Insurans Kereta Terbaik dan Murah: Jenis Harga Renew Insurance 2023

8 Senarai check Semak Insurans Kereta Terbaik dan murah di Malaysia selepas semak harga renew syarikat insurance di Malaysia 2023

semak syarikat insurans kereta terbaik murah di malaysia

Pada tahun 2010, rekod yang cukup tinggi dicatatkan di Malaysia bagi bilangan angka kemalangan jalan raya iaitu sebanyak 400,000 kes. Anda boleh bayangkan kerugian yang didapati sekiranya kereta tiada insurans.

BACA SINi: Rujuk sini Kepada yang mahu dapatkan info dan maklumat, bagaimana nak cara claim insuran kereta kemalangan

Paling penting untuk menilai insurans kereta terbaik adalah bukan hanya memberikan perlindungan kepada kereta, tetapi juga kepada pemandu, penumpang dan pihak lain yang terlibat dalam kemalangan.

Kerajaan Malaysia memandatorikan insurans kenderaan sebelum boleh membeli cukai jalan untuk kenderaan. Secara amnya, terdapat tiga kategori polisi insurance kereta malaysia iaitu polisi insurans kereta komprehensif, pihak ketiga dan pihak ketiga dengan perlindungan kebakaran dan kecurian.

Harga Insurans Kereta 2023

Harga insurance kereta malaysia adalah berbeza bergantung kepada syarikat insuran yang pelanggan langgan.

Bukan sahaja itu, banyak faktor menjejaskan harga insurans kereta, termasuk jenis dan model kereta pelanggan, harga pasaran kereta, umur kenderaan, langganan perlindungan tambahan, kapasiti enjin, dan jenis insurans kereta yang dipilih.

Semua faktor ini akan membezakan harga daripada harga insuran kereta murah sehingga yang mahal.

Berikut adalah anggaran Harga insurans kereta melibatkan model seperti semakan insuran kereta untuk toyota hilux, proton saga, bezza, honda city, honda hrv, mitsubishi xpander, toyota corolla cross, toyota vios, proton x70, proton x50, toyota yaris, mazda hatchback, perodua alza, perodua myvi insurance kereta murah seperti di bawah ini.

JENIS KENDERAANANGGARAN HARGA (RM)
Harga Insurance kereta HONDA HRVRM3000
Harga Insurance kereta PERODUA ALZARM600-RM1400
Check Harga Insurance kereta HONDA CITYRM2700
Harga Insuran kereta TOYOTA YARISRM2500
Harga insuran kereta PROTON X70RM2000-RM3000
Check Harga Insurance kereta PROTON X50RM2700-RM3200
Harga Insuran kereta HONDA CIVICRM1150-RM1340
Check Harga Insurance kereta MITSUBISHI XPANDERRM2600
Check Harga Insurance kereta PROTON SAGARM436.50-RM698.00 
Check Harga Insurance kereta TOYOTA COROLLA CROSSRM3000
Harga Insurance kereta TOYOTA VIOSRM800-RM1500
check harga insurance insurans kereta murah

3 Jenis Jenis Insuran Kereta di Malaysia 2023

Liabiliti diberikan oleh insurans perlindungan pihak ketiga kepada pihak ketiga bagi kecederaan, kerosakan atau kehilangan harta, dan kematian.

Tetapi liabiliti tidak diberikan bagi kerosakan kenderaan akibat kemalangan, perlindungan pemandu dan penumpang kenderaan sendiri dan kerosakan akibat kebakaran dan kecurian.

Sedangkan kerosakan atau kerugian akibat kebakaran dirangkumi dalam perlindungan pihak ketiga dengan perlindungan kebakaran dan kecurian.

Ketiga, perlindungan kepada kerosakan kenderaan akibat kemalangan dan kemalangan diberikan oleh insurans komprehensif, tetapi tidak memberikan liabiliti bagi keselamatan pemandu dan penumpang sendiri.

syarikat jenis insurance insuran terbaik di malaysia

Insurans yang paling asas adalah insurans pihak ketiga. Pihak ketiga dalam kejadian kemalangan iaitu pemandu, penumpang, dan kereta pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan sahaja dilindungi oleh pelan insurans ini.

  • BACA SINI >> Baca pengalaman sendiri boleh rurusan jual beli dengan mytukar review

Perlindungan yang diberikan merangkumi kos baik pulih kenderaan pihak ketiga dan sebarang kecederaan atau kematian orang-orang di dalam kenderaan terbabit.

