee end memang x guna. boros,tiris,rasuah, salah guna kuasa berleluasa.maksiatt tak ingat mati.. pandai buat hutang keliling pinggang. x ada duit nak jolly belasah duit rakyat. naik minyak buat gst.. cam taikk

  • 51 Anonymous Oct 17, 2014, 8:52 pm

    celakalah bg pemimpin yg tak amanah..

  • 52 Bahanbakar Oct 17, 2014, 8:57 pm

    Isteri suka barang naik..

  • 53 Boriang Oct 17, 2014, 10:48 pm

    Aku pi pasar malam beli makan sedar2 habis dekat rm20? Biar betoi???

  • 54 Abu Oct 17, 2014, 11:05 pm

    Pasar malam tempat org2 kaya…aku x mampu nk pegi..hahaha..

  • 55 abu Oct 17, 2014, 11:07 pm

    baik x payah makan..minum jer hari2

  • 56 aghastor Oct 18, 2014, 12:45 am

    BN & PKR a.k.a DAP sama je menjahanam dui rakyat…patutnya DS Khalid jadi PM baru dapat bonus 2 bulan…

  • 57 Anonymous Oct 18, 2014, 7:57 am

    pemimpin laknat suka menyusahkan manusia yang lain. bagus ko oegi mati lagi baik.

  • 58 sharipdol Oct 19, 2014, 10:36 am

    betul…3x hihihiii

  • 59 Anonymous Oct 19, 2014, 4:22 pm

    Harga barang naik..gaji yg x naik2..ahaha klakar btul la..saje je nak try apply keje kat kedai 1 malaysia tu..kedai BN tuu
    ..basic gaji dia bagi rm900 jer..ahaha

  • 60 Anonymous Oct 20, 2014, 11:07 am

    Najib nampak poket rakyat saja.

  • 61 Anonymous Oct 20, 2014, 11:09 am

    Nak kubur conner lot

  • 62 SambalBelacan Oct 22, 2014, 3:48 pm

    Sebenarnya dengan kini harga barang2 yang naik melampau2…maka kelihatanlah nilai mata wang Malaysia seperti tidak laku…bayangkanlah kalau satu barangan kecil(makanan) sudah berharga rm3.00/rm4.00 keatas…maka kelihatanlah wang Malaysia seperti daun kering yang tiada nilai…

  • 63 hammer Nov 2, 2014, 9:09 am

    Orang sekarang memang suka kenatipu ,Kala talk kena tipu Baru rasa puas hat I.

  • 64 arilca Nov 2, 2014, 8:11 pm

    Kesian….. meh sini kite blnja..

  • 65 Mohd Shahril Nov 2, 2014, 8:13 pm

    Kesian meh sini kite belanja..

  • 66 ala-ala kesian.. Nov 2, 2014, 8:18 pm

    Nak turun kr… boleh xde hal..
    pakai tanggalah klau nk trun hihi

  • 67 arilca Nov 2, 2014, 8:21 pm

    Waduh…lisa…jgn mcm gini..
    kita harus brsabar yr..

  • 68 ala-ala kesian.. Nov 2, 2014, 8:23 pm

    Mstilah… naik.. xkan turun.. mne boleh turun.. klau offer ke diskaun bolehlah ujung tahun.. jgn mimpi jika harga brg turun

  • 69 arilca Nov 2, 2014, 8:24 pm

    Kubur nk ke ada bnyk kosong ni
    nk tempah ckp ye hihihi

  • 70 ala-ala kesian.. Nov 2, 2014, 8:27 pm

    Ye doa2 juga ye… kita kene usaha
    klau x usaha smpai bile nk maju
    betul x ustaz ?
    ha betul kata ustaz…

  • 71 arilca Nov 2, 2014, 8:29 pm

    Sudah2lah tu…mannneeer ada stiap tahun trun harga barang.. klau ada pun dlm mimpi.. jgn mrh ye…

  • 72 ala-ala kesian.. Nov 2, 2014, 8:36 pm

    Ape boleh buat klau dah naik harga barang.. kene usaha lebihlah..keja keras sket.
    jgn mrh sabar jd org yg brsabar
    rilex cool down. Mrh x dpt ape pun.
    kene malu lg ada.. sudah2lah tu…
    xbaik ckp mcm tu. Mnghina mncaci owg len. Kita kn ada adap. Mne prgi adap kita. Kata 1 malysia. Ha jgn gadulah.
    Brsabarlah jd org ye..
    #cool down sket

  • 73 arilca Nov 2, 2014, 8:42 pm

    Amboi !! Sdap mulut santan binasa
    krana mulut baunya agk busuk skali.. ewah2… mntang2 mulut dah bau wangi. Ada je nk kne kn org.
    x baik tw. Hrta x bwa mati syg.
    amalan budi kita mau kn ..
    jgn mrh..

