Isu Doktor Perubatan di Malaysia : Pakar Bedah Neuro (Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah) Tempelak Dr Google, Dr Facebook & Ubat MLM!

Isu Doktor Perubatan di Malaysia : Pakar Bedah Neuro (Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah) Tempelak Dr Google, Dr Facebook & Ubat MLM!

Memang tidak dinafikan ada benarnya pemerhatian & pendangan daripada kaca mata seorang Tokoh Saintis Negara merasai sendiri keresahan kalangan yang bergelar Doktor Perubatan hari ini di Malaysia terutamanya.

Dr Jafri Malin Abdullah

Bagi Berita Semasa, sangat menarik untuk kita semua semak dan perbincangkannya.

Sebelum itu mungkin ada yang merasa asing figura yang bernama Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah. Mungkin ada juga yang telah mengenalinya. Sebenarnya dalam bidang perubatan negara, Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah merupakan saintis Neuro yang paling hebat pernah dilahirkan di rantau ini.

Latar Belakang Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah

  1. Dr. Jafri Malin baru-baru ini terpilih menerima anugerah ‘Saintis Penyelidik Terbaik Malaysia’ dari Akademi Sains Malaysia.
  2. Jafri Malin merupakan lulusan USM sebelum melanjutkan pelajaran sebagai pakar bedah neuro dan memperoleh ijazah doktor falsafah (PhD) dari Universiti of Ghent, Belgium
  3. Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah terlibat secara langsung dalam melahirkan 36 pakar neuro surgeri, seorang pakar neurologi dan 12 saintis neuro.
  4. Dari segi penulisan pula, Dr. Jafri Malin menghasilkan 147 terbitan jurnal ilmiah dan 10 buku dalam pengajiannya.

Walaubagaimanapun, Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah terasa keresahan yang membelengu doktor perubatan hari yang mesti diperbetulkan pada ketika ini selama ini ia hanya terbuku di hatinya sepanjang bergelar doktor. Menarik untuk difikirkan bersama…Begini bunyinya…..

Puisi Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah Untuk Ubat MLM, Dr Google & Dr Facebook

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Ada ijazah pun dah tak berguna.
Kerana zaman dah berubah.
Ramai yang mencari doktor di FB.
Ramai yang jadi Dr Google dan Dr FB.
Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.

Hanya diperlukan bila nak MC.
Nasihat tak pernah didengar.
Ubatan tak dimakan ikut peraturan.
Malah yang langsung tak makan ubat pun ada.
Takut nanti rosakkan buah pinggang.

Aku dan bosan jadi doktor bertauliah.

Sekarang wujud ubat2 ajaib dan ubat2 super.
Satu ubat untuk semua jenis penyakit.
Telan satu pil.
Semua penyakit boleh sembuh.
Ada ubat yang boleh merawat sistem badan.
Membetulkan mana2 yang rosak.
Membetulkan hingga sampai ke saraf tunjang.
Sel2 badan boleh ditukar menjadi seperti baru.
Seperti bayi baru dilahirkan.
Semua penyakit boleh hilang dari badan.
Darah tinggi boleh normal.
Kencing manis boleh sembuh.
Gout boleh sembuh.
Kanser pun boleh sembuh.
Aku dan bosan jadi doktor bertauliah.

Belajar ilmu perubatan 5 tahun dah tak berguna.
Sebab ilmu yang aku belajar,
sangat berbeza dengan ilmu perubatan sekarang.
Ilmu fisiologi dah tak betul.
Ilmu biokimia pun dah tak betul.
Ilmu farmakologi dah tak betul.
Ilmu patologi pun dah boleh buang ke longkang.
Ada garam bukit penawar semua penyakit.
Ada daun2 kering penawar semua penyakit.
Ada jus buah2an penawar semua penyakit.
Ada kopi penawar semua penyakit.
Ada juga mesin boleh buang toksin.
Ada juga air rendam kaki untuk buang racun.

Yang sakit jadi sihat.
Yang tua menjadi muda.
Dah tak payah pergi klinik.
Dah tak payah pergi hospital.
Dah tak payah jumpa doktor.
Minum aje ubat2 ajaib.
Telan aje pil2 kesihatan.
Duduk aje atas kerusi elektrik.
Rendam aje kaki dalam air.
Semua penyakit boleh hilang.
Itulah kehebatan ubat2 sekarang.
Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.

Pesakit2 sekarang lebih pandai daripada doktor.
Pesakit2 sekarang lebih percayakan kawan2.
Pesakit2 sekarang lebih percayakan ubat2 ajaib.
Pesakit2 sekarang lebih percayakan rawatan alternatif.
Pesakit2 sekarang lebih takut dengan ubat2 moden.
Ubat2 moden merosakkan buah pinggang.
Ubat2 moden tak boleh merawat kanser.
Ubat2 moden tidak menyembuhkan.
Ubat2 moden sekadar mengawal.
Imunisasi itu ciptaan Israel.
Imunisasi penyebab Autism.
Lebih baik makan ubat2 ajaib.
Kencing manis boleh sembuh.
Gout boleh sembuh.
Asthma boleh sembuh.
Kanser pun boleh sembuh.
Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.

Aku dah bosan memberi nasihat.
Aku dah bosan memberi penerangan.
Aku dah bosan menyuruh pesakit datang follow up.
Stok ubat sebulan boleh tahan sampai berbulan2.
Ubatan diberi sekadar jadi pameran.
Ramai pesakit2 aku yang degil2.
Paras gula naik sebab buatan orang.
Kena stroke sebab gangguan jin.
Berat badan susut sebab ada orang dengki.
Kena kanser pun sebab buatan orang?
Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Kerana zaman dah semakin berubah.
Doktor dah semakin tak relevan.
Penyakit boleh digoogle di internet.
Kawan2 penasihat dah ramai di FB.
Ubat2 boleh dibeli difarmasi.
Ubat2 juga boleh dibeli online.
MC pun sekarang boleh dibeli online.
Aku tak faham.

Terutama dengan ubat2 MLM.
Terutama dengan agen2 MLM.
Kenapa mudah sangat percaya,
satu ubat yang boleh menyembuh segalanya.
Dengan modal testimoni beberapa orang,
habis dijajanya ubat2 mereka satu dunia.
Yang tua dipujuk untuk membelinya.
Yang muda diajak menjadi downlinenya.
Malah doktor juga cuba dikelentongnya.

Dulu pernah ada lampu ajaib berharga 5 ribu.
Yang boleh membersihkan udara.
Membunuh segala jenis kuman dan kekotoran.
Dulu pernah ada sebuku sabun berharga 150 ringgit .
Yang boleh menjadikan awet muda.
Dulu pernah ada tuala wanita.
Yang diperbuat daripada herba2.
Boleh menyerap racun dan mencegah kanser.
Juga boleh letak didahi jika demam.
Juga boleh diletak dilutut jika terkehel.
Dan ini yang terbaru.
Hablur garam dan gula.
Ada pesakit ajak aku join mereka.
Berminggu2 aku study dan google.
Ubat yang boleh bertindak hingga ke saraf tunjang?
Biar betul?
Kalaulah betul ubat ini wujud,
doktor dah tak payah kerja susah2.
Tutup sahaja semua klinik dan hospital.
Semua orang akan jadi sihat.
Tiada penyakit didunia ini.
Sebenarnya aku kasihan dengan mereka.

