Hutang Kereta (RM145 bilion), Hutang Pinjaman Peribadi (RM56 bilion), Hutang Rumah : RM316 bilion Hutang Kad Kredit (RM32 bilion). Apa Puncanya?

Hutang Kereta (RM145 bilion), Hutang Pinjaman Peribadi (RM56 bilion), Hutang Rumah : RM316 bilion Hutang Kad Kredit (RM32 bilion). Apa Puncanya?

hutang

Melihat hutang is rumah yang merupakan antara kayu ukur tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sekaligus kenaikan BLR naik, Ketua Ekonomi CIMB Research, Lee Heng Guie menjangkakan yang mana kenaikan BLR naik bakal menyebabkan kalangan rakyat Malaysia yang memiliki gaji dan pendapatan di bawah…angka RM3,000 bakal berhadapan kesan kewangan yang teruk dan kesan masalah sosial.

Di mana ada antara mereka akan hanya dapat teruskan kehiduapn setiap bulan dengan baki simpanan yang semakin kecil.

Senarai Beban Hutang Rakyat Malaysia?

Yang mana perbelanjaan kad kredit, banyak digunakan untuk membeli belah sehingga mencecah 30% berbanding untuk pembeli minyak, bayar bil dan lain-lain.

Dan Malaysia sekarang berada di tangga kedua paling teruk hutang kad kredit di Asia Tenggara berdasarkan rujukan kajian oleh pihak iMoney Malaysia.

Oleh itu, Berita Semasa suka untuk melihat daripada sisi yang berbeza mengapa dan bagaimana hutang isi rumah di Malaysia boleh melonjak tinggi sebegini rupa. Mengapa?

Boleh hanya jumlah dan nilai hutang rakyat Malaysia sekadar menjadi “jaguh kampung” tetapi Malaysia telah menjadi jaguh Asia” apabila diangkat menjadi negara yang mempunyai hutang isi rumah tertinggi di Asia.

Berita Semasa sama sekali tidak mahu Malaysia dikenali dengan statistik dan angka yang sebegini rupa. Tetapi mengapa keadaan semakin bertambah buruk? Mengapa?

Hutang Pinjaman

Berdasarkan semakan Berita Semasa kepada laporan yang dikeluarkan oleh syarikat Whitman Independent Advisors Sdn Bhd, rakyat Malaysia sebenarnya menyimpan sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah gaji anda untuk tujuan simpanan di hari tuan anda.

Jikalau tidak tercapai, maka kalangan rakyat Malaysia di hari tua bakal hidup dengan keadaan yang tertekan dek kerana kesan inflasi dan kenaikan kos sara hidup daripada tahun ke tahun.

Dengan kos sara hidup di malaysia hari ini terutamanya di bandar-bandar besar di Malaysia, rakyat Malaysia dilihat bertungkus lumus untuk membayar hutang, perbelanjaan harian, perjalanan, makanan minum dan sebagainya setiap hari untuk terus hidup di atas bumi yang dinamakan Malaysia. Setelah dibuatkan perbandingan antara negara-negara lain, terhasilnya gambarajah di bawah ini :

Hutang Pinjaman Kereta

Malaysia dilihat mempunyai kuasa beli yang rendah apabila dibandingkan dengan bandar utama di negara lain.

Kuasa Beli Rakyat Malaysia Vs Penduduk Negara Lain?

Contohnya untuk berkemampuan membeli 1 kg roti

  • Rakyat malaysia perlu bekerja 22 minit
  • Penduduk Los Angeles perlu bekerja 18 minit
  • Rakyat Sydney perlu bekerja 16 minit
  • Rakyat Tokyo perlu bekerja 15 minit
  • Penduduk Zurich perlu bekerja 12 minit sahaja

Contohnya untuk berkemampuan membeli 1 kg beras

  • Rakyat malaysia perlu bekerja 32 minit
  • Penduduk Tokyo perlu bekerja 21 minit
  • Rakyat Singapore perlu bekerja 17 minit
  • Rakyat Sydney perlu bekerja 11 minit
  • Penduduk Los Angeles perlu bekerja 11 minit sahaja

