Berapa Tawaran Harga Tiket Sunway Lagoon Untuk Masuk
Jika anda berniat untuk pergi ke taman tema air, sudah pasti yang muncul di benak fikiran adalah Sunway Lagoon.

Jika mahu dibandingkan dengan beberapa taman tema air yang lain, harga tiket Sunway Lagoon agak mahal terutamanya selepas GST sudah diperkenalkan.
Namun, usah khuatir dan risau kerana anda boleh mendapatkan harga tiket pada diskaun yang lebih murah daripada kadar biasa.
Bagaimana caranya untuk mendapatkan diskaun bagi setiap harga tiket Sunway Lagoon murah? Caranya mudah sahaja iaitu dengan menempah secara online.
Semakan Harga Tiket Sunway Lagoon Terkini Termasuk GST 6 Peratus
Berikut adalah harga tiket Sunway Lagoon yang terkini mengikut kategori selepas GST 6 peratus diperkenalkan :
- Dewasa (12 tahun dan ke atas) : RM 150
- Warga Emas (60 tahun dan ke atas) : RM 120
- Kanak-kanak (11 tahun dan ke bawah ) : RM 120
Nota Tambahan : Harga tiket yang dinyatakan di atas adalah sah untuk semua permainan dan tarikan di Sunway Lagoon kecuali permainan ‘pay-per-ride) seperti G-Force X, Bungy Jumping dan Go-Kart.
Promosi Diskaun Jika Tempah Tiket Masuk Secara Online
Adalah lebih baik jika anda booking secara online dan harga yang jauh lebih murah boleh didapatkan sekiranya anda sudah menetapkan tarikh untuk ke sana :
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butirannya
Dewasa (12 tahun dan ke atas),RM108
Warga Emas (60 tahun dan ke atas),RM 81
Kanak-kanak (11 tahun dan ke bawah),RM 81
[/table]
Untuk menempah dan membeli harga tiket Sunway Lagoon secara online, boleh KE SINI
Harga Promosi Untuk Pakej Keluarga (Family Package)
Promosi ini hanya sah untuk warganegara Malaysia sahaja yang memiliki Mykad. Pakej ini boleh dibeli di kaunter tiket Sunway Lagoon dan pembelian satu pakej terhad dan dibenarkan kepada satu famili atau satu keluarga sahaja.
Untuk pembelian setiap tiket, pastikan anda menyediakan MyKad/MyKid. Contohnya seperti 2 MyKad dan 2 MyKid hendaklah disediakan jika anda datang dengan 2 dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Pakej ini tidak sah jika disertaka dengan diskaun dan promosi lain sekiranya ada, Harga tiket pakej famili Sunway Lagoon adalah :
- 2 orang dewasa + 2 orang kanak-kanak = RM 292
Nota Tambahan :
- Harga yang dinyatakan sudah termasuk dengan GST. Umur bagi dewasa adalah 12 tahun dan ke atas manakala kanak-kanak adalah 11 tahun dan ke bawah.
- Bagi kanak-kanak yang tingginya 90cm ke bawah, kemasukan adalah percuma.
- Jika sesetengah permainan ditutup operasinya ataupun kerana cuaca buruk, tiada pulangan wang akan diberikan.
- Waktu operasi Sunway Lagoon adalah 10 pagi – 6 petang setiap hari.
- Tidak sah dengan promosi lain termasuklah promosi MyKad
Harga Tiket Permainan ‘Pay-Per-Ride’
Anda perlu bayar berasingan sekiranya anda mahu mencuba permainan seperti G-Force X, Go Kart dan Bungy Jumping. Harga pemainan ‘pay-per-ride’ Sunway Lagoon ialah :
[table sort=”desc,asc”]
Aktiviti,Butirannya
G-Force X,RM 64 (Untuk pemegang Mykad RM 32)
Bungy Jumping,RM 138 (Untuk pemegang MyKad RM 80)
Go-Kart Single Seater,RM 22 sekali main
Go-Kart Double Seater, RM 27 sekali main
[/table]
Pakej Combo boleh diambil sekiranya anda mahu mencuba G-Force X dan Bungy Jumping dengan harga RM 101 untuk warganegara yang mempunyai MyKad dan RM 160 untuk pelancong asing.
Kadar Sewa Kemudahan Seperti Papan Luncur dan Tube :
- Body Guard : RM 10 (Deposit) + RM 22 (Sewa) = RM 32 (Termasuk GST)
- Surf Board : RM 20 (Deposit) + RM 32 (Sewa) = RM 52 (Termasuk GST)
- Single Tube : RM 10 (Deposit) + RM 11 (Sewa) = RM 21 (Termasuk GST)
- Double Tube : RM 15 (Deposit) + RM 16 (Sewa) = RM 31 (Termasuk GST)
Kadar Sewa Loker
- Multiple time usage – RM 22
- Luggage – RM 43
Sebarang pembelian makanan/minuman atau sewaan di dalam Sunway Lagoon dilakukan tanpa menggunakan wang tunai sebaliknya menerusi wang deposit yang dimasukkan dalam gelang tiket (wristband) anda.
- Oleh itu, sebelum bermain, sila pastikan wang tunai didepositkan ke dalam gelang tiket (wristband) di kaunter E-LOAD
- RM 50 adalah jumlah minimum deposit untuk setiap gelang tiket (wristband)
- Anda boleh mengambil kembali baki sekiranya ada sebelum pukul 7 malam.
- Wang deposit yang masih mempunyai baki tidak akan dipulangkan jika gelang rosak atau hilang.
Perjalanan ke Sunway hendaklah dirancang dengan teliti kerana kadang-kadang terdapat sesetengah permainan terpaksa ditutup buat sementara waktu kerana penyelenggaraan berkala yang dilakukan oleh pihak pengurusan.
Walaupun harga tiket Sunway Lagoon ini agak mahal berbanding lain, namun saya pasti keseronokan yang bakal anda alami dengan permainan-permainan yang ada di sana sangatlah berbaloi. Jadi tidak hairanlah Sunway Lagoon sering menjadi taman tema air pilihan / Traveller Choice di TripAdvisor saban tahun.
Alamat Sunway Lagoon : Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, 47 500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.
- Cara hubungi : 603 – 5639 0000
- Koordinat : lat/Ing : 3.0677763,101.610392