≡ Menu

BOLA Sepak Malaysia Gagal di Piala AFF Suzuki? Singkir K. Rajagopal @ Rombak FAM Malaysia?


BOLA Sepak Malaysia Gagal di Piala AFF Suzuki? Singkir K. Rajagopal @ Rombak FAM Malaysia?

Bola sepak Malaysia ada identiti sendiri, agak berlainan berbanding Indonesia dan Singapura.

fam malaysia

Kita dilihat tidak menggunakan  jurulatih luar dan kita naik disebabkan dahulu atas sebab jurulatih kita dan acuan kita sendiri.

Kita hebat kerana kita sendiri berusaha dengan bantuan jurulatih kita dan penolong jurulatih bukan tempatan. Bagi kami…..

  • Berita Semasa tidak kisah, andaikata FAM Malaysia memilih jurulatih bola Malaysia terdiri daripada jurulatih luar sekalipun. Samada jurulatih luar atau tempatan yang penting jurulatih itu mampu memenuhi selera penyokong bola sepak Malaysia daripada segi taktikal dan strategi yang mahu diterapkan ke dalam bola sepak Malaysia
  • Jika jurulatih itu sudah “hilang sengatnya”, untuk apa disimpan lagi? FAM Malaysia carilah jurulatih tempatan lain yang berkaliber daripada yang sebelumnya…
  • Semasa Jepun mula bangkit jadi jaguh bola sepak Asia, mereka juga menggunapakai jurulatih luar untuk melatih pemain mereka. Dalam pada masa yang sama, Jepun belajar dan ambil ilmu jurulatih yang berpengalaman daripada luar ini. Sekarang jurulatih Jepun pun sudah diimport oleh negara lain. Sama seperti di Korea

Ada baiknya masa yang ada ini digunakan dengan sebaiknya, untuk membaiki “kedai kita” sendiri atas kelemahan sendiri berbanding hanya menunding jari 100 peratus kesalahan ke atas kedai lain iaitu kedai pesaing kita sendiri. Produk sendiri lebih mudah kita jaga kualitinya dan boleh diperbaiki daripada masa ke semasa berbanding mengawal produk orang lain.

Untuk tempoh seminggu dua yang pertama ini, semoga para pemain dan pegawai Harimau Malaya dan tidak lupa juga pengurusan tertinggi FAM Malaysia bersabar,  anggap sambutan dingin ini dan juga kritikan demi kritikan membina daripada penyokong setia bola sepak Malaysia ini sebagai cabaran untuk kembali mempamerkan permainan mantap dalam usaha melayakkan diri ke Piala Asia secara merit………dan sekali gus meraih kembali sokongan peminat-peminat bermusim tanah air….Insyaallah!!

“Sokong tetap sokong. Cuma tahan sedikit jika terasa “panas telinga” untuk seminggu, dua ini”

Kami tidak merasakan bebanan hanya diletakkan di atas bahu K. Rajagopal seorang sahaja.

Ini kerana seperti dalam laporan berita yang bertajuk, “Bola Sepak Malaysia : Jangan Sesekali Tegur Mereka!! Di Mana Arah Tuju Pasukan Malaysia Selepas ini (KLIK SINI)?” Berita Semasa pernah membangkitkan harapan Berita Semasa mahu melihat pengurusan tertinggi Malaysia FAM dirombak semula.

Buat apa diletakkan orang yang tidak mahir selok belok dan tiada pengalaman ‘sebenar” tentang hal bola sepak Malaysia dalam FAM Malaysia?