Insurans komprehensif adalah yang paling tepat jika anda mencari insurans kereta terbaik.

Perlindungannya merangkumi liabiliti pihak ketiga, kebakaran atau kecurian yang tidak disengajakan, serta kerosakan yang dialami kereta anda dalam kes kemalangan jalan raya.

Insurans akan menanggung kerosakan, kecederaan dan kematian yang ditimbulkan oleh kenderaan anda dalam kemalangan.

Perlindungan lain juga boleh ditambah bergantung kepada spesifikasi yang diinginkan seperti perlindungan kerosakan akibat rusuhan, perangkat radio, dan perisai angin kereta.

Faktor Mempengaruhi Besarnya Premium

BACA SINI: Etiqa insurance

Beberapa faktor boleh mempengaruhi besarnya premium asas cover kereta terbaik seperti lokasi, kapasiti kubik sebuah kereta dan jumlah nilai insurans kereta bergantung pada nilai pasaran.

Sebelumnya Bank Negara Malaysia dan Persatuan Insurans Am Malaysia mengatur harga premium tetapi saat sudah terjadi liberalisasi tarif.

Sehinggalah harga premium insurans yang ditawarkan antara satu syarikat dengan yang lain berbeza.

Lokasi berbeza sama ada di Semenanjung ataupun di Sabah dan di Sarawak akan menjejaskan nilai asasnya.

Jumlah nilai insurans juga berbeza berdasarkan rujukan nilai kereta di pasaran.

Nilai pasaran kereta yang dikuragkan akan membuatkan syarikat insurans menurunkan jumlah yang diansuransikan. Pemilik akan menanggung kos tambahan yang dianggap sebagai insurans diri.

Selain itu, kapasiti kubik dan saiz enjin kereta juga mempengaruhi besarnya premium itu.

Apabila sebarang tuntutan insurance kereta daripada polisi tahun-tahun sebelumnya tidak diberikan kepada pemandu, mereka akan memperoleh akses kepada diskaun tanpa tuntutan.

semak renew insurance kereta malaysia

Bank Negara dan Persatuan Insurans Am Malaysia juga turut mengawal kadar diskaun sehingga 50 peratus.

Terdapat juga faktor caj tambahan atau dikenali sebagai loading. Caj tambahan ini akan meningkatkan premium yang diperlukan untuk insurans.

Risiko syarikat insurans dipengaruhi oleh umur kereta lebih daripada 10 tahun, umur pemandu kurang daripada 26 dan lebih daripada 69, kekerapan membuat tuntutan, pengalaman tuntutan, kenderaan sukan, kenderaan rekondisi dan kenderaan kecurian tinggi.

Supaya kereta dapat dilindungi dengan lebih baik anda boleh membeli perlindungan tambahan.

Insurans tambahan boleh berupa audio dan aksesori, insurans cermin hadapan, kit penukaran gas dan tangka serta peril khas.

Polisi insurans kereta hanya akan diterbitkan oleh syarikat insurans utama untuk kereta berumur kurang daripada 15 tahun dan nilai minimal RM10,000.

Di luar kedua faktor ini dianggap berisiko tinggi. Rundingan bersama agen insurans kerajaan seperti MyEG dan Pos Malaysia adalah cara terbaik untuk mendapatkan insurans yang sesuai.

Semak Insurans Kereta Terbaik di Malaysia

Perlindungan apabila berlaku kegawatan atau kemalangan yang berisiko menimbulkan kerugian pastinya ditawarkan insurans.

Terdapat banyak senarai syarikat insurans di malaysia yang menawarkan pelbagai produk perlindungan. Dan macam-macam jenis harga yang fleksibel yang ditawarkan oleh jenama insurans di malaysia ini.

Anda boleh cek dan semak harga insurans kereta malaysia termasuk perodua myvi, axia, aruz, bezza proton saga, iriz, x50, x70, honda city, toyota vios, yaris, nissan almera termasuk untuk 3rd party di bawah ini:

1. Check Insuran Kereta Allianz

Allianz Malaysia Insurance Group adalah sebahagian daripada Allianz Malaysia Berhad, iaitu cawangan syarikat Allianz Group daripada Jerman.

Liputan komprehensif dalam dunia syarikat insurans kenderaan diberikan oleh Allianz, iaitu salah satu syarikat yang berkembang pantas di negara ini.

