Gaji Polis PDRM RM1,500 Sebulan Duduk Pula Di Bandar Kuala Lumpur VS Ambil Suapan, Rasuah?

124

Gaji Polis PDRM RM1,500 Sebulan Duduk Pula Di Bandar Kuala Lumpur VS Ambil Suapan, Rasuah?

gaji polis pdrm

Ya…Berita Semasa bersetuju dengan pendapat dan kenyatan yang dikeluarkan snediri oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mengatakan penguatkuasa di malaysia masih lagi tidak sesuai dengan bebanan dan cabaran yang dihadapi mereka.

Dengan gaji polis PDRM contohnya RM1,500 sebulan, duduk pula di kawasan bandar. Mereka ini juga miskin bandar. Berapa lama dan berapa ramai yang mampu bertahan dengan godaan dan tawaran di luar sana ditambah ruang untuk mereka menyalahgunakan kuasa. Pastinya ada yang “tumbang”.

Ya…benar, rakyat Malaysia mahu tidak mahu, mereka terpaksa juga mengharungi gelombang kos sara hidup di Malaysia terutamanya di bandar-bandar besar di Malaysia. Tetapi bagaimanapula dengan penguatkuasa, yang kerja di Pejabat Tanah dan Galian di peringkat negeri, Imigresen, Kastam dan Polis?

Mereka ini juga sama juga yang merupakan sebahagian daripada rakyat Malaysia yang berhadapan dengan lonjakan kos sara hidup, bezanya mereka ada kuasa yang membolehkan ada ruang untuk mereka mengambil kesempatan.

Gaji Polis PDRM VS Godaan Rasuah?

  • Tidak selesai masalah kos sara hidup
  • Ditambah pula parahnya gejala rasuah di Malaysia dikalangan penguatkuasa

Berita Semasa sangat bersetuju, contohnya gaji polis PDRM naik setimpal dengan tugas dan tanggunjawab serta kos sara Hidup sekarang. Selepas tu kalau mereka masih melakukan rasuah, segera diambil tindakan. Nah….sebab itulah bangsa lain terutama Cina tidak berminat untuk bekerja sebagai penguatkuasa kerana gajinya rendah.

Kita tidak mahu disebabkan gaji penguatkuasa yang rendah, dengan godaan tawaran rasuah menyebabkan :

  • yang patut kena saman dan ditahan, dilepaskan begitu selepas menerima RM50
  • kelulusan begitu mudah, selepas menerima RM2,000 contohnya
  • dan lain-lain lagi

SEBARKAN

124 Komen Bernas

  1. Betul tu, apakata gaji polis dinaikkan kepada RM 3,500 sebulan bermula dari Konstable, semua setuju tak!

  2. Dgn alasan gaji rendah rasuah maka pdrm bukan lg penjaga keselamatan negara tetapi hanya manusia biasa yg mkn gaji mcm kita juga.tetapi adakah rakyat miskin perlu lakukan jenayah kerana gaji kecil?? Kalau nasib pdrm perlu dibela tidak kah nasib rakyat juga perlu dijaga???

  3. Adakah dgn gaji besar pdrm tidak rasuah??menteri gaji besar lagi rasuah tak kan tahu?? Jadi alasan biar bertempat tanggungjawap perlu di jaga! Rasuah belaku kerana tamak alasan hanyalah utk menangkis kesalahan mrk baik menteri atau pihak berkuasa demi wang kuasa salah guna inilah tamak!!!

  4. Kini 1500 tak cukup masa depan 5000 juga tak cukup kerana manusia itu tamak!! Rasuahlah negara tak selamat jenayah semakin byk rakyat semakin susah negara tergadai tidakkah anda tahu?? Bila sprm sdr tidak mampu benteras rasuah apa lg rakyat mampu buat utk selamatkan negara dari tergadai kerana rasuah.

  5. Kenapa along selamat??
    Kenapa pelacur asing tak habis tangkap?
    Kenapa brg larangan mcm mercun tak dpt disekat masih belaku dgn meluas??
    Kenapa gengster masih berkuasa tidak takut pihak berkuasa??
    Kenapa dadah hari2 msk negara dgn mudah??