Harapan Berita Semasa : Rombakan Dalam FAM Malaysia dan Bola Sepak Malaysia

  1. Malaysia perlu merubah corak permainan. Melihatkan persembahan Malaysia setakat saingan separuh akhir Piala AFF Suzuki, kelihatan K. Rajagopal memang sudah habis cara untuk mengatur strategi dan hasilnya kita boleh melihat permainan & persembahan pasukan Harimau Malaysia baru-baru ini.
  2. Pemilihan pemain yang tidak sepatutnya diletakkan & disenaraikan di atas padang seperti ____________, _____________ dan _______________ serta pemilihan formasi dan corak pemainan cukup mengecewakan. Mungkin sudah tiba masa dan ketikanya K. Rajagopal menerapkan eksperimen seterusnya di pasukan barunya kelak.
  3. Semestinya kami mengharapkan daripada segi pengurusan FAM Malaysia sehinggalah jurulatih dirombak semula. Tolong kurangkan golongan diraja yang tidak boleh ditegur dan ahli politik yang boleh menghancurkan persatuan sukan di Malaysia.
  4. Ramaikan lagi pemain muda.
  5. Kalau nak dibandingkan, kekuatan kita sekarang ni banyak datang daripada strategi sebenarnya berbanding daripada kemampuan pemain. Pemain-pemain daripada negara Asean yang lain bagi  kami mempunyai teknik yang lebih tinggi sebenarnya daripada pemain kita, seperti tahan bola, hantaran yang kemas, “tap bola” dan sebagainya. Cuma pemain kita sedikit unggul dalam kemahiran seperti “shoot, free kick dan defend”. Sedikit sebanyak itu menjadikan keuntungan bagi kita.
  6. Walaubagaimanapun……melihatkan permainan pasukan Harimau Malaysia baru-baru ini kondisi dan tahap permainan pasukan negara sudah “mencapai limitnya” sekarang ini. Nak harapkan lebih lagi daripada pemain yang kita ada sekarang ini, sudah tidak boleh lagi sebab rata-rata sudah mencapai umur dewasa. Jika mahu tajamkan lagi kemahiran dan kemampuan bukan pada usia dewasa, tetapi sepatutnya sejak pada umur kanak-kanak dan remaja lagi. Oleh itu, pembangunan bola sepak oleh FAM diperingkat kanak-kanak dan remaja perlu dipertingkatkan dan diperkemaskan lagi. Mungkin di masa hadapan apabila kita sudah ada player yang lebih berkualiti dari segi fizikal, teknik, dan skill, barulah FAM Malaysia boleh bercakap tentang level Asia dan seterusnya pulak.
  7. Ong Kim Swee mungkin boleh dipertimbangkan untuk diberikan peluang
  8. Pemain bola sepak yang gila publisiti sehingga menyebabkan tumpuan mereka seringkali terjejas dalam permainan. Dan pemain seperti tidak perlu diberikan ruang dalam pasukan kebangsaan. Jikalau publisiti dan glamor menjadi pilihan mereka, biarkan mereka menjadi artis
  9. Lain?

Walabagaimanapun semakan Berita Semasa menunjukkan yang mana jurulatih negara K. Rajagopal masih akan memimpin pasukan negara kerana katanya beliau masih ada 12 bulan kontrak dengan FAM Malaysia dana beliau sedang berusaha untuk saingan Piala Asia pula. Ok!

Apakah pandangan dan pemerhatian sepanjang persediaan pasukan bola sepak Malaysia sebelum Piala Aff Suzuki sehinggalah berakhirnya saingan Harimau Malaysia yang dibenam pasukan Gajah Putih (Thailand) hari Khamis yang lalu? Singkirkan K. Rajagopal @ rombak semula pengurusan tertinggi FAM Malaysia? Atau…anda ada cadangan lain selain daripada yang ini?

P/S : Agaknya di mana inisiaitf MyTeam yang pernah dirancang sebelum ini? Apa hasilnya sekarang ini?

PP/S : Tahun depan kita ada skuad Ong Kim Swee untuk sukan SEA di Myanmar…Harus diberi perhatian terhadap Brunei, Filipina kerana dua skuad ini sedang meningkat naik.

PPP/S : Kepada FAM Malaysia, jika mahu melihat penambaikan & peningkatan dalam bola sepak Malaysia lakukanlah sesuatu. Jika pangkat dan kedudukan yang menjadikan keutamaan, nampaknya pasukan bola sepak Malaysia berada di bawah payung yang sudah “koyak dan rosak”.