Raya Haji 2024: Tarikh Takbir Hari Aidiladha & Ibadah Korban

Pengumuman Tarikh Hari Raya Haji 2024: bila cuti, Takbir Hari Aidiladha & Ibadah Korban serta hukum bahagian daging qurban di malaysia

tarikh hari raya haji 2024

Hari Raya Haji atau lebih dikenali dengan Aidiladha merupakan hari perayaan yang penting bagi setiap individu yang beragama Islam sepertimana yang termaktub dalam sejarah Islam.

Aidiladha ini disambut pada 10 Zulhijjah pada setiap tahun bertujuan untuk mengingati dua (2) peristiwa penting iaitu peristiwa Nabi Adam dan isterinya, Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi dan peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah supaya menyembelih anaknya, Nabi Ismail.

Oleh itu, setiap yang beragama Islam dituntut untuk menyambut Aidiladha untuk merenung nilai pengorbanan dan ketaatan terhadap perintah Allah SWT. Di Malaysia, ibadah korban akan dijalankan oleh setiap individu yang berkemampuan dan daging daripada ibadah korban tersebut akan diagihkan kepada individu yang tidak berkemampuan.

Bukan itu sahaja, individu yang beragama Islam di seluruh dunia yang memenuhi kewajipan yang ditetapkan oleh Allah wajib melakukan ibadah haji. Ibadah ini dilakukan untuk mengingati peristiwa Nabi-Nabi terdahulu. Oleh yang demikian, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan cuti Hari Raya Haji ini sebahagian daripada cuti kebangsaan untuk membolehkan semua umat Islam menyambut perayaan ini.

Sejarah Tarikh Cuti Hari Raya Haji 2020 – Aidiladha 2024

Berikut merupakan sejarah tarikh cuti Hari Raya Haji aidiladha yang telah ditetapkan pada setiap tahun bermula dari tahun 2020 sehingga 2024;

TAHUNTARIKHHARI
202030 & 31 JulaiKhamis dan Jumaat
202120 & 21 JulaiSelasa dan Rabu
202210 & 11 JulaiAhad dan Isnin
202329 & 30 JunKhamis dan Jumaat
Tarikh hari raya haji 2024 aidiladha17 & 18 JunIsnin dan Selasa

Bila Pengumuman Tarikh Hari Raya Haji 2024

Sepertimana yang telah ditetapkan di dalam kalendar atau Takwim Islam, tarikh umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji pada 17 Jun 2024.

Namun begitu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan membuat pengumuman Hari Raya Haji pada malam sehari sebelum hari raya.

Pengumuman ini akan dibuat berdasarkan ketetapan tarikh setelah fenomema melihat anak bulan pada Hari Rukyah dilakukan oleh pakar ilmu falak. 

Bila Tarikh 1 Zulhijjah Hari Raya Haji

Menurut kalendar 2024, 1 Zulhijjah bakal jatuh pada tanggal 7 Jun 2024. Ianya bermaksud seluruh umat Islam digalakkan untuk melakukan puasa sunat sehingga menjelangnya Aidiladha yang jatuh pada 10 Zulhijjah.

1 Zulhijjah juga menunjukkan bermulanya ibadah Haji.

Bila Takbir Hari Raya Aidiladha? Berapa Lama Tempoh?

Takbir Hari Raya Aidiladha 2024 merupakan ibadah takbir yang dikenali dengan takbir Muqayyad.

Takbir Muqayyad ini ialah takbir yang dikerjakan setelah selesai setiap solat fardu bermula Subuh hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah sehingga Asar terakhir hari Tasyriq iaitu 13 Zulhijjah.

Ibadah ini merupakan ibadah sunat yang digalakkan untuk dilakukan oleh semua umat Islam di seluruh dunia bagi tempoh empat (4) hari tersebut.

Kenapa Sambut Hari Raya Korban

Hari Raya Korban ini disambut oleh semua umat Islam di seluruh dunia bertujuan untuk memperingati peristiwa Nabi Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih Nabi Ismail yang merupakan putera kesayangannya.

Perintah ini ditaati oleh Nabi Ibrahim sebagai tanda ketaqwaannya pada perintah Yang Maha Kuasa.

Perayaan ini merupakan salah satu perayaan yang disambut oleh umat Islam.

Tuntasnya, Hari Raya Korban ini disambut pada 10 Zulhijjah sehingga 13 Zulhijjah pada setiap tahun mengikut Takwim Islam.

Siapakah Yang Boleh Melakukan Ibadah Korban

Hukum melakukan ibadah korban adalah merupakan sunat muakkad iaitu perbuatan sunat yang dituntut dan digalakkan oleh agama.

