Semakan EgTukar Guru Keputusan Permohonan sesi Jun 2017?

Semakan EgTukar Guru Keputusan Permohonan sesi Jun 2017?

Akhirnya suka untuk Berita Semasa war-warkan kepada guru di malaysia, di mana anda sudah boleh hantar dan daftar permohonan EgTukar guru 2017 bagi sesi Jun

egtukar

Sebenarnya kasihan melihatkan nasib kalangan guru yang terpaksa berjauhan dengan keluarga bukan kecil angka, tetapi berpuluh ribu yang berhadapan dengan masalah ini.

Itu sebablah sistem egtukar online ini dibangunkan oleh KPM malaysia yang diadakan penempatan baru tiga kali setahun untuk tahun 2017 ini iaitu egtukar Januari 2017, siri Jun 2017 dan siri September 2017.

Walaubagaimanapun kepada kalangan guru yang sedang mengajar murid dan pelajar Tahun 6 yang sedang menghadapi peperiksaan UPSR, Tingkatan 3 berhadapan dengan PT3, dan juga Tingkatan 5 dengan peperiksaan SPM, guru ini tidak dibenarkan untuk hantar permohonan eg tukar guru Januari dan April 2017. Ini bagi mengelakkan kalangan murid dan pelajar terganggu konsentrasi dan persediaan mereka menghadapi ujian dan peperiksaan besar kelak.

Berdasarkan maklumat yang Berita Semasa terima, permohonan secara online ini hanya dibuka kepada hanya gred tertentu sahaja untuk urusan permohonan EGtukar guru online oleh KPM ini seperti :

  • Guru DG54 (KUP Time based)
  • Guru DG52 (KUP Time based)
  • Guru DG48 (KUP Time based)
  • Guru DG44 (KUP Time based)
  • Guru DG42 (KUP Time based)
  • Guru DG41 (KUP Time based)
  • Guru DG38 (KUP Time based)
  • Guru DG34 (KUP Time based)
  • Guru DG32 (KUP Time based)
  • Guru DG29 (KUP Time based)

Manakala ini pula kumpulan guru yang didibenarkan sama sekali hantar permohonan egtukar guru online ini. Antaranyalah ialah :

  1. Guru DG44 Guru Penolong Kanan di Sekolah menengah
  2. Guru DGA32 Guru Penolong Kanan Sekolah Rendah
  3. Pengetua Cemerlang Kanan PCM, Pengetua atau Guru Besar PGB, Pengetua atau Guru Besar Khas Untuk Penyandang (PGK) dan Guru Cemerlang(GPR)

Walabagaimanapun keputusan dan kelulusan Eg Tukar guru akan dibuat berdasarkan beberapa kriteria termasuklah kekosongan jawatan, keperluan opsyen di negeri yang dipohon dan tidak lupa juga dan juga kepentingan perkhidmatan.

Semakan Egtukar Guru Online 2017 dan EgTukar Bukan Guru

Akses untuk anda hantar permohonan secara online mengunakan portal Kementerian pendidikan Malaysia KPM telah Berita Semasa kongsikan pautan dan butiran penting mengenai sistem online ini seperti pada jadual di bawah ini bagi sesi Jun 2017:

Perkara Butiran dan Pautannya
Eg Tukar Bukan Guru (etukar) ** Pautan khas ** KLIK SINI
Daftar Permohonan online KLIK SINI
Pautan Semakan Keputusan Lulus atau Gagal dan Semakan Penempatan (epgo.moe.gov.my) KLIK SINI
Download Borang Borang antara bahagian/Negeri
Borang Antara Daerah
Borang Dalam Daerah
Semakan Kekosongan Jawatan dan Opsyen KLIK SINI
Rayuan Egtukar 2017 Anda diberikan masa dalam tempoh 14 selepas keputusan samada anda lulus atau berjaya.
Rayuan Egtukar boleh anda hantar terus ke mana-mana Pejabat Pendidikan Daerah PPD yang berkaitan

EgTukar Guru Jun 2017 Tarikh
Tarikh Buka Permohonan Ditutup
Tarikh Tutup PermohonanDitutup
Tarikh Keputusan (Lulus/Gagal) 28 Mei 2017
Tarikh Semakan Pengesahan Penempatan Akan dikemaskinikan

Lagi Soalan Lazim dan Jawapan Bagi Sistem EgTukar Guru Online

Semak gambar-gambar di bawah ini untuk rujukan dan semakan anda..

