GANYANG MALAYSIA oleh Indonesia Tiada Sambutan
Ada satu siaran televisyen di Indonesia, kerja mereka adalah mengulang-ulang cerita mengenai krisis Malaysia dengan Indonesia termasuk isu nak ganyang Malaysia.
Betul atau tidak orang-orang Indon? Antara headline mereka yang popular adalah”KEDAULATAN NEGARA YANG DICABUL”.
Di ulang-ulanglah setiap 10 minit sehari semalam. Media Indonesia yang satu ini, kerja mereka ialah kerap mendedahkan isu-isu panas seperti baru-baru ini di mana beratus-ratus Indonesia yang menunggu hukuman mati di Malaysia dan sebagainya.
Mereka akan memanggil hampir setiap malam ahli-ahli panel daripada parti pembangkang, NGO dan lain-lain lagi khusus untuk membincangkan isu tanpa rasa jemu dan bosan.
Ganyang Malaysia : Krisis Malaysia VS Indonesia?
- Ada panel yang minta untuk hubungan Malaysia Indonesia diputuskan
- Ada yang minta kerajaan Malaysia minta maaf
- Ada juga ahli panel yang meminta kerajaan Indonesia masuk campur supaya dapat menekan kerajaan Malaysia supaya dapat melepaskan rakyat Indonesia yang dihukum mati di Malaysia
- Tidak kurang juga ada yang meminta kerajaan Indonesia berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Setiap 10 minit juga akan diselitkan video-video panas yang memperlihatkan kapal-kapal perang Indonesia dan jet fighter mereka yang melakukan latihan.
Bayangkan kalau dah setiap 10 minit kena cucuk dan di batu apikan, yang tak marah pun boleh jadi menyirap, yang tak percaya pun boleh jadi percaya dan terpengaruh. Inilah yang sebenarnya yang berlaku di sana.
Jadi, disinilah yang membezakan antara orang berilmu dengan yang kurang atau langsung tidak berilmu. Yang kurang ilmu mudah dicucuk, percaya dan langsung bertindak melulu tanpa memikirkan akibat dan kesan dari tindakan mereka. Yang berilmu, menerima informasi, tafsir dan memikirkan dengan waras apa yang sepatutnya dan yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai reaksi atas isu ini.
Walauapapun kami ucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakyat Malaysia dalam isu Malaysia Indonesia kali ini, diam tak bermakna kita penakut dan kecut. Kita berdiam sebab kita adalah orang yang berilmu, waras dan matang dalam menilai isu.
Rakyat Malaysia juga sekarang ini tak mudah dihasut oleh pihak ‘ketiga’ yang tak jemu-jemu mengadu domba supaya tercetusnya sengketa antara Indonesia dan Malaysia. Begitu juga isu-isu perkauman di Malaysia…….
Asalnya ini perancangan mereka……nampak berkobar-kobar geng nak Ganyang Malaysia
Jadi atau tidak, rundingan yang berlaku semalam? Kalau jadi apa hasil dan keputusan yang dicapai hasil perbincangan dan rundingan tersebut? Dan ini sambutan terhadap kempen nak Ganyang Malaysia.
Nampaknya bisnes nak Ganyang Malaysia kurang berjaya. Kalau setakat puluhan yang nak datang “melawat dan bersiar-siar di Malaysia”, bagi pendapat kami sendiri hentikanlah. Pastinya rakyat Indonesia lebih sibuk nak anyam ketupat sekarang ini bagi persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri tak lama lagi daripada kumpulan-kumpulan yang seperti ini.
P/S : Negara Indonesia mempunyai hampir hampir 300 juta umat. Yang turun demo itupun berapa sangat. Tak sampai pun 0.001% daripada populasi penduduk Indonesia.