Jumlah Penduduk Malaysia. Bilangan, Taburan dan Populasi dari Jabatan Perangkaan Negara
Mengikut laporan bancian Penduduk dan perumahan 2010 yang dikeluarkan baru-baru ini, jumlah penduduk Malaysia terkini sehingga tahun 2010 adalah sekitar 27,565,821 orang.

Baru 27.5 juta?
Sikit kadar pertumbuhan di Malaysia. Kalau disemak semula untuk 10 tahun terakhir ini hanya mencatat kadar pertumbuhan bilangan penduduk Malaysia hanya 2.1% sahaja.
Mati pucuk ker penduduk Malaysia?
Huhh….kasar bunyi itu. Takdela…sampai begitu sekali. Bukan itu sebab utamanya.
- Jumlah penduduk Malaysia yang terkini : 27,565,821 orang
- 14,112,667 lelaki dan 13,453,154 perempuan
- 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 tempat kediaman di seluruh negara
- Banci 2010 adalah yang kelima dijalankan untuk menghasilkan data yang berguna bagi merancang dan melaksanakan dasar pembangunn negara. Banci sebelum ini dijalankan pada 1970, 1980, 1991 dan 2000
- Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi dalam negara dengan 5,411,324 orang (19.63 peratus) setelah mencatat kadar pertumbuhan penduduk 3.17 peratus
- Putrajaya yang mempunyai 67,964 penduduk mencatat pertumbuhan penduduk paling pesat iaitu 17.77 peratus akibat perpindahan kebanyakan pejabat kerajaan serta perpindahan penduduk ke kuarters kerajaan di situ.
- Labuan, Sabah, Sarawak, Johor, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan adalah antara negeri yang mencatatkan penurunan kadar pertumbuhan penduduk
- Mengenai kadar kesuburan penduduk, beliau berkata ia menurun kepada 2.3 peratus pada tahun lepas berbanding tiga peratus pada tahun 2000.
- Dijangka pada tahun 2015 terdapat kemungkinan kadar kesuburan penduduk di Malaysia turun kepada 2.1 peratus seperti juga di negara maju
Jadual Statistik Jumlah Penduduk Malaysia Tahun 1970 Hingga 2016
[table sort=”desc,asc”]
Tahun,Jumlah Penduduk Malaysia (Juta),Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan (%)
1970,10.881,3.6
1971,11.159,2.5
1972,11.441,2.5
1973,11.719,2.4
1974,12.001,2.4
1975,12.300,2.5
1976,12.588,2.3
1977,12.901,2.5
1978,13.200,2.3
1979,13.518,2.4
1980,13.879,2.6
1981,14.256,2.7
1982,14.651,2.7
1983,15.048,2.7
1984,15.450,2.6
1985,15.882,2.8
1986,16.329,2.8
1987,16.773,2.7
1988,17.219,2.6
1989,17.662,2.5
1990,18.102,2.5
1991,18.547,2.4
1992,19.067,2.8
1993,19.601,2.8
1994,20.141,2.7
1995,20.681,2.7
1996,21.222,2.6
1997,21.769,2.5
1998,22.333,2.6
1999,22.909,2.6
2000,23.494,2.5
2001,24.030,2.3
2002,24.542,2.1
2003,25.038,2.0
2004,25.541,2.0
2005,26.045,2.0
2006,26.549,1.9
2007,27.058,1.9
2008,27.567,1.9
2009,28.081,1.8
2010,28.588,1.8
2011,29.062,1.6
2012,29.510,1.5
2013,30.213,2.4
2014,30.598,1.3
2015,30.995,1.3
2016,31.7,1.5
[/table]
Butitan yang lebih lengkap boleh anda semak seperti di bawah ini:
Rasanya di Malaysia pertambahan yang ketara adalah kebanjiran warga asing. Yang puak-puak Indon yang ditawarkan menjadi warganegara Malaysia di Sabah Sarawak ada masuk sekali?
Ehem…….Agak-gaknya kalau campur rakyat Indonesia, Vietnam, Myanmar, Bangladesh boleh capai kot bilangan dan jumlah penduduk Malaysia seramai 40 juta. Mungkin?
P/S : Tan Sri Nor Mohamed kata kadar pertumbuhan penduduk di Malaysia turun disebabkan masing-masing sibuk dengan kerjaya. Betulkah? Selain daripada faktor kerjaya, apa lagi yang menyebabkan aktiviti rakyat Malaysia “buat anak” semakin rendah.
PP/s: Cuba lihat orang tua-tua dulu, selamba sahaja kadang-kadang anak sampai 10-15 orang. Bahagian sahaja ke nak cucu.