Sama ada yang menjual atau membelinya.
Mereka mudah sangat percaya.
Kepada benda2 karut.
Kesihatan diri diperjudikan.
Wang ringgit sanggup dihabiskan.
Tidakkah mereka tahu,
Ubat-ubat moden perlu 15-20 tahun untuk dipasarkan?
Perlu ada clinical trial.
Perlu ada kajian saintifik.
Bukan setakat testimoni beberapa pak sanggup.
Bukan setakat cakap2 sesedap mulut.
Bukan setakat menggunakan istilah saintifik tanpa logik.
Aku dah bosan menjadi doktor bertauliah.

Aku dah nak bersara.
Aku dah nak balik kampung.
Membuka ladang kangkung.
Selamat tinggal.

Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah : Contoh Ubat-ubat Ajaib MLM, Dr Google & Dr Facebook

Kegusaran doktor ni ADA BENARNYA.

Berita Semasa bersetuju dengan pendapat Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah ini. Ya….Berita Semasa tidak mengatakan semua produk MLM sangat teruk dan tidak berkesan langsung. Tetapi dek kerana tamakkan kekayaan dalam jangka masa singkat sanggup mengambil kesempatan terhadap masalah dan kesakitan orang lain  dengan menghabiskan duit orang sakit & bagi harapan palsu.

Sedangkan syarikat ubat jika mahu hasilkan sesuatu produk kesihatan pun buat kajian & penyeledikan berbelas & berpuluh tahun. Tetapi produk-produk kesihatan yang bersepah hari ini bak tumbuh mcm cendawan lepas ujan. Entah buat kajian di mana pun, tidak tahu.

Doktor pun yang buat kajian dan penyelidikan makan masa bertahun untuk keluarkan satu vaksin. Kemudian perlu mendapat kelulusan sehingga 5-6 badan bertauliah. Itu belum termasuk lagi, peru berhadapan dengan Kementerian kesihatan setiap negara sematamata nak kurangkan risiko manusia.

“if you want to be fit and young, you have to workout/exercise, control your diet, eat healthy food”

P/S : Apa pandangan anda pula mengenai keluhan dan pandangan Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah ini mengenai lambakan Dr Google, Dr Facebook & tidak lupa juga ubat, produk MLM @ produk kesihatan yang bersepah hari ini.

Sambung Baca Lagi Artikel Terbaik Yang Ini Pula. Ada Kaitan Dengan Yang Di Atas :

Double Stemcell Phytoscience Review : Penyelidik Stem Cell (Ibrahim Abdul Aziz) ... Double Stemcell Phytoscience Review : Penyelidik Stem Cell (Ibrahim Abdul Aziz) Ada Soalan Untuk Jutawan, Upline, Downline Stemcell? Jikalau sebelum ini, tidak cukup Pakar Bedah Neuro (Prof. Dr. Jafr...
109 Komen Bernas di Berita Semasa… add one
  • 1 ayu 9:44 am

    kesian dr kat malaysia, tapi nak buat camne, orang dah pandai. kalau kat FB tu ramai jugak dr yang buat jualan sampingan eg kek marbel, cupcake etc… so what???

  • 2 pelakon aka model 9:56 am

    aku memang anti dengan MLM ni, sapa lah yang tak cerdik sangat boleh masuk tu, dah terang2 lagi bersuluh menipu,
    tapi dr jafri tak boleh nak salahkan pesakit/orang ramai 100% jugak, kos medical checkup sahaja pun bukan murah, tu belum lagi kos ubat2, rawatan susulan, operation lagi. dia dr, gaji dah berapa, bolehlah ada alternatif kalau sakit nak bayar mahal2 pun. tapi apa alternatif untuk peladang, askar pencen, salesman kalau bukan ubat2 murah MLM?

  • 3 ayu 10:08 am

    ayu pernah jumpa sorang dr ni, dah tua dah. klinik pun macam nak roboh je. tapi dia bagus, pernah jadi Pengarah Hosp Melaka dulu2.
    ayu tanya dia, bisnes ok ke dr? Dr cakap… dah teruk sekarang. Apsal Dr? tanya ayu…
    tu… cuba tengok Klinik 1Malaysia tu, ramai orang dah pergi sana, bayar RM2 je.
    ayu dapat rasakan bisnes dr ni akan lingkup tak lama lagi takpun dia padam dulu…

  • 4 Pak Awang 10:39 am

    Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
    setuju dgn keluhan dia

    byk iklan dlm papers
    ubat sembuh sana sini

    hari tu DrMAZA ada tanya ustaz kawan dia
    betul ke ubat yg dijual tu di baca 30 juz
    kata ustaz tu , tak ada la..

    nampak! ustaz pun menipu

  • 5 Bik Mama 10:39 am

    Kalau nak mengeluh pasal ubat2 MLM tue
    kena mengeluh kat doktor2 juga ..bukan saja rakyat marhaen ..
    Ramai doktor join MLM .. itu fakta ..

  • 6 comot 10:52 am

    doktor kat tempat aku ni join mlm *****. doktor siap bagi testimoni cakap pesakit dia sembuh lepas ambik ubat tu..aaaaa cam na tu

  • 7 Anonymous 10:53 am

    ubat2 MLM murah?? rase aku ubat MLM lg mahal dr hospital punye…. hmmmm

  • 8 khairiah 11:06 am

    faktta, mlm di mana2, suka ke tak, tanpa sedar, kita pun buat mlm, cuma ramai tak sedar sebab tak faham konsep mlm tu apa, yang membezakan bagus ke tak, kualiti produk tersebut, tak boleh lari………

  • 9 Anonymous 11:12 am

    Aik! Ladang kangkung?

  • 10 ayu 11:14 am

    bulan lepas ayu jumpa sorang Pathologist, dia bengkek je dengan sesetengah Dr yang perasan pandai.
    ayu tanya dia kenapa pulak? Dr cakap, ada sesetengah Dr yang joint seminar ke, kursus ke yang berkenaan takde la intensif punnn, kekadang 2 jam je. dapat pulak sijil penyertaan…
    so, tampal kat klinik diorang pastu promote yang dah hebat sangat mengalahkan pakar pulak.
    tak caya?? cer tengok kat klinik2 tempat korang, ada sijil tahapeapentah diorang letak. Ada yang dah buat botox, vit c dan macam2 lagi.
    kesimpulannya, Dr sekarang nak survive dah susah. kena carik alternatif medicine pulak, dulu punya eksen dengan persatuan Dr semalaysia, la ni korang tengok kat gov hosp dah ada “Jabatan Perubatan Alternatif” kan???

