Kegawatan dan Kemelesetan Ekonomi Jepun Resahkan Malaysia, Amerika Syarikat dan Dunia! Kenaikan Cukai Jualan 8 peratus di Jepun Adalah Punca Utama!
Berita Semasa dimaklumkan yang mana Bank Negara Malaysia (BNM) telah mula mengambil pendekatan yang lebih holistik mengenai dasar monetari mereka apabila melihat senario yang berlaku di negara matahari terbit ini.

Negara Jepun sedang mula melalui…tempoh yang cukup genting apabila mula mengalami kemelesetan ekonomi yang sekaligusnya impaknya telah dirasainya Malaysia sekarang ini yang mana Jepun antara 5 negara bersama-sama Thailand, Amerika Syarikat, China dan juga Singapura yang merupakan rakan dagang terbesar bagi Malaysia.
Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap laporan Berita Reuters menunjukkan tidak ramai yang menyangka dan pakar ekonomi banyak yang terkejut apabila ekonomi Jepun mengalami kegawatan ekonomi sejak suku ketiga tahun 2014 ini sehingga menyebabkan kerajaan Jepun telah menangguhkan dasar kenaikan cukai jualan 8 peratus yang telah mula diperkenalkan oleh Perdana Menteri Shinzu Abe sebelum ini.
Punca Kegawatan dan Kemelesetan Ekonomi Jepun
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK Jepun) merosot sebanyak 1.6 peratus antara Julai hingga bulan September selepas KDNK Jepun menjunam teruk ke paras 7.3 peratus pada suku kedua tahun 2014 ini
- Ini berpunca kesan daripada pelaksanaan peningkatan kadar cukai jualan 8 peratus yang lebih awal daripada 5 peratus sebelum itu dalam usaha Shinzu Abe menaikkan sehingga 10 peratus selepas itu
- Pilihanraya Jepun akan diadakan lebih awal pada Disember 2014
Pastinya, andai boleh diputarkan masa pastinya Shinzu Abe akan berfikir masak-masak sebelum mengumumkan dan melaksanakan kenaikan cukai jualan sebanyak 8 peratus kepada rakyat Jepun. Walaubagaimanapun, masalah ekonomi Jepun telah terjadi.

Negara-negara lain yang banyak mengeksport produk dan barangan untuk digunakan di Jepun mula merasai kesannya apabila syarikat Coach, Harley Davidson, Tiffany dan banyak lagi syarikat dari US mulai merasainya bahangnya. Ini hanya salah satu contoh sahaja.
Kesan kejatuhan ekonomi jepun bukan isu kecil. Kesannya cukup besar kepada dunia. Apatah lagi status ekonomi Jepun adalah yang ketiga terbesar dunia.
Terbaru Jepun telah memberikan peringatan dan amaran kepada Amerika, negara Eropah dan negara-negara lain terlibat dengan ekonomi Jepun termasuklah negara kita Malaysia yang mana dagangan eksport Jepun dengan rakan dagang utama mereka yang lain akan terjejas dek kerana ketidaktentuan dan ketdakseimbangan ekonomi mereka pada ketika ini.
Dan nilai ekport Malaysia semakin menurun salah satu puncanya adalah disebabkan kejatuhan dan kemelesetan ekonomi Jepun ketika ini sekaligus mengurangkan lagi pendapatan Malaysia. Apa respon anda pula?