BREAKING NEWS : Berita Terkini Krisis Menteri Besar Selangor... SEMAK BERITA SINI!

Gambar 8 Remaja Mati Lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor





Gambar Tragedi 8 Remaja Mati Lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor. 3 Dijumpai!

Gambar Sungai Buloh Kasap

Gambar 8 Remaja Mati Lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor : Entahlah……tiba-tiba saat menulis laporan berita ini, kalangan kami daripada Berita Semasa terpaksa mengesatkan air mata apabila secara tiba-tiba air mata kami mula berlinangan sedikit demi sedikit.

Ya…Allah. Besarnya dugaan ahli keluarga saat menerima berita kematian anak-anak, adik beradik mereka. Inilah yang dikatakan hidup ini “ibarat pelita, bila-bila masa sahaja boleh padam“. Lambat atau cepat sahaja. Dan inilah juga dikatakan….“asbab”disebalik ajak yang telah menemui 8 remaja ini.

Tengok airnya pun sudah pasti tidak lalu & tiada selera untuk mandi manda di Sungai Boloh Kasap, Segamat Johor. Tetapi 8 remaja mati lemas disebabkan salah seorang rakan mula tergelincir dan…..

Ikuti kronologi lengkap seperti di bawah ini…

Kronologi Tragedi 8 Remaja Mati Lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor

  1. 21 Februari 2014 (6 Pagi) : 12 Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap, Segamat dari Taman Mewah keluar joging berhampiran Sungai Muar, Pekan Buloh Kasap, Segamat
  2. 8:50 pagi : Mereka berhenti di Sungai Muar & 8 daripadanya berhasrat untuk mandi. 4 remaja yang lain menolak kerana tidak tahu berenang
  3. 9:00 pagi : Seorang remaja & 8 remaja jatuh ke sungai akibat tergelincir dari tebing yang runtuh, sementara yang cuba selamatkan sebelum seorang demi seorang mati lemas
  4. 9:48 pagi : Operasi mencari & menyelamat dimulakan
  5. 3:29 petang : Mangsa pertama daripada 8 remaja mati lemas, Mohd Hafzul Daniel Norhashim, 14 berjaya ditemui
  6. 3:41 petang : Mangsa kedua daripada 8 remaja mati lemas, Mohd Zikri zaidi ditemui
  7. 4:22 petang : Mangsa ketiga daripada 8 remaja mati lemas, Nazrul Aminuddin Zamri, 15, ditemui
  8. 11 malam : Operasi mencari & menyelamat melibatkan baki 5 remaja mat lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor berhenti dan bersambung
  9. 22 februari 2014 (7:30 pagi) : Operasi mencari dan menyelamat lima mangsa mati lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor bersambung semula pagi ini..

Kejadian Tragedi 8 Remaja Mati Lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor berpunca daripada pasir jerlus di Sungai Muar dekat Buloh Kasap, yang seolah-olah ‘menyedut’, mangsa apabila terpijak dasar sungai itu.

Senarai Nama 8 Remaja Mati di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor :

  1. MOHD ZATI ZAIDI, 16
  2. MOHD ZAKRI ZAIDI, 14
  3. MOHD SYAFIQ MD SYUKUR,16
  4. MOHD HAFIZUL DANIAL NOR HASYIM, 16
  5. NAZRUL AMIRUDDIN ZAMRI, 14
  6. MOHD NAZRUL BIN ZAINAL, 15
  7. MOHD IZUAN HAKIMI AMIR, 13
  8. MOHD HAFIZUDIN KAMAL, 16

Gambar Tragedi 8 Remaja Mati Lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat Johor

Berita Semasa difahamkan, 3 remaja mati lemas yang telah berjaya ditemui dalam kedalaman 20-30 kaki penuh lumpur dan ranting kayu.

“air lombong sangat berat & tiada arus, Sebab itulah kalangan yang pandai berenang sekalipun boleh tewas untuk kawasan bahaya seperti ini”

Nasihat & tips Berita Semasa untuk diri kami sendiri dan kepada rakan pembaca yang lain, jikalau berhadapan situasi mahu menyelamatkan orang lemas, perkara pertama yang perlu dibuat adalah mengetuk kepala si mangsa sehingga pengsan. Paling tidakpun, selamatkan orang yang tengah bergelut kelemasan daripada belakang.

Kalau anda rasa tidak kuat biar mangsa lemah dahulu (dengan kita berada dekat dengan mangsa dalam jarak 3-4 kaki dari belakang) dan apabila mangsa kelihatan lemah cepat-cepat sambar dagu menggunakan lengan dari belakang dan tarik mangsa daripada belakang. Elakkan, ketika mangsa sedang meronta, jangan sesekali pergi depan nanti dia akan melompat panjat kita dan kita akan lemas.

P/S : Apapun, semoga Allah merahmati roh-roh semua arwah dan beri kesabaran & kekuatan kepada keluarga bagi menghadapi dugaan ini. Salam takziah kepada keluarga mangsa!