Contoh laporan di atas Berita semasa perolehi daripada laporan perbandingan gaji dan harga barang yang dikeluarkan oleh Swiss Bank UBS AG

Melihatkan susah payah dan berhempas pulasnya rakyat Malaysia bagi membeli barang-barang di Malaysia, Program Pengurusan Hutang oleh AKPK mendedahkan hutang isi rumah yang tinggi di Malaysia berpunca daripada :

  1. Kelemahan pengurusan kewangan : 23%
  2. Perbelanjaan tinggi bil perubatan : 18%
  3. Perniagaan rugi : 15%
  4. Hilang pertimbangan ketika menggunakan kredit kad : 11%
  5. Kehilangan kerja : 10%
  6. Kos sara hidup yang tinggi : 4%
  7. Bakinya, Lain-lain termausklah kegagalan dalam pelaburan, tidak mampu membayar komitmen hutang

Apa pendapat anda pula? Mengapa hutang anda, hutang rakyat Malaysia menjadi tinggi sebegini rupa? Apa puncanya?

Sambung Baca Lagi Artikel Terbaik Yang Ini Pula. Ada Kaitan Dengan Yang Di Atas :

Nisbah Hutang Isi Rumah di Malaysia VS Pendapatan Boleh Guna (146 Peratus). Sing... Nisbah Hutang Isi Rumah di Malaysia VS Pendapatan Boleh Guna (146 Peratus). Singapore, Korea Selatan, US, UK Pun Kalah. Kenaikan Harga Rumah (2007 hingga 2Q2014) Naik 67 Peratus! Sejarah ekonomi d...
{ 35 Komen Bernas di Berita Semasa… add one }
  • 1 Borie Sep 5, 2014, 11:19 am

    Nak makan kat kedai makan fikir 3x dulu mahal ke murah.
    Nak naik kereta minyak cpt habis, naik moto jela gi keje.
    Nak beli lauk, ikan ayam, pasar malam jela.
    Nak beli kain baju, jenama celop jela.
    Nak call kwn..msj je la murah.
    Nak online, beli broadband, gi wifi kedai mamak jela.
    Nak belanja aku makan? Horeyyyy!!!

  • 2 1M Sep 5, 2014, 11:21 am

    Aku demam, nak pi klinik, KLINIK 1Malaysia je la.

  • 3 2M Sep 5, 2014, 11:23 am

    Nak kahwin? Kahwin alek siam jela.

  • 4 Raja Ali Sep 5, 2014, 11:41 am

    rich malaysia, poor malaysian
    negara kaya, rakyat miskin.

    Hidup umno/bn

  • 5 prs Sep 5, 2014, 11:52 am

    ramai bersrapan pagi RM 1.20 dgn Manggi sebungkus 80 sen + Telur 20 sen + Teh Kosong 20 sen di rumah sebelum bertolak ke tempat kerja.

  • 6 ALERT! Sep 5, 2014, 12:12 pm

    Wahai rakyat jelata!

    Red Bean Army in the houseeee!

    Awas..cerita bohong ttg rasuah dan perkara2 seperti

    Lembu, Altanthuya, Scorpene, lahad datu, dan seangkatan dgnnya sedang diprovoke menggunakan nama2 “Org Melayu”

    RBA – you have been spot

  • 7 pencacai UMNO/BN Sep 5, 2014, 12:19 pm

    Apa la bising2 ni pasal utang semua ni, BRIM kan ade, bayar la pakai BRIM, kita kena besyukur, biar rakyat sengsara dgn ekonomi tapi kita kene bersyukur ngan kepimpinan Barisan Nasioanallllll…. hidup umno! Hidup Barisan Nasional!

  • 8 wong Sep 5, 2014, 2:29 pm

    gila

  • 9 Kak Ton Sep 5, 2014, 3:09 pm

    Mana ada orang melayu kuat hutang. Tengok Kat Jat Lembu tambah harta ada. Hasil dari merompak duit lembu 250. Senang lenang tanpa risau kena tangkap.

  • 10 awie Sep 5, 2014, 5:29 pm

    Ini semua POYO……!!!!

