≡ Menu

Skim JPA Pencen : Jabatan Perkhidmatan Awam Tawar Pencen Awal

Skim JPA Pencen : Berita Terkini Jabatan Perkhidmatan Awam Tawar Pencen Awal Kakitangan Kerajaan?

Mulai 1 Februari 2010 ini, iaitu hari ini la kan?

jpa pencen

Bermula hari ini semua skim pencen kakitangan awam/kerajaan yang pencen awal akan dibayar graduiti sebanyak 20 peratus sahaja. Selebihnya akan dibayar apabila cukup syarat umurnya samada 56 ataupun 58 tahun.

Jabatan Perkhidmatan Awam JPA dikatakan sudah keluarkan surat edaran kepada semua jabatan tentang berita terbaru ini.

Yang mana membuat permohonan skim JPA pencen awal dan sudah mendapat kelulusan sebelum 1 Feb 2010 lagi, kakitangan awam ini akan dapat semua. Cumanya selepas 1 Feb 2010 akan terikat dengan peraturan baru ini. Mana-mana kakitangan kerajaan yang sudah cukup syaratnya dengan berkhidmat sehingga umur 56  atau 58 tahun, kerajaan akan bayar kesemuanya.

Kerajaan hanya tangguhkan pembayaran kepada yang tidak mengikut pilihan yang sudah ditandatangani oleh kakitangan kerajaan sebelum ini. Jikalau ada masalah untuk membayar pembelajaran anak-anak, kemukakan dokumen yang berkaitan, kalau ada sakit, kemukakan surat doktor, masih boleh lagi untuk dipertimbangkan.

Sesetengah kakitangan kerajaan yang sudah berumur, pasti ada yang bercadang untuk dapatkan skim JPA pencen awal. Sebabnya?

Skim JPA Pencen : Bersetuju Pencen Awal?

  1. Tumpukan perhatian kepada keluarga
  2. Tiada apa lagi yang ingin dicari lagi, melainkan kesihatan yang perlu dijaga. Masa untuk berehat.
  3. Nak tambah amal jariah
  4. Ada lagi nak tambah
  5. Sesetangah individu, bukan semuanya. Merasakan mereka tidak mampu lagi untuk berkhidmat pada tahap yang diinginkan. Produktiviti golongan yang suadah berumur tidak sama semasa mereka di usia muda.

Jadi pilihan  sudah ada. Samada ingin skim JPA pencen awal atau tidak, kakitangan kerajaan buatlah pilihan yang bijak.

P/S : Agak sukar bagi fresh graduate untuk jadi kakitangan awam disebabkan kekurangan kekosongan.