PLUS Kutip RM4.1 Bilion, Untung Bersih RM2.5 Bilion 61 Peratus. KESAS? 121 Peratus!! Syarikat Untung Besar, Rakyat? Wajar Kenaikan Kadar Tol?
Kelihatan sekarang kenaikan kadar tol tidak boleh dielakkan lagi melihatkan signal dan respon positif yang diberikan oleh Perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak bagi menghalalkan kenaikan kadar tol Malaysia selepas ini. Walaubagaimanapun….

Cakap-cakap yang mengatakan kenaikan kadar tol lebuhraya dibuat atas nama perjanjian yang membolehkan kenaikan tol di Malaysia dilakukan semakan 3 tahun sekali bagi Berita Semasa adalah satu yang mengelirukan.
Hakikatnya, hari ini projek pembukaan lebuhraya baru di Malaysia boleh diibaratkan sebagai satu lagi model “skim cepat kaya versi taikun-taikun terkaya di Malaysia”.
Inilah dia lubuk pemegang konsesi tol buat duit banyak ke atas pengguna kenderaan yang tiada pilihan alternatif yang terbaik termasuk pengangkutan awam.
Kenaikan Tol Lebuhraya : Wajar Atau Tidak?
Bagi pendapat Berita Semasa kenaikan kadar tol lebihraya adalah tidak wajar dan tidak masuk akal. Mengapa?
- Majoriti daripada pemegang konsesi lebuhraya di Malaysia telah dikuasai oleh kerajaan (anak-anak Syarikat milik kerajaan). Malah syarikat konsesi lebuhraya ini juga mendapat bantuan dan subsidi daripada kerajaan untuk tujuan operasi. Oleh itu, kerajaan mempunyai kuasa dan pengaruh untuk merundingkan semula terma-terma perjanjian untuk tidak menaikkan tol. Hakikatnya, apa pilihan kerajaan sekarang?
- Rekod kewangan syarikat konsesi tol Malaysia selama ini menikmati keuntungan berlipat kali ganda.
- Setiap kali berlaku kenaikan tol di Malaysia, syarikat konsesi akan dilimpahi lonjakan pendapatan, sedangkan rakyat Malaysia terus “terkorban”
Cuma Berita Semasa agak terkejut dengan respon daripada seorang Menteri Ekonomi yang tidak perlu bertanding (Senator) iaitu Wahid Omar? Please do not comment like this wahai menteri.
Tetapi, melihatkan Wahid Omar pernah menikmati pendapatan bernilai RM jutaan ringgit setiap bulan sepanjang menjadi CEO Maybank sebelum ini, tiada yang mustahil untuk keluar kenyataan sebegitu rupa.
Walaubagaimanapun nasihat Berita Semasa, sekali anda sudah bergelar salah seorang daripada Menteri Kabinet di Malaysia, anda mesti memperjuangkan dan bertanggungjawab ke atas kebajikan rakyat. Komen-komen kalau tidak suka, ________________ kalau tak suka ______________________________ seperti ini yang telah memisahkan barisan Menteri & kerajaan dengan realiti kehiduapan rakyat marhaen hari ini.
Kenaikan Kadar Tol Malaysia VS Keputusan Kewangan Konsesi Tol di Malaysia
Berdasarkan laporan kewangan tahunan PLUS menunjukkan :
1) PLUS
- Dimiliki Khazanah dan KWSP
- Menguruskan 6 lebuhraya di Malaysia iaitu Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya NKVE, Lebuhraya Elite, Lebuhraya Linkedua, Lebuhraya Butterworth Kulim dan Jambatan Pulau Pinang
- Dilalui oleh 417 Juta kenderaan setahun (Tiap-tiap tahun berlaku peningkatan sekurang-kurangnya 8 peratus). Bertambah kenderaan untung kepada PLUS atau tidak? Kami pulangkan jawapan ini kepada anda…
- Jumlah Setahun Kutipan Tol : RM4.1 Bilion Setahun
- Kos Penyelengaraan 6 Lebuhraya : Hanya RM241 Juta Setahun (6 peratus sahaja daripada nilai kutipan tol)
- Kos Gaji, Pentadbiran, Pengiklanan dan Lain-lain Lagi : RM397 Juta Setahun
- Kos Bersih Pembiayaan Kewangan : RM507 Juta (Dan nilai ini akan menurun setiap tahun)
- Anggaran Keuntungan Tunai : RM2.955 Bilion
- Anggaran Keuntungan Tunai Bersih : RM2.5 Bilion (Sebelum Cukai)
- Margin Keuntungan Bersih Sebelum Cukai : 61 peratus
Jika anda semua semak keuntungan bersih sebelum cukai yang dimiliki PLUS, agak mengejutkan di mana margin keuntungan bersih PLUS setinggi 61 peratus. Mana ada perniagaan di Malaysia yang mana margin keuntungan bersihnya sejumlah 61 peratus.