  • 11 Transparent 11:32 am

    Apa-apa pun, saya memang bangga dengan pencapaian-pencapaian doktor…

  • 12 Hamba Yang Satu 11:34 am

    Salam,

    Apa-apa pun, jangan dilupakan dengan perubatan Islam…seperti madu, kurma, habbatus sauda’, etc…

    Insyaallah..

  • 13 Anonymous 11:35 am

    hahaahha..tu yang lawak tu..sempat lagi dr ni…

  • 14 Magica 11:36 am

    bukan org dah pandai..cuma ramai org yg RASA diorg dah pandai..
    kek marbel ,cupcake tak salah..semua org boleh jual..menteri pun boleh..sebab itu adalah makanan yg dijual pada harga berpatutan..
    yg heran bila org yg menjual jus buah dgn harga beratus2 sebotol dgn sembang kencang kata ini penawar ajaib..

  • 15 Johan 11:40 am

    ada yang memilih untuk rawatan moden, ada yang pilih rawatan tradisional, ada yang lebih minat untuk makan produk dari syarikat jualan langsung. apa-apa pun, tepuk dada tanya selera.

  • 16 Senah 11:41 am

    Salam Sayang,

    Apa yg akak baca kat internet, rakyat Yahudi di seluruh dunia dan Israel lebih gemar memilih rawatan tradisional yg mengunakan herba, tumbuhan, madu dan bahan2 semulajadi sebagai rawatan mereka. 100% mereka mengamalkan cara2 perubatan tradisional melalui sunnah dan hadis nabi. Mereka akan cuba elak drp mengunakan ubatan moden yg semestinya mengandungi dadah dan bahan kimia berbahaya.

    Akak selalu beli cuka epal, kurma dan delima, minyak zaitun, bijan hitam dan makanan sunnah nabi kat kedai Halal Mart. Menurut pekedai melalui kawan2nya yg berkerja doktor, kerajaan Malaysia terikat dgn WHO yg mana segala ubatan negara yg bertauliah@sah adalah berdasarkan arahan WHO. Sebab itu, kita tak pernah tengok iklan kat TV yg mempromosikan makanan sunnah/perubatan Islam kepada umum. WHO yg tentunya dikawal Yahudi tak mahu penduduk dunia menikmati kehidupan yg sihat dan tahu khasiat perubatan Islam kerana bagi mereka bangsa selain Yahudi adalah binatang. Kita sebagai umat Islam sangat bertuah kerana sudah diberitahu cara2 perubatan melalui al-Quran, sunnah dan hadis tapi malangnya kita bodoh tak ikut. Kerajaan pun sama bodoh.

  • 17 mangkuk 11:41 am

    Petikan syair bait di atas… perhatikan…

    “Dan ini yang terbaru.
    Hablur garam dan gula.
    Ada pesakit ajak aku join mereka.
    Berminggu2 aku study dan google.
    Ubat yang boleh bertindak hingga ke saraf tunjang?
    Biar betul?”

    alahaii dr yang mengeluh ni, kutuk google, tapi guna jugak google ya?? cian..

  • 18 UMNO Muda 11:42 am

    sokong akak senah. ubatan moden ni x bagus. memudaratkan!!!

  • 19 ayam afrika 11:48 am

    Suba baca satu statement kat internet “Cara yang paling berkesan utk menjadi kaya ialah…dgn menipu orang
    “..end of story.

  • 20 Anonymous 12:03 pm

    Kesian akak

  • 21 ayu 12:06 pm

    dari dulu ayu memang sokong kak senah…
    tapi yang ni murtabak kak senah dah tinggiiiii sangat.
    cayalah kak senah idola malaysia

  • 22 Anonymous 12:16 pm

    Yg sunnah tu mmg bagus.amalkan la.yg dikatakan ni yg perubatan bukan2 tu.akar kayu pun kalau main telan ja overdose meninggal jygak.sebab tu la org buat kajian byk mana nak mkn.tu la yg ada doktor2 bertauliah.memperbaharui bidang perubatan sedia ada dr zaman tok adam.org makin lama nakin bagus.tp org kat malaysia kebykkan makin masuk dlm gua.

  • 23 Anonymous 12:17 pm

    Ko sakit appendiks nak pecah sok pi la jmpa bomoh

  • 24 Anonymous 12:24 pm

    Kena baca dr semua sumber.baca tp jgn percaya 100%.benda simple pun susah org nak faham…mcm2 org skrg ni

  • 25 bbba 12:28 pm

    ini semua salah senah….dr pun dah jadi marhain sekarang ni…tapi dr ni Tak pulak salahkan gov, juga Tak salahkan klinik 1malaysia, tapi nak juga salahkan rakyat…lagi pun kalau asik kena potong pun nanti apa pulak yg tinggal?

  • 26 maula79 12:29 pm

    Lol .. dia bukan kutuk google .. dia kutuk dr segera yg lahir dari google. Dr segera google yg belajar ntahapa hapa ilmu kurang sembang kencang

  • 27 malas 12:29 pm

    pegi hospital gomen bukan mahal, kalau ubat mlm tu bulan2 boleh beli. Tepuk dada tanya selera, bila dah sakit jangan pulak carik doktor yaaa..

  • 28 Ajaib 12:30 pm

    Doktor memang lah cakap begitu…jika tak terkena ke batang hidung…jika dah terkena PENYAKIT YANG TAK BOLEH DI RAWAT mereka pun cari produk ALTERNATIF… memang lah satu VAKSIN BUAT KAJIAN SAMAPAI BERTAHUN-TAHUN… TETAPI ANDA SEMUA [ERLU TAHU untuk buat satu KAJIAN KLINIKAL satu-satu produk JIKA ANDA TIDAK ADA RM300,000.00 jangan MIMIPI LAH…VAKSIN yang doktor kaji tu duit SIAPA!!! BOLEH BERCAKAP!

  • 29 Anonymous 12:42 pm

    Merepek ape ko nih.aku kjer spital.bayar singgit je dpt jumpa dr..dpt ubat free..dpt i jections..dpt xtay..segala benda dpt.tu pun mahal ke singgit?klau x mampu jgk byr singgit..xder staff kecemasan halau der..jabatan kebajikan ade..ubat mlm tu yg bengong.vitamin ckp jela vitamin..tp jgnla kata vitamin ade antioksifa bleh rawat seribu penyakit.dah bg ilmu pun bangang jgk xtaula nak kata cmne.akhir zaman ni..yg xder ilmu bercakap smuorg dengar..yg ade ilmu bercakap xder org nak dengar.