  • 11 Anonymous Sep 5, 2014, 6:03 pm

    Aku sokong bro!
    Gi keje naik moto, kete jadi tukun..
    Gi keje bawak bekal dr umah, jimat..
    Nak beli lauk, beli udang sotong second hand depan pasar borong slayang..
    Nak beli baju, jenama celop pasar mlm 2 rm10..
    Nak call kawan..whatsapp je la jimat..huhu…
    Makin lama makin.pahit duduk KL nih gaji bawah rm2000 :(

  • 12 Anonymous Sep 5, 2014, 6:10 pm

    Ini semua salah kera-jaan nih..patutnya kete ngan rumah, 2 barangan asas nih patut dikawal harganya..2 ni je la punca hutang melambung tinggi..sampai mati la keje hidup bayar hutang je la..brani cakap la beb tahun depan lepas start Gst lu.org smua jatuh terduduk :(

  • 13 lff Sep 5, 2014, 7:26 pm

    Utang isi rumah Msia sebenarnya ialah 87 % dr GDP, Tahun 2013, RM 1 Triliion @ RM 1000 bilion iaitu RM 870 bilion.
    Sangat mengekutkan dan membimbangkan perkembangan ekonomi negara.

  • 14 Anonymous Sep 5, 2014, 7:32 pm

    Menteri biasa akan salahkn rakyat kerana hutang meningkat..yg mereka tau cuma beri kenyataan bhawa pendapatan isi rumah pada paras yg baik, tu nampaknya mereka tidak dekat dengan rakyat. Tengok lh GST nanti bila, wlpun skrng mereka ckp brg keperluan spt mknan tak terjejas, jgn harap sbb kos disebalik penghasilan brg keperluan pasti mempengaruhi. Hutang sekarng dh meningkat sbb bnyk benda yg mustahil untuk kita byar tunai..bank2 pula semakin mengmbil kesempatan yg mana seolah2 kerajaan pun membiarkan shaja. Tngoklh bajet tiap thn mana ada kerajaan memikirkan kesan jngka pnjng apa mereka laksanakan yg lbh kepada bajet syok sendiri.

  • 15 pemerhati Sep 5, 2014, 11:31 pm

    apa kesimpulan artikel ini?
    rakyat jangan berhutang atau kerajaan jangan naikkan OPR?

  • 16 pemerhati Sep 5, 2014, 11:42 pm

    hebat betul Malaysia dibandingkan dengan negara-negara maju.
    negara seperti Jepun, US, Australia…itu semua negara maju yg wujud jauh lebih lama dari Malaysia. mungkin kita sudah mencapai tahap yg sama dengan negara berkenaan maka boleh dibanding bandingkan.

    tak faham halatuju artikel ini

  • 17 Anonymous Sep 6, 2014, 4:12 am

    Pasar malam mahal gle der.. x mampu den

  • 18 lff Sep 6, 2014, 6:02 am

    Terdapat segelintir Graduan sebaik tamat pengajian dgn gaji tak seberapa mula menanggung utang- utang seperti Kad Kredit, PTPTN, Loan Kereta, Loan Perkhawinan dan mungkin Loan Rumah .

  • 19 Mamak Budik Sep 6, 2014, 3:16 pm

    Graduit U kecoh cmne ni sodara !… takat SPM sbelah sini x kecoh pon hal pinjaman rumah ke, krete ke dsb nya, Sodara kan jg tau kerajaan ni hutang bank dunia betimbon2 relak je !!! Smua negare dunia ni hutang bertimbon2 jg relak je !!!… Ingat sodara berhutang blh jk mo ada harta benda ( bhutang b bek dpd menipu orr mencuri ) TAPI jgn lupo bayaq hutang dulu noq ikut jaduai…

  • 20 hamid Sep 6, 2014, 4:04 pm

    makan cok kodok pun mahal la nii…

  • 21 pak din Sep 7, 2014, 8:56 pm

    sebenanya kita kena berjimat dan muhasabah diri.jgn belanja boros.ikut hati matii..kalau tak boleh berbelanja,jangan belanja.ini tak ikut nafsu je..sebenanya kalau kita berjimat.lama2 banyak juga duitr kita.xyahla pinjam.wat malu jer,,saya baca satu berita camne ada seorang makcik dapat pi mekah.hanya menyimpan RM1 shj,lama2 dapat juga menunaikan haji…itula duit berkat..

