≡ Menu

Jawatan Kosong Kilang. 5 Tips dan Panduan Terbaik


Jawatan Kosong Kilang. 5 Tips dan Panduan Terbaik

Ada yang yang masih tercari cari kerja kosong, jawatan ksoong kilang. Susah katanya nak dapat peluang kerja sekarang.

jawatan kosong kilang

Hakikat, sebenarnya senang sahaja. Tidak kisah, samada nda sedang cari jawatan kosong kilang di Shah Alam, Pulau Pinang, Johor dan di mana-mana negeri sekalipun tiada masalah.

Bersama-sama ini Berita Semasa kongsikan cara bagaimana anda boleh dapatkan kerja kosong untuk lapangan ini dengan mudah. Jangan berlengah lagi. Biar bermula dengan gaji yang kecil, tidak mengapa. Cari seberapa banyak pengalaman, daripada menganggur terlalu lama.

Sebenarnya peluang kerja terlampau banyak. Tahukah anda, ada yang pernah bermula di kilang pertama dengan gaji serendah RM600 sahaja. Sikit bukan? Malah ada anak isteri lagi. Tetapi itu dahulu. Dek kerana bijak ambil peluang, rajin bekerja, suka cari seberapa banyak pengalaman dan tidak berlengah mencari kerja akhirnya selepas kilang yang kelima, beliau sudah mampu jana gaji dan pendapatan sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan ditambah dengan OT. Ada kalanya boleh cecah RM4,000 sebulan.

Pastinya anda pun ingin mencapai gaji dan pendapatan seperti ini bukan? Bukan senang, tetatpi tidak mustahil

Tip dan Panduan Jawatan Kosong Kilang

1. Jikalau anda masih muda lagi, jangan cepat berputus asa. Janganlah terllau memilih kerja. Ambil sahaja jawatan kosong kilang yang anda dapat, dengan harapan dapat cari pengalaman pertama di sana. Gaji nombor dua

2. Dalam pada anda bekerja itu, selepas setahun dua di kilang pertama anda. Anda mesti peka dengan perkhabaran sekeliling terutamanya dikalangan rakan-rakan anda, Janganlah buat hal sendiri. Tahukah anda peluang iklan jawatan kosong kilang lain bukan banyak boleh anda tahu di Internet atau di Jobstreet atau lain-lain lagi tetapi dari perkongsian dikalangan anda sendiri. Jadi bergaul dengan seberapa ramai kakitangan di sana untuk tidak terlepas peluang-pelaung yang ada di luar sana.

3. Ini pun jangan terlepas penting juga iaitu menghasilkan resume yang bagus dan kemas.

4. Lakukan persediaan dan buktikan kepada mereka kepakaran dan pengalaman yang boleh anda sumbangkan kepada kilang baru anda itu

5. Jangan lupa hubungi kilang anda smeual selepas 1.2 minggu selepas hantar resume.