  • 30 Ahmad 12:48 pm

    Ubat paling mujarab adalah Al-Quran…

  • 31 AkuBknDR 12:59 pm

    geng2 dr nie semuanya kena brainwash sebenarnya waktu diorang belajar dulu..sbb tu otak diorang dah xleh terima dah perubatan lain selain perubatan moden yg menjahanamkan tu..

  • 32 zardy 2:37 pm

    Rasanya cik ni pergi private kut? Sbb kos rawatan bwh institusi2 perubatan awam mmg murah. Saya tampalkan gigi orang bayaran baru seringgit. Kalau pergi private memang la kena RM100. Tapi persepsi rakyat menganggap segalanya daripada institusi awam mesti teruk. Hakikatnya perkhidmatan kesihatan kita dah sama level dgn National Health Service UK dgn bilangan klinik yg banyak, wpun memang diakui bilangan hospital masih tidak cukup di kawasan populasi padat. Ada orang lebih suka bergantung kepada pendapat awam sebelum cuba perkhidmatan kami dahulu. Saya dulu sebelum jadi doktor pun berfikiran mcm ni. Sampailah saya dah jadi pelajar pergigian barulah saya cuba.

    Maaf saya katakan. Rata-rata sepanjang perkhidmatan saya di klinik daerah, orang Melayulah yang paling kurang dtg wpun populasi hampir 50/50 Cina-Melayu. orang Cina yg ramai dtg, mengambil kesempatan pulang ke kampung waktu cuti CNY. Kata mereka, dah ada perkhidmatan murah. Kenapa perlu pergi yg mahal?

    Tepuk dada tanya selera. Sebenarnya dah pernah cuba perkhidmatan kesihatan awam atau belum sebenarnya. Kalau salah tuduh, fitnah jadinya. Hati-hatilah dengan perkataan kita.

  • 33 sengkuang timun 2:51 pm

    Penyakit itu datangnya untuk menguji akidah. Ubat itu cuma asbab. Yang menyembuhkan itu Allah.Tiada satupun yang Allah jadikan didunia ini sia2.
    Kembalilah kepangkal jalan.
    Syariatnya atas usaha ,
    Hakikatnya Allah.

  • 34 IEMOR 2:51 pm

    berdasarkan pengalaman, mmg para dr skrg amik mudah bila org sakit jumpa dia, terus ckp “tk de harapan la, tk lama lagi la,”.mana org tk cr cara lain, lepas tu bila berjaya org tu jumpa penawar,kata mcm2.kalu tk percaya jumpa dr dgr apa dia cakap bila jumpa org sakit, tk pernah cakp yg boleh naik semangat org yg sakit.sakit terus sakit,bukan nk pulihkn.kalu betul dr jalankan tugas,hospital kurang org sakit,bila kurang org sakit, tk bergaji la diorg.tu psl timbul isu ni.

  • 35 zardy 2:54 pm

    Statement Cik Ayu menyebabkan hakikatnya cik kurang berfikiran jauh dan mendalam terserlah.

    Allah pun dah kata. Badan kita, amanah kita. Kita perlu menjaga diri kita. Sayang sekali rakyat kita yang bebas mempunyai akses media massa masih kurang memakainya utk kegunaan yg lebih berfaedah. Memanglah doktor2 ni akan paparkan sijil2 itu. Tapi tanggungjawab pesakit sendiri utk ambil tahu apa sebenarnya maksud sijil-sijil itu. Kalau pesakit datang bergoyang kaki langsung tak ada pengetahuan, jika ditipu janganlah salahkan orang lain akibat ignorance sendiri. Dan utk mana-mana d

    Perubatan moden asasnya dulu ialah perubatan alternatif juga. Hakikatnya dah lama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyokong perubatan alternatif sebab kita tahu apa-apa pun, pesakit mempunyai hak utk berfikir secara autonomi. Dan masih ramai lebih percayakan perubatan alternatif. Kami sikit pun tak hinanya malah kami dah lama mengiktirafnya. Contohnya kami melatih bidan-bidan kampung dalam menyambut kelahiran bayi agar mereka tahu bila mana komplikasi sewaktu proses itu sudah berada di luar kawalan dan bidang kuasa mereka, masa bila mereka perlu merujuk pesakit kepada kami. Kami sokong perubatan alternatif dengan memberikan peluang dan geran-geran utk kajian diadakan supaya ia boleh dipakaiguna dalam hospital dengan melalui banyak proses saringan yang ketat. Semuanya tak lain dan tak bukan ialah utk keselamatan pengguna. Tapi sayang.. pengguna lebih pandai. Sebab itulah dah berpuluh-puluh kes kami terima datang dengan kanser yang sepatutnya boleh ditangani dari peringkat awal tetapi bertangguh sebab cuba ubat-ubat yang langsung tak diiktiraf. Bila pesakit meninggal, sibuklah keluarga mengwar-warkan bahawa pesakit “dibuat orang”. Saya tahu sebab saya pernah merawat kes seperti ini yg juga merupakan ahli kenalan saya sendiri.

  • 36 ninanini 3:08 pm

    dah terlalu banyak ubat jual kat pasaran online…tp hospital masih penuh..teringat arwah adik dulu terpaksa tangguh pembedahan kerana icu penuh…klu ubat kat internet leh sembuhkan sume penyakit, kenapa hospital masih penuh?…saya mmg tak percaya produk2 online..sorry…sbb penjual ubat tuh pon tahu kandungan2 ubat atas dr mulut ke mulut…bkn derang yg buat reasearch…upline ckp gini, die ckp gini…upline ckp gitu, die pon ikut je…sebenarnya pengetahuan die ttg sakit n ubat zero..hanya ikut2 saje

  • 37 adik teruna 3:21 pm

    gile ke apa senah ni kata BN bodoh.. cam tak caya je.. tengah datang bulan kot..

  • 38 hamba allah 4:11 pm

    dah bosan jadi doktor ilmu yahudi bersara je la

  • 39 Borhan 4:36 pm

    banyak doktor lelaki PLU…. PLU ni better than str8 dari segi kualiti kerja. Doktor lelaki str8 pemalas dan tak mesra.

  • 40 Anonymous 4:38 pm

    Kenapa masih percaya pada ubat yang tak tentu hala cara pembuatannya? Kurang mampu atau mudah ditipu.

  • 41 sengkuang kicap 5:23 pm

    Sangat benar, tauhid yang penting.

  • 42 Carian Panas 7:23 pm

    semua ni adalah disebabkan oleh satu penyakit yg sgt merbahaya iaitu penyakit irihati dan dengki

    apa jua ubat yg penting memberi kesembuhan dengan izin Allah wat pe nak salahkan semua ubat yang memberi kesembuhan hanya Allah

    x yah la nak dengki sana sini DR pun buat juga MLM sebab pe ye

  • 43 Anonymous 7:36 pm

    Bila masa dia kutuk google?

  • 44 Anonymous 7:59 pm

    Semuanya ketentuan ALLAH….