{ 28 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

  • Anonymous February 22, 2014, 10:38 am

    Al fatihah. Ini dah kira trgedi ni.

    Balas Komen Ini
    • Senah February 22, 2014, 12:48 pm

      Salam Sayang,

      Takziah.. Budak2 tu anak penyokong pembangkang ke?

      Balas Komen Ini
      • Anonymous February 22, 2014, 2:19 pm

        Maaf tak kiralah anak anak tu penyokong
        mana kita kan rakyat malaysia dan yg pergi tu seagama dgn kita sedekahkan al fatihat lebih mulia daripada nak masukkan hal politik di sini.

        Balas Komen Ini
      • Abah February 22, 2014, 4:18 pm

        Apa kena dengan Mak Senah nie? tak pasal-pasal nak kaitkan dengan politik.

        Balas Komen Ini
        • Anonymous February 22, 2014, 4:24 pm

          Salam.
          Alfatihah dan salam TAKZIAH untuk semuakeluarga yg menimpa kehilangan ahli keluarga. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh-roh allahyarham berlapan.

          Satu pesanan untuk Cik Senah, awak tak ada seumur remaja itu, kalau tak ada anak, ada tak cucu. Kalau berlaku kpd keluarga cikSenah, bagaimana? Oh cik Senahhhhhhhhhhhhhhh .

          Balas Komen Ini
        • Anonymous February 27, 2014, 10:56 am

          jangan lah bersedih kepada keluarga mangsa . tabah kan hati dengan dugaan yang diberikan oleh allah . setiap dugaan pasti ada hikmah . al-fateha

          Balas Komen Ini
      • Anonymous February 22, 2014, 4:43 pm

        mak senah,perkara ni tak kena diri kita..cuba kita bayangkan kalau kita ditempat keluarga mangsa…tolong jangan politikkan perkara ajal maut…sedekahkan alfatihah dan yang penting kita seagama …allah lebih sayangkan anak-anak yang menjadi mangsa lemas tersebut…kita tak tau lagi bila bagaimana dan dimana…

        Balas Komen Ini
      • Anonymous February 23, 2014, 2:13 am

        .balik balik awak saja yang rajin komen politik. dahla guna gamba makcik mane ntah di google nye.

        Balas Komen Ini
      • Anonymous February 23, 2014, 6:36 am

        Senahhhh sengal bodoh tahap gaban!!

        Balas Komen Ini
      • anon February 23, 2014, 7:27 am

        senah yg bangang

        Balas Komen Ini
      • Yop...!!! February 26, 2014, 10:54 am

        Kenapa cik senah…?
        yang boleh kena bala cuma dari parti pembangkang je ke..? cik senah ni parti mana..? nanti kalau cik senah dapat bala tak orang tanya dari parti mana, atau cik senah pakai je baju parti cik senak, ka senang cik senah senak ooiii…

        Yang semua orang dapat, walau pun tak mintak adalah “BALA, MUSIBAH & KESUSAHAN” dan yang semua orang mintak tapi tak semua dapat adalah “KESENANGAN”

        Takziah tuk semua keluarga mangsa “Al Fatihah”

        Balas Komen Ini
    • AZIZ February 23, 2014, 9:44 am

      semoga allah kurniakan kemalangan yang sama kepada keluarga Kak Senah… politik tak bawa jaminan syurga leeee bodoh… tu dunia ajer.

      Balas Komen Ini
    • menteripasola11@yahoo.com.my February 23, 2014, 12:23 pm

      dalam keadaan mcm pun masih ada lg isu politik…wahai mak cik ! kalau ank pembangkang pun…ayah mereka masih ada lg nak meletakkan al-quran sebagai rujukan…tapi manusia jahil yg menolak al-quran ..sila pilih..fasik,mynafik,kafir…

      Balas Komen Ini
    • menteri February 23, 2014, 12:26 pm

      dlm keadaan mcm ne pun ada politik lg..

      Balas Komen Ini
    • pelampong udara February 23, 2014, 12:31 pm

      kalo aku di izin kan mencabut manusia….mak cik senah adalah org pertama akan ku cabutkan….suasana sedih pada keluarga si mati pun belum redha…tapi mak cik senah ne mcm meminta dia dibenam dalam sg kasap hingga putus nyawa

      Balas Komen Ini
  • Anonymous February 22, 2014, 2:16 pm

    Al fatihah semoga roh roh mereka di tmpt kan di kalsngan org org yg soleh aaminn,salam takziah untuk keluarga arwah arwah semua semoga tabah menghadapi ujian dari Allah swt.

