≡ Menu

Keluar Duit Umur 60 Tahun : Sekarang Sudah Boleh Dengan i Citra Kwsp


Had Keluar Duit KWSP Umur 60 Tahun : EPF Risau Cara Belanja Duit Wang Persaraan Pencarum atau Sayang Lepaskan Duit Orang Ramai?

Tampak, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP beringin benar untuk menyimpan terus duit simpanan persaraan anda daripada sepatutnya boleh dibuat pengeluaran KWSP pada umur 55 tahun tetapi mahu dianjakkan kepada tempoh 5 tahun lagi iaitu hanya boleh keluar KWSP umur 60.

Sekarang anda boleh buat pengeluaran kwsp akaun 1 dan akaun 2 melalui permohonan i citra kwsp seperti yang diumumkan oleh Perdana menteri Malaysia di bawah pelan pakej pemulih 2021

had keluar kwsp

Semua cadangan ini mahu “dihalalkan” oleh KWSP dengan cara mencampakkan beberapa alasan kepada pencarum KWSP seperti di bawah ini, KLIK SINI :

Had Keluar Duit KWSP : Alasan EPF?

  • Ramai pencarum KWSP tidak pandai uruskan kewangan sendiri
  • KWSP mengatakan ramai pencarum KWSP cepat benar menghabiskan simpanan mereka di hari tua dalam tempoh 5 tahun

Mengapa KWSP mengambil berat benar dengan kalangan pencarum KWSP tentang corak perbelanjaan mereka?

Duit pencarum, hak pencarum. Berapa tahun mahu dihabiskan itu hak pencarum. Cuma, mungkin boleh diberikan pendidikan dan maklumat bagaimana mahu menguruskan wang pensaraan dengan kaedah yang lebih baik dan selamat. Bukannya menyelesaikannya dengan mengelaurkan cadangan keluar KWSP umur 60 tahun.

Sudahlah bagi dividen KWSP yang rendah saban tahun. Sekurang-kurangnya dengan pengeluaran KWSP oleh pencarum boleh digunakan duit tersebut digunakan dalam urusan:

  • simpanan ASB ataupun Tabung Haji
  • beli tanah
  • menunaikan umrah dan haji
  • modal berniaga

Bagi Berita Semasa lebih baik pencarum KWSP bangkit lebih awal sekarang bagi menolak cadangan pengeluaran dan keluar KWSP umur 60 tahun daripada mengelupur di kemudian hari. Lebih baik bantah ketika baru diperingkat pertimbangan daripada bantah pada ketika ia sudah mula dilaksanakan.

Apabila KWSP umur ia sedang dipertimbangkan, maknanya niat dan hasrat serta motif itu sudah ada.

“Bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna”

Walaupun baru dipertimbangkan, pencarum ada hak untuk protes disebabkan itu duit mereka. Corak drama KWSP sudah boleh dibaca. Ini kerana :

  • Cadangan keluar KWSP umur 60 tahun ini sudah terbit 2 tahun lamanya
  • Kerajaan mahu buat undang-undang supaya pencarum cuma boleh keluar duit lepas umur 60 tahun
  • Sebelum laksana, perlu “dimainkan orkestra” bahawa pencarum tidak pandai uruskan duit…70% telah habiskan duit persaraan dan hari tua dalam tempoh hanya 5 tahun…bla….bla…..bla
  • Kemudian, menteri akan tampil berkokok benda yang sama dan akhirnya akan buat akta pengeluaran umur KWSP umur 60 tahun

P/S : Sudah nama duit KWSP, “simpanan hari tua”. Tetapi jikalau sudah terlalu lama, hanya sesuai untuk tempah batu nesan pula nanti. Jangan cuba sesekali mengawal duit titik peluh rakyat Malaysia termasuk pekerja swasta di malaysia.

PP/S : Kepada CEO KWSP (shahril ridza ridzuan), dengan kapasiti pendidikan tinggi di Oxford dan Cambridge dan pengalaman bekerja anda selama ini, ini sahaja cadangan yang boleh anda tampilkan kepada pencarum? Salahkah jikalau pencarum diberikan pilihan untuk pengeluaran duit caruman untuk disimpan di EPF?