  • 45 Din 9:09 pm

    Menolak terus perubatan alternatif seperti mematkan terus usaha dan insentif org melayu cuma eloklah kerajaan mengawal atau membantu untuk menguji sesuatu ubatan sebelum mendapat kelulusan utk dipasarkan

  • 46 dan 11:07 pm

    aik..kak senah ngigau ke …made my day sia ….

  • 47 azmi tomcsb 11:44 pm

    Saya seorng herbalis dan dulu ada formulasikan produk utk beberapa MLM. Kita tahulah apa dia brg yg kita masukkan tapi dia punya marketing memang lebih sudu dari kuah. Kita yg tahu pun tak berani nak cakap atau janji lebih2. Itu semua permainan berniaga diaorng

  • 48 Al-Rijal 11:57 pm

    Jgn lupa jgk perubatan moden juga berasaskan perubatan islam. Sbg cth Kanun Fi Tibb karya Ibnu Sina yg menjadi rujukan tokoh2 perubatan seantero dunia zaman berzaman. Kalau nk diiktiraf mknn sunnah sbg perubatan islam maka perubatan moden juga selayaknya diiktiraf sbg perubatan islam yg mana pengetahuannya juga bersanadkan tokoh2 perubatan islam dan juga pd Nabi SAW sdri. Cth lain jg spt mana mafhum hadis Nabi SAW sdri mengajar mengenai penggunaan besi panas dlm mencantumkan luka yg mana zaman moden dipanggil sbg cautery/diathermy. Maka secara langsungnya perubatan moden juga merupakan perubatan islam. Wallahualam.

  • 49 Anonymous 12:05 am

    Kalau xbelajar perubatan jgn memandai dok kata set2 dr tu kena brainwash set2 dr ni diajar x terima selain perubatan moden n etc. Simple common sense. Kita xperlukan komen2 sebegini rupa yg mencerminkan pemikiran yg cukup singkat. Kadangkala xkomen jauh lbh baik dpd mengeluarkan komen2 yg bodoh!

  • 50 safhan 2:29 am

    Buat saudara yg seakidah Islamiah. Usahlah kita menuding jari siapa yg salah. Berfikirlah dgn luasnya akal ciptaan Allah S.W.T. Sama ada doktor atau tidak hakikatnya kita hanya stu medium yg sama2 berusaha untk mencari penawar bg penyakit. Perlu ada stu titik persefahaman antara doktor dan pesakit. Tak slah menggunakan perubatan alternatif cuma mungkin harus bijak memilih tanpa percaya bulat2 terhadap sumber penawar kerana dibimbangi diri yg merana kelak. Mungkin sahaja luahan doktor ini kerana gusar dgn bnyknya produk kesihatan alternatif yg tidak berasaskan ilmu dan penyelidikan yg kukuh. Hasilnya smakin rmai yg tertipu dan menjd bhan eksperimen bg mereka yg ingin mengaut laba keuntungan.Harus sedar bahawa segala penyakit dtgnya dr Allah maka yg menyembuhkan juga Allah Ta’ala. Sekuat jitu mana pun kita mencri penawar realitinya kita tak mampu menghalang kematian drpd dtg menjemput hatta sekalipun sesaat tercepat atau terlambat.Jika berjaya menyembuhkan penyakit sama ada perubatan moden atau alternatif semuanya dtg dr ilmu Allah Ta’ala. Usaha hak manusia tp yg memberi sembuh ialah Allah Ta’ala. Maaf ats kedangkalan dri ini memberi pendapat kerana ceteknya ilmu. Sy cuma tak mahu kita sesama Islam bergaduh untk memilih rawatan mana yg terbaik sedangkan ada antara umat Islam yg lain sedang berjuang bermati matian hanya untk tegakkan kalimah syahadah. Rawatlah rohani sebelum merawat jasmani agar kita dipandu Allah S.W.T. untuk buat tindakan yg bijak. Allahhu Ta’ala ‘Alam.

  • 51 moffaz 2:31 am

    Apa citer puisi Dr.

    Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud :

    “Tetaplah kamu dengan Habbatus Sawda ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar segala penyakit kecuali As-Sam (mati)”.

    (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Dah buat kajian klinikal belum. Kira cover skali saraf tunjang la hadis nie kecuali mati. Hahaha

    Some are drugs, some are herbs. Some can be explain by logic some can’t. As a Dr. if you find some medicine is too far miracle, buktikan je salah secara teknikal dan wartakan (itulah ketokohan dalam kedoktoran). Begitu juga jurutera, there are 1,000 defects in aeroplane but the plane has to fly.

    Ada yg kene potong kaki jika masuk hospital tapi sembuh dgn rawatan alternatif.

    Walaupun Dr penuh dgn tauliah dan pengiktirafan tak semestinya 100 peratus betul dan tak juga 100 peratus salah. Begitu juga ubat lain diluar sana. Life is too short to wait for scientific proven but still ‘ikhtiar’ still exist. Yg penting ubat itu ada perakuan ‘KKM’ dan dimakan dgn dos boleh dikatakan selamat. Kadang2 kita try ubat tu sembuh, kadang2 tidak. Itu namanya try and error as long as ada perakuan KKM (cegah mudarat). Allah sahaja yg Maha menyebuhkan.

    Jika isu garam yg boleh sembuhkan saraf tunjang itu tak masuk akal, tampil dan berikan pendapat jauh lebih penting dari keluarkan puisi. Barulah peranan Dr tu tampak dan tidak dangkal.

  • 52 Zulhanif 5:48 am

    Jangan la cakap doctor ni pakai ilmu yahudi, masa umat Islam kene timpe musibah (Tsunami (Acheh), Gempa bumi (Iran), Perang), doktor2 ni la yg pgi bantu umat islam melalui Mercy Malaysia. X penah pulak dgr syarikat MLM ni hantar ubat ajaib diorg bantu umat Islam kat sana. sebab? xde profit!

  • 53 Anonymous 7:39 am

    Yg reply komen pun ramai doktor google..bg komen xde asas..

