≡ Menu

Biodata Khaleeda Bustaman : Majlis Pertunangan dan Perkahwinan TMJ Tunku Ismail Idris? Tahniah!

Biodata Khaleeda Bustaman : Majlis Pertunangan dan Perkahwinan TMJ Tunku Ismail Idris? Tahniah!

biodata Khaleeda Bustaman

30 June 2014 adalah Ulangtahun Kelahiran Tengku Mahkota Johor (TMJ) Mungkin tahun 2014 inilah yang dikatakan tahun gemilang bagi Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail, di mana berjaya membantu Johor Darul Takzim (JDT) menang jadual liga Super 2014 dan terbaru….

Terkini, Berita Semasa dimaklumkan yang mana Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris bakal bertunang dengan gadis pilihannya Cik Khaleeda Binti Bustaman. Alhamdulillah nampaknya Tunku Mahkota Johor bakal “meluaskan” tanggungjawabnya untuk menjadi seorang bapa dan persediaan menjadi pewaris takhta kerajaan negeri Johor kelak.

Pertama kali Berita semasa melihat kelibat Cik Khaleeda Bustaman pada tahun 2013 ketika perlawanan persahabatan antara JDT dengan Perth Glory menemani bersama Tunku Ismail Idris TMJ menonton perlawanan tersebut.

Biodata Tunku Ismail Idris (Tunku Mahkota Johor) dan Cik Khaleeda Bustaman

  • Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail
  • Tunku Mahkota Johor
  • Berumur 30 tahun
  • Pernah Menjadi pegawai tentera India
  • Pengerusi Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ)
  • Cik Khaleeda Bin Bustaman
  • Bekas pelajar Sri Utama International School dan model. Twitter Cik Khaleeda Bustaman

Dikhabarkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) bakal menunaikan umrah di Tanah Suci tidak lama lagi. Alhamdulillah.

Ada acara Majlis Pertunangan dan Perkahwinan TMJ dan Cik Khaleeda Binti Bustaman?

Kamal Hisham Jaafar dan rakyat negeri Johor sempat menghantar ucapan tahniah dengan berita majlis pertunangan, pernikahan dan majlis perkahwinan diraja melibatkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris dengan Cik Khaleeda Bustaman

Acara merisik dan majlis pertunangan akan dilangsungkan di rumah keluarga Cik Khaleeda Bustaman di Gombak, selangor. Majlis Perkahiwnan TMJ dan Cik Khaleeda Bustaman pada Oktober 2014

Tahniah kepada rakyat Johor. Bagi Berita Semasa siapa pun pilihan isteri TMJ (Tengku mahkota Johor) iaitu Cik Khaleeda Binti Bustaman, Berita Semasa harap usahlah dibuka kembali kisah lama. Setiap insan pasti ada kelemahan dan keburukan kerana kita semua hanyalah hamba Allah yang penuh dengan kesilapan di sana dan di sini.

Alhamdulilah mungkin adalah kelebihan Cik Khaleeda Binti Bustaman yang berjaya membuatkan keluarga Johor terpikat untuk menjadikannya sebahagian daripada kerabat Diraja Johor kelak.

Sama-sama kita doakanlah agar jodoh ini berpanjangan hingga ke akhir hayat. Amin.

Lagi Gambar Khaleeda Bustaman dan TMJ (Tunku Mahkota Johor)

Gambar – gambar cik Khaleeda Binti Bustaman dan Tunku Mahkota Johor (TMj) Tunku Ismail Idris sempat dirakam ketika bersama termasuk ketika menonton perlawanan melibatkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT)

 P/S : Mudah-mudahan majlis perkahwinan Tuku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris dan Cik Khaleeda Bustaman ini diberkatiNya. Apabila dapat keberkatanNya, insyaAllah semua akan baik-baik sahaja. Amin