≡ Menu

Kad Debit Pelajar Bank Rakyat : Permohonan Kad Secara Online


Kad Debit Pelajar Bank Rakyat : Permohonan Kad Secara Online

Ada bantuan untuk orang tua atau warga emas, ada bantuan untuk isi rumah, ada bantuan untuk orang bujang di Malaysia termasuk cara tebus e wallet rm150

kad debit pelajar

Tidak lupa juga bantuan yang disalurkan kepada kalangan siswa di Malaysia. Berdasarkan pengumuman dan pembentangan Bajet Malaysia baru-baru ini kerajaan Malaysia terlah berbesar hati memberikan apa yang dipanggil sebagai kad debit pelajar atau juga dipanggil dengan kad debit siswa 1Malaysia (KADS1M) atau permohonan kad siswa bank rakyat

Kad debit pelajar ini asalnya diwujudkan dan diagihkan dalam bentuk baucar tunai kepada siswa universiti dengan harapan dapat digunakan bantuan itu untuk tujuan mendapatkan harga diskaun bagi kelengkapan seperti buku, alat tulis, alatan komputer dan tidak lupa juga akses internet di syarat-syarat yang berdaftar dengan program ini.

Malangnya ada kalangan pelajar yang didapati menyalahgunakan kemudahan tersebut untuk tujuan lain termasuklah menjual baucer tersebut.

Itu sebablah sekarang ini kad debit siswa ini diperkenalkan. Jadi jangan terlepas peluang keemasan ini. Untuk makluman anda, program dan skim ini adalah usaha Bank Rakyat yang dipertanggungjawabkan mengeluarkan kad ini

Cara Permohonan Kad Debit Pelajar di Malaysia


[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butirannya
Permohonan kad siswa pelajar,KLIK SINI
Jumlah Bantuan Kad Debit Pelajar dan faedahnya,Kad siswa yang bernilai RM250 dan boleh menikmati tawaran diskaun beli barangan daripada syarikat yang berdaftar dengan kad debit pelajar (KADS1M) ini
Kategori Yang Terlibat,Sejumlah 1.3 pelajar pra universiti dan juga kalangan pelajar universiti dan kolej
[/table]

Syarat Kelayakan Kad Debit Siswa

1) Warganegara Malaysia yang masih belajar samada separuh masa atau sepenuh masa
2) Anda yang masih menuntut di :

  • Tingkatan 6 (STPM)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
  • Diploma
  • Ijazah
  • Asasi
  • A Level
  • Diploma Lanjutan
  • Doktor Falsafah
  • Sarjana
  • Foundation
  • IPG
  • Matrikulasi
  • Diploma Kolej Vokasional

Untuk mudah faham, kad ini boleh digunakan untuk tujuan kad atm anda, kad debit untuk perbelanjaan anda berdasarkan baki terkini akaun Bank Rakyat anda dan tidak lupa juga sebagai kad diskaun.