  • 54 Anonymous 7:40 am

    Bosan2 doktor pun tiap2 bulan 50k apadahal

  • 55 jebat 7:40 am

    berdebat dengan orang bodoh memang kalah terang lah…
    Ilmu perubatan moden skrg ilmu yahudi? Bole tunjukkan bukti

    doktor yang dibrainwash oleh yahudi atau korang y dibrainwash oleh MLM agent?
    kiteorang bukan robot yang dipaksa masuk medical skool dan hafal2, kita belajar pasal body manusia melalui pemahaman..
    setiap penyakit proses dia berbeza, dan ubat dia berbeza..itu mmg logic.

    kami agent yahudi?
    sedangkan ramai antara pengamal perubatan dan tak kisah where u come from, agama apa,kawin ke tak.. their only fokus adalah utk selamatkan seramai mungkin manusia2 dan memberi mereka kehidupan y lebih bagus.

    kalau nk cakap jugak doktor yahudi. ok lah..dah korang dok telan mcD and etc etc y yahudi tu,elok lah diubat dengan ubat yahudi jugak..

    who know actually, yahudi pun ceduk ilmu perubatan dari tokoh islam seperti ibnu sina, al-razi dan etc, baca lah sejarah ilmu perubatan baru bole cakap …

    mengenai ubat2 yahudi yang dikatakan punyai kesan, dieorang tahu ubat itu ada side effect sbb ubat itu dah masuk clinical trial berbelas-belas tahun sblum diluluskan…. so, ubat y dijual dipasaran tu betul ke tak ada side effect atau tak diketahui side effectnya..
    pergi hospitl doc akan cakap “ubat ini akan buatkan rasa penin bla bla bla” cuz we jujur.. Ada ke agent ubat MLM bagitau keburukan bahan dieorang? ada ke,semua y baik kan, jujur betul…

    whatever, the only reason Dr Jafri bersuara bkn sbb dengki-duit or etc..dia concern je tu..

    Nak sihat jaga makan, selalu bersenam, don’t smoke dan ingat tuhan…

  • 56 admin 10:18 am

    kepada Dr gigi Zardi, sila sambung ayat anda yang tergantung/putus tu ya.

    “Kalau pesakit datang bergoyang kaki langsung tak ada pengetahuan, jika ditipu janganlah salahkan orang lain akibat ignorance sendiri. Dan utk mana-mana d….”

  • 57 Anonymous 10:41 am

    Rm5k pon xdpt.ni kan 50k

  • 58 Anonymous 10:58 am

    Sebab org cina nak kesenangan but tak undi pun BN….tgok disitu yer

  • 59 Anonymous 11:09 am

    Mantap!

  • 60 JOJOI 11:19 am

    ye ke? gaji doktor tak sampai rm5k?

  • 61 Anonymous 11:21 am

    xsemua mcm tu ok..sy pesakit canser yg teruk alhmdulilah ok

  • 62 ayu 11:35 am

    mungkin ada benarnya, sebab ayu ada sumber mengatakan Dr yang ada klinik dah ramai tenat (bisnes merudum) spt yang ayu cerita di awal post.
    Ada salesman jumpa ayu mengatakan bhw gaji staff swasta (marketing/admin/boss) lebih besar dari gaji Dr.
    tak caya?? cube le tanya Dr sendiri…

  • 63 mek 2:02 pm

    seeloknya…

    minta pendapat yg pakar anatomi dl…seperti doktor… berusaha melalui perubatan yg sah dahulu..jika semua ujian atau cara dapat hasil negatif maka masa tu kita perlu ke perubatan alternatif..

    tumbuhan dan haiwan i.e mamalia seperti kita secara sel tunggal pun sudah berbeza … apa lagi tindakan hormon dan sel tunjang… nak amik ubat alternatif pun berpada2 lah… makanan sunnah yg sedia ada itu amalkan…xde masalah…tp kena seiring juga dgn yang lain…

    dok emo psl MLM aa psl dengki duit la apa laa…. ehh korang meniaga MLM ke sampai BUTT HURT tu?? please lah… pikir rasional…. and bijak…

    in b4 : bergaduh ngan org x cerdik ni xkan menang…sudahnya kita pun org pandang cm x cerdik juga…

  • 64 Anonymous 4:49 pm

    Itu namenye Doktor xde etika… Dalam etika Doktor, mane boleh promote barang or ape2… Just ckp ubat ini untik ape, n ape side efeknye… Sume bnde yg kite makan ade side efek… X yah tipulah kate ubat ni x de side effek…

  • 65 Anonymous 4:59 pm

    Ya betul tu. Sy setuju. Mmg ramai org cina ke klinik kerajaan. Sy pun dh nekad ke klinik gov ahe. Bukan sbb x mampu. Sbb murah n tax pun kita byr mahal so kene guna la kemudhn yg ada

  • 66 Anonymous 4:59 pm

    DR yg wat MLM tu lantak die lah… Tp jgb sesekali menggunakan TITLE DR dlm mmpromote barang itu. Tetapi walopun ramai DR yg masuk MLM ni x menggunakan title mereka, rakyat yg bengap tetap percaya… Nak tau DR mane yg bagus n ikhlas berkhidmat? Tu kat hospital n klinik… Duet gaji or untung ubat dorg simpan N terus continue bg perkhidmatan dekat rakyat… Ye mmg certain DR ckp x meyakinkan, tetapi itulah mereka…. Nk lawan ckap dgn org MLM, Anwar Ibrahim or Najib pon bleh kalah debat… Hahaha

  • 67 Anonymous 5:05 pm

    Mek oi… Pakar anatomi pon x tahu menahu pasal ubat… Cari pengamal perubatan, pakar perubatan le… Pharmacist, doctor, specialist, pharmacologist…

  • 68 HAJI AL-AZMY SHAARI 5:42 pm

    Kalau x silap puisi ini ditulis oleh blogger Dr Zoudhan.. cuba check semula..

  • 69 don 6:34 pm

    antara komen terbangang yang pernah aku baca.. serious bangang

  • 70 chedahHS 6:46 pm

    saya merupakan salah seorang pesakit kepada Prof Dr Jafri Malin Abdullah…..di HUSM….. Prof Jafri adalah seorang dr yang cukup disenangi pesakit dan luahan itu ada benarnya.

  • 71 HALIPULU 9:40 am

    MARI MINUM AIR KANGEN KANGEN KANGEN KANGEN

  • 72 PTD 9:23 pm

    perniagaan MLM, perubatan herba mahupun perubatan dari tukang karut/dukun berjaya disebabkan mereka berjaya MEYAKINKAN orang. bukan disebabkan ubat tersebut mujarab atau tidak. keyakinan seseorang juga menjadi faktor sesuatu benda yang dimakan tu berkesan atau tidak. ianya juga dipanggil sebagai kesan plasebo. pernah dengar orang lumpuh minum air yang kononnya keluar dari celah batu terus boleh berjalan? bila disiasat, rupanya air tersebut datangnya dari pembentung air bawah tanah kepunyaan syarikat air negeri.

    begitu juga doktor perubatan moden. mereka perlu bijak dalam meyakinkan orang/pesakit tentang sesuatu ubat yang dimakan, bagaimana untuk menjaga kesihatan diri dan sebagainya. sebagai contoh, mereka perlu terangkan mengapa ambil paracetamol 500mg sebanyak 2 biji dan 4 kali sehari? bukan kata “saya beri panadol/ubat demam” tanpa menerangkan proses selanjutnya. sudahnya bila pesakit ambil ubat di farmasi, ahli farmasi juga tak menerangkan secara ringkas tentang ubat yang diberi, yang diberitahu adalah ubat tersebut makan berapa kali sehari, itu saja.

    itu sebab orang ramai mudah tertarik dengan ubat-ubatan yang bukan datang dari farmasi yang dipreskripsi oleh doktor. sebab KEYAKINAN. mereka tidak diyakinkan oleh orang yang memberi/menjual/merawat.

    bukanlah nak suruh semua doktor/pharmacist untuk memberi keterangan panjang lebar sebagaimana tukang karut MLM buat. tapi cukup sekadar boleh meyakinkan pesakit bahawa sekiranya mereka mengambil dos sekian-sekian kesan terhadap penyakit mereka akan berkurangan disebabkan itu dan ini.

    memang benarnya apa yang dikatakan oleh doktor tersebut bahawa orang sekarang lagi suka mendapatkan rawatan melalui MLM/dukun, mahupun doktor google, iaitu mencari sendiri ilmu perubatan dan cara pengubatan. silapnya pada doktor sedia ada yang taknak meyakinkan pesakitnya sehinggakan pesakit tersebut mencari alternatif lain.