    Balas Komen Ini
  • Abang Ngah February 22, 2014, 4:02 pm

    Takziah kepada adik beradik dan keluarga anak-anak yang telah meninggal di Sungai Segamat semalam, kami berasa amat impati dan turut bersedih atas kehilangan mereka, dan kami teringat semula atas kembalinya sahabat kami di taliar Merlimau yang juga akan bersambung kusungai itu, alahyarham paling pandai berenang dan dia lah yang mengajar kami berenang, jadi perkara itu hanya Asbab pemergian mereka yang telah di tentukan Allah s.w.t Dalam hal ini maafkan saya “Tak perlu ambil kira penyokong Kerajaan atau sebaliknya” kita manusiakan ? Ingatlah sahabatku kita juga akan kesana cuma mungkin Asbab yang berbeza yang telah di tentukan Allah s.w.t Semoga Allah swt mencucuri Rahmat keatas roh mereka dan keampunan atas dosa yang telah mereka lakukan di dunia ini, Amin ya rabal Alamin. Ingat sahabatku kita juga dah pasti akan menyusul mereka cuma tunggu masa aje. Wasalam

    Balas Komen Ini
  • Anonymous February 22, 2014, 4:49 pm

    maaf mak senah,
    ajal maut jangan kita politikkan..cuba bayangkan diri kita dipihak keluarga mangsa..kita seagama..sedekahkan alfatihah..allah lebih sayangkan anak-anak yang terlibat…kita pun tak tau lagi bila dimana dan bagaimana…

    Balas Komen Ini
  • anonymous February 22, 2014, 6:23 pm

    Salam, Alfatihah. Juga takziah kpd ahli keluarga mangsa.
    Semoga dicucuri rahmat..Allah sayangkan mereka..utk menunjukkan kasih sayang kita pada yg telah pergi itu,bacalah Alfatihah byk2..yg pasti kita pun akan kembali jua…

    Balas Komen Ini
    • abgblackg7 February 25, 2014, 9:31 am

      wahai makcik senah.tolong buka mata,telinga.otak.gunakan dgn sebaik yg mungkin.apa yg allah anugerahkanutk maakcik senah itu.

      Balas Komen Ini
  • hazmee February 22, 2014, 8:09 pm

    Salam.
    Al-fatihah dan salam TAKZIAH untuk semua keluarga yg menimpa kehilangan ahli keluarga. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh-roh allahyarham berlapan.

    Balas Komen Ini
  • muhammad February 22, 2014, 9:36 pm

    hebat persahabatan mreka,sungguh suci dan ikhlas.mreka snggup brusaha mnghulur bantuan utk sesama mereka biar pun trpksa lemas.org yg berakal akan cemburukan mreka,cmburukan cara kematian mreka.

    Balas Komen Ini
  • Abang Ngah February 22, 2014, 10:29 pm

    Sekali lagi Salam Takziah dari saya sekeluarga kepada adik beradik dan keluarga Anak-anak yang telah meninggal akibat Lemas di Sungai Muar, di Buloh Kasap semuga Allah mencucuri Rahmat atas roh mereka, ini sudah Tadir Allah swt kita perlu meredhakan kemergian mereka. Walaupun saya berada di Utara Perak Darul Ridzuan kini (Bagan Serai), tetapi saya tahu juga suasana tempat kejadian itu kerana saya dahulunya remaja di Batu Anam dan selalu ke Buloh Kasap, Akhir kita sedekahkan Al Fatihah kepada Almarhum anak-anak yang telah pergi lebih dulu itu,
    Al-Fathihah….. Wasalam

    Balas Komen Ini
  • kasap boy February 22, 2014, 11:59 pm

    salam dan takziah kpd keluarga mangsa.salah seorang mangsa adalah adik kawan baik saya.saya tak sangka mereka boleh pergi ke tempat yg dalam itu.setiap petang saya menjengah mereka mandi di situ sbb sungai tu blkg rmh saya je.biasenye mereka mandi di kwsn cetek je separas lutut.cume rase kesal sbb saya tidak menasihat mereka tentang bahaya disitu.sbnrnye ramai dah yang mati ditmpt sama.cuma kalini paling ramai.semuanye kuasa allah.kita tak mampu menghalangnye.al fatihah……

    Balas Komen Ini
  • Anonymous February 23, 2014, 10:40 am

    Allah beri ujian.bersyukur dan redha ats kehendakNya

    Balas Komen Ini
  • hamba Allah s.w.t February 24, 2014, 12:05 am

    Assalammualaikum…innalillahiwainnalillahirajiun..tak takziah but ke semua fmly mangsa lemas.
    Moga di tmpt kn di syurga Allah.. yg pergi redhakn..yg idup ni perlu di terus kan…abaikan comment negatif..

    Balas Komen Ini
  • Pilu February 24, 2014, 3:11 pm

    Sepanjang pagi ni air mata x berhenti2 mengalir, sedih n pilu bila tengok wajah yang pergi satu persatu. teringat kat adik n anak sedara.

    Balas Komen Ini
    • pilu April 7, 2014, 10:16 am

      mengapa jadi bergitu sekali ye………………saya baca pun nak menangis

      Balas Komen Ini

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini…(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)