Jutawan Kaya, Taikun dan VVIP di Malaysia Menikmati 51 peratus Kekayaan Negara. Rakyat Miskin 20 peratus Perlu Rebut Baki 5 peratus Kekayaan Malaysia!
Benarlah ungkapan yang mengatakan yang kaya semakin kaya, yang miskin semkin melarat.

Di Asia, perbezaan di antara golongan kaya dengan golongan pertengahan dan rendah terutamanya melihatkan trend yang ada pada ketika ini semakin membengkak. Sekarang ini, semakin ramai yang tahu cara trade forex di malaysia.
Semuanya dek kerana ketidaksamaan yang terlalu banyak.
Dan sangat mengejutkan berdasarkan semakan Berita semasa kepada laporan Bank Dunia yang terkini 2014 menunjukkan Malaysia diletakkan sebagai antara negara yang mempunyai jurang kekayaan antara golongan kaya VS golongan miskin yang paling besar di antara kalangan negara-negara di Asia.
Ia terbukti sehingga berjaya mengalahkan negara jiran kita Indonesia, Thailand, Filipina, Singapore, Korea Selatan (dahulu bersama-sama Malaysia menjadi “Harimau Asia” daripada sudut kejayaan ekonomi), Jepun dan juga China.
Sebelum ini, Malaysia telah ditabalkan sebagai negara yang mempunyai hutang isi rumah tertinggi di Asia.
Pakar Ekonomi daripada Universiti Kyoto Jepun, Dr Choy Yee Keong (Pemegang Ijazaha Sarjana Muda Ekonomi Universiti Chuo, Tokyo & PHD Ekonomi Universiti Keio, Tokyo) pernah memuji prestasi dan rekod pembangunan Malaysia pada ketika yang boleh dikatakan mengagumkan tetapi…..
- Tetapi malangnya jurang pendapatan golongan miskin Vs golongan kaya terlalu jauh. Ketidaksamaan pendapatan terlalu ketara.
- Pembahagian kekayaan negara Malaysia adalah paling tidak sama rata atau tidak adil
- KDNK per kapita Malaysia adalah antara tertinggi di antara 5 negara ASEAN termasuklah negara Singapore
- Ironinya negara kita Malaysia jugalah yang mempunyai jurang pendapatan yang terbesar dengan pembahagian kekayaan negara yang tidak jelas
Statistik Pembahagian Kekayaan Malaysia : Kaya VS Miskin?

- 20% penduduk Malaysia memiliki lebih daripada 51% kekayaan negara. Siapakah yang “bertuah” itu?
- Yang mana daripada angka tersebut, 10% daripadanya menikmati limpahan kekayaan negara sehingga 35%
- Manakala yang sejumlah 20% di bawah, rakyat miskin perlu “berebut-berebut” 5% baki kekayaan negara yang telah ditinggalkan untuk mereka
Kajian Dr Choy Yee Keong
Oleh itu, sama seperti laporan Berita Semasa pada 5 bulan lepas seperti yang di bawah ini supaya golongan kaya di Malaysia dikenakan cukai yang “lebih adil” yang mana kekayaan yang dinikmati taikun-taikun kaya di Malaysia hasil kontrak terus daripada kerajaan, bisnes monopoli di Malaysia, pengagihan saham-saham berimpak tinggi di kalangan VVIP dan jutawan jutawan di Malaysia dan tidak lupa juga keuntungan uruniaga penjualan tanah dikalangan kapitalis hartanah kaya ini:
- Selain daripada itu, penanda aras kemiskinan di Malaysia sebenarnya tidak tepat, yang tidak mengambarkan wajah sebenarnya masalah sosio ekonomi yang sedang ditanggung oleh rakyat Malaysia yang sedang bergelumang tinggal di bandar besar ataupun di luar bandar.
- Yang pastinya Dr Choy Yee Keong mengatakan pelaksaan GST 6% kelak bakal memberikan kesan tambahan kepada golongan miskin di Malaysia.
Harapan Berita Semasa dalam pada kita terkejar-kejar negara berpendapatan tinggi, perkukuhkan rakyat di bawah ini.
Janganlah tinggalkan mereka terlalu jauh. Mereka juga rakyat Malaysia yang dahagakan nikmat untuk tinggal di tanahair mereka sendiri yang cukup terkenal dengan limpahan hasil mahsul dianugerahkan kepada Malaysia. Apa respon anda pula?