  • 73 wan 1:16 am

    pembetulan,ini bukan dr.jafri yg tulis,dia amk dr blog dr.zouldahan.

  • 74 Maba 8:03 am

    Betul

  • 75 JONGOS 11:27 am

    komen PTD mmg terbaekkk!! para dr. skalian, baca & amalkn yer!

  • 76 Anonymous 4:58 pm

    betul dan adil saranan tuan. ilmu dan khazanah kita hanya pinjaman dan amanah dari ALLAH jua.!!! Berbaik sangkalah dengan segala kejadianNYA. Berdiskusi secara terhurmat !

  • 77 MLT KK 6:07 pm

    SEBAGAI SEORANG MLT DI KLINIK KESIHATAN SAYA SOKONG PENDAPAT DOKTOR INI.. SAYA MENJALANKAN UJIAN DARAH UNTUK BUAH PINGGANG.. RAMAI DI ANTARA KITA AMBIL MACAM MACAM UBAT DI LUAR SANA TAPI AKHIRNYA MEROSAKKAN BUAH PINGGANG TANPA KITA SEDARI.. SEDANGKAN UTK MAKAN UBAT KAT KLINIK DOKTOR AKAN SURUH CHECK FUNGSI BUAH PINGGANG SEBELUM ON UBAT DAN SELEPAS 2 MINGGU UTK TENGOK KESESUAIAN UBAT DGN BUAH PINGGANG.. OLEH ITU.. TEPUK DADA TANYA SELERA.. TAK PERLULAH MENGELUARKAN KOMEN SEKIRANYA TIDAK FAHAM APA YG DIMAKSUDKAN OLEH DOKTOR INI..

  • 78 abin 2:25 am

    doc yg jual supplement,, pastu declare supplement tu bg sembuh penyakit, adalah doc yg tidak beretika, bercanggah dengan etika perubatan ‘evident base medicine’, diharap doc ini insaf

  • 79 abin 2:46 am

    PLU ni natang ape

  • 80 abin 2:49 am

    tmpt aku ade ladg kangkung MLM

  • 81 abin 2:57 am

    doctor sekarang ni dh byk yg bleh terima alternative medicine,,,kami dh ada jabatan ‘tradisional complementary medicine’ hampir disemua hosp besar negeri cuma,,, supplement MLM ni je yg jd mangkuk ayun,,

  • 82 abin 3:33 am

    alahai mangkuk oi,,kalu dh google baik,,jd baik,,google jahat,,jd jahat,,maksud prof tu, kalu nk mkn hablur garam tu, ko mkn la, tp yg pi letak bertindak smpi hujung saraf tu apasal,,hablur garam tu mungkin x smpi rm2 je pun, tp bila dh letak bertindak smpi hujung saraf,,ko bubuh smpi rm2000,,ini yg x betul,,penipu bsr,, bila harga rm2000,,org yg x pikir pjg mmg anggap benda ni ubat ajaib la

  • 83 abin 3:38 am

    perubatan islam ke,,perubatan cina ke,,ayurvedic ke,,alternative ke,,mmg x salh kalau ikut syarak,,tp yg salah tu adalh supliment MLM, tilam ajaib, campuran buah2an yg rm500 sebotol sbb benda2 ni penipu bsr

  • 84 abin 3:40 am

    MLM mmg penipu bsr,,masing2 berharap dapat menipu downline masing2

  • 85 abin 3:45 am

    mmg bangang gila,,kalau dh kena kenser, dijangkakan pluang utk hidup 6 bulan cuma 50%, kena bg tahu 50%, tak kan nk kata 120%,,benda tu smua dh ada dlm kajian dlu

  • 86 abin 3:51 am

    doc yg buat MLM, pastu pakai title doc, adalah doc yg tdk beretika, bila jumpa doc yg mcm ni patut korang blah awal2, tak blh pakai punya doc

  • 87 abin 3:53 am

    ni lagi satu bangang, yahudi pun dulu blajar buat operation kt al khawarizmi

  • 88 abin 4:03 am

    tabik lu azmi,,tu yg aku x blh terima supplmn MLM ni, satu botol air jus MLM tu ubat smua jenis penyakit,,kecuali jus utk bg org mati idup balik je la blm ada lg, kesimpulannya,,mmg penipu bsr

  • 89 ayob songsang tapi dah kawin 9:01 am

    PLU = People Like US = Insan seperti kita..
    Istilah PLU ni sering digunapakai oleh lelaki songsang samada gay/biseksual di Malaysia.

  • 90 yusof 1:06 pm

    byk penyakit dtg dari permakanan yg xbetul..dietitian belajar 4thn untuk kaji makanan yg sesuai diberikan pada patient..kadang2 kita rasa ilmu kita cukup hebat tanpa lihat ilmu org lain.jagalah makanan yg diambil hari2,kurangkan gula,garam,ajinimoto,pewarna,pengawet dan byk lagi bahan yg terlindung dlm code.ramai juga doktor2 yg bmi tinggi..kenapa?..rezeki org jgn disekat..cari lah sama2,jgn lah dengki pada jutawan mlm..patutnya kita bangga.betulkan niat ya..

  • 91 Kupi panas 2:37 pm

    Betul apa yg saura nyatakan siapa ckp ubat mlm ni murah,hampir kesemua kalo jus kesihatan tu melebihi 100++ ntah betul ke tidak bukti sainstifik pon belum dapat disah 100% cuma berdasarkan testimoni sahaja.bkn niat dihati utk mempertikai tapi sekiranya nak untung pun buktikan secara sainstifik dahulu barulah gembar gemburkan.

  • 92 Kupi panas 2:59 pm

    Betul tu sebab saya dah terkena dan tertipu.boleh caya kalau saya kata bahawa dengan melihat mata boleh tahu kt mana yg patut di ubati dan apa yg ubat patut kita telan?

  • 93 ert 7:50 pm

    Dulu kambing, keli, bioaura di MLM kan, now ubat2an pun join skali. Nk menunjukkan org zmn skrg dh x kisah moral n etika, janji dpt duit, waima perlu menipu.