  6. Memang semua ada kes tetapi anak ayam shj tertahan mcm mana mak ayam bapa ayam?? Ketua2 kongsi gelap tauke2 dadah mercun dllnya?? Kerana rasuah penjenayah beraja, cuba baca berita maxico datuk bandar boleh mati begitu shj kerana wang berkuasa kongsi gelap beraja mana keselamatan terjaga!

  7. Kalau tak mampu hapuskan rasuah dadah dll usah beri perbagai alasan mkn gaji buta.kalau jenayah bisa dibenteras negara selamat dimana jua gaji 5000 pun tiada rakyat malaysia bantah!!kerja tak bertanggungjawap gaji nak besar alasan perbagai anda setujukah???

  8. Kenapa polis yg jd sasaran? penat2 banteras jenayah, dituduh plak rasuah..klu ade pun x semua yg mcm tu pd pandangan sy lah..byk lg organisasi yg ambil rasuah tp polis jgk 1st target netizen..gaji tinggi atau rendah rasuah tetap berleluasa x kira pangkat..ambillah langkah2 yg seharusnya utk tangani gejala ni, bukannya dgn menyalahkan org lain..

  9. Penguatkuasa d bandar besar dgn gaji rm 1500 memang membuka jln jln utk rasuah.
    Memang bukan semua.
    Tapi memang ada.

  10. sepatutnya gaji polis dinaikkan ke rm1800 sebulan. syarat kelayakan konstable ialah diploma/stpm…. polis2 mentaliti rendah inilah yg ambik rasuah

  11. jika syarat kelayakan menjadi guru telah dinaikkan kpda pemegang diploma & degree… polis konstable juga perlu syarat kelayakan setara… jika konstable polis kelulusannya setara tukang kebun sekolah, inilah padanya

  12. kalau rasuah dah jadi penyakit dlm polis, kita bimbang ada kes repot yg dilayan dan banyak yg di nfa..

  13. Ramai2 bekas2 anggota polis yg sengsara dgn kehidupan sekarang berbanding dgn zaman semasa bekerja… dulu apa nak brg didapat, malah ada yg dapat percuma.. sekarang tiada lagi layanan istimewa

  14. RASUAH kat PTG, JPS, MAJLIS BANDARAYA Negeri2 pun kuat… pasal tu pelbagai bencana banjir, kemalangan jlaraya dan bagai berlaku

  15. Prosedur aduan rasuah di SPRM perlu dimasyarakatkan… identiti pengadu tak perlu direkod dlm Buku Besar SPRM

  16. Kaunter & pejabat SPRM harus terbuka dan dimasyarakatkan supaya senang rakyat marhaen nak buat aduan

  17. Gaji RM1500 tu polis aje ke? Ramai lagi yg gaji kurang drp itu di bandar-bandar besar. Pokoknya kena ingat mati sama.

  18. Karim bukanlah polis
    karim tidak amalkan rasuah

    walaupun karim bekerja dengan gaji yang rendah
    karim tetap tidak amalkan rasuah kerana karim
    berintegriti tinggi dan selalu amalkan nilai-nilai positif
    serta mematuhi hukum hakam agama

    karim bijak
    karim bukan terencat
    jadilah seperti karim

  19. Masih banyak kereta bercermin gelap juga adalah bukti lemah menunjukkan intergriti jpj dlm tugas

  20. tepuk dada tanya iman, gaji banyak mana pun tak cukup….mula mula perempuan second kereta kemudian imej gaya bila nak naik pangkat pasang bini muda ,bukankah kerja polis sebahagian dari iman menolak pekara yang mungkar

  21. Kalau utamakan sumber yang halal,cina belanja teh 0 pun buat kumor kumor aje.ni semua pasal tak ada iman.hati gelap.sedar sedar dah kat dalam kubor aje

  22. Ingatlah benda subahaat pun nabi tinggalkan,itu tak tau samada halal ke haram,bilamana nabi jumpa kurma,kerana dikuatiri sedekah,tidak dimakan ia walaupun lapar

  23. Untuk polis rasuah.
    Untuk pemimpin derma.
    Untuk rakyat dosa.
    Untuk pemimpin pahala.
    Untuk pegawai awam habis harta kena rampas.
    Untuk pemimpin habis harta rakyat kena rampas.
    Untuk pemimpin pembangkang dipenjara.
    Untuk ketua wanita lepas bebas.

