≡ Menu

Datuk Wong Sen Chiew Tipu RM2 Juta, Denda RM145,000. Penjara 1 Hari VS Pencuri Seluar Dalam?

Datuk Wong Sen Chiew Tipu RM2 Juta, Denda RM145,000. Penjara 1 Hari VS Pencuri Seluar Dalam?

Kalau sebelum ini kita ada mendengar kes di mana pemain bowling kebangsaan, Noor Afizal Azizan 21 yang terlepas daripada penjara kerana merogol gadis bawah umur berusia 13 tahun dengan alasan Noor Afizal Azizan mempunyai masa depan yang baik.

Indahnya lakukan jenayah di Malaysia jika anda ada “kepentingan”. 

Sebenarnya sudah banyak kali kita mendengar kes mahkamah yang pelik-pelik di Malaysia. Termasuklah kes di mahkamah yang terbaru ini….

SHAH ALAM — Pemilik Golden Nest Properties International (M) Bhd, Datuk Wong Sen Chiew dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM145,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap 29 pertuduhan membabitkan skim pelaburan sarang burung.

Sehari? Hanya bayar RM145,000 sahaja? Untung-untung. Terkedu kami dibuatnya apabila hukuman seperti ini dijatuhkan terhadap kesalahan yang Datuk Wong Sen Chiew ini telah dilakukannya? Menipu duit orang ramai dan berjaya mengaut RM2 juta tetapi hanya bayar RM145,000 sahaja? Hebat…..

Mungkin selepas keluar penjara kelak, samada Datuk Wong Sen Chiew sudah insaf dan pulang ke pangkal jalan. Ataupun Datuk Wong Sen Chiew akan ke luar negara melarikan diri ke Australia contohnya ataupun mungkin juga “mencuba nasib” sekali lagi membuka skim penipuan yang lain pula. Moga-moga ada kalangan rakyat Malaysia yang terperangkap dengan modus operandi yang lebih “bermutu”.

 Sambung baca lagi berita mengenai Datuk Wong Sen Chiew ini…

Hakim Mat Ghani Abdullah memerintahkan Sen Chiew, 56, membayar denda itu pada atau sebelum 10 Disember ini. Sekiranya tertuduh gagal membayar denda dia boleh dipenjara lima bulan lagi bagi setiap pertuduhan.

Sen Chiew didakwa memperdaya orang awam untuk menyertai skim pelaburan ‘mengusahakan sarang burung’ yang menjanjikan pulangan lumayan sehingga menyebabkan mereka membayar untuk menyertai program itu dengan memasukkan wang mereka ke dalam akaun syarikatnya.

Tidak silap kami Datuk Wong Sen Chiew didakwa atas kesalahan menerima deposit tanpa lesen. Bukannya kesalahan menipu. Mungkin itu sebabnya hukuman jadi seringan ini. Tidak padan dengan jenayah dan bahana yang dihadapi oleh kalangan pelabur yang ditipu oleh skim mengarutnya itu selama ini. Persoalannya sekarang ini mengapa Datuk Wong Sen Chiew tidak didakwa bersekali dengan kesalahan penipuan? Boleh sahaja dikenakan kedua-dua tuduhan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabatnya di Unit A-19-1, Tingkat 1, Blok A, Jaya One Jalan Universiti, Petaling Jaya dekat sini antara 28 November 2004 dan 1 Oktober 2005.

Sumber asal berita : BERNAMA

Dan juga mengapa mahkamah tidak arahkan, Datuk Wong Sen Chiew membayar semula duit pelabur yang ditipunya selama ini?

P/S : Nampaknya, Datuk Wong Sen Chiew masih lagi untung besar walaupun selepas dihukum oleh mahkamah.

PP/S : Jangan pelik jika kes penipuan akan terus berleluasa selepas ini. Pelbagai skim penipuan akan tumbuh bak cendawan selepas hujan lebih-lebih dikala orang ramai dahagakan kesenangan dijalan yang mudah & senang.