≡ Menu

Kakitangan Awam Curi Tulang, Layari Facebook dan Twitter Adalah Rasuah. Amaran SPRM!!

Kakitangan Awam Curi Tulang, Layari Facebook dan Twitter Adalah Rasuah. Amaran SPRM!!

kakitangan awamGambar di sebelah ini adalah kakitangan TM (swasta) sebagai contoh sahaja. Kebanyakan pejabat kerajaan sudah mula “block” Facebook (FB). Kalau disemak semula maksud dan definisi rasuah dalam kerangka yang lebih luas, rasuah (bahasa Latin: corruptio daripada kata kerja corrumpere = busuk, rosak, menggoyahkan, memutar balik, menyogok). Menurut Transparency International pula ialah perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka.

Dari sudut undang-undang, perbuatan rasuah mencakupi:

  • melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan.
  • penyalahgunaan harta negara.
  • merugikan negara
  • memperkaya diri sendiri dan kerabat.

Walaubagaimanapun, apa yang ingin kami tekankan dalam laporan Berita Semasa hari ini, di mana kami tertarik dengan kenyataan terbaru SPRM yang tampil turun padang menegur segelintir kakitangan awam yang gemar “curi tulang” dengan melayari media sosial seperti Twitter mahupun Facebook ataupun melakukan hal-hal peribadi termasuklah berniaga dan lain-lain lagi.

Kakitangan Awam Curi Tulang VS SPRM?

MALACCA: Civil servants and staff of government-linked companies (GLCs) surfing social media or engaging in personal matters during working hours may be categorised as having committed corruption, said the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

“For instance, if a person spends three hours during his or her stipulated working hours for personal tasks, it can be deemed a form of corruption as the Government trusts and pays its employees to fully utilise the working period to complete tasks relating to the respective jobscope,” said MACC deputy chief commissioner Datuk Sutinah Sutan.

Sutinah said the act of engaging in other personal tasks during work hours could be considered as contravening the employment contract and culprits could face disciplinary action if initiated by respective disciplinary boards.

Sumber : The Star Online

Adakah ini sikap kakitangan kerajaan sebegini teruk seperti yang digambarkan dalam gambar di bawah ini?

Berita Semasa tidak rasakan begitu teruk sekali. Segelintir mungkin ya….Kelompok inilah yang akhirnya merosakkan susu sebelanga iaitu majoriti kakitangan awam di Malaysia yang berjumlah 1.4 juta.

Benar atau tidak teguran Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Sutinah Sutan ini? Betullah. Kami setuju. Lagipun bukan sekadar melayari Facebook sahaja atau apa sahaj yang berkaitan dengan Internet, tetapi ruanglingkup sebenarnya lebih luas lagi apabila melibatkan diri  dengan melakukan urusan peribadi buat urusan di  waktu pejabat..

  1. ambil kanak-kanak sekolah berjam-jam lamanya
  2. berniaga
  3. bergayut di telefon
  4. lain-lain lagi?

Walaubagaimanapun, pada kami melihatkan masih lagi ramai “jerung-jerung besar dan buas” yang masih bebas berkeliaran di Malaysia, saranan kami ada baiknya SPRM fokuskan kepada isu dan masalah yang lebih besar. Bukan tidak penting isu dan masalah penjawat awam melatari FB dan curi tulang ini, tetapi biarlah masalah ini diselesaikan oleh orang lain. Banyak kes pending melibatkan _______, ______ dan _______. SPRM haruslah mengutamakan isu & kes jenayah besar & selesaikan yang ini terlebih dahulu.

Kalau tidak masakan syarikat yang tidak aktif yang menerima imbuhan ratus juta masih lagi bebas berkeliaran dan belum diusik oleh SPRM lagi. Ehem….Salah tetap salah. Tetapi diharapkan selesaikan dahulu isu-isu yang lebih besar, kemudian sudah selesai semuanya barulah menjenguk isu-isu seperti ini.

Lagipun apa gunanya, ada KPI untuk memantau prestasi penjawat awam di setiap agensi? Bagi sebuah organisasi yang penting adalah “result”. Melainkan Facebook telah merendahkan produktiviti, atau KPI tidak tercapai. Tetapi semua sedia maklum kebanyakan tempat kerja sudah kena block untuk melayari Facebook contohnya.

P/S : Adakah ini bermakna orang awam atau rakan sekerja boleh buat aduan jika mana-mana kakitangan awam didapati melayari Facebook di waktu pejabat atas alasan RASUAH? Kakitangan awam berapa ramai? Mampu untuk mengawal setiap yang dikemukakan? Apa kata anda pula?