  • 22 Anonymous Sep 7, 2014, 8:59 pm

    orang sini pandai je bagi komen.cuba la wat sendiri petua pak din tu..menyimpan la lam tabung buluh ke..atau bank.banyak nanti duit tu..udah2la meminjam.xyah meminjam kalau kita tau psal kewangan..

  • 23 Anonymous Sep 7, 2014, 11:04 pm

    Huhu

  • 24 Lima Sep 7, 2014, 11:05 pm

    Keje sebulan br dpt gaji…

  • 25 Anonymous Sep 7, 2014, 11:06 pm

    Yolah pak din..simpan duit dlm tabung haji

  • 26 Nemo Sep 7, 2014, 11:07 pm

    Tak abih2 ngn lombu2 ekau…

  • 27 the one you know who Sep 8, 2014, 4:57 am

    kalo menyimpan, dah tua kerepot la baru merasa..kalo sempat tua..contoh tgk rumah dulu 40k..start menyimpan agak2 dan cukup tabung, rumah tu 40k lg?..kalo beli henfon bole la menyimpan..mohon yang cadang tu pikir rasional..org sekarang menyimpan utk hari tua, pegi haji..bila dah tua, hutang dah xde, semua cukup, duit simpanan la wat guna belanja..dah x pikir beli rumah semua..jadi AJK masjid la pulak..

  • 28 lff Sep 8, 2014, 6:16 am

    Menteri berkata, purata pendapatan isi rumah sekarang ialah RM 5900.Adakah itu benar ?

  • 29 pop Sep 8, 2014, 9:40 am

    RM1 sehari maka nak capai RM10000 untuk pergi haji. setahun 365 hari. RM10000/365 hari = 28.4 tahun! 28 tahun akan datang harga tambang sama ke? kalau naik jadi RM30000 bermakna 74 tahun kena menyimpan!!!

    Ni aku nak bagitau kepada pembaca macam ko yang kurang guna otak nih. Makcik tu boleh pergi haji menyimpan 2 ringgit sehari sejak 40 tahun PADA umur 84 TAHUN dengan kos RM10000. Andai kata kos hanya RM5000 sahaja makcik tu dah boleh pergi haji PADA umur 64 TAHUN. Tak kesian ke?

  • 30 pop Sep 8, 2014, 9:43 am

    Konsep simpan duit bawah bantal dah tak boleh pakai sebab susut nilai yang teramat. Kalau barang kemas emas aku rasa ok dan terbaik even lepas bayar zakat. Maaflah atuk-atuk, nilai duit sekarang tak sama macam dulu. 2-3 tahun dah susut nilai teruk.

  • 31 Spotlait Sep 8, 2014, 12:22 pm

    Hakikatnya…. pagi petang malam restoren mamak sentiasa penuh…ngeteh, ngopi, ngilo hari2. Weekend je bowling centre fullhouse..sampai pkul 11 jwapnya xde lane yg kosong,,huhu

  • 32 Ahmadi Sep 8, 2014, 2:07 pm

    Pirate memangla betul.tapi Malay semua dapat rm5900,kenapa dekat 80% isi rumah kayak Dan terima Brim?

  • 33 Nemo Sep 8, 2014, 9:23 pm

    Lombu ado tali takdo pon tak guno
    Tunggu hujan dh ghobeh
    Baru payung nk dibuko?
    Kojo tak kuek tapi berangan nak hidup sonang
    Baik poie mampuih dari susah’an semuo urang

  • 34 Anonymous Sep 9, 2014, 1:20 pm

    Puncanye kalau buat loan rumah. kereta.pinjaman peribadi bunganye mak oooooi punya tinggi rase rase nye dah sampai tua baru habis kut hutang tu

  • 35 Anonymous Mar 26, 2017, 8:36 pm

    Mintak sana sama dukun penangkal rudal korut

Tinggal Komen Bernas Bagi Topik Ini