≡ Menu

Daftar SSM : Cara Daftar Syarikat Perniagaan Secara Online

Cara daftar ssm : Cara Daftar Syarikat Perniagaan Secara Online

Adakah anda mahu memperbaharui pendaftaran peniagaan atau hendak memulakan perniagaan baru?

daftar ssm

Berikut di bawah kami akan kongsikan rujukan cara mendaftar bisnes / perniagaan baru serta untuk memperbaharui perniagaan secara online dengan mudah dan cepat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Melalui maklumat portal mypt3 perkhidmatan ezbiz ssm login online di Laman Web SSM atau secara online di www.ssm.com.my ataupun di http://ezbiz.ssm.com.my, pembaharuan perniagaan atau permohonan daftar syarikat boleh dilakukan dan anda juga boleh berbuat sedemikian di kaunter SSM.

Panduan Daftar SSM Secara Online

Untuk makluman semua, perkhidmatan e-Lodgement telah dihentikan. Kini dengan hanya menggunakan online di ezbiz online, perniagaan Milikan Tunggal dan Perkongsian anda sudah boleh didaftarkan.

Berikut adalah cara-cara untuk daftar ssm atau memperbaharui perniagaan secara atas talian atau online :

  • Pendaftaran sebagai pengguna di Portal Biz Online hendaklah dilakukan bagi penggunaan baru. Pastikan anda menggunakan e-mel yang sah dan aktif.
  • Sila pergi ke mana-mana kaunter SSM yang terdekat selepas mendaftar dan bawa bersama kad pengenalan dan notifikasi yang diterima daripada e-mel pengguna.
  • Kemudian lakukan Pengaktifan ID dengan mengesahkan cap jari anda (biometrik) untuk tujuan keselamat maklumat. Ianya bagi mengelakkan sebarang penipuan dalam daftar pemilik perniagaan dengan mengesahkan pemilik sebenar. Pengaktifan hanya perlu dilakukan sekali untuk seumur hidup.

Pembayaran kompaun kerana lewat memperbaharui pendaftaran perniagaan dan pembelian malumat perniagaan juga turut disediakan oleh ezbiz online selain dari pendaftaran dan pembaharuan perniagaan secara online.

Cara Mendaftar Perniagaan Baru Di Kaunter SSM

Perniagaan adalah merangkumi tiap-tiap bentuk trade, pertukangan, profesion, perdagangan, pekerjaan atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan demi untuk mendapat keuntungan, tetapi tidak termasuk apa-apa pengajian, pengusahaan amal, jawatan atau apa-apa kerja yang telah dinyatakan dalam APP 1956 iaitu Akta Perniagaan 1956. Perniagaan online juga turut tidak terkecuali untuk didaftarkan.

Bentuk Perniagaan

[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butirannya
Perniagaan Milik Tunggal,perniagaan yang dimilik sepenuhnya oleh seorang pemilik.
Perniagaan Perkongsian,perniagaan yang dimiliki oleh sekurang-kurangnya dua orang dan tidak boleh melebihi 20 rakan kongsi.
[/table]

Prosedur Pendaftaran SSM Langkah Demi Langkah

1. Nama sendiri atau nama ‘Tred’ boleh didaftarkan untuk digunakan ketika pendaftaran.

  • Kelulusan nama perniagaan tidak perlu dipohon sekiranya nama sendiri digunakan seperti yang tertera di dalam kad pengenalan.
  • Contoh : Ramasamy a/l Muturagam, Lee Ah Leong, Ruslan Bin Rusdi
  • b) Nama Tred adalah nama perniagaan yang dicadangkan dan kelulusan dari Pendaftaran Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia perlu didapatkan terlebih dahulu,
  • Contohnya seperti : ABS Unggul Enterprise, Kedai Dobi Harmoni, Lucky Star Catering.

2. Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) hendaklah dilengkapkan dengan mengisi butiran seperti di bawah ini :

  • Nama perniagaan
  • Tarikh permulaan perniagaan
  • Maklumat pemilik dan rakan kongsi
  • Alamat utama perniagaan
  • Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
  • Salinan perjanjian perkongsian hendaklah dikemukakan (jika ada)
  • Jenis perniagaan yang akan dijalankan
  • Nama Tred – Borang Permohonan Kelulusan Nama Perniagaan (Borang PNA 42) mesti dilengkapkan. Sekiranya anda menggunkan nama sendiri sebagai nama perniagaan, borang tersebut tidak perlu diisi.

3. Pada ruangan maklumat pemilik dan ruangan pengesahan oleh pemilik tunggal / rakan kongsi hendaklah ditandatangani oleh pemilik dan rakan kongsi.

4. Permohonan perlu dikemukakan di kaunter SSM oleh Orang Yang Bertanggungjawab (OYB) iaitu pemilik atau rakan kongsi.

5. Lampiran dokumen ini diperlukan :

  • Salinan kad pengenalan pemilik / rakan kongsi
  • Surat kebenaran atau sokongan daripada agensi berkaitan sekiranya diperlukan oleh Pendaftar Perniagaan.
  • Surat Kebenaran atau Surat Sokongan bagi jenis perniagaan Tadika, Sekolah / Kolej Pendidikan (Kementerian / Jabatan Pendidikan, Pusat Tuisyen, Taska (Jabatan Kebajikan Masyarakat).

Syarat Daftar SSM

  1. Pemilik mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
  2. Pemilik mesti berwarganegara Malaysia atau Penduduk Tetap
  3. Cetakan Malumat Perniagaan – RM 10
  4. Pendaftaran Cawangan – RM 5 setiap cawangan

Bilakah Sijil Pendaftaran Perniagaan Boleh Disiapkan?

  • Ianya boleh diperolehi 1 jam dari masa bayaran

Panduan Dan Rujukan Am

  1. Perniagaan telah didaftarkan dan dijalankan tidak lewat dari 30 hari dari tarikh perniagaan dimulakan.
  2. Dalam jangka masa 1 tahun dan tidak melebihi 5 tahun pada setiap pendaftaran, pendaftaran baru perniagaan boleh dilakukan oleh peniaga.
  3. Jenis perniagaan yang didaftarkan mestilah tidak menyalahi undang-undang, ketenteraman awam, prinsip moral atau bersesuaian dengan keselamatan persekutuan.
  4. Dalam masa 1 jam dari waktu pembayaran dibuat, anda boleh memperolehi Perakuan Pendaftaran Perniagaan.
  5. Adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 bagi seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan dan akan dikenakan RM 50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
  6. Walaupun pendaftaran perniagaan tersebut telah daftar SSM, pemilik perniagaan masih perlu bertanggungjawab untuk mendapatkan permit, lesen atau surat kebenaran sewajarnya daripada pihak berkuasa yang berkaitan bagi jenis / aktiviti perniagaan yang dijalankan.

Kami ingin mengucapkan kepada anda selamat daftar SSM untuk perniagaan anda secara online.  Selain itu, pendaftaran dan perbaharuan perniagaan juga boleh dilakukan di mana-mana kaunter SSM di seluruh negara dan juga di UTC Pudu Sentral, Kiosk SSM di Menara SSM KL Sentral dan KPDNKK Putrajaya.

Kami doakan setiap urusan yang anda dilakukan akan dipermudahkan dengan lancar dan sempurna. Insya Allah.