Portal rasmi check insuran kereta by Allianz: https://www.allianz.com.my/car-motor-comprehensive-cover

2. Insurans Kereta Tokio Marine

Salah satu syarikat insurans terbesar di Malaysia yang beroperasi sejak tahun 1971 adalah Tokio Marine.

MUI Continental telah dibeli pada tahun 2012 oleh Tokio Marine yang sebahagian daripada Tokio Marine & Fire Insurans di Jepun.

Laman Web: https://www.tokiomarine.com/my/en/personal/protect/motor/motor-insurance.html

3. Insurans Kereta MSIG Murah

Gabungan Mitsui Marine & Fire Insurance Co. dan Sumitumo Marine & Fire Insurance Co. menjadikan MSIG ini.

Syarikat ini beroperasi lebih daripada 40 negara di dunia dan merupakan syarikat insurance kenderaan ketiga terbesar di Jepun.

SUMBER: https://www.msig.com.my/personal-insurance/products/motor/

4. Semak Insurance Kereta RHB Insurance

Inisiatif telah diambil RHB Insurance Berhad dengan menyediakan perlindungan menyeluruh bagi rakyat Malaysia.

Termasuklah insurans kereta terbaik yang sangat memuaskan pelanggan dan telah banyak anugerah.

SUMBER: https://www.rhbgroup.com/insurance/personal-insurance/motor/index.html

5. Insurans Kereta AXA

Axa Affin General Insurans dibentuk hasil gabungan AXA Group dengan Affin Holdings Bhd.

Kini, syarikat ini telah memberikan perkhidmatannya kepada lebih dari 300,000 pelanggan menerusi 3,000 ejen dan telah lama beroperasi iaitu selama 130 tahun.

SUMBER: https://www.axamotoronline.com/

6. Check Insurance Kereta UNI Asia

Pada tahun 2003 telah tertubuhnya UniAsia General Insurance ini.

Syarikat gabungan dari South East Insurance Berhad milik DRB-Hicom dan United Overseas bank Group menjadi salah satu syarikat insurans kereta terbesar di Malaysia dan terus berkembang sehingga ke hari ini.

SUMBER: https://www.hoi.my/liberty-insurance/

7. Check Insurance Kereta Lonpac

Lonpac Insurance Berhad adalah sebahagian dari LPI Capital Bhd yang ditubuhkan pada tahun 1994.

Polisi motor persendirian di Malaysia ditawarkan oleh Lonpac yang bekerjasama dengan Public Bank dan Kah Bintang.

SUMBER: https://www.lonpac.com/personal-insurance/motor

8. Syarikat Insurans Kereta Berjaya Sompo

Pada tahun 1999, Tokio Marine & Fire Insurance Bhd membeli Berjaya General Insurance Berhad.

Namanya bertukar kepada Berjaya Sompo Insurance Berhad setelah pembelian kepentingan ekuiti sebanyak 30% dari Sompo Japan Insurance Inc.

Kini Berjaya Sompo Insurance Berhad dalam jajaran syarikat insurans motor popular di Malaysia dengan berpengalaman lebih daripada 20 tahun.

Ada lagi yang lain termasuk insurans kereta etiqa maybank, kurnia car insurance, maa insurance kereta takaful malaysia

SUMBER: https://www.berjayasompo.com.my/product/sompo-motor

9. Semak Etiqa Insurance Kereta

Jom semak insurans kereta etiqa yang boleh ditawarkan kepada anda. Etiqa merupakan syarikat insurans yang popular di Malaysia. Syarikat Etiqa ini sering dianugerahkan sebagai syarikat insurans terbaik di Malaysia.

Perkhidmatan yang ditawarkan menjamin perlindungan kepada pelanggan dari semua sudut.

Perkhidmatannya yang efektif dalam menyediakan perlindungan kepada pemegang polisi adalah dengan mengurangkan risiko kewangan yang dihadapi oleh pemegang insurans.

semak renew insurans etiqa insurance kereta online

Semua proses tuntutan oleh etiqa insurance kereta & motor diuruskan oleh individu profesional, dan banyak diskaun diberikan kepada pelanggan apabila menandatangani polisi dengan syarikat insurans ini.

Etiqa insurance menawarkan perlindungan kereta dan motosikal kepada pelanggan di mana polisi insurans ini boleh dibeli atau dilanggan melalui portal rasmi Etiqa di laman web https://etiqa.com.my

Check Etiqa insurance menyediakan perlindungan kepada pemandu dan penumpang dalam kes kemalangan, kecurian, dan kerosakan kepada kereta / kenderaan dan motosikal mereka.

