Dividen KWSP Malaysia 6.40 Peratus. Elak Bandingkan Dengan LTAT!!
Setelah agak lama pencarum-pencarum KWSP tertanya-tanya mengenai dividen KSWP, akhirnya pengumuman mengenai dividen tersebut diumumkan melalui akhbar semalam.
Untuk maklumat lanjut, lihat butiran bersama-sama sejarah pembayaran untuk tahun-tahun sbeelum ini untuk perbandingan.
Sekarang ini ada seramai 14.36 juta juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan bila tarikh dividen kwsp 2021 diumumkan kali ini antara kedua tertinggi dalam tempoh 16 tahun terakhir.
Sejarah Kadar Dividen KWSP EPF 1960 Hingga 2017 dan Bonus
Angka yang dicatatkan di bawah adalah dalam nilai peratus.
[table sort=”desc,asc”]
Tahun Kewangan,Kadar Dividen KWSP
Tahun 2017,Nantikan
Tahun 2016,5.7
Terkini Tahun 2015,6.40
Tahun 2014,6.75
Tahun 2013,6.35
Tahun 2012,6.15
Tahun 2011,6.0
Tahun 2010,5.8
Tahun 2009,5.65
Tahun 2008,4.5
Tahun 2007,5.80
Tahun 2006,5.15
Tahun 2005,5.0
Tahun 2004,4.75
Tahun 2003,4.50
Tahun 2002,4.25
Tahun 2001,6.0
Tahun 2000,6.0
Tahun 1999,6.84
Tahun 1997 – 1998,6.70
Tahun 1996,7.70
Tahun 1995,7.50
Tahun 1988 – 1994,8.00
Tahun 1983 – 1987,8.50
Tahun 1980 – 1982,8.00
Tahun 1979,7.25
Tahun 1976 – 1978,7.00
Tahun 1974 – 1975,6.60
Tahun 1972 – 1973,5.85
Tahun 1971,5.80
Tahun 1968 – 1970,5.75
Tahun 1965 – 1967,5.50
Tahun 1964,5.25
Tahun 1963,5.00
Tahun 1960 – 1962,4.00
[/table]
Walaubagaimanapun, ia masih tidak mampu menewaskan rekod pengagihan dividen KWSP Malaysia selama 5 tahun lamanya sekitar tahun 1983 sehingga 1987.
Terbaru, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah mengisytiharkan kadar dividen KWSP adalah sebanyak 5.70 peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016
Ada juga pembaca Berita Semasa yang bertanyakan dan mula membandingkan mengapa dividen koperasi tentera lebih tinggi daripada dividen KWSP.
Sebenarnya, untuk membayar dividen EPF Malaysia kepada anda semua sebagai pencarum KWSP, EPF perlu menjana pendapatan sekurang-kurangnya :
- Aset pelaburan EPF Malaysia RM526.75 bilion x 15 peratus : Berapa? (Sebanyak RM79 bilion)
- Berapa keuntungan EPF sekarang? Sekitar RM31.02 bilion sahaja
RM79 bilion – RM31.02 bilion = RM47.98 bilion perlu diraih EPF Malaysia bagi merealisasikan impian untuk memberikan sehingga 15 peratus kepada pencarum KWSP- Agak-agak anda, mampu atau tidak EPF Malaysia menjadikannya ia sebuah realiti?
- Ataupun paling tidak pun 9-10 peratus?
LTAT boleh buat, kenapa tidak? Berita Semasa tidak mahukan tidak boleh langsung tetapi agak mustahil. Mungkin kita boleh sama-sama melihat angka-angka di bawah untuk dijadian contoh dan rujukan…..
- KWSP: RM 452 billion x 15 peratus= Untung perlu dijana = RM 67.8 billion
- LTAT: RM 4.56 billion x 15 peratus= Untung perlu dijana = RM 680 juta
Berbaloi Pulangan Dividen KWSP Untuk Anda
Andaikata cara mudah yang KWSP lakukan untuk memaksimakan pulangan adalah dengan cara contohnya KWSP meletakkan separuh daripada dana mereka di dalam saham. Apa akan jadi? :
1. Kadar pulangan sekuriti kerajaan (kami ambil angka secara puratanya 4 peratus) = RM 226 bilion x 4 peratus= RM 9.04 billion
- Maka kita akan mendapati untuk mencapai 15 peratus; kadar pulangan dalam saham = RM 67.8 biliion – RM 9.04 billion = RM58.76 billion
2. Kadar pulangan dividen pelaburan saham
- Duit KWSP dalam saham – RM 226 billion
- Market cap FBMKLCI = RM 484 billion
- Dividen untuk FBMKLCI (secara puratanya 3.4 peratus) = RM 16.5 billion
- Peratusan dividen FBMKLCI yang terkumpul untuk EPF = RM 7.706 billion (duit KWSP RM226 billion ialah 47 peratus daripada keseluruhan FBMKLCI)
Jadi hasil pendapatan KWSP setakat ini:
- Pulangan sekuriti gomen RM 9.0 billion
- Pulangan dividen saham RM 7.7 billion
- Jumlah = RM 16.7 billion. Masih tak cukup = RM 51.1bn (daripada sasaran pulangan 15 peratus yang berjumlah RM 67.8 billion)
Nak buat cemane nak dapatkan RM 51.1 billion? Adakah :
- Melabur dalam Swisscash?
- beli emas skim Genneva? Yang boleh menawarkan sehingga 35 peratus pulangannya
Jawapannya adalah jual saham. Jual RM 51.1 billion = Market cap FBMKLCI akan jatuh daripada RM 484 billion = RM 432.9 billion. Dengan cara seperti ini nilai pasaran akan jatuh terduduk sehingga 10.6 peratus tetapi hasilnya KWSP akan umumkan pulangan dividen sehingga 15 peratus. Mana satu pilihan anda? Atau anda mungkin ada pandangan yang berbeza?
Yang mana mahu bawa keluar untuk mempelbagaikan pelaburan anda, sandarkan dahulu kepada dana yang telah dijamin seperti ASB, ASW 2020, AS1M contohnya. Ataupun kalau nak keluarkan untuk diletakkan kepada public mutual contohnya, belek-beleklah semula pasaran saham sehingga benar-benar “hadam”.
P/S : Jadi, apa kata anda yang merupakan sebahagian daripada 8.3 juta pencarum dengan pengagihan dividen KWSP Malaysia kali ini? Puas hati?