  24. itulah! dah banyak kali saya dengar kata2 gaji polis kecil, sebab tu ambil rasuah….gaji polis bukan kecil sangat pun sedangkan kerja banteras jenayah mereka tak buat, asyik nak saman rakyat dan jaga lalu lintas vip saja! Jenayah kecil dan besar sekarang berleluasa, lihat saja di youtube, apa tindakan polis. Rompakan berleluasa di bank dan di rumah tapi tiada tindakan diambil polis untuk meronda walaupun laporan polis dibuat. Malah bila minta mereka ronda sekejap ketika tiada di rumah bila perlu ke suatu tempat jauh tak dilayan, ambil enteng sedangkan dah tahu kawasan perumahan tu dah jadi sarang perompak. Adakah polis nak rakyat yang jadi polis, bila rakyat jadi polis dikata rakyat nak ambil tindakan undang2 sendiri. Kenapa nak bagi gaji tinggi sedangkan kerja tak buat bersungguh-sungguh. Malaysia sekarang sangat2 tak aman. Tengok polis di luar negara, gaji mereka kecil tapi menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah, di malaysia ramai polis beragama islam tapi buat kerja tak ikut ajaran islam, selalu nak rasuah,pecah amanah. Pernah ayah dan kawan saya ditahan polis trafik di suatu simpang kerana nak duit kopi a.k.a rasuah. Tak dinafikan ada polis baik tapi berapa orang saja, pak cik saya polis beritahu kalau satu pejabat polis tu ambil rasuah, semua harus ambil, jika tak ambil dipulaukan dan tak berapa berapa rapat dengan rakan sekerja. Itulah pengalaman pak cik saya sebagai polis, saya percaya dia amanah kerana apabila pergi untuk tahan orang yang buat bising di kawasan perumahan orang cina, pak cik saya ditawarkan rasuah yang agak lumayan dan dia menolak, tapi pegawai atasannya yang lebih berpangkat tinggi menerima rasuah tersebut tanpa ada rasa bersalah kepada rakyat! Gaji besar tak mampu mengubah mentaliti dan budaya rasuah rakyat selagi penghapusan rasuah tidak bermula dari akar umbi peringkat pemimpin paling tinggi. Rasuah menjadi budaya kerana seperti tertanam suatu falsafah, “jika pemimpin atas boleh ambil rasuah, kenapa pekerja bawahan atau rakyat biasa tak boleh ambil”. Selagi pemimpin atasan tidak berubah mentaliti, selagi itu rasuah akan terus berleluasa.

  25. Bukan semua polis jahat tapi banyak polis sekarang ambil rasuah, terutama pemimpin atasan polis, sebab tu banyak kejadian jenayah besar didiamkan dan tidak diambil tindakan. Nak ambil tindakan macam mana jika polis masih dibawah pengaruh bawah ketiak kerajaan? Apa saja kerajaan suruh, polis jadi pak turut tanpa melawan. Semua jadi yes man, sedangkan sepatutnya polis tangkap pemimpin/pemerintah yang rasuah baru negara ni betul2 bebas dari rasuah dan tiada polis yang berani ambil rasuah. Tapi bila pemimpin atasan polis jadi pak turut dan ambil rasuah dan ikut apa sahaja arahan kerajaan serta tutup mata segala rasuah yang dilakukan pemerintah maka selagi tu malaysia ni takkan aman dari rasuah dan jenaya terus berleluasa.