Ramai yang bertanya kepada Berita Semasa, mengapa dan kenapa mereka masih lagi tidak dapat pertukaran ke lokasi yang lebih dekat antara pasangan masing-masing. Apa Punca sebenarnya?

  1. Sebenarnya, begitu banyak permohonan pertukaran guru online yang dihantar untuk diroses oleh kementerian Pendidikan malaysia KPM. Malangnya kuota daripada kekosongan jawatan dan lokasi negeri yang diingin tidak selari dengan kehendak masing-masing. Jadi akan ada yang berjaya lulus dan ada juga yang gagal melalui sistem e pertukaran guru online ini.
  2. Seperti yang diterangkan pada jawapan pertama, biasanya ia disebabkan kekosongan yang ditawarkan sangat kecil melihatkan lambakan permohonan pertukaran guru yang diterima KPM samada anda pindah ke Melaka, Kuala Lumpur Kl, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor, negeri Sembilan, Perak, Perlis, Sarawak, Sabah.

Berita Semasa juga difahamkan Kementerian Pendidikan Malaysia KPM sentiasa memperbaiki sistem ini termasuk baru-baru ini KPM melancarkan sistem lampu isyarat.

Sambung Baca Lagi Artikel Terbaik Yang Ini Pula. Ada Kaitan Dengan Yang Di Atas :

Apdm 2017 Online Pangkalan Data Murid Sekolah APDM KPM Online Moe Slow dan Lemba... Apdm 2017 Online Pangkalan Data Murid Sekolah APDM KPM Online Moe Slow dan Lembap? Setiap awal tahun, kalangan guru cukup sibuk untuk melakukan proses pendaftaran semula dan kehadiran murid dan pelaj...
7 Komen Bernas di Berita Semasa… add one
  • 1 Muhammad Nur Salihan bin Ahmad 8:13 pm

    best

  • 2 Anonymous 10:55 pm

    Untuk Guru-guru. Jangan transfer ke Melaka Tengah. Bahaya! Banyak problem yang menunggu kamu di sini kalau kamu pindah masuk! Lebih baik, jangan!

  • 3 Anonymous 8:30 pm

    Kenapa ye…boleh tau x

  • 4 Amy 5:01 am

    Guru spm dn peperiksaan perlu diberikan keadilan juga untuk egtukar ni… kasihan mcm sy ni mcm mana lah? Takkan seumur hidup mengajar spm seumur hidup jugak xboleh tukar. Alasan menganggu konsentrasi pelajar. Benda tu boleh handle kan oleh pihak sekolah. Mcm mana nak selesaikan isu ni jika isu ni pun dipandang ringan sebenarnya, berat sebelah, dan xmenyeluruh. Macam mana mau selesai?? Tolonglah sistem pendidikan malaysia tolonglah adil dan telus… tolonglah….

  • 5 Sabar60 10:22 am

    Setuju sgt dengan Amy.Saya juga dah 30 thn mngajar di negeri semasa n 30 thn jg mngajar kls peperiksaan.lbih kurang 3 thn lg nk pencen.klu mcm tu dsr kpm smp pencenlh saya akan kkl di tmpt skrg n pencen br dpt blk ke tmpt sendiri.trmasuk waktu bljr hmpir 4 dekad merantau.hrp2nya bulan jun dptlah blk kg.

  • 6 nakkeadilan 10:29 pm

    setuju dgn Amy. Memang tak masuk akal syarat yg dikenakn. sepatutnya hak sama rata. semua orang nak bersama dgn org tersyg. tolong la jgn sekat usaha kami utk dkt dgn org2 trsyg..tolongla fhm..

  • 7 takmasukakal 10:33 pm

    jika kuota guru bagi sesebuah negeri/daerah tu sudah penuh, mcm mana boleh ada kes sekolah tak ckp guru dlm negeri/daerah tu pula???

Tinggal Komen Bernas Bagi Topik Ini