Bukan itu sahaja, ia juga melindungi pihak ketiga dalam kes kemalangan yang melibatkan pemegang polisi insurans.

NOTA : Di antara takaful ikhlas vs etiqa takaful, saya akan pilih etika insurance! FULLSTOP!!

Cara Renew Insurans Kereta Online Dengan Bijak Insurance

Insurans kereta kini boleh diperbaharui online untuk memudahkan semua pengguna untuk mempunyai insurans bagi tujuan melindungi diri mereka dan ahli keluarga lain. Ia lebih cepat dan mudah.

Pembaharuan ini boleh dilakukan melalui aplikasi Bjak. Berikut ialah cara untuk renew insurans kereta melalui aplikasi Bjak: 

bijak insurance insuran
  1. Check laman sesawang bijak insuran, https://bjak.my untuk renew insurance kereta seperti pada Rajah 1.0.
  2. Klik pada bahagian “Insurans Kereta online” dan kemudian klik pada “Dapatkan Quotation Percuma”. 
  3. Kemudian, pilih jenis perlindungan yang anda mahu dan klik butang “Next”. 
  4. Masukkan maklumat pemilik dan butiran kenderaan dengan betul dan lengkap. 
  5. Selanjutnya, klik butang “Dapatkan Harga”. 
  6. Senarai syarikat insurans akan dipaparkan oleh sistem bijak insurance, dan pelanggan boleh memilih syarikat insuran yang mereka mahu langgan, sama ada Allianz, Etiqa, Zurich atau yang lain-lain.
  7. Selepas itu, bayaran mesti dibuat. 
  8. Akhirnya, selepas pembayaran diproses, proses renew insuran kereta berjaya dilakukan.

Cara Pilih Insurans Kereta Terbaik & Yang Bagus

Banyak syarikat menawarkan pelbagai insurans tambahan atau add on selepas pemansuhan tarif insurans atau liberalisasi tarif. Kesemuanya memang bagus, tapi ini akan meningkatkan besarnya kos insurans anda.

Tidak semua insurans tambahan yang ditawarkan sesuai dengan anda.

Besar kemungkinan, risiko yang sebenarnya tidak perlu pun dibayar. Ada 3 perkara yang perlu anda perhatikan cara pilih insurans kereta untuk mengelakkan kerugian iaitu:

1. Sum Insured yang Sepatutnya

Adalah lebih baik anda melakukan semakan amaun loan yang tersisa jikalau kenderaan anda masih dalam pinjaman bank. Dinasihatkan untuk mengambil agreed value sekiranya loan yang tinggal masih tinggi.

Anda digalakkan untuk memilih market value yang biasanya kurang daripada agreed value jika anda sudah tiada loan.

Jangan sampai overvalue kerana pihak insurans tidak akan membenarkan anda memanipulasi insurans untuk kepentingan diri sendiri.

2. Lokasi Tempat Tinggal Anda

Berdasarkan kondisi tempat tinggal anda, bolehlah anda mengambil insurans yang secukupnya.

Anda boleh mengambil insurans meliputi cermin apabila anda tinggal di kawasan banyak lori lalu-lalang atau ambil insurans yang meliputi bencana alam jika anda tinggal di tempat yang selalu banjir.

3. Bajet Sendiri

Insuren kereta yang terbaik mestilah bersesuaian dengan bajet anda. Anda dinasihatkan untuk ambil insurans setakat mana yang anda mampu, tidak perlu tunggu ada duit sebab nak cover insurans tinggi.

Bagaimanapun, setiap individu mendefinisikan insurans kereta terbaik berbeza-beza antara satu yang lain. Bergantung kepada keperluan dan keadaan masing-masing.

Berbincanglah dengan ejen insurans untuk mendapatkan idea dan cadangan insurans mana yang bersesuaian apabila anda mahukan yang terbaik.

Check Insurance Kereta Online

Check Polisi insurans kereta kini boleh disemak secara atas talian untuk memudahkan pemegang polis untuk membuat tuntutan insurance dan memastikan pemegang polisi insurans terlepas pandangan untuk memperbaharui insurans mereka sebelum tamat tempoh.