  26. Betul2, tapi ada juga polis berpangkat dan belajar tinggi ambil rasuah. Tapi bila difikirkan balik apa gunanya ambil polis belajar tinggi dan bagi gaji besar sebab ikut situasi sekarang, polis dah jadi pak turut kerajaan malah tak buat kerja membanteras jenayah dengan bersungguh2 dan banyak pemimpin atasan ambil rasuah dan dilepaskan macam tu saja, malah ada undang2 menjaga pegawai polis yang ambil rasuah. Misalnya ada suatu kes terjadi dimana polis tu ambil rasuah, tindakan yang dikenakan hanya ditukarkan tempat kerja dan dipulaukan di tempat kerja. Sepatutnya dipecat terus dan dipenjarakan untuk beri pengajaran kepada semua polis. Tetapiini semua tidak memberi kesan jikalau pemerintah atasan terus mengambil rasuah dan terlepas menjadi suatu budaya buruk yang menanah dalam masyarakat malaysia!

  27. Apa guna banyak polis dan ditubuhkan banyak sprm sedangkan mereka semua tiada kuasa mutlak hatta untuk menangkap pemimpin kerajaan yang rasuah???! Sebab tu negara2 maju berjaya sebab pemimpin2 mereka yang rasuah akan ditangkap dan dipaksa meletakkan jawatan. Kita disini masih terus hanyut dengan budaya rasuah walaupun pemimpin ramai yang islam. Mungkin islam hanya pada kad i.c tidak di jiwa. Rasuah terus menjadi darah daging, hebat, malaysia bolehland!

  28. Semua rakyat menghadapi kos sara hidup yg tinggi. Gaji naik pun masalah takkan selesai selagi kita tidak ada pemimpin yg ada kuasa mengawal harga brg dipasaran, yg ada hanya menteri yg tidak ada kuasa, cuma kuasa menaikkan kos sara hidup rakyat je mereka ada. Kerajaan patut berhenti memeras rakyat dgn pelbagai taktik yang licik, spt bil2, cukai, minyak, tol, pemilikan rumah dn sebginya. Sampai bila kerajaan nak bergantung dgn hasil memeras rakyat.

  29. PM mlakukan bermacam perkara untuk negara ini, antaranya dgn menubuhkan 1mdb… menteri2 lain mana ada idea seperti najib

  30. dgn bermodalkan rm1 juta, dgn kesibukkan tugas sebagai PM, beliau dapat mencipta aset 46 bilion utk 1mdb & rakyat Malaysia…. menteri lain…, ado?

  31. Itulah kalau calang2 orang… bungkus negara ini terutama dlm kegawatan ekonomi & kejatuhan harga minyak sekarang…. ds najib membuktikan dia penyelamat negara inj…. my HERO

  32. Gaji Guru, Gaji Polis, Gaji Askar, Gaji Pekerja Swasta, Harga Barang, Harga Rumah, Kos Sara Hidup…semua naik, tapi PM tetap selamba walaupun sebahagian rakyat menolak kepimpinannya

  33. Mana ada PM yg mampu memahami masalah rakyat sehingga menyediakan duit poket/duit kopi kpda golongan miskin seperti BRIM

  34. Walaupun harga minyak dunia jatuh US30 setong, harga minyak Malaysia tetap tinggi kerana ds najib mahu pendapatan negara kita stabil

  35. Naikkan Gaji Polis, naikkan syarat minima konstable sekurang2nya ada diploma… wujudkan polis2 berkualiti

  36. Memang mudah untuk memperkatakan itu ini siapa yg tahu hal sebenar, seorang terpaksa bekerja untuk 30 juta rakyat Malaysia…

  37. sememangnya tiada yg mampu menyenangkan semua pihak apa sj pihak berkenaan lakukan pada negara dan rakyatnya. namun rakyat bukan semuanya jahat hina tiada pengetahuan apa yg kerajaan lakukan pada negara dan rakyatnya ,malah memahami keadaan semasa tetapi bila dah lama mana bohong mana tipu mana salah akan kelihatan dgn jelas bila keadaan negara semakin parah ekonomi semakin teruk rakyat semakin sengsara tekanan hidup semakin tinggi dll, semua ini belaku pasti ada sebabnya! dgn ini perbagai kejahatan penipuan pembohongan salah guna kuasa dll akan tersebar dimana jua! bila adanya sesawang tiada lg benda boleh sembunying apalg pihak berkenaan cuba nak halang segala rahsia terbocor dgn kuasa yg mrk ada ! dptkah mrk halang kebocoran rahsia mrk??? inilah sesawang terbuka pada dunia tanpa sempadan.