  • 74 SambalBelacan Nov 2, 2014, 9:07 pm

    Kenaikan harga2 barangan ni semuanya akan kena batang hidung sendiri…semua warga kena tanggung sendiri atas nama kenaikan minyak…dan ini menyebabkan harga2 barangan keperluan turut semakin naik…wake up bro!…

  • 75 KEDU Nov 14, 2014, 4:34 pm

    bukan semua orang dapat BRIM

  • 76 Hoo Se Mak Nov 20, 2014, 8:43 am

    semak aku pikirkan semua nih….

  • 77 Cik Sua Mai Nov 20, 2014, 8:47 am

    I x kisah….. naik ke x naik janji…. masuk

  • 78 siri us Nov 20, 2014, 8:53 am

    pigi dahhh…. baik konon, harga brg nk naik dan terus naik ko nak sabar nak cool down lgi…. ko x pe la kaya kot

  • 79 kak tun Nov 20, 2014, 8:57 am

    ntahhh minah seko ni…. mcm x paham2 , aku ni nk t.up kad prepaid pun x berduit ko tahu tak??

  • 80 kak tun Nov 20, 2014, 9:03 am

    ntahhh minah seko ni…. mcm x paham2 , aku ni nk t.up kad prepaid pun x berduit ko tahu tak??

  • 81 parman paijo Nov 20, 2014, 9:07 am

    koncing manis kok???

  • 82 lisa Nov 20, 2014, 9:11 am

    takuk..

  • 83 bakar Nov 20, 2014, 9:14 am

    ko sokong sape abu ???

  • 84 Hoo Se Mak Nov 20, 2014, 9:18 am

    Bila GST lancar nti harga barang pasti x naik sebab …dia naik sekarang…. he2

  • 85 lisa Nov 20, 2014, 9:22 am

    ko mati lagi baik banggggggg……….

  • 86 wanie Nov 20, 2014, 9:27 am

    biaselah abg, namanya pun rakyat miskin… harga brg x naik pun dia memang dah mnderita

  • 87 siti Nov 20, 2014, 9:32 am

    siti belum kje bangg….

  • 88 ala ala kesian Nov 20, 2014, 9:35 am

    siti nk kje ke…??

  • 89 siti Nov 20, 2014, 9:47 am

    ade ko… keje apa bannggg?

  • 90 ala ala kesian Nov 20, 2014, 9:49 am

    keje cuci cuci… nak?
    cuci mate….

  • 91 pak mail Nov 20, 2014, 10:46 am

    kak tun ibu tunggal kae… ??

  • 92 Marhaen Kedana Nov 23, 2014, 6:08 am

    Hapuskan RASUAH di kalangan Penjawat Awam (Kaki Tangan Kerajaan. Malaysia)

  • 93 Anonymous Nov 25, 2014, 9:22 pm

    Bukan sebab gula dengan air..harga sewa. Gas. Gaji pekerja.gst.gula.air letrik.kerusi meja di kedai smua naik..cukai tu.
    Cukai ni smua naik..kalau harga tak naik baik tutup kedai. Ini semua salah siapa?

  • 94 Yeop5545 Zainal Jan 7, 2015, 1:46 pm

    Mana negara yg dalam dunia ini yg harga barangannya turun setiap tahun

  • 95 MZO Jan 11, 2015, 4:06 pm

    barang naik harga bukan sebab kerajaan. Tetapi sebab peniaga tamak. Kalau barang kawalan naik harga buatlah aduan kepada KPDNKK. jangan asyik maki hamun dalam media massa saja. Tu lah orang suruh menceburkan diri dalam perniagaan tak mahu. Akhirnya bila orang lain dah jadi taukeh besar dan naikkan harga sesuka hati nak marahkan orang pula. Yang orang dalam kerajaan yg ada kuasa pun sama. Bukan mahu beri pendedahan bagaimana kita boleh bersatu menjalankan perniagaan supaya tak dipelopori olah satu kaum saja. Salahkah diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain.

  • 96 nak tau ni Jan 11, 2015, 5:13 pm

    kau peniaga ke makan gaji?

  • 97 nak tau ni Jan 11, 2015, 5:14 pm

    ada ke mana-mana negara yang menunjukkan penurunan harga barang?

  • 98 veg Apr 22, 2015, 9:09 am

    Bila harga minyak naik harga barangpun naik tapi bila harga minyak turun harga barang rak turunpun.

Tinggal Komen Bernas Bagi Topik Ini