Harga Oppo Malaysia : Model Telefon Pintar Smartphone F5
Sepertimana yang kita ketahui Oppo adalah salah satu syarikat alat telekomunikasi terkemuka yang berasal dari China iaitu Oppo Elektronik Corp.

Ia mengeluarkan pelbagai alat elektronik termasuk MP3 player, LCD TV, Blu Ray, eBook dan pemain DVD.
Tetapi dengan perkembangan teknologi yang kebanyakannya sudah beralih ke dunia telefon pintar, Oppo juga tidak terkecuali memeriahkan pasaran dunia telefon pintar dengan menawarkan pebagai produk dan ciri-ciri yang berkualiti pada smartphone Oppo.
Pada mulanya nama Oppo tidak begitu dikenali di pasaran kerana kehadirannya yang masih baru di pasaran tidak seperti jenama lain yang sudah menempah nama. Oppo Elektronik Corp ini baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2004, namun pada 2008 barulah ianya memperluaskan produknya dengan menghasilkan smartphone dan mula bersaing dengan jenama yang sudah lama di pasaran.
Pada permulaan, ramai seakan tidak percaya akan kualiti Oppo yang berasal dari China ini kerana menganggap hampir kesemua produk China diperbuat daripada bahan-bahan yang kurang berkualiti dan murah. Namun, sangkaan itu sama sekali salah kerana Oppo banyak menghasilkan spefikasi dan ciri-ciri yang maju dan unik untuk memenuhi citarasa dan keperluan pembelinya masa kini.
Selain itu, syarikat Oppo ini selalu menawarkan kepada pelanggannya dengan produk terbaru yang mempunyai inovasi teknologi terkini, kualiti yang premium dan spefikasinya antara yang terbaik. Boleh dikatakan jenama Oppo ini sudah menyaingi jenama popular yang lain seperti Apple dan Samsung.
Walaupun masih terdapat beberapa kekurangan dan kelemahan pada pemasaran jenama Oppo ini, namun ia langsung tidak menjejaskan pembeli dari membelinya. Ini kerana setiap komponen yang digunakan dalam software dan hardware Oppo ini dapat memudahkan dan memberikan kepuasan penuh kepada penggunanya apabila semua ciri dan aplikasi pada smartphone Oppo ini diaktifkan.
Dan sekarang ini smartphone Oppo boleh didapati dengan mudah di mana-mana kedai menjual telefon bimbit dengan harga yang berpatutan. Anda boleh merujuk kepada harga di bawah ini bagi Android Oppo yang berada di pasaran. Semua produk Oppo yang ditawarkan dengan kualiti terbaik dan dijual dengan harga oppo yang berpatutan untuk para penggunanya.
Harga Oppo Malaysia : Spesifikasi Model F5
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butirannya
Harga Oppo Malaysia F5 yang original,RM 1148
OS,Android 7.1 (Nougat)
CPU,Octa Core 2.5 GHz Cortex-A53
Display,60 inci (1080×2160 pixel)
Memory,32 GB (3GB RAM)
Bateri,Li-Ion 3200 mAh
Kamera,Primary 16 MP & Secondary 20MP
[/table]