  38. negara rasuah negara jahanam negara tergadai rakyat akan dihambakan ,yg kaya akan pergi yg miskin akan merempat kuasa akan dirampas hutang tak terbayar negara bukan milik rakyatnya. kini masih selamat berkata besar tinggi bersuara satu persatu harta negara digadaikan ,habis bayar hutang ada lg hutang yg baru! apa guna negara maju rakyatnya hidup merana menagih simpati perhambakan diri tak mampu bersuara hanya mengalirkan air mata, nasib rakyat ditangan org lain. hapuskan rasuah kalau anda tak mahu dihapuskan! hidup rakyat malaysia!! hidup rakyat malaysia! hidup rakyat malaysia!

  39. Betul! Betul! Betul! Sekarang rakyat yg masih DLM buaian Lena diulit mimpi brim, apabila negara dh tergadai barulah nk merusuh sana sini. Nk tengok mampu lg ke kau nk bersuara tinggi suara mcm sekarang.

  40. Betul! Betul! Betul! ! Sekarang rakyat yg masih DLM buaian Lena diulit mimpi brim, apabila negara dh tergadai barulah nk merusuh sana sini. Nk tengok mampu lg ke kau nk bersuara tinggi suara mcm sekarang.

  41. Bolehkah sesiapa jelaskan kenapa brg2 boleh dijual dgn harga yg lebih mahal di 7/11 berbanding dgn kedai2 runcit biasa

  42. ala biasalah tu, bukan boleh kaya pun makan rasuah… kaya di dunia tapi miskin di akhirat…

  43. nkorang ni bising2 pasal rasuah naper, nape ada sifat cemburu & bersangka buruk sesama manusia

  44. Menubuhkan lebih banyak kaunter dan pusat aduan rasuah di lokasi2 stratejik adalah kaedah terbaik mengatasi gejala rasuah..

  45. SPRM patut lebih mudah diakses dgn aduan org ramai, banyakkan PETI & KAUNTER ADUAN di pintu masuk sempadan

  46. Sokong disediakan lebih banyak Peti & Kaunter Aduan tentang salahlaku Rasuah, Pecah Amanah & Salahguna Kuasa Penjawat Awam

  47. Bukan semua Penjawat Awam itu makan Rasuah & Bukan semua yang Rasuah itu adalah Penjawat Awam

  48. Bukan RASUAH sahaja, amalan SALAHGUNA KUASA & PECAH AMANAH yg tinggi di kalangan Penjawat Awam mengundang celaka kepada negara

  49. benteras RASUAH, PECAH AMANAH & SALAHGUNA KUASA (RPASGK) di kalangan Penjawat Awam & org ramai… tahan, bawa ke pengadilan & hukum semua pesalah !

  50. sokong gak tubuh lebih banyak kaunter & pejabat Aduan Rasuah, Pecah Amanah & Salah Guna Kuasa di semua daerah di Malaysia

  51. Perketatkan syarat pengambilan Penguatkuasa2 di Jabatan2 Kerajaan Negeri & Persekutuan, Polis, Imigresen, JPJ & Kastam

  52. Prosedur Pengambilan Penjawat Awam juga mesti telus & berintergriti.. atau amalan RPA&SGK akan jadi duri dalam daging Jab. Perkhidmatan Awam Malaysia

  53. Sepatutnya kakitangan awam bersukur kerana berkhidmat sebagai kakitangann awam. Anda sepatutnya bekerja dgn penuh dedikasi dan berintegriti. Senua tu akan mendapat ganjaran dari Allah Taala. Sedangkan kakitangan swasta hari hari pergi kerje dgn perasaan takut kena berenti kerje kerana majikan nak bayar kwsp dan socso pekerje pun dah tak mampu. Klu lambat hadir 5 minit potong gaji rm50.

  54. gaji pekerja swasta macam mana? ibarat kais pagi makan pagi kais petang mungkin tak ada makan…. malang sungguh rakyat malaysia akhir-akhir ini. siapa yang membawa malang… sial betul orang tu ya……. celaka .