Sesiapa sahaja boleh melakukan ibadah korban selagimana mereka merupakan orang islam yang akil baligh, merdeka, dan berakal serta ini dikhususkan pada golongan yang berkemampuan untuk berbuat kemudian. 

Kenapa Perlu Berkorban

Ibadah korban merupakan ibadah yang dituntut oleh agama Islam dan ianya disyariatkan pada tahun ke-2 Hijrah.

Sepertimana yang termaktub dalam dalil ayat al- Quran dalam surah al-Kauthar ayat 2 menjelaskan “Oleh itu, kerjakanlah solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah korban (tanda kesyukuran)”.

Maka jelaslah, ibadah korban ini perlu dilakukan sebagai tanda syukur yang tinggi pada Maha Tinggi yang memberikan segala nikmat-nikmat dengan menunjukkan perngorbanan seorang hamba terhadap Tuhannya di atas setiap perintahNya melalui ibadah ini.

Firman Allah di dalam surah al-Maidah ayat 27 menjelaskan bahawa “Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang yang bertakwa”.

Pengorbanan ini merupakan ibadah yang menjadi kayu ukur kepada tahap keimanan dan ketakwaan seorang hamba kepada Tuhannya.

Oleh itu, ibadah korban ini hukumnya sunat muakkad. Tambahan pula, ibadah korban ini dilakukan bertujuan untuk menghayati peristiwa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Pengorbanan yang dilakukan oleh mereka adalah menunjukkan ketaqwaan seorang hamba dengan sesuatu yang diperintahkan ke atas mereka.

Bila Boleh Potong Kuku Hari Raya Haji Aidiladha 2024

Individu yang melakukan ibadah korban adalah dilarang untuk memotong kuku mereka sehingga selesai ibadah korban mereka.

Larangan ini adalah bermula pada 1 Zulhijjah sehingga individu yang berniat ibadah korban tersebut selesai menjalankan sembelihan haiwan korban mereka.

Menurut mazhab Imam al-Syafi’i, sesungguhnya memotong rambut dan kuku pada sepuluh hari terawal iaitu pada 1 sehingga 10 Zulhijjah mereka yang hendak menunaikan ibadah korban adalah makruh sehingga selesai haiwan korban disembelih.

Tuntasnya, hikmah daripada larangan ini, individu yang melakukan ibadah korban dijanjikan ganjaran pengampunan dosa dan bebas daripada azab api neraka.

Hukum Daging Korban

Menurut hukum pandangan mazhab Syafie, umat Islam dilarang untuk memberikan atau mengagihkan daging haiwan sembelihan hasil daripada ibadah korban kepada orang bukan Islam.

Ini kerana ianya merupakan ibadah korban yang merupakan simbolik kepada ketaatan umat Islam kepada syariat Allah. 

Namun begitu, ada sedikit kelonggaran terhadap hukum pengagihan daging korban ini kepada orang bukan Islam iaitu pengagihan ini masih boleh dilakukan dengan syarat; daging ini mestilah didahulukan kepada umat Islam terlebih dahulu dan sekiranya masih terdapat lebihan maka ianya harus untuk diagihkan kepada mereka dan daging ini hanya diberikan kepada orang kafir dzimmi iaitu orang kafir yang baik dengan masyarakat Islam.

FAQ Hari Raya Aidiladha 2024

1. Berapa hari boleh melakukan ibadah Qurban

Ibadah korban ini mestilah dilakukan selama empat (4) hari iaitu bermula selepas solat sunat Hari Raya Haji iaitu pada 10 Zulhijjah sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.

Oleh itu, binatang sembelihan ini mestilah dikorbankan dalam tempoh tersebut untuk mendapat pahala ibadah korban dan dikira sebagai melakukan ibadah korban pada tahun tersebut.

2. Berapa bahagian lembu untuk Korban

Rasulullah SAW telah membahagikan haiwan sembelihan yang dilakukan untuk ibadah korban kepada tujuh (7) bahagian.

Perbuatan ini disaksikan ketika tahun di mana Perjanjian Hudaibiyyah telah dibentuk sepertimana ianya telah termaktub di dalam sebuah hadis sahih.

3. Adakah Ibadah Korban Wajib

Ibadah korban merupakan ibadah yang tergolong dalam ibadah sunat muakkad iaitu perbuatan sunat yang dituntut oleh syara’. Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah menyatakan hukum ibadah korban ini sebagai sunat menurut pada kebanyakkan mazhab fiqh. 

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia