≡ Menu

ETS KTM Padang Besar KL Ipoh Butterworth. Jadual ETS dan Harga Train Online


ETS KTM Padang Besar KL Ipoh Butterworth. Jadual ETS dan Harga Train Online

Perkhidmatan ETS iaitu keretapi eletrik atau Electric Train Service adalah perkhidmatan yang paling baru diperkenalkan oleh KTMB bagi mengatasi masalah pengangkutan awam di malaysia.

jadual ets

Tujuannya untuk memastikan pengguna selesa dan berasa lebih selamat ke lokasi dan destinasi yang ingin dituju.

Terdapat 15 hentian lokasi di Malaysia untuk tren ETS KTM berhenti bagi menurunkan dan mengambil penumpang ETS train iaitu KL Sentral, Tanjung Malim, Tapah Road, Kampar, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Parit Buntar, Bukit Mertajam, Butterworth Penang, Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Star, Arau dan dan lokais terakhir adalah Padang Besar.

Jadual ETS Perjalanan KL Sentral Ke Padang Besar. Harga Tiket?

Untuk makluman anda pada setiap hari, Tren ETS KL ke Padang Besar akan bertolak dari KL Sentral pada pukul 9:30 dan sekitar pada pukul 3.00 petang akan tiba di Padang Besar.

Manakala bagi mereka yang berada di Padang Besar pula, ETS train dari Padang Besar ke KL Sentral akan mula bertolak dari Padang Besar pada jam 4:00 petang dan pada jam 9.15 malam, keretapi ETS akan tiba di KL Sentral.

Keretapi ETS terbuka kepada semua peringakat umur dan lapisan masyarakat

  • harga tiket ETS dari KL Sentral ke Padang Besar sehala adalah hanya serendah RM80
  • Harga tiket keretapi ETS kanak-kanak pula yang berumur antara 4 sehingga 12 tahun adalah RM44
  • 4 Tahun ke bawah adaah percuma

Beli Tiket ETS Train Secara Online

Penumpang dinasihatkan supaya menyemak kekosongan tempat duduk untuk ke destinasi pilihan sebelum membeli tiket dan melakukan semakan ke atas jadual ets yang terkini daripada masa ke semasa. Anda yang berminat dengan tren ETS diminta untuk merancang perjalanan anda dengan membuat tempahan secara online lebih awal lebih-lebih lagi pada peak season.

Tiket ETS KL Padang Besar boleh ditempah secara online di laman ini : 

[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butiran dan Pautannya
Tempahan Tiket ETS secara online,KLIK DI SINI
[/table]

P/S: Diharap dengan perkongsian atau entri ini, Berita Semasa berharap dapat membantu sedikit sebanyak dalam anda merancang perjalanan ke destinasi pilihan anda menggunapakai perkhidmatan keretapi ETS KTM

PP/S : Jadual ETS perjalananan keretapi Ekspres KL Sentral  – Padang Besar adalah seperti berikut dan senarai harga tiket penuh mengikut stesen yang dinaiki untuk dewasa dan kanak-kanak adalah seperti di bawah :