  55. pendidikan ugama ditingkatkn/priority,premis judi haram jadah sifar/semakin kurang hingga sifar/makanan halal /kewangan sifar riba

  56. Cukai yg mmelampaui batasan sifar, tol dikaji semula sbb kenderaan berdaftar berketegori blh dikenakan tol didaftarkn lbih setengah juta setahun dr keseluruhan lbh kurang 1 juta setahun kenderaan yg berdaftar.Boleh?

  57. Sunnah nabi simpan janggut,cukur/pendekkn misai,berdakwah.makn/minum tgn kanan,solah berjemaah…

  58. Cadangan 2 kali sebulan pembayaran gaji satu langkah baru yg ke hadapan dn bersesuaian dgn senario skrg,Harap kjaan setuju dan sya cadangkan baki gaji bersih dibayar 2 kali manakala potongan dibuat setiap pembayaran kali kedua/hujung bulan.Setuju?

  59. Hutang je dah 2/3 gaji bulan2, kalau bayar 2 kali separuh tu nak bayar hutang pun tak cukup. Haha.

  60. Komen tu biarlah cerdik sikit, gaji pun tak cukup, lagi mau bayar 2x ke. apa kata gaji ko dibayar 10x sebulan?

  61. ada macam2 jenis konsep perniagaan sekarang ni.salah satunya 7 eleven. dulu aku belajar jenis2 konsep perniagaan, dah tak ingat sangat, 7e ni mengamalkan konsep jual barang mahal kerana ia bukan seperti kedai runcit biasa, kedai 7 eleven jual harga mahal kerana nak ambil untung sekelip mata kerana dia tahu pembeli takkan beli selalu di kedai dia. Tapi kedai 7eleven di thailand murah saja aku pergi. Mungkin penguatkuasaan di malaysia lemah sama, jadi mereka ambil kesempatan, di malaysia apa saja boleh jadi duit, hatta jual manusia!

  62. terimaa kasih, pandangan yg terbaik,.. saya ambil kata2 tuan …….”Tengok polis di luar negara, gaji mereka kecil tapi menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah, di malaysia ramai polis beragama islam tapi buat kerja tak ikut ajaran islam, selalu nak rasuah,pecah amanah. YA DI MALAYSIA RAMAI ORANG ISLAM (POLIS DLL…) TETAPI DAN TETAPI HANYA SEDIKIT ORANG ISLAM YG MUKMIN ……jika sy silap tegur sy sbb saya hanya seorg hambaNya dan hanya ALLAH YG MAHA BESAR …

  63. betul2, sepatutnya kita sebagai umat islam harus lebih mengikuti ajaran dan nilai2 islam, bukan masyarakat bukan islam! tapi apa yang terjadi adalah sebaliknya, kita lebih rela mengikut hasutan syaitan dan memberi pelbagai alasan untuk menghalalkan keadaan!

  64. haha bab makan pun sama, ada restoran makanan laut tak halal di kuala perlis tapi semua orang islam pakat2 balun makan sebab sedap sangat katanya, ada ramuan istimewa ke? pernah tengok rancangan makanan sorang org putih ni suka makan makanan thailand, lazat katanya, tunjuk masakan tu dimasak dengan lemak babi memang ramuan istimewa!

  65. Bila nak berurusan ngan pegawai kat kaunter.
    Buat buat sibuk buka fail masuk fail selak sana sini.
    Bila hulur envelope ada rm semua jadi cepat.
    Patutle malaysia tak leh maju.

  66. Mmg bukan semua polis ambik rasuah.tapi kebanyakan nya ambik.Kalo gaji parlimen bole naik, x kan gaji polis pn x boleh naik.Pendek kata, naikkan la gaji pekerja 1 msia.Msia Boleh! Jauhkan rasuah.#TurunkanNajib

  67. …kat Malaysia bab rasuah2 ni macam isi dengan kuku…x dapat dipisahkan…kalau pemimpin2 pun dah amalkan rasuah…maka yang di bawah pun ikutlah sama…ibarat pepatah ‘guru kencing berdiri, murid kencing berlari’…yang ajaibnya tu…hanya anak2 ikan aje yang tertangkap…bapak2 ikan terlepas…

  68. Kenapa bila penjawat awam x kira polis ke ape ke dikatakan rasuah, bila pemimpin dpt dikatakan derma???…

  69. kalo kita kembali kpd Allah dan ikut sunnah Rasul SAW mesti seluruh rakyat Malaysia ni hidup dgn penuh keredhaan walaupun gaji kecil.. krn dizaman ini dh xde dipahat dlm hati tu yg kita ni hanya musafir yg menghuni alam yg sementara kelak nti akn dijemput pulang.. ketika tu le kita akn lihat tempat kita..

