Jadual Gaji 2017 Kakitangan Awam. Semak Tarikh Pembayaran Gaji Kerajaan

Jadual Gaji 2017 Kakitangan Awam. Semak Tarikh Pembayaran Gaji Kerajaan

Pejam celik pejam celik tahun 2016 bakal melabuhkan tirainya tidak lama sahaja dan bakal menyusul tahun baru 2017 pula. Sekejap bukan masa berlalu.

jadual gaji

Masing-masing sudah ada perancangannya tersendiri. Bagi kakitangan awam yang sudah bertambah saiz dan bilangan di mana sudah pun menginjak ke angka 1.6 juta penjawat awam, perancangan mereka lebih bermakna dan bertambah mudah apabila jadual gaji 2017 bagi kakitangan awam sudah pun dikeluarkan.

Berdasarkan semakan Berita Semasa, Jabatan Akauntan Negara ANM telah pun mengeluarkan pekeliling berkaitan dengan jadual gaji 2017 bagi penjawat awam dan kakitangan kerajaan memudahkan anda semua sebagai kakitangan awam tidak kiralah melibatkan gaji guru, polis, pensyarah, kastam, imigresen, kerani dan lain-lain lagi untuk anda semak setiap bulan pembayaran gaji kerajaan yang anda terima merangkumi tarikh gaji untuk bayaran kakitangan kerajaan bagi semua negeri di Malaysia.

Semak Jadual Gaji 2017. Tarikh Pembayaran Gaji

Jadual Gaji 2017 ini diharapkan sedikit sebanyak bakal membantu kalangan penjawat awam dan kakitangan awam bagi merancang pengurusan kewangan masing-masing terutamanya melibatkan promosi dan tawaran hebat daripada mana-mana pasaraya yang menguji kesabaran ketika berbelanja…..

Berdasarkan jadual gaji 2017 yang telah dikeluarkan Jabatan Akauntan Negara (ANM), tarikh pembayaran gaji 2017 masih tertakluk kepada sebarang pindaan daripada Jabatan Akauntan Negara daripada masa ke semasa.

Sebarang perubahan biasanya akan dimaklumkan dengan kadar segera dan dikemaskinikan pengumumannya  terus dari sini.

Bulan Tarikh Gaji Hari Catatan Jadual Gaji
Gaji Bulan Januari 19.01.2017 Khamis
Gaji Bulan Februari 23.02.2017 Khamis Tahun Baru Cina 28 – 29 Januari 2017
Gaji Bulan Mac 23.03.2017 Khamis
Gaji Bulan April 25.04.2017 Selasa
Gaji Bulan Mei 25.05.2017 Selasa
Gaji Bulan Jun 15.06.2017 Khamis
Gaji Bulan Julai 25.07.2017 Isnin Hari Raya Puasa 25 dan 26 Jun 2017
Gaji Bulan Ogos 24.08.2017 Khamis
Gaji Bulan September 25.09.2017 Khamis Hari Raya Haji 12 September
Gaji Bulan Oktober 11.10.2017 Rabu Hari Deepavali 18 Oktober
Gaji Bulan November 23.11.2017 Khamis
Gaji Bulan Disember 21.12.2017 Selasa Hari Krismas 25 Disember 2017

 

Semak pekeliling dari Jabatan Akauntan negara ANM yang telah pun dikeluarkan seperti di bawah ini…

P/S : Berita gembira kenaikan gaji tahunan KGT masih lagi berjalan seperti biasa walaupun dengan ketidaktentuan ekonomi semasa Malaysia hari ini. Itu jaminan Perdana Menteri malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Sambung Baca Lagi Artikel Terbaik Yang Ini Pula. Ada Kaitan Dengan Yang Di Atas :

Jadual dan Tarikh Bayaran Pencen 2017 JPA Pesara Kerajaan, Boleh Semak! Jadual dan Tarikh Bayaran Pencen 2017 JPA Pesara Kerajaan, Boleh Semak! Di bawah ada dilampirkan jadual pencen dan tarikh pembayaran pencen bulanan 2017 untuk panduan dan rujukan para Pesara Kerajaan...
1 Komen Bernas di Berita Semasa… add one
  • 1 Afiq 11:21 pm

    Masih tertanya-tanya bagaimana dengan tuntutan Cuepacs tentang kenaikan gaji sekurang-kurangnya 10%

Tinggal Komen Bernas Bagi Topik Ini