Semakan ini boleh dilakukan melalui portal MyCarInfo rasmi seperti berikut:

  • Layari laman sesawang https://www.mycarinfo.com.my seperti pada Rajah 2.0
  • Klik pada bahagian “I-Search”. 
  • Kemudian, klik pada mana-mana pelan yang disediakan dan klik pada butang “Go”. 
  • Masukkan butiran pemegang polisi dan maklumat kenderaan untuk semakan.
  • Tanda pada kotak Terma dan Syarat. 
  • Selanjutnya, klik pada bahagian “Enquire”. 
  • Akhirnya, maklumat yang berkaitan dengan polisi insurans pengguna akan dipaparkan.

Check Renew Insuran Kereta Paling Murah

Terdapat banyak syarikat insurans yang beroperasi di Malaysia. Semua syarikat insurans ini menawarkan perlindungan kenderaan kepada pelanggan mereka.

Walau bagaimanapun, perlindungan yang dilitupi oleh setiap syarikat insurans adalah berbeza.

Tambahan pula, harga langganan insurans ditawarkan berbeza bergantung kepada syarikat insurans tersebut.

Check syarikat insurance yang menawarkan renew insurans kereta paling murah ialah: 

  1. Zurich Insurance Berhad – di mana pelanggan boleh menikmati diskaun harga langganan sehingga 10% atau membayar kurang daripada harga premium asas.
  2. Tune Protect Insurance Berhad – menawarkan diskaun sehingga 20% daripada harga premium asas sebagai ganjaran untuk individu yang jarang memandu.
  3. Takaful Ikhlas Insurance Berhad – pelanggan ditawarkan diskaun 10% hingga 25% pada harga langganan.
  4. Etiqa Insurance Berhad – menawarkan 30% pulangan tunai kepada pelanggan yang kurang memandu di bawah kempen “Drive Less, Save More”.

Cara Nak Beli Insurans Kereta First Party Online

Pembelian insurans kereta ini boleh dilakukan melalui mana-mana syarikat insuran yang menawarkan insuran kereta.

Sebagai contoh, insurans ini boleh dibeli melalui Syarikat Insurans Etiqa.

Berikut ialah cara untuk membeli insurans kereta secara atas talian bagi polisi insuran pihak pertama dengan Etiqa:

  1. Layari laman web https://www.etiqa.com.my seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.0.
  2. Klik pada butang “Apply Online”. 
  3. Masukkan nombor pendaftaran kenderaan, kod lokasi kenderaan motor, dan nombor kad pengenalan pengguna.
  4. Kemudian, klik pada butang “Get My Quote”. 
  5. Pelanggan perlu memilih polisi pihak pertama bersama-sama dengan keperluan perlindungan tambahan yang diperlukan oleh mereka.
  6. Seterusnya, klik pada butang “Bahagian Akuan”. 
  7. Dalam bahagian Akuan, tandakan terma dan syarat yang dinyatakan. 
  8. Klik pada mana-mana kaedah bayaran yang disediakan. 
  9. Klik pada butang “Pay Now”. 
  10. Akhirnya, lakukan pembayaran dan insyuran kereta pengguna berjaya dibeli.

Check Cara Beli Insuran Kereta Third Party Online

Polisi insurans pihak ketiga juga boleh dibeli dalam talian. Ia lebih mudah dan lebih cepat.

Banyak syarikat insurans yang menawarkan insuran kereta pihak ketiga ini termasuklah Syarikat Insurans Etiqa.

Berikut ialah cara untuk beli insurans kereta 3rd party:

  1. Layari laman web https://www.etiqa.com.my
  2. Klik pada butang “Apply Online”. 
  3. Masukkan nombor pendaftaran kenderaan, kod lokasi kenderaan motor, dan nombor kad pengenalan pengguna.
  4. Kemudian, klik pada butang “Get My Quote”. 
  5. Pilih polisi insurans pihak ketiga bersama-sama dengan keperluan perlindungan tambahan yang diperlukan oleh pelanggan.
  6. Selanjutnya, klik pada butang “Bahagian Akuan”. 
  7. Dalam bahagian Akuan, tanda pada kotak terma dan syarat yang dinyatakan. 
  8. Klik pada mana-mana kaedah bayaran yang disediakan. 
  9. Klik pada butang “Pay Now”.
  10. Akhirnya, check insuran kereta murah 3rd party berjaya dibeli.

3 Tips Beli Insurans Kereta Yang Bagus

Apakah cara memilih insurans kereta? Pelbagai pilihan insurans kereta boleh didapati di Malaysia. Insurans kereta yang ditawarkan kepada pelanggan berbeza mengikut keperluan pelanggan.