  70. kalo kita kembali kpd Allah dan ikut sunnah Rasul SAW mesti seluruh rakyat Malaysia ni hidup dgn penuh keredhaan walaupun gaji kecil.. krn dizaman ini dh xde dipahat dlm hati tu yg kita ni hanya musafir yg menghuni alam yg sementara kelak nti akn dijemput pulang.. ketika tu le kita akn lihat tempat kita..

  71. …sebab ramai yang menyokong pemimpin tersebut…walaupun pemimpin tersebut memang salah…sebab jugak ada banyak kepentingan2 tertentu untuk diri masing2…

  72. Sokong Sambal Belacan!Dunia akhir zaman.Pemimpin yg tak amanah ramai yg duk puji ikut.Pemimpin yg amanah di singkirkan.Maklumla kipas kuat dptla habuan.Tp bukan 2.6 billion hokayy..Kite pkai air cond je, x pakai kipas hokayy..Nyaman je tdo tanpa derma..hikhik

  73. cukup/tidak bergantung pd individu. Byk alternatif tp kita sempitkn pndgn tu. 10x sebulan pn baik jg kalo gaji 1000 boleh dpt 100 setiap 3 hari, kan lebih senang untuk di ‘Manage’. Pndgn sy duit itu akan lebih dihargai dari dpt ‘Lumpsum’. Sumber yg terhad akn lebih bermakna dari.

  74. rasuah itu sbnrnya boleh jd (+) jika d jdkn spt ‘KWLN EKOSISTEM’. Pd pihak yg berkepentingan sila naikkn nilai suapan. Kpd penguatkuasaan sila minta duit kopi yg tinggi dari pesalah bg setiap pegawai terlibat. Bygkn setiap lapisan agensi yg mengawal dibayr dari atas sampai bwh bg setiap transaksi/kesalahan brp kos yg ditanggung pesalah. adlh tidak berbaloi utk melakukannya jd mereka akn mula ikut saluran yg betul walaupun sukar.

  75. BETUL TU, APA MAU BISING2 PASAL RASUAH, BUKAN SEMUA ORG BAIK SANGAT. POLIS BUKANNYA JAHAT POLIS JAGA KEAMANAN KALAU TDA POLIS NEGARA TDK AMAN, ORG TIDUR POLIS TDK TIDUR SENTIASA BERJAGA SIANG DAN MALAM DEMI KEAMANAN…

  76. Ya saya setuju tu sebulan 2X gaji bersyukur saya kalau cadangan ini di tunaikan tdklah pejawat awam menunggu lama gaji di akhir bulan.

  77. Camni r..aku bkas plis.2009 hngga 2013..skrg dh muflis..hidup cm neraka.syok x.org rajin dibuang.anggota perasuah,penagih pembodek,penindas bangsa dibela.itu byk ada dlm pdrm skrg.yg brjiwa mcm aku demi sesuap nasi dan rezki halal disusahkan hidupnya.aku syg pdrm.tp aku x maaf penganiayaan aku smpai bila2.

  78. sipat maknusia anggota bukan maklaikat allham dulilah allah tak di beri ujian seperti mereka dalam pdrm ,semua jabatan yang tugas penguat kuasa tidak tidak boleh lari dari pemberi rasuah ,walau apa sekali pun ugama merka ,,ada yang bak dalam pdrm merka pun tahu balasan akirat allah,ingat lah tuan tuan didunia ini tak boleh percaya 2 je duit dan burit….paham lah…..

Kongsikan Pandangan Bernas Bersama Kami Di Sini. Bincangkan..

Please enter your comment!
Please enter your name here