≡ Menu

Bacaan Jerebu Malaysia. IPU Jerebu Terkini Di 34 Kawasan Adalah Tidak Sihat. Indonesia Sampai Bila?


Bacaan Jerebu Malaysia. IPU Jerebu Terkini Di 34 Kawasan Adalah Tidak Sihat. Indonesia Sampai Bila?

Kadang-kadang negara kita sudah menguatkuasakan undang-undang bagi mencegah bacaan jerebu di Malaysia berada pada paras yang boleh membahayakan kesihatan kita semua rakyat Malaysia, negara lain pula yang membuat onar kepada persekitaran Malaysia.

jerebu Malaysia

Sudah menjadi kelaziman, malah saban tahun bacaan jerebu Malaysia akan naik mendadak dek kerana Indonesia masih lagi lemah dalam berhadapan dengan taikun-taikun ladang kelapa sawit.

Yang diterima rakyat Malaysia saban tahun hanyalah :

  • krisis jerebu di Malaysia
  • permohonan maaf daripada kerajaan Indonesia.
  • Dalam siri jerebu di Malaysia kali ini ia di bawah kepimpinan Pak Jokowi.

Persoalannya sampai bila? Sampai bila rakyat Malaysia harus berhadapan dengan krisis jerebu Malaysia ini?

Semakan Bacaan Jerebu Malaysia 2015. 34 IPU jerebu Adalah Tidak Sihat!

  1. Ipoh – bacaan IPU 189
  2. Batu Muda, Kuala Lumpur – 183
  3. Jalan Tasek, Ipoh, Perak – 183
  4. Balok Baru, Kuantan – 180
  5. Nilai – 179
  6. Banting, Selangor – 177
  7. Kemaman, Pahang – 176
  8. Seremban, Negeri Sembilan – 171
  9. Putrajaya – 169
  10. Pelabuhan Klang, Selangor – 168
  11. Bukit Rambai, Melaka – 165
  12. Seri Manjung, Perak – 165
  13. Jerantut, Pahang – 162
  14. Port Dickson – 160
  15. Seberang Jaya 2, Perai, Pulau Pinang – 157
  16. Shah Alam, Selangor – 155
  17. Bandar Melaka – 153
  18. Cheras – 153
  19. Indera Mahkota, Kuantan – 153
  20. Petaling Jaya – bacaan IPU 151
  21. Sri Aman, Sarawak – 151
  22. Kampung Air Putih, Taiping – 145
  23. Sarikei, Sarawak – 136
  24. Perai – 131
  25. Muar, Johor – 130
  26. Universiti Sains Malaysia – 127
  27. Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah – 123
  28. Sibu – 117
  29. Samarahan – 115
  30. Paka – 115
  31. Kuala Selangor – 113
  32. Kuching – 109
  33. Pasir Gudang – 104
  34. Larkin Lama – 102

P/S : Anda sudah tonton yang telah berita Semasa kongsikan seperti di atas. Satu video dokumentari yang sangat bagus hasil buah tangan daripada pelakon Indiana Jones, Harrison Ford tentang masalah hutan belantara Indonesia yang telah dirogol oleh taikun yang tamak haloba.

PP/S : Pada ketika Harrison Ford menerjah pejabat Menteri Hutan Indonesia dan mewawancara menteri tersebut, jawapan yang diberikan oleh menteri tersebut membuat Berita Semasa teringat figura menteri seperti Ahmad Maslan dan…….

Di bawah ini Berita Semasa kongsikan data bacaan jerebu malaysia yang terkini dan trend IPU mengikut bandar-bandar besar di Malaysia bagi tahun ini.