epangkat KPM Online. Semakan Kenaikan Pangkat di MOE!!
Sekarang ini semua urusan kerajaan sekarang menggunapkai konsep “e” termasuklah platform bagi urusan semakan kenaikan pangkat epangkat KPM online (e Pangkat) di Moe yang ada sekarang ini.
Apa yang boleh kami katakan sistem e pangkat ini memudahkan pengguna bagi mengisi urusan kenaikan pangkat atau kekosongan jawatan yang disediakan oleh KPM (Moe Gov My).
Jikalau diikutkan sebenarnya sistem ini disiapkan secara berfasa. Namun begitu, fasa yang sedia ada sekarang telah mula digunapakai mulai Mei 2011 ialah aliran proses urusan kenaikan pangkat secara Time-Based. Dan juga….sebenarnya sistem online ini belum diimplementasikan sepenuhnya kerana ia masih lagi menggunakan cara lama iaitu permohonan secara manual
Fungsi Sistem Kenaikan Pangkat Online ePangkat KPM?
Sistem Naik Pangkat atau ePANGKAT merupakan satu sistem aplikasi dalam talian yang melaksanakan:
- proses pemangkuan
- menangani isu kelewatan dan pertindihan urusan kenaikan pangkat
- penempatan pemangkuan
- pertukaran jawatan
- memantau serta mengemaskini data-data naik pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Kedua-dua kenaikan pangkat untuk gred seperti di bawah ini adalah berdasarkan time based. Jadi tidak perlu sama sekali untuk hantar permohonan. Semuanya boleh dilakukan berdasarkan perakuan dan pengesahan daripada pihak Ketua Jabatan.
- Semakan dg41 ke dg44
- Semakan dg44 ke gred dg 48
Sesiapa yang berkenaan boleh melayari laman semakan melalui aplikasi e Pangkat dengan cara KLIK LINK di bawah ini :
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butiran dan Pautannya
Semakan Kenaikan Pangkat Online,KLIK SINI
Jika ada sebarang masalah? Sila Hubungi,Cawangan Naik Pangkat; Bahagian Pengurusan Sumber Manusia;Kementerian Pelajaran Malaysia KPM; Aras 4; Blok E12 Kompleks E; Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan; 62604 PUTRAJAYA.
,Tel: 03-88847963/7863/7816
,Email: cnp@moe.gov.my
Borang Kecemerlangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan,KLIK: Muat turun borang
Cara dan Panduan Menggunakan Online,KLIK: Semakan Manual Pengguna
Aplikasi Sistem Pengurusan Sumber Manusia,KLIK
[/table]
P/S : Apa pandangan setelah menggunapakai sistem ini bagi aplikasi e Pangkat Online KPM ini? Berpuas hati atau tidak kalangan guru, pensyarah, ketua jabatan, pegawau pendidikan dan lain-lain? Ada cadangan ke arah penambaikan?