  • 94 abin 5:47 pm

    Teruskn pembohongan MLM

  • 95 Nordin Ariffin 6:53 pm

    MLM tiada masalah selagi diluluskan kerajaan, ada jaminan kepuasan (bleh pulangkan produk kalau tak puashati), ada jaminan wang dikembalikan atau penggantian produk, syarikat MLM itu mempunyai ratusan saintis bertauliah, para pengedar menerima bonus bulanan tepat pada tarikhnya kerana saya telah menjadi ahli MLM selama 15 tahun tiap tiap bulan TIDAK PERNAH SEHARI pun terlewat syarikat MLM membayar bonus.

  • 96 Neutralist 7:26 pm

    Kerajaan adalah Kerajaan. Parti adalah Parti. Mana2 parti yang menang akan MENTADBIR Kerajaan. BN bukan Kerajaan. BN adalah sebuah parti politik yang MENTADBIR / MENERAJUI Kerajaan. bukan jadi Kerajaan.
    Maksud Kak Senah adalah Kementerian Kesihatan yang terikut2 WHO yang DITERAJUI oleh Saintis2 Yahudi. Sekian…

  • 97 Cronos 12:33 am

    Kat pesbuk cuma nak cari kawan2 esp yg dh lama x jumpa. Kat google plak nak cari spare part keta & barang yg susah nak jumpa. MLM? hmm.. tak kuasa, penuh dgn ubat2 magic. Boleh percaya ke? Setahunya satu ubat tu nak keluar beratus belas ribu tikus kena serah nyawa sebelum kita boleh gunakan. Apasal MLM tak jual ubat utk HIV ya? Kan bagus camtu.Pasal doktor ni pulak kekadang bila gi jumpa asyik bagi PCM aja. Lama2 dapat gelaran DOKTOR PANADOL. Tak per ler doktor nak balik tanam kangkung ke apa itu pilihan sendiri. BTW tak nak jual satay ke? hu3.

  • 98 kakchahjelita 9:59 pm

    namapun ubat…. mestilah ada side efek. lebih-lebih lagi ubat yang mengandungi dadah. UBAT dengan MAKANAN tambahan adalah perkara berbeza.
    amalkan pemakanan cara sunnah. makan bila lapar berenti sebelum kenyang. kemudian amalkan madu, habbatussauda, minyak zaitun, delima, kurma, kismis, buah-buahan, sayur-sayuran… tak perlupon amik makanan tambahan yang MAHAL. cukup makan secara sederhana dan makan makanan seimbang dan pemakanan sunnah.

  • 99 kakchahjelita 10:04 pm

    perubatan alternatif pun tujuannya nak bantu rawat pesakit. Perubatan moden bukanlah bermakna tak boleh dipakai. Ia masih lagi releven. kita tak harus tutup pemikiran kita walaupun pakar dalam sesuatu bidang. Ilmu ALLAH kan luas?

  • 100 kakchahjelita 10:09 pm

    serius, saya lebih suka pilih perkhidmatan doktor kerajaan lebih-lebih lagi pergigian. rawatan perigigian swasta sangatlah mahal. MAHAL SUNGGUH!

  • 101 kakchahjelita 10:14 pm

    SOKONG

  • 102 bakaldoktor 2:34 am

    dh name pon jangka hayat kan, mmg la kene ckp berape bln dijangka hidup bagai. benda tu sume teori, dr cuma ckp ape yg dia tau n bljrm bkn maen hentam. kalau dh boleh hidup lame lgi tu kuasa Allah la. jgn sdp2 ckp dr menipu. laen la kalau dr tu ckp,’ lagi 3 bln konfem mati,’ kalau camni mmg dipersilakan utk mencepuk dr tu.

    ckp slh x ckp slh. ak x phm betul dgn mentaliti org skrg -_-

  • 103 bakaldoktor 2:44 am

    btul skali PTD. 20% keberkesanan placebo effect ke ats penyakit. even pernah ad kajian utk penyakit kulit, comparekan result rawatan yg guna antibiotic dan plain sugar yg diketul2kan bg bentuk mcm tablet ubat, ternyata plain sugar tu pon ad keberkesanannye.. yg penting yakin.

  • 104 bakaldoktor 3:03 am

    yg paling x tahan ubat yg boleh memudahkan bersalin which is herba2 yg ntah dpt dr mana ntah. ubat yg menyebabkan strong contarction pd rahim ibu saat nk melahirkan tp bukaan xde. so pt either end up by cs @ worse case baby mgkin meninggal. so ak nk tye la, kalau korg yg jd dr incharge, sakit hati x dpt case cmni? ni bru kes dept obsgyn, x campur kes2 dept laen lagi. ntah pape

  • 105 abin 11:35 pm

    ada yang kurang tepat di sini, antara ubat dan makanan tambahan atau supplement, untuk dpt taraf ubat ada syarat2 tertentu, apa yang dijual oleh MLM tak pernah diberi taraf ubat oleh KKM, hanya taraf supplement, supplement tak perlu kajian saintifik spt ubat, semua org boleh buat supplement, cuma declare bahan2 dlm supplement tu,,JADI KALAU ADA COMP MLM KATA DIA JUAL UBAT, MMG TERANG2 MENIPU

  • 106 abin 11:41 pm

    sbb nk bg bonus kena jual air kulit manggis smpi rm200 sebtl

  • 107 Sejati 2:23 pm

    Org, skolanya rendahpun x hensem mengeluh n menyalahkan pihak lain bg2, apalg gelarnya Prof… dpt gelar ‘Saintis Penyelidik Terbaik Malaysia’ lg, huiiii terlampau !!!…. Sy tahu, skola tinggi2 spy jd pyelesai masalah, ikhlas n bsykur kpd “Tuhan” sb tu org brilmu darjatnya naik.

  • 108 zaza 3:00 am

    Hmm..dokter yg fikiran negative cmnila.. tk boleh terima hakikat.. tk boleh terima kemajuan teknologi terkini..mcm katak kt bwh tempurung..
    igtla dokter..semua yg dijadikn didunia ni adalh rahsia Allah..penemuan2 baru adalh ketetapan Allah..sembuh atau tidak juga dgn izin Allah
    mngapa menidakkn kuasa Allah?
    Dokter masih dprlukn utk tujuan perubatan..bkn pnyembuhan..sbb tu ramai yg mncari produk alternatif utk pnyembuhan..

  • 109 Anonymous 2:02 am

    Mungkin doktor ni belum jumpa lagi research tentang stemcell dan ozone…. even harvard university pon ada institut stemcell n tgh kaji psl stemcel merawat kanser, buah pgg etc.. dan doktor ni kata stemcell tu produk ajaib…. nampaknya kita tak perlu belajar sampai jadi doktor utk berfikiran luas

Tinggal Komen Bernas Bagi Topik Ini