Pelanggan perlu memastikan insurans kereta malaysia yang mereka langgan adalah baik dan memenuhi keperluan mereka.

Oleh itu, pelanggan perlu memahami terlebih dahulu sama ada insuren kereta yang ditawarkan adalah bagus untuk mereka atau tidak.

tips cara nak beli insurans kereta

Selain itu, pelanggan juga perlu mengetahui dan memahami terma dan syarat-syarat polisi dan pengecualian yang ditawarkan oleh syarikat insurans.

Ianya penting untuk memastikan tuntutan ganti rugi boleh dibuat dengan mudah apabila perkara yang tidak diingini berlaku kepada pelanggan dan kereta mereka.

Ia juga penting untuk memastikan tuntutan ganti rugi ini tidak ditolak kerana mereka tidak memenuhi polisi syarikat insurans. 

Pelanggan boleh check beli takaful insuran kereta yang bagus dengan membandingkan syarikat insurans yang ada di Malaysia. Terdapat 18 syarikat insurans yang ada di Malaysia.

Membandingkan dan memilih syarikat insurans yang mempunyai reputasi yang baik boleh menjamin perlindungan yang baik untuk pelanggan insuren kereta.

Ianya boleh membantu pelanggan membuat keputusan yang baik mengenai membeli takaful insurans kereta mengikut keperluan dan bajet mereka. 

Tips beli insurans kereta yang seterusnya ialah dengan menilai keperluan pelanggan untuk perlindungan terhadap mereka 1st party dan 3rd party.

Syarat-syarat ini berbeza bergantung kepada jenis pemanduan dan bajet kewangan individu untuk renew takaful insurance kereta ini.

Polisi insurans yang memberikan perlindungan maksimum kepada pemegang polis dan 3rd party adalah insurans kereta yang bagus untuk menjamin pemanduan bebas tekanan di jalan raya.

Kenapa Penting Baca Polisi Insurans Kereta Malaysia

Setiap pemilik kenderaan mesti mengenal pasti polisi insurans yang mereka ingin langgan.

polisi insurans kereta

Ianya penting untuk memastikan mereka tahu apa yang diliputi di bawah polisi insurans tersebut.

Bukan itu sahaja, ianya dapat memudahkan para pemegang polisi untuk membuat tuntutan insurans jika mereka mengetahui polisi insurans mereka dengan jelas.

Beza Insuran Kereta Third Party vs First Party

Setiap polisi insurans kereta dibahagikan kepada dua (2) jenis perlindungan polisi iaitu perlindungan first party dan third party. Kedua-dua jenis insurans ini menawarkan perlindungan yang berbeza kepada pelanggan.

Pertama, check insuran kereta pihak pertama ini dikenali sebagai insurans komprehensif. Ia menawarkan perlindungan yang komprehensif dan lengkap kepada pelanggan.

Perlindungan insurans ini meliputi kerosakan kepada kenderaan itu sendiri akibat kemalangan, kecurian, kebakaran, atau kerosakan, serta perlindungan terhadap kecederaan dan kematian pihak ketiga.

insuran first third party kereta online

Secara amnya, insurans pihak pertama ini melindungi kedua-dua pihak, dan harga langganan polisi insurans ini juga lebih mahal daripada insuran pihak ketiga.

Kedua, insurans pihak ketiga adalah polisi insurans asas. Ia menawarkan perlindungan hanya kepada pihak ketiga. Pemegang insurans tidak dilindungi di bawah polisi insurans ini.

Syarikat insurans hanya akan membayar tuntutan ganti rugi untuk kerosakan, kemalangan, dan kematian akibat kecuaian pemegang polisi terhadap pihak ketiga.

Langganan insurans pihak ketiga ini jauh lebih murah daripada insurans pihak pertama.

Oleh itu, pilihan jenis insyuran kereta ini sepenuhnya bergantung kepada keperluan pelanggan.

Insuran Kereta First Party Untuk Kereta Lama Lebih 15 dan 20 Tahun

Setiap pemilik kereta perlu memastikan kenderaan mereka mempunyai insyuran kereta untuk membolehkan mereka memandu di jalan dengan lebih selamat, termasuklah kereta lama.

Kereta lama boleh dikategorikan sebagai kereta berisiko tinggi apabila digunakan di jalan raya.

Oleh itu, kebanyakan syarikat insurans tidak menawarkan perlindungan insurans untuk kereta lebih 15 tahun dan 20 tahun

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia