Punca Kenaikan Harga Ubat Naik Gara-gara Kejatuhan Teruk Nilai Ringgit Malaysia!
Jikalau Datuk Seri Nazri Aziz yang merangkap Menteri Pelancongan Malaysia yang sedang bertungkus lumus cuba menarik pelancong datang ke Malaysia lebih selesa untuk menerima berita kejatuhan nilai ringgit Malaysia hari ini sebagai rahmat kepada kementeriannya dan industri pelancongan di Malaysia.
Manakala Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S Subramaniam pula tampil memberikan peringatan kepada rakyat Malaysia dan pemain industri supaya bersedia dengan kemungkinan akan berlkaunya kenaikan harga ubat naik selepas ini, semuanya gara-gara gelombang dahsyat kejatuhan ringgit Malaysia yang berlaku ketika ini.
Punca Kenaikan Harga Ubat Naik Selepas Ini?
- nilai ringgit Malaysia jatuh teruk
- harga bahan mentah yang diimport naik bagi digunakan untuk tujuan menghasilkan ubat di Malaysia
- kos import ubat dari luar negara naik
Dan sekarang hospital swasta telah melahirkan kebimbangan mereka apabila mereka dikatakan sedang berhadapan dengan kejatuhan marin keuntungan sehingga 30 peratus banyaknya.
P/S : Bukan sahaja, kenaikan harga ubat naik akan berlaku lonjakan selepas ini tetapi apabila produk dan barang yang diimport dari luar negara akan terkena tempiasnya.
PP/S : Ini baru kesan disebalik nilai ringgit jatuh merudum belum ditambah lagi dengan perjanjian TPPA lagi.