≡ Menu

Dividen Bank Rakyat dan Bonus Saham 2017. Saya Mesti Pilih!!

Dividen Bank Rakyat dan Bonus Saham 2017. Saya Mesti Pilih!!

Jikalau diikutkan agak lambat sedikit pengumuman dividen bank rakyat kali ini bagi tahun 2017 bagi tahun kewangan 2016

dividen bank rakyat

Pada tahun lepas pula penantian kalangan ahlinya agak mengecewakan apabila dijangka pengagihan dividen bank rakyat adalah hanya sebanyak 13 peratus bersama-sama dengan bonus saham Bank Rakyat.

Bagaimana pula untuk dividen bank rakyat terkini kali ini? Adakah akan terjejas dengan penurunan harga komoditi dan perkembangan ekonomi yang tidak menentu sepanjang pada tahun lepas?

Jadi untuk pulangan sebanyak 20 peratus memang berbaloi-baloi namanya. Sesuai dengan tagline Bank Rakyat “Saya mesti pilih”.

Dan pulangan 20 peratus ini sama seperti yang diumumkan pada tahun 2008.

Adakah angka seperti ini akan terus berulang sekali tahun ini? Sama-sama kita nantikan…

Bila dapat pembayaran?

Semak Sejarah Dividen Bank Rakyat? Terkini Tahun 2017?

Adakah sama, semakin naik atau semakin menurun?

[table sort=”desc,asc”]
Tahun Kewangan,Kadar Pembayaran Dividen (peratus)
1997,20.00
1998,08.00
1999,15.00
2000,15.00
2001,15.00
2002,15.00
2003,15.00
2004,15.00
2005,15.00
2006,15.00
2007,20.00
2008,20.00
2009,15.00
2010,15.00
2011,20.00
2012,18.00
2013,15.00
2014,15.00
2015,13.00
2016,15.00
[/table]

Nampaknya trend semakin menurun.

Jika anda mahu mohon tambahan syer beberapa kriteria boleh dilihat termasuklah anda merupakan pemegang saham yang agak lama, kuota 100,000 belum penuh lagi, ada buat pinjaman peribadi dengan Bank rakyat, dan tidak lupa juga contact dan terus hubungi orang dalam Bank Rakyat, ada harapan cerah untuk anda diberikan “lebih perhatian” untuk tambah syer tersebut.

Ada rakan-rakan lagi mahu tambah cadangan?

Sememangnya menjadi harapan besar pelabur tegar yang di luar tercari-cari peluang utnuk memperkembangkan dana yang mereka seperti yang dinikmati pelabur bank Rakyat selama ini.

Ramai yang “beratur” nak jadi ahli bank rakyat ni, bukan sebab apa, tapi sebab kemampuan mereka membuat pembayaran dividen bank rakyat sebanyak 15 peratus setiap tahun, dari tahun 1999 lagi. Lebih banyak dari pelaburan ASB!

Berapa Pelabur DAPAT melalui pembayaran Dividen ASB,KLIK SINI

Bayangkanlah jikalau ada yang simpan RM50,000, setiap tahun dividen bank rakyat yang dapat berjumlah RM 7500! Banyak tu.

Macam-macam boleh buat.

  1. Boleh buat bayar road tax kereta
  2. boleh buat pelaburan emas, dan banyak lagi.
  3. Itu belum lagi yang simpan sampai RM 100k pulak.
  4. Kesimpulannya, melabur dalam bank rakyat ini, memang bagus.Cuma peluang untuk beli itu samada dapat atau tidak, itu yang menjadi isunya.

Apa pendapat anda mengenai peluang melabur dalam saham bank rakyat ini?

P/S : Berita Semasa jangkakan tahun hadapan jumlah pulangannya akan mula berkurangan. Apa respon anda pula?