Punca Kenaikan Kadar Inflasi Malaysia Naik 4 Peratus-5 Peratus? Lebih 4 peratus Buat Pertama Kali Sejak 2009. Bersiap Sedia dengan harga kek secret recipe yang baru!
Akhirnya kerajaan Malaysia terpaksa tunduk kepada garis panduan dan saranan yang diletakkan oleh agensi penarafan kredit seperti Moody yang mahukan kerajaan Malaysia potong lebih banyak subsidi minyak di Malaysia jika….

Kepada yang ada dalam senarai nama hutang dengan semak penyata akpk login perlu berhati hati
Malaysia mahu memperolehi bajet yang seimbang apatah lagi “surplus bajet” yang jauh lebih baik bagi mengekalkan momentum ekonomi di Malaysia pada landasan yang betul menjelang tahun 2020.
Apatah lagi pemerhatian dan kajian yang dijalankan oleh agensi penarafan kredit ini menunjukkan hutang jangka masa panjang Malaysia adalah lebih kurang sama seperti yang dialami Thailand.
Tetapi hakikatnya jauh lebih berisiko daripada hutang Singapura, Korea Selatan mahupun China dan jika tidak ditangani daripada sekarang Malaysia begitu mudah terdedah kepada ketidakstabilan ekonomi pada masa akan datang.
Ini antara respon agensi penarafan antarabangsa terhadap kedudukan Malaysia..
- Setakat ini agensi penarafan antarabangsa Fitch rating, Standard & Poor meletakkan hutang & kewangan Malaysia masih lagi A-
- Bersamaan dengan kedudukan A3 yang diberikan Moody
- Moody setakat ini masih lagi mengekalkan prospek penarafan pada kedudukan “positif” manakala Standard & Poor adalah “stabil” dan Fitch rating pula mempunyai pandangan “negatif” terhadap Malaysia

Punca Kenaikan Kadar Inflasi Malaysia Naik?
Nah…itu sebablah GST dan pemotongan subsidi di Malaysia terpaksa dilakukan pada kadar segera oleh kerajaan Malaysia. Terpaksa ditarik sedikit demi sedikit daripada sekarang. Natijahnya….
Bermula pelaksanaan cukai barangan & perkhidmatan (GST Malaysia) pada 1 April 2015 kelak, semakan Berita Semasa mendapati melalui Jabatan Statistik Negara dan juga laporan yang dikeluarkan sendiri oleh melalui Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan mendapati akan terus berlakunya kenaikan kadar infasi Malaysia naik 2015 melebihi paras 4% buat pertama kalinya dalam tempoh 5 tahun terakhir ini
- Pada tahun 2015 : Kenaikan kadar inflasi Malaysia naik 2015 akan mencapai paras antara 4% hingga 5%
- Puncanya? Pelaksanaan GST 6% dan juga pengurangan subsidi bahan api bermula bulan Oktober 2014 dan seterusnya kelak
Kali terakhir semakan paras dan kadar inflasi Malaysia 2014 adalah pada bulan Ogos yang mencatatkan kadar inflasi di Malaysia berada pada paras 3.3% yang mana kadar inflasi Malaysia mula mencecah 3% sejak Disember 2013 yang lalu dek kerana pemotongan subsidi minyak, elektrik dan gula yang akan terus melonjak untuk pembukaan tahun 2015 kelak.
Bagaimana dengan perbelanjaan bulanan dan harian serta situasi sebenar yang anda hadapi sekarang ini dek kerana gelombang inflasi Malaysia pada ketika ini?