Gaji Menteri Malaysia Perlu Potong dan Kurang Menjelang Pembentangan Bajet 2017

9

Gaji Menteri Malaysia Perlu Potong dan Kurang Menjelang Pembentangan Bajet 2017

Kadang kenyataan menteri-menteri yang ada ramai yang merasakan lebih baik diam daripada berkata-kata sehingga menampakkan bertambah rendah martabat seorang yang diangkat dalam barisan menteri kabinet Malaysia yang ada hari ini.

gaji menteri malaysia

Seorang pakar ekonomi terkenal dari Khazanah Research Institute, Dr. Muhammed Abdul Khalid melontarkan cadangan supaya menjelang pembentangan Bajet 2017 ini potong gaji menteri kabinet Malaysia yang ada sekarang ini.

Katanya dalam keadaan sekarang belum lagi memasuki era kegawatan ekonomi, tetapi suasana dan iklan ekonomi Malaysia hari ini cukup mencabar di pihak kerajaan dan juga rakyat di bawah. Rakyat sudah brkorban dan ada juga yang terkorban mendepani gelombang ekonomi yang tidak menentu hari ini.

Oleh itu, barisan menteri Malaysia yang di atas perlu menunjukkan contoh dan tanggungjawab supaya dilihat yang mereka juga bersama-sama dengan rakyat Malaysia untuk merasai sendiri kesusahan dan keperitan yang dirasai oleh rakyat Malaysia sekarang. Ia juga perlu dilakukan supaya menteri Malaysia tidak dicop “cakap tidak serupa bikin”.

Gaji Menteri Malaysia Dipotong, Sanggupkah Mereka?

“Hanya berdegar-degar di hadapan media tetapi menikus apabila disuruh berkorban demi rakyat”

Gaji menteri Malaysia tinggi, elaun pelbagai. Tetapi mendengar ucapan dan jawapan di media, semacam tidak berbaloi dengan keringat rakyat Malaysia bayar cukai pendapatan dan cukai korporat untuk “menanggung” menteri-menteri seperti itu.

P/S : Menteri Malaysia perlu perbanykkan lagi menteri-menteri seperti Johari Abdul Ghani, Husni Hanadzlah dan tolong kurangkan menteri seperti Ahmad Maslan, Ismail Sabri dan tidak lupa juga Salleh Keruak. Malaysia tidak perlukan pembodek membuta-tuli.

PP/S : Ada siapa di siniΒ yang bersetuju dengan cadangan potong dan kurang gaji menteri Malaysia termasuk Perdana Menteri Malaysia?

Sambung Baca Lagi Artikel Terbaik Yang Ini Pula. Ada Kaitan Dengan Yang Di Atas :

3 Timbalan Perdana Menteri TPM Semenanjung, Sabah Sarawak? Malaysia Pecah Kepada... 3 Timbalan Perdana Menteri TPM Semenanjung, Sabah Sarawak? Malaysia Pecah Kepada 25 Negeri (Semenanjung 11, Sabah, 5, Sarawak 9). Setuju? 3 Timbalan Perdana Menteri TPM Semenanjung, Sabah Sarawak? Di...

SEBARKAN

9 Komen Bernas

  1. Pak Man setuju betui……. elaun dan kemudahan yg depa dpt lebih drp gaji… gaji tak usik pun…. potong sikit apa salahnyakan…

  2. Potong…jgn x potong…masalah dgn menteri2 ni x merasa kesusahan yg dialami rakyat. Kesenangan yg melampau dan boros adalah punca merosotnya prestasi kerajaan yg sedia ada. Duit dah mengkaburi mata mereka semua. Kesedaran akan menerangi pemikiran mereka jika dapat merasai kesusahan rakyat

  3. Menteri dan Timbalan dikurangkan jangan beri Jawatan kepada mereka yang kurang Ilmu dan tak bertanggungjawab serta kaki bodek. Ingatlah Amanah dan Tanggungjawab akan di JAWAB DI ALAM KUBUR.

  4. Nak jadi menteri mesti cakap terjerit jerit dlm parlimen.
    Fakta salah tak penting.
    Yang penting mesti pertahankan PM walaupun rm 45 billion akibat 1mdb dah lesap.

  5. 😴😴😴😴😴😴😴😴😴

Kongsikan Pandangan Bernas Bersama Kami Di Sini. Bincangkan..

Please enter your comment!
Please enter your name here