Nah….PLUS telah membuktikannya di atas pengorbanan rakyat Malaysia selama ini. Tahniah!!
Jadi Berita Semasa pulangkan kepada anda, berfikir samada logik atau tidak sebarang kenaikan kadar tol Malaysia selepas ini
2) KESAS
Berita Semasa merujuk kepada laporan terkini Maybank Investment Bank Research (6 November 2013) yang menganalisasi prestasi kewangan KESAS
- Dimiliki GAMUDA
- Berjaya mencatat keuntungan berganda sehingga 121%
- Maksudnya di sini berdasarkan konsep Compound Annual Growth Rate (CAGR) antara tahun 2008 sehingga 2012, setiap tahun keuntungan yang diperolehi KESAS mencatatkan keuntungan 121%
- KESAS mencatatkan peningkatan kehadiran kenderaan 5% setiap tahun (490,000 ribu setiap minggu)
Bertambah kenderaan untung kepada pemegang konsesi atau tidak? Berita Semasa pulangkan jawapan ini kepada anda…
3) LITRAK
Berdasarkan laporan kewangan terkini bagi tahun 2013
- Dimiliki Gamuda
- Menguruskan lebuhraya SPRINT dan LDP
- LDP mencatatkan peningkatan kehadiran kenderaan 3.3 peratus setiap tahun (490,000 ribu setiap minggu)
- SPRINT mencatatkan peningkatan kehadiran kenderaan 4.4 peratus setiap tahun
- Perolehan kutipan tol : RM369 Juta
- Jumlah Kos Penyelenggaraan Lebuhraya : RM21 Juta (6 peratus)
- Kos Gaji, Pentadbiran dan lain-lain : RM29 Juta
- Kos Bersih Pembiayaan Kewangan : RM79 Juta
- Keuntungan Secara Tunai Tanpa Caj Susut Nilai dan lain-lain : RM240 Juta
- Keuntungan Bersih Sebelum Cukai : RM180 Juta
- Margin Keuntungan Bersih Sebelum Cukai : 49 peratus
Semacam sudah menjadi standard dalam industri skim cepat kaya seperti konsesi tol ini, hanya 6 peratus pergi untuk kos penyelenggaraan lebuhraya
4) PROLINTAS
- Prolintas – Hakmilik Penuh PNB
- Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Guthrie Corridor Expressway, Lebuhraya Kemuning Shah Alam dan bakal membina Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang dan Lebuhraya Damansara – Shah Alam
Mari kita lihat pula angka yang lebih besar, Maju Expressway
- Pada kadar 78,962 kenderaan sehari, bersamaan 8 peratus yang mana melebihi daripada apa yang termaktub dalam perjanjian konsesi selama ini
- Sejarah Maju Expressway modal permulaannya hanya RM60 juta sahaja
- Tetapi Lebuhraya Maju Expressway mendapat geran kewangan kerajaan berjumlah RM976.7 juta hingga membolehkan pemegang konsesinya membuat pinjaman kecil sahaja untuk menyiapkan lebuhraya tersebut. Untungnya……..
Kenaikan Kadar TOL Naik : Kerajaan VS Syarikat Konsesi VS Rakyat
Berdasarkan pemerhatian Berita Semasa walaupun tidak berlaku kenaikan Kadar tol lebuhraya Malaysia sekalipun, keuntungan konsesi tol tetap akan terus meningkat berdasarkan faktor jumlah kenderaan meningkat saban tahun.
Untung bertambah dikalangan pemegang konsesi, jumlah pengguna lebuhraya bertambah malangnya tahap kemudahan lebuhraya yang disediakan masih lagi ditahap yang kurang memuaskan dan tidak menjadi lebih baik kepada pengguna
Sebenarnya, Kerajaan ada kuasa dan pengaruh untuk sama-sama duduk berbincang dengan pemegang-pemegang konsesi sama ada melalui pemilikan saham pemegang konsesi ini atau bantuan kewangan yang telah pun diberikan kepada syarikat pemegang konsesi selama ini. Lagipun, kebanyakan konsesi tol ada klausa yang menyatakan kerajaan menjamin keuntungan, makna skim cepat kaya bisnes konsesi RISK FREE!!
Inilah waktu dan ketika kerajaan membuktikan slogan yang dilaungkan selama ini, Rakyat Didahulukan, pencapaian Diutamakan bagi memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat bukan hanya kata-kata pemanis mulut sahaja. Buktikan!!
P/S : Apa respon anda pula melihatkan kewajaran kenaikan kadar tol lebuhraya tidak lama lagi?
PP/S : 10 bulan yang lalu, Berita Semasa pernah memuatkan laporan berita penuh, yang mana harga minyak, tarif elektrik TNB dan juga kenaikan tol akan berlaku. Nah…hari